Sunday, September 13, 2009

Lailatul Qadar

semalam lailatul qadar??

tetibe hati dilanda sebak tak bertepi..aku scroll satu persatu entry shbt2 maya ini,hampir kebanyakannya meng'ura-ura'kan malam tadi adalah malam lailatul qadar..tak kisahlah di mana dia berada..Malaysia,Eire,mesir mahupun mana2 shj,kebanyakannya menyatakan clue mlm td adalah lailatul Qadar..

kalaulah betul malam td adalah malam Lailatul Qadar, aku? abang?

memandangkan tinggal esok je hari untuk berlepas,mmg kami agak sibuk mem'packing' barang,mengemas rumah dsb..di samping abang yang ada his last paper hari ni..dan aku sendiri,semalam sepanjang malam hingga ke pukul 2tgh hari td,berjaga melayan si kecil batrisya ni bermain..anak kecil yg makin tinggi keinginannya nak bermain dan explore itu ini memang menguji daya tahan ngantuk mama papanya,heh.

memang tiada sape yg boleh mengesahkan malam mana yang dipilih untuk berlakunya lailatul qadar kerana ia adalah RAHSIA KETETAPAN ALLAH..tapi,pelbagai kupasan telah dibuat untuk memandu pencarian kita, termasuk tanda2nya serta amalan yang afdhal dilakukan pd jika ditakdirkan bertemu malam tersebut..

Oh,sungguh aku TERKILAN amat kerana tak fokus solat2 sunat semalam..tp itulah,nak mengejar lailatul Qadar ni,bukanlah hanya di malam 10 terakhir je,tapi pencarian bermula sedari hari pertama lagi..PERINGATAN untuk kita(ESPECIALLY buat diriku) yg sering alpa..tapi,terselit SYUKUR + RAJA'(PENGHARAPAN) dari hatiku agar malam tadi jika ada kebaikan yg kami lakukan,moga2 ianya ternilai sebagai IBADAH DISISINYA..

Wahai Allah Ar-Rahmaan,Ar-Rahiim..Kami hambaMu,datang kepadaMu untuk memohon keampunan atas segala salah laku..AMPUNILAH segala dosa2 kami,suami/isteri kami, kedua2 orang tua kami,guru2 kami,sanak saudara kami,sahabat handai kami,serta seluruh ummat muslimin samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Ya Allahu Latiif,Ya Haleem,Ya Hayyu Ya Qayyuum,SAYANGILAH kami yang berlidah lemah dan beramal kurang ini..berilah kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat...selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu, masukkanlah kami kedalam golongan mereka yang saling menyintai keranaMu, yang sentiasa bersyukur kepadaMu,yang beramal soleh serta yang teguh kakinya di atas jalan2 kebenaran..

AMEEN YA RABBAL 'AALAMEEN..


p/s: ku gunakan ganti diri 'aku' rather than 'saya' for it's easier to verbalize what's inside my heart at this moment.

Saturday, September 12, 2009

KISAH RAMADHAN 2009

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama mama tak menulis disini..sampai mood nak berblog makin susut jadinya..tp mood nk baca blog orang tak pernah surut lagi setakat ni,hehe..sampaikan papa dah hafal blog mana dan seterusnya yg akan mama buka dan baca setiapkali on9..actually masa juga antara factor utama..bila ada cerita yg nak dikongsi,masa lebih kpd Balqis dan papa. Tp bila ada masa lapang, ish takde rasa plak nak menulis. Anyway, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..dan,mama nak amik kesempatan berkongsi kisah Ramadhan per tama kami 3beranak. =)


Awal Ramadhan


kalau tahun lepas,papa kurang sihat pada awal ramadhan dan mama pula yg masa tue mengandungkan Balqis telah dinasihatkan oleh doctor untuk tidak berpuasa pada awal puasa sehingga tekanan darah stabil. Jadi,hilang sedikit nikmat Ramadhan kami..Thn ni,Alhamdulillah, papa dan mama sgt2 bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk sekali lagi bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan..setiapkali nak berbuka, mama dan papa kemain bersemangat menyediakan Juadah berbuka..almaklumlah,thn ni dah sebulat suara sepakat kata ,confirm taknak balik berpuasa dan beraya bersama famili di Malaysia..jadi utk mengurangkan kerinduan berpuasa di tanah air,kami cuba seboleh mungkin mengadakan masakan2manis idaman yg mmg susah nak jumpa kat bumi Mansurah ni..antaranya,kuih bakar,kuih akok,akok jagung, onde2,bubur jagung,bubur kacang hijau,agar2/beleda dsb yg simple2 dan termampu..resepi? Tak susah..alhamdulillah,semua ada di internet,huhu..paling2 takde source,mama akin text nina di Malaysia bertanyakan resepi..




akok jagung (terlebih tebal tp rasa ttp ummph)



nasi bukhari tp rempah sendiri je


onde2 @ buah melaka



daging kandar masak dengan prune+mishmish (apricot kering)




Balqis lepas berbuka..tengah tunggu boiling water nak mandi sebab badan dia dah comot dengan makanan..


