Thursday, November 3, 2011

impian yang termakbul

Assalamualaykum wbt...

Ini adalah rentetan dari entri yang lepas..entri yang telah laaaaama tersimpan didalam draf tetapi sangat segar di ingatan InsyaAllah...

Sebagaimana sahabat karib ini memberi tajuk entri di blognya dengan "The Granted Wish", seperti itu jualah hati saya berbunga-bunga mengiyakannya...kerana ia sememangnya 'impian kami yang termakbul'!

Bayangkanlah setelah kali terakhir kami berjumpa iaitu semasa saya sedang berpantang dan saat itu beliau ke rumah untuk berziarah sambil memetik daun inai untuk majlis akad nikahnya esok hari, kami sudah tidak lagi bersua selama beberapa tahun selepas itu.. TT

Saya mengikuti satu persatu episod dia melahirkan anaknya yang pada masa itu disahkan masih premature dengan penuh debaran dengan hanya berhubung melalui telefon dari sini...tak pasal2 sekali dengan papabalqis turut terheret berdebar sama =P kerana dirinya ibarat saudara perempuan(i have no female siblings) sedarah sedaging yang tentunya sangat8 dikasihi dan didoakan kesejahteraannya selalu...

Melalui blognya, kami mengikuti perkembangan anaknya yang nyata telah melalui proses tumbesaran yang sangat2 wonderful masyaAllah, dengan perasaan tumpang gembira dan bahagia bagaikan Damia' dan Balqis itu adik beradik. Betapa saya tidak pernah malu untuk sering mengulang-ulang pada suami yang setia mendengar cerita, tentang hakikat persahabatan kami yang pernah sangat akrab sebelum ini dan siapa dia di hati saya...

Dan, ternyata saya yang dangkal ini telah mempelajari banyak perkara yang baik darinya dengan izin Allah...paling saya kagumi, kebolehannya membuatkan sesiapa sahaja yang mengenalinya rasa dihargai dengan caranya yang bersahaja...dari situ, saya banyak memerhati caranya meraikan perasaan seseorang sahabat dan dalam diam saya juga berazam untuk belajar menjadi orang yang menyenangkan sepertinya...

Tempoh kami bersahabat tidaklah terlalu lama tetapi ianya tidak akan dibiarkan berakhir insyaAllah...walau sesibuk mana sekalipun urusan-urusan yang mendatang, insyaAllah dirinya akan kekal didalam doa dan hati ini...dan, oleh kerana jarak yang agak jauh juga tidak memungkinkan untuk kami sering bertemu..tetapi, Allah izin cuti summer baru-baru ini kami benar-benar dapat bersua muka, sehinggakan apabila tiba di hadapan rumahnya, saya memberitahu suami disebelah yang saya 'segan' nak bertemunya kerana dah terlalu lama tak berjumpa =P


inilah gambar yang terbaik(yg lain semuanya bergegar) sebab masing-masing lasak dan masih hendak bermain walaupun hari sudah jauh malam


Tetapi, Alhamdulillah kami disambut dengan riang walaupun mereka masih keletihan baru pulang dari jauh...Damia' yang kelihatan malu-malu pada asalnya telah disapa oleh Balqis yang peramah dan saya melihat dari jauh dengan perasaan yang sukar digambarkan dengan kata(mak aih,jiwang karatt..) tapi, sungguh.. melihat anak-anak itu di depan mata yang tersenyum tawa bermain bersama-sama, saya bagaikan tidak percaya yang kami berdua sudah melalui tempoh kedewasaan dimana-mana masing-masing sudah diamanahkan Allah dengan zuriat sendiri...Malam itu, sepertinya saya juga mengambil masa yang lama untuk terlelap..walau selesa ditempatkan di bilik tamu di rumahnya, dengan perut yang sudah kenyang menjamu selera di restoran mamak Taj, dengan tubuh yang letih minta direhatkan, saya tetap tak boleh tidur dengan cepat seperti kebiasaannya, kerana terlalu teruja dapat bertemu insan yang telah lama dirindui...deep down saya mensyukuriNya diatas nikmat rezeki pertemuan ini, dan teristimewa juga, mensyukuri kebaikan sang suami yang sememangnya telah berusaha untuk meraikan persahabatan kami..TQ abang sayang... =)


bergambar sebelum bertolak pulang


Esoknya, kami pulang pada awal pagi serentak dengan mereka yang ingin keluar bekerja dan ke kuliah...dalam perjalanan pulang, becok mulut saya menyatakan terima kasih berulang-ulang kali kepada si suami yang sangat memahami..dan, hasilnya mungkin kerana hendak meraikan lagi kegembiraan saya, papabalqis dengan bermurah hatinya telah membawa kami ke Cherating yang sememangnya terletak dalam laluan perjalanan pulang kami sambil menawarkan kepada saya samada hendak bermalam di chalet atau sekadar singgah beberapa jam sahaja..hehe =)

