Friday, March 26, 2010

Allahul musta'an..

assalamualaikum wbt..

sedikit update,buat menghilangkan rasa mengantuk yg melanda sedari tadi.. minum kopi/teh,em,lupakan jelah- bimbang nanti anakanda plak yg tak dpt tidur dek krn mommynya minum minuman berkafein tue..

anyway, balqis demam sudah masuk hari yg ketiga..masih menggunakan segala source yg ada utk menurunkan suhunya, kalau esok tak kebah juga, mungkin kita akan ke mustasyfa atfal hasil saranan Doc yang mengajar patho tadi. syukran doc siap tolong prescribe ubat lagi utk buah hati kami yg sorang ni..dan, terima kasih tak terhingga utk sahabat mama yg tlg urut balqis tadi..Allah bless!! =)

dan,malam ni seperti malam2 sebelumnya, baby masih nak tidur didakap kemas , kadang2 terjaga diusik mimpi barangkali..mama yang habis diri mengantuk pun tak jadi tidur diserbu rasa kasihan teramat melihat insan kesayangan tak lena tidur dek rasa tak selesa suhu badannya yang turun naik.. perut berkeroncong minta diisi, mata separuh terkatup tapi,hati sendu melayang teringatkan jadual exam yang tiba2 diubah menjadi lebih awal..sebenarnya kalau tak diubah pun, memang kena sedar diri,huu~ ohhh,,betapa kerdilnya rasa diri mengenangkan erlalu ceteknya ilmu didada...

malam jumaat yang hening ini, hati memohon belas ihsanNya agar memberi sedikit ruang untuk diri ini serta suami tercinta, tak dilupa juga buat sahabat2 seperjuangan yang diingati supaya semuanya dikurniakan kekuatan dan keteguhan hati dalam menunaikan amanah sebagai seorang penuntut ilmu dimuka bumi tuhan ini.. dan, semoga semuanya berjaya di dunia dan akhirat..

peringatan untuk diri sendiri- InsyaAllah, masa masih ada..belum terlambat untuk bersedia..yang dikira adalah usaha, hasilnya hanya Dia yang menentukan..YAKINLAH pada rahmat Allah yang Maha Luas dan tak bertepi itu...InsyaAllah, Allah tidak mensia-siakan doa hamba-hambaNya...


regards,
~ mamabalqis~

Monday, March 22, 2010

dont loose hope

assalamualaikum wbt..

everyone(hubby and baby) is sleeping now,and i'm here searching, collecting, and maybe infiltrating those information about IHD(ischemic heart disease) for my group task tomorrow.

Feel like updating this blog now, i want to put this good clip here..this is no more latest anyway because i bet sangat ramai yang tahu dan meminati this song. except for me je baru nak dgr betul2,huhu.. itupun, kebetulan dgr sambil2 dok buat keje ni sbb nak topup skit semangat ni..

so, for those out there who happened to be in d same shoes like me,let's get through this lyric.. as a worth reminder of how much Allah loves us.. guides us, watches over us.. if there's any problem, soon it'll be over and we'll all be fine.. INSYA ALLAH..


THANK YOU ALLAH

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

Friday, March 19, 2010

salam jumaat


assalamualaikum wbt..

Jum'at mubarak buat semua..semoga semuanya sihat dan kekal bersemangat untuk mengumpul saham ke sana seikhlas mungkin..

we'll be having a part 3 MCQ exam in this coming April ,followed by practical exam and insyaAllah will be completed with written and oral exam this may and June..so,to all dear readers, please pray for us ya..semoga diberi ketenangan, kesihatan dan dapat jawab dengan baik and get a good result..moga2 dapat naik tahun 4 next year,AMEEN =)

untuk Mak, maaf ye lambat kakak upload gambar uk trip hari tue..ingatkan nak cuci aje bawak balik raya nanti dalam album..tp,nampaknya mcm lmbt sgt je kan..so, tempek ajelah dulu kat sini sikit..moga2 terubat rindu mak kat cucunya ni,hehe..



papa dan anaknya yang khusyuk dok plan our trip that day..since we didnt use any tour agency this time except for hotel booking,flight tickets and airport transfer, the rest is on us..but, Alhamdulillah gladly things got easier than we thought they would be..should u have places maps, tube map, oyster card, some bucks, then with Bismillahirrahmanirrahim u can start ur step tawakkal 'alallah..

regarding foods matter, alhamdulillah some friends of us did leave a very good useful tip..they said, avoid any meat,be it burger or raw meat,or chicken considering their way of being slaughtered..and, who knows maybe there's a little secret ingredient such as alcohol in their dishes, so to take a better safe way,just go with fish..any fish would do u good..biiznillah..lagipun sekejap aje bercuti..lainlah kalau memang stay disana,right?


