Wednesday, December 18, 2013

updating my little angels

Assalamualaykum wbt..

Apa khabar para pembaca yang dihormati..semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan setiap urusan Ameen..

Baru-baru ini alhamdulillah setelah selesai peperiksaan Surgery secara keseluruhannya, saya mendapat peluang untuk pulang menjenguk buah hati di malaysia..syukur tak terhingga atas anugerah rezeki masa dan tiket kapal terbang yang affordable walaupun dibeli pada petang sebelum bertolak malamnya..

Jadi kesempatan 10hari yang ada di Malaysia memang saya manfaatkan sungguh-sungguh untuk meneliti perkembangan anak-anak dari segi emosi,akalnya mahupun rohaninya..saya dikhabarkan yang anakanda Balqis memperolehi keputusan yang quite impressive pada sayalah sebagai ibunya.

100 untuk math, 100 untuk agama islam, 98 untuk bahasa malaysia, dan 93 untuk english..tergelak juga kami disini memikirkan bagaimana dia boleh score dalam BM yang cuma sedikit sahaja kosa kata diketahuinya..dan less score for english yang memang sering menjadi pilihannya untuk bertutur sedari kecil .

Namun setelah berbincang, kami memutuskan untuk just let her be..after all,she's still a kid :) dan i'm definitely not gonna be a pusher mummy in her academic huhu.. namun bukan ini point yang ingin saya ketengahkan..

Saya cuma ingin berkongsi bagaimana apa yang diusahakan selama ini menjawab beberapa persoalan yang ditujukan..bagaimana sejak dia belum mencecah usia 6bulan,saya dan suami konsisten memperkenalkan huruf hijaiyah yang ditulis diatas manila kad dan dipotong dan dibuat berkali-kali kerana dikeronyok mahupun dimakan oleh sikecil balqis ketika itu..pada masa itu,tiada kumpulan sokongan bagi mendidik sikecil menghafaz quran seperti yang mula bercambah sekarang. dan saya pula sering kekurangan idea, resources mahupun waktu kerana juga disibukkan dengan kuliah. Namun, satu tekad yang tidak pernah padam ketika itu adalah walaubagaimana sekalipun saya akan pastikan anak-anak boleh membaca dan menghafaz quran sebelum mereka mengenal ilmu lain.

kadang-kadang perasaan kami tewas juga apabila ramai yang bertanya mengapa anak saya tak pandai nyanyi lagu ABC yang semudah dan sering dinyanyikan kanak-kanak lain seusianya. dan tidak kurang yang concern dan bertanyakan bagaimana anakanda balqis mahu survive di sekolah rendah di malaysia nanti apabila dia tidak boleh berbahasa malaysia dengan baik. saya cuma mampu tersenyum simpul kerana jujurnya saya juga tidak punyai sebarang jawapan..kerana saya sendiri tidak pernah berusaha mewujudkan anak saya ruang untuk membaca ABC dan kenal 123 pada masa itu.

kerana pada fikiran saya yang cetek ini, saya cuma mahu anak saya belajar alquran dan boleh berbahasa inggeris sikit-sikit di tangan ibunya sendiri..biarlah walau cuma simple english conversation sementelah saya pun bukannya begitu fluent in english hehe..cuma sekadar sebuah harapan ingin membiasakannya dengan asas pertuturan 2-3 bahasa. kebetulan rezeki anakanda balqis bercampur dengan kanak-kanak arab di tadika dan sekolah kerajaan disini sekejap.

pengajaran saya tidak pernah sistematik kerana saya sangat kekurangan ilmu dan pengalaman serta masa tentunya! adakalanya saya membaca beberapa ayat dalam surah yang ingin dihafalnya ketika saya berdua dengannya di dapur dan meminta dia mengikutinya..sering juga ketika menghantarnya ke sekolah pagi-pagi,saya membaca beberapa ayat, dan meminta dia ulang dan sambung untuk refresh hafalan surah2nya yang lepas. jadi begitulah rutin kami, balqis membaca dalam keadaan menghafaz dan tidak tahu membaca sebenarnya. dia cuma tahu menyebut huruf yang berbaris fathah sahaja. sehinggalah dia berusia 3tahun, saya ditegur suami supaya take care bahagian pembacaan pula..pada masa itu kami baru melangkah ke alam klinikal dan bertambah sibuk dan saya tak tahu bagaimana dan dimana patut mulakan.setiapkali selesai solat,pasti termenung panjang dalam doa agar Allah meleraikan kebuntuan ibu bercita-cita besar ini..disamping itu kami cuba mencari disini guru-guru yang boleh membimbingnya mengenal bacaan bertajwid satu persatu namun semuanya ditolak atas alasan dia terlalu kecil dan sangat aktif pula pada masa itu. tidak boleh duduk diam untuk diajar seperti budak lain huhu..