Subhanallah, pantai disitu sangat cantik bagi saya yang sebenarnya sudah lama tak berjumpa dengan laut..Disitu, kami mula memperkenalkan kepada anakanda Balqis bagaimana rupa air laut yang sebenarnya kerana ini pertama kali kakinya menyentuh air dan merasa apa itu ombak yang dipanggilnya " another wave"...tak tahu kenapa..(~_~)



meronta-ronta tak mahu diturunkan dari dukung




kelihatan ragu-ragu pada awalnya




tidak teragak-agak lagi (^_^)



sudah tinggal panties saja huhu..



terus tak mahu naik setelah dipujuk2



setelah dimandikan secara paksa rela dan diberi ruang untuk memilih bajunya sendiri



singgah di pantai apa dah lupa on the way to terengganu



bergambar di dataran di Terengganu sebelum bertolak pulang ke kelantan


'Ala kullihal, syukrillah atas semua ini...semoga jika ada rezeki kesihatan, rezeki kelapangan, dan juga rezeki kewangan, dapat lagi kami menjejakkan kaki ke sini biiznillah... ameen =)



Wednesday, November 2, 2011

monolog seorang sahabat

Assalamualaykum wbt...

Kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman...makin bertambah usia, tentunya makin banyak peristiwa yang telah kita tempuhi...alangkah ruginya jika semua itu tidak membawa kita makin dekat padaNya,malah semakin jauh pula kita melangkah keluar dari jalan yang sepatutnya seorang mukmin itu melaluinya..

Astaghfirullahal 'aziim...

Setelah hampir melepasi usia jubli perak ini, sedar tak sedar saya telah dipertemukan dengan ramai orang yang secara tidak sengajanya telah meninggalkan kesan yang signifikan di akhir sebuah pertemuan itu...mereka adalah sahabat-sahabat fi sabilillah yang secara tidak langsung telah mencorakkan kehidupan bersahabat saya dengan warna yang sungguh indah..

Jika nak disenaraikan nama satu persatu, sampai esokpun belum tentu lagi boleh habis kerana jumlahnya yang bukan sedikit...tetapi, secara peribadi saya senang mengingati mereka seorang demi seorang dengan ingatan yang sangat manis...dan, secara tidak langsung Allah mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan siapa saya pada hari ini...jika pada hari ini, saya kelihatannya seperti sudah mempunyai kehidupan yang agak stabil (walau hakikatnya masih belum punyai pendapatan sendiri), ditemani suami dan anak yang penyayang, semua itu adalah berkat dari celupan tangan-tangan mereka yang bergelar keluarga dan juga sahabat yang telah banyak mendewasakan diri...

Namun, dalam kerakusan mengejar urusan duniawi, dan juga menyempurnakan tanggungjawab sebagai anak,isteri,ibu dan jua pelajar, kadang-kadang saya terlepas pandang dalam soal menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai sahabat dan juga teman...jika diadakan gathering mahupun perjumpaan bersama, saya mungkin akan menjadi orang yang terakhir menyatakan persetujuan, ataupun berlalu sahaja tanpa memberi sebarang respons. Ketika ramai-ramai berpakat menyusun plan ziarah mahupun menghadiri jemputan walimah sahabat, saya hanya sempat membaca tentatif mereka sahaja sambil melakukan yang paling minima, sekadar mengucapkan tahniah ataupun selamat jalan..seringnya, hanya salam yang dikirimkan tanda masih mengingati dan masih mendoakan...

Hakikatnya, nun jauh di penghujung malam, mata sering tidak terlelap merindui mereka-mereka yang sangat bermakna dalam hidup saya...ada masa tanpa sedar, terbit airmata yang mengalir mengenangkan betapa bertuahnya hidup saya pernah dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik, sangat solehah dan sejuk mata memandang malah, dengan izinNya berupaya membawa hati kita mengingati Allah, cukup dengan hanya memandang mereka...

Dan, baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang pernah bersama-sama berjuang dalam Persijilan Tahfiz Darul Quran 2004-2005 dulu...Ukhti Nurdiyana Nordin,bekas pelajar Maahad Muhammadi Puteri, indah namanya seindah itulah pekerti tuannya...seperti selalunya, saya antara yang terlewat mengetahuinya, itupun melalui perkhabaran di group di facebook, kerana jarang benar berpeluang berlama-lama di hadapan internet. Sahabat yang lemah lembut ini telah meninggalkan seorang zuriat yang punyai wajah persis ibunya, bersama-sama juga si suami yang tentunya tabah menghadapi kehilangan isteri tersayang... mengikut kata teman-teman, beliau diserang penyakit SLE yang umum mengetahuinya sebagai penyakit yang sukar diubati...