Balqis dan mama


Alhamdulillah, dengan izin Allah mama dpt teruskan berpuasa sambil tak kurangkan kadar lactating Balqis. Walaupun menu makanannya telah dipelbagaikan, ada ayam,ikan,nasi,roti,buah,sayur,biskut rusky, dsb,tp kekerapannya menyusu masih sama..Alhamdulillah Allah bg kekuatan disamping papa suruh mama topup habis-habisan time sahur..tp,ada 2 kali yg kami terlepas sahur,dan mama collapsed sampai takleh nak terawih langsung pada malamnya,huhu..letih,dehydrated,lesu tak terkata..sangat penting peranan sahur bukan shj kepada ibu mengandung,menyusukan anak tapi juga pada semua orang..tp,melihatkan telatahnya yg semakin hari semakin pelbagai,mmg amat menghiburkan hati dan boleh hilang segala lelah..masa ni pun kami dah start training her to feed on bottle by still using mommy's milk..bertahanlah tak sampai beberapa jam,pastu dah tak nak dah. takpe,kita train lagi InsyaAllah..mudah mama nak tinggal ke kelas next year.


the happy me =)


"mcm manalah nak guna benda ni ? "


sampai senget2 badan mencuba dan akhirnya berjaya *clap-clap*


Pertengahan Ramadhan dan terawih


Masa ni kami berdua disibukkan dengan urusan peperiksaan..study pun nak kena ganda2kan di samping amalan bulan Ramadhan yg tak boleh di nombor duakan..Balqis yang dah boleh merangkakjuga agak menuntut perhatian..silap haribulan,tertelan benda tak sepatutnya sbb fasa skg,tangannya cepat mengutip apa shj untuk dimasukkan kedalam mulut..pun begitu,alhamdulillah diberi ruang untuk menunaikan ibadah puasa dan ‘aksesorinya’ dengan tenang..mama dan balqis terawih di Bayt Munawwereen (thanks krn selalu memberi laluan kpd akk melayan si kecil ni) dan papa solat di Masjid Salab dekat Nadi Nil..katanya,nak menghayati bacaan lunak merdu imam2 yg seramai 3 org setiap malam tue..papa ada juga beberapa kali offer nak bawa mama ke masjid tue..tp melihatkan gaya balqis yg solat mama kejap2 kena berenti, mama kata thn depanlah InsyaAllah kalau ada rezeki..tunggu balqis cerdik sikit =) skg ni pun,anak mama faham je,bila mama hamparkan lihaf(toto), taburkan toys dia then bagitau dia mama nak solat sama2 dengan acik2 kat sini ni,lepas ni mama main dengan balqis semula..leka dia sekejap..sempatla mama solat isya’ dan terawih 2 rakaat..pastu,terpaksa berhenti sbb sangatla tak khusyuk mata asyik menjeling2 dia nak capai itu ini, kipasla,wayar kipas la..ada satu mlm tue, balqis tlg ’susun’ semula buku2 nota acik Muna yg dah tersusun kemas di tepi katil,huhu...nak boleh sampai ke 8 rakaat,mama terpaksa amik masa lebih,means that I have to pray alone after that sbb acik2 lain sume dah siap witir bagai..tp,happy je sbb at least balqis bekerjasama juga so that mama dapat juga buat solat terawih ni krn walaupun ianya sunat,tp ia sunat yang special sbb takde dlm bulan2 lain..



main kad uno


tengok TV tp takleh tinggal lama takut terjatuh kedepan



good girl main "put in put out" di sebelah sejadah



huhu dah bosan..oh,wayar2 ni nampak cam best! (^_~)


bye ma! =)



setelah segala taktik dah diguna..kena 'kurung' dlm bakul kain =P


Akhir Ramadhan


Hm,sayu hati masa menaip word 'akhir' tue..terasa benar banyak ruang masa yang Allah beri, mama dan papa tak isi betul2..tak qiamullail betul2..tak tahajjud sungguh2..tak tadabbursepenuh hati..tak solat sehabis khusyuk..dan byk lagi yg ‘Tak’nya dari yg ‘Ya’ kalau nak dimuhasabah balik..namun, kasih Allah tak bertepi, mama,papa dan kita semua masih ada lagi peluang 10 mlm terakhir (saat ini dah tinggal lapan kot) untuk kita pulun sehabis baik,give all out.. Agar di hari Akhirat nanti,kita boleh tersenyum di hadapan Baabur-Rayyan (pintu syurga untuk orang2 yang berpuasa) kerana kita benar2 tergolong dalam golongan yang berpuasa yang puasanya diterima Allah,bukan setakat menahan lapar dan dahaga…AMEEN..



p/s: selamat meneruskan pencarian Lailatul Qadar