Wednesday, July 21, 2010

a lil update =)

assalamualaikum wbt...

pejam celik pejam celik, rupanya tahun 2o10 ni dah sampai pertengahan tahun..Rejab sudah berlalu..Syaaban sedang meniti hari, tak lama lagi Ramadhan yang dirindui bakal menyusul..Ahlan Ya Ramadhan..moga2 hayat yang ada ni dipanjangkan sehingga dpt bertemu Ramadhan dan diberi kelazatan untuk beribadah didalamnya..Allahumma ballighna Ramadhan , ameen...

hari ini, masih dalam debaran menunggu result/ natigah imtihan keluar..entah bila, hanya Allah sahaja yang tahu..pihak gamaah sendiri masih berteka teki,huhu..kepada sahabat2 dentistry dan Manchester program yang dah dpt resultnya, mabruk 'alaikum kepada yang 'lepas'..kepada yg belum 'melepasi'nya, that's surely not the end of everything..it's just a success yg Allah hold dulu sebelum tiba masanya diberikanNya kepada kita dalam keadaan yang paling TERbaik!! =) Rabbuna yunaggah..ameen~

walaupun berdebar result belum keluar, aktiviti pasca exam tetap berjalan seperti yang diplan dan yang diizinkanNya..pertama sekali, cari suntikan Hemophilus Influenza @ Hib utk anakanda Balqis...sebagai dos tambahan selepas suntikan Meningitis yang dah diambil di Malaysia cuti summer lepas bersama2 mama n papa..oh ye, suntikan Meningitis ni kalau tak silap insyaAllah bertahan sehingga setahun setengah lebih kurang..i just dont have an actual period now..cari punya cari, (sebab di Mesir suntikan ini tak disediakan atas beberapa faktor compared to Malaysia yang memang menyenaraikan suntikan ini sebagai suntikan yg wajib diambil dalam dos imunisasi bayi..)alhamdulillah jumpa di Mugamma' Iman..tapi, nak cucuk tu kena line up panjang bukan main..oleh kerana dah malam dan bimbang payah dapat teksi, maka kami pun rush ke Mustasyfa Sallab..ye in rush sebab gap hari makin suntuk..kena bajet siap2 budak kecik ni mungkin demam esok mahupun lusa..sampai Sallab, Paed nya bercuti..so,tunggu punya tunggu sambil2 dok OO JUS dan Lat Tali Lat Tamplom dgn Mr.papa sape nak cucuk si Balqis ni klu doktor takde jgk, tetiba Allah izin ada Specialist lain yang attend kitorg..alhamdulillah selesai sudah setelah berlaku sesi pujuk memujuk Balqis yang macam dah cam situasi injection ni setiap kali seluar/bajunya diselak..huhu,jangan trauma ye nak..

eh untuk apa amik injection ni? ok,atas nasihat beberapa Paeds yg ditemui juga melalui beberapa pembacaan,suntikan ni amat perlu terutamanya bagi mereka yang selalu travel..untuk mengelakkan jangkitan flu,selsema dan sebagainya yang jenis mudah berjangkit..sepatutnya nak ambil b4 pegi UK@ Turki dulu, tapi Allah Maha Merancang..kali ini rupa2nya masa yang paling sesuai..apabila 'panggilan Baitullah' tiba kepada kami beberapa hari yang lalu..

Alhamdulillah, setelah lama juga merancang nak buat umrah dari tahun lepas lagi, survey sana sini di Malaysia juga di Mesir, menabung, surut sikit,menabung balik maka akhirnya...Alhamdulillah segala puja dan puji selayaknya hanyalah untuk Dia yang selama ini Maha Mendengar doa2 kita hambaNya, 'kad jemputan' itu tiba jua akhirnya..betul2 perfect sebab final exam juga baru selesai..duit tabungan juga sudah mencukupi ..Subhanallah Walhamdulillah Wa Allahu akbar..

Anda yang membaca ini, doakan kami ye...moga2 perjalanan kali ini lebih membasuh jiwa kami dan menghampirkan diri kepadaNya..istiqamah sehingga kesaat2 terakhir sebelum nyawa diambil..

oklah, rasanya sampai sini dulu..nk check beberapa perkara dulu sebelum bertolak ke Cairo ptg ni..Flight ke Jeddah insyaAllah akan berlepas malam ni..Fi Amanillah..


sayonara~
~mamabalqis~