muncung aje dia sebab mama jauhkan semua cutlery atas meja tu.. 1st day breakfast at Ashley H, Paddington.



kat Trafalgar Square




Harrods yang bergemerlapan diwaktu malam




bus yang baby/toddler-friendly..ada tempat khas untuk baby's buggy,alhamdulillah.




cool balqis with her ABC book..




kat Ripley's Believe It Or Not



Sealife Aquarium (papa tgh ajar balqis apa itu shark) =)




freezing papabalqis (sejuk bangat sampai muscles kat muka pun jadi cam spasm sekejap)huu~




memanaskan badan di nearby halal restaurant. balqis seperti biasa dah mula sesi beramah mesra dgn anak orang jepun ni.hehe




di Madamme Tussauds..



depan Tower Bridge(London Bridge is falling down,falling down,falling down,hehe).masa ni salji lebat macam hujan,nasib baik ada payung kak ma ni,hehe..thanks =)




dalam London Eye..gayat tp worthla dapat tgk hampir keseluruhan bandar Central London..and,i think the best part (for me n hubby) was the 4D show..except for it's so loud that Balqis could hardly bear with it..




kat Camden Market.



hepi org tue bila terjumpa this Apple Store.sempat juga papa grabbed some stuffs for him,hehe.




British Airways flight..dear homey,we're coming!! =)


ok, cukuplah tue gambar uk..mari kita layan gambar si kecik ni pulak..




nyum nyum~berselera dia makan fried fish finger



tido 1



tido 2- ayu pakai baju kurung sambil peluk Minnie Mouse



tido 3-suka tengok wajah baby sedang tidur..suci tanpa dosa,masyaAllah..




di supermarket,happy dapat something untuk dipegang



bilal pulaklah anak mama ni belajar berposing..asal papa nak snap aje,dia pun tundukkan badannya sambil sengih2,huhu..


OK, kepada diri sendiri yang disayangi, harus sedar masa terramatlah sedikit sekarang...dan benda yang nak dibaca dan dihadam terrramatlah banyak,huuu~ jadi, mesti berhenti bermain mulai sekarang,yes(ala2 yes gaya balqis).

till we meet again, sayonara n we wish everyone best of luck~ RABBUNA YUWAFFIQ

Friday, March 5, 2010

sudah setahun 4bulan

assalamualaikum wbt..

selamat hari Jumaat untuk semua~ semoga semuanya diberkatiNya dan bersemangat untuk menjadikan hari Sayyidul Ayyam ni hari yang paling special dalam minggu-minggu kita..paling istimewa dalam erti kata amalan kita,yang sunat diperbanyakkan disamping yang wajib2, lazimi lidah dan hati dengan zikrullah serta selawat pada Junjungan tercinta ; Nabi Muhammad SAW.

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)

sedar tak sedar, sudah 4 bulan anakanda Balqis melepasi angka setahunnya..banyak yang berlaku dalam selang masa ini, tapi poor mama, jarang yang mama catatkan disini especially perkembangannya..menyedari hal itu, saya nak try rekodkan berdasarkan apa yang kami berdua lihat dan compare dengan kid's normal growth chart..

1) big thanks to Allah balqis dah boleh berjalan 2-3 menjak ni..alhamdulillah dah boleh berjalan dengan confidence and laju,hihi..so cute bila tengok budak2 yang separas tingginya berjalan..nampak cam lil cute monster =P

2) sangat lasak sekarang.. pantang mama leka sekejap, terdengarlah suara dia tengah terkekek-kekek ketawa sambil tangan keciknya dok celup-celup air masak dalam jag.. dah pandai panjat naik duduk atas meja tempat letak makanan.kalau lambat mama sampai, lecaklah karpet dengan air masak satu jag yang selamat dituangnya..pastu, ditepuk-tepuk dan di pijak-pijaknya lecak air tue sambil tersenyum riang dengan innocentnya,huhu..

3) suka susun kotak scrabble dan monopoly/buku-buku besar dan naik duduk/berdiri atasnya.. a sign of wanting a car maybe,hehe..

4) dah boleh pegang pen dengan betul dan tak terbalik dan start scribbling atas kertas..kalau kita bagi pen yang tertutup, dia akan buka sendiri tudung pen tue, dan mula melukis garisan-garisan kartun yang banyak (i just want to avoid using 'menconteng' word)..lama-lama bila dah bosan agaknya, mula buat lakaran imaginasi kat kaki tangannya, atau masukkan aje pen kedalam mulut..sedap makan dakwat ye nak..

5) dah pandai turun katil sendiri (good work papa!)sekurang-kurangnya tak risau dia terjatuh dari katil dah.

6) dah boleh baling dan lambung bola by her hands..