maka,saya bertekad mengambil waktu seminggu untuk tumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini..masa tu, kebetulan kami pulang ke Malaysia dan berpeluang mendapatkan siri buku Al-Furqan mengajar anak-anak membaca dengan bertajwid, maka itulah satu-satunya sumber yang sangat berguna. kami menggunakan Read and Reward system untuknya oleh kerana dia peminat tegar barangan Disney Princess dan Barbie, maka itulah umpan kami kepadanya untuk membeli 5minit masa duduknya pada satu-satu sesi pengajian. Dan, alhamdulillah tak sampai seminggu she could read walaupun not so well tapi sudah sangat bersyukur kerana dia kenal baris,tanwin, bacaan sukun..Rupa-rupanya kerja saya untuk melatih hafazannya menjadi jauh lebih mudah kerana dia sudah mengenal dan membaca ayat-ayat yang ingin dihafalnya.

Jadi, disinilah point perkongsian saya sebenarnya..bagaimana kalamullah ini mampu menerangkan hati anak-anak kecil sepertinya yang dengan izin Allah sehingga dia yang tidak tahu membaca Quran(cuma mengenal huruf berbaris fathah sebelumnya tetapi sudah menghafaz lebih 10 surah pendek pada masa itu),boleh membaca dalam masa tidak sampai seminggu..bagaimana dia yang sering dirisaukan tidak tahu berbahasa malaysia alhamdulillah dalam masa tak sampai sebulan sudah membaca buku 5 Bacalah Anakku  dan buku 4 Read Easy untuk bahasa inggeris.dengan bimbingan guru tadikanya.Sehinggakan gurunya memaklumkan yang she's a bright student. Sedangkan saya langsung tidak pernah mengajarnya ABC dan 123 yang cuma dikenalinya melalui free download application di telefon.

Sebenarnya usaha kami ini tiada apalah sangat, jauh untuk dibanggakan, cumalah secebis jika hendak dibandingkan dengan kesungguhan ibu-ibu para ulama dizaman dahulu,ibu-ibu kita sendiri serta ibu-ibu lain yang mempunyai anak seusia anak saya diluar sana. Masih ramai lagi yang sangat bijak dan kreatif serta bersungguh-sungguh mendidik anak-anak mereka kalamullah ini..dan saya sendiri menjadikan beberapa blog seperti blog ibu darwisya dan darwisy serta ibu abdullah sebagai sumber inspirasi dan rujukan berkala saya.

Cuma saya ingin berkongsi tentang keajaiban Al-Quran ini untuk diajarkan sebagai pengajaran pertama setelah mengenal Allah, dalam menjadikan anak-anak kita terang hati dan berupaya menyerap dan memahami ilmu Allah yang lain lagi..dan ini sudah pasti menundukkan hati saya untuk menginsafi kekurangan diri sendiri yang diberi pinjaman Allah berupa anak-anak sebagai amanah untuk dididik dengan penuh kasih sayang. dan saya strictly tidak menggemari apa jua kekerasan mahupun rotan..pertamanya, kerana memang tak pernah sampai hati, kedua, what's the point of u hitting a small kid???

Dan sesungguhnya perjalanannya masih jauh..saya sendiri kadang-kadang gusar memikirkan cabaran yang bakal dihadapinya di akhir zaman ini..namun, saya bertawakkal agar Allah memeliharanya di sepanjang perjalanan kehidupannya serta Al-Quran yang dibaca serta dihafalnya dapat ditadabbur dan diamalkan sebagai perisai diri dari fitnah akhir zaman...

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..

Wallahu'alam..


p/s : cerita adik uwais kena entry lain...sebab adik uwais cabaran serta pendekatannya totally berbeza dengan kakaknya hehe..