7) dah boleh selesaikan sendiri permainan shape sorter nya, dan susun gelang-gelang plastik dalm bekasnya dengan betul..dulu masa mula2 beli, mama terfikir2 pandai ke anak aku ni main benda ni? rupa2nya,it's true baby ni akan pandai selesaikan satu2 task tue bila dah sampai masanya seperti yang ditetapkanNya. Alhamdulillah..

8) suka main phones..i bet semua kanak-kanak pun suka rite =) kalau iPhone papa, laju je credit habis..sebab balqis pandai unlock sendiri dan mula menghello2 datuk neneknya di Malaysia yang papa letakkan dalam ruangan 'favourite'. solusinya, papa dah padam dah ruangan favourite tue huhu.

9) akan datang duduk dekat dengan kita time solat/mengaji. dah pandai salam dan cium pipi bila diminta.alhamdulillah, jadi anak solehah ye nak..

10) dah pandai point her finger pada benda2 yang dia nak. nasib baik pergi supermarket tak pandai minta nak beli lagi..boleh botak kepala papa =P

11) suka sgt dengar/tonton rancangan Barney&Friends, Toyor Aljannah, Baraem(ala-ala sesame street tp dlm bhs arab fushah). akan menggoyang-goyang tubuhnya yang kecil tu bila dengar any rhythm. cute!

12) dah pandai express her emotion ; tantrum, merajuk, geram,loves babies so much(tanpa menyedari yang dirinya juga seorang bayi,hehe). kalau marah,mula nak gigit tangan/pipi mama/papa.huhu.belajar kat mana pun tak tau nih..

13) hm,masa tidur sudah agak tetap..12-14hours a day with a short 2-3hours nap in between.

14) dari segi pemakanan, masih macam dulu- alhamdulillah full mommy's bf dan masih berselera makan nasi yang mama masak cuma sekarang dah tak nak lecek/penyek. suka makan nasi sebutir-sebutir. tapi, kalau ada benda-benda yang tak boleh diterima lidahnya, pandai pulak balqis ni luahkan balik. contohnya kalau mama bg ayam yang digaul dengan minyak zaitun dan sayur bayam, she will resist this. setakat ni, dia amat menggemari ayam goreng(ayam+kunyit+halia+bwg putih+sdikit garam), sayur sawi,brokoli,sabanikh(bayam),telur, roti peanut butter, french fries, fish finger(fillet fish+telur+corn flake yg di mesin+no salt added), cereals especially corn flake(anak papa,hehe), buah-buahan except for citrus one(mama tak bagi sgt lagi d.t her tender stomach mucosa) and roti (any bread will do) etc..

15) suka baca buku..good dear balqis. sekarang,alhamdulillah balqis sudah ada lebih dari 20 buku nya yang penuh dgn animasi dan mcm2 lagi yg selalu buat mama dan tak kurang juga acik2 babysitternya teruja,hehehe..yelah,zaman kita dulu takde benda2 camni..tak termasuk buku2 resepi dan majalah Pa&Ma mama yang turut dijadikan hakmiliknya dengan sering membeleknya hingga terkoyak..huhu,nak jadi chef ke sayang? =)

16) antara words yang sudah dituturkannya setakat ini :-

- pappa - papa
- mamma/ mmma - mama
- nanak - nak/hendak
- nanne- susu
- nyam nyam- makan
- bibi - baby
- uwo - turun
- ewoo - hello
- babbaii - bye bye
- aa baa taa - alif ba ta
- cok cok pin - lagu kanak-kanak
- tetete - geletek
- ummm - sayang/cium pipi

17) antara gestures yang dibuat untuk express her needs :-

- geleng kepala- tanda tak nak
- kerut2 muka - tanda masam/makanan tak menepati citarasa haha
- sebek bibir- tanda sedih
- senyap tiba2 dan dtg dekat2 sambil peluk mama or nak naik atas riba - tanda sedang poo poo
- genyeh-genyeh mata - tanda mengantuk

oklah, ini saja buat masa ni..dah lama kan tak menaip, sekali update, nah panjang berjela..sorrylah kepada pembaca ye..dan juga kepada followers(yang sejak dua menjak ni bertambah pulak,thanks) kerana jarang sangat update blog ni..baru2 ni orang2 rumah ni(papa dan balqis) diserang demam selsema..lama la jugak kesian mama tengok muka sorang-sorang,hehe..

apapun, selamat menjaga kesihatan ye buat semua..terutamanya di musim peralihan sejuk ke panas ni..rajin-rajinlah makan sayur dan buah-buahan..jaga kebersihan dsb..dan,banyak berdoa dan bersyukur padaNya yang selama ini telah memberi kita nikmat kesihatan dan hayat untuk kita gunakan sebagai ruang beramal dan bertaubat ini..

~maaf atas salah silap,jumpa lagi! =) ~