Rawan di hati bertambah-tambah melihatkan wajah mulus anak perempuannya yang baru berusia 5bulan itu...bagai mengerti yang dia tidak lagi punyai ibu yang telahpun pulang ke rahmatullah, anak kecil itu seakan rela apabila disuapkan susu menerusi botol sahaja. Oh aduhai, saya pasti khalayak telah dan akan terus menghadiahkan doa yang tidak putus-putus untuk anak ini serta bapanya bagi meneruskan kehidupan ini dengan tenang sehingga tiba saat mereka dipertemukan semula sebagai sebuah keluarga yang sakinah di syurga Allah sana, ameen~

Al Fatihah untuk beliau dan sahabat-sahabat lain yang juga telah pulang mengadap Allah..

- Nur Fathiyahton Fisal (24 Februari 2005) - SMKA Baling
- Siti Sopuriah -KISAS 2002-2003

Dan, sungguh aku mencintai kesemua mereka ini kerana Allah...

Tarbiah Allah

Assalamualaikum wbt...


Happynya bangun pagi2 bila celik mata sahaja ternampak insan2 tersayang sedang tersenyum lena di sebelah..(takdelah sampai tersenyum, over tu =P). then, masuk bilik air tengok sakhanah dah berfungsi dengan baiknya..alhamdulillah tiada lagi trauma kesejukan di pagi2 buta...dan, akhirnya berpeluang bersunyi-sunyian bersamaNya sebentar ditemani suasana yang hening dan sepi...Alhamdulillah..

Susah mahupun senang, ternyata Yang Maha Esa tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat...pabila saat sukar menjelma, kita bersimpuh rapat didepanNya sambil airmata berhamburan..tapi, pabila saat gembira menjengah, ternyata tidak ramai yang datang mencariNya...hanya sedikit sahaja yang teringat mahu menyempurnakan sujud syukur pada Allah..dan, aku mungkin salah seorang dari itu, astaghfirullahal'aziim...

Jadi, apa khabar iman kita sekalian? Masih suburkah..? ataupun sudah ke kubur bersama impian duniawi yang tidak akan habis dikejar...semoga sehari hayat yang bertambah akan turut menambahkan lagi kerendahan hati kita padaNya...dan semoga sehari yang dikurniakan Allah akan bertambah seri dengan taubat dan amal yang ikhlas semata-mata mengharapkan redha dariNya yang dirindui selalu...

Lama tidak menulis sesuatu kali ini bersebab..tiba-tiba tak boleh sign in blogger walau sudah dicuba berkali-kali...habis cerita-cerita lama terperam dan akhirnya hilang berlalu dibawa angin kemalasan sebab dah takde mood nak tulis cerita lama..Namun, Allah izin pagi ini boleh pula sign in...Alhamdulillah =)

Tiada cerita terbaru..kami masih lagi bertiga..sudah selamat tiba di bumi barakah bumi Nil ini dan telah pun kurang lebih 2 minggu memulakan pengajian di bangku hospital Mustasyfa Tawari', dalam kelas yang berasingan! wah, untuk kali yang pertama saya tidak lagi sekelas dengan papabalqis..beliau di round Chest dan Tropical Medicine manakala saya pula bersama para isteri yang kebanyakannya newly wed bersama-sama berjuang di round Neurology yang hampir 80% pengajarannya didalam bahasa Arab 'ala tuuuuuul....

Pada mulanya berasa kekok juga kerana waktu kelas pun sudah berbeza...namun,cantik sungguh perancangan Allah...ironinya, kami boleh bergilir-gilir mengambil dan menghantar Balqis tanpa dia perlu berlama-lama di sekolahnya...oh, cerita tentang anakanda Balqis, ada satu perkembangan terbaru yang sangat2 kami syukuri dan teruja untuk berkongsi disini..


NO MORE DIAPERS!!


Dalam isu ini, saya tiada tips mahupun petua untuk dikongsikan melainkan solat hajat, minta sungguh2 Allah mempermudahkan urusan potty training anak-anak...sebenarnya, cuti summer lepas kami berdua dah pun berpakat untuk memulakan toilet train pada Balqis memandangkan usianya pun sudah mencecah 3tahun...latih punya latih selama hampir beberapa minggu on and off, dia masih tak boleh menyelesaikan 'urusan'nya itu di tandas, malah sudah beberapa kali menghadiahkan mamanya dengan kebocoran yang mencabar kerana berlaku diatas karpet-karpet tebal rumah2 atuk neneknya...dan,akhirnya setelah berbincang heart to heart dengan papanya, kami bersetuju untuk memberhentikan sahaja proses latihan itu sehingga dia menunjukkan sendiri tanda kesediaannya...

Jauh di sudut hati, saya berasa agak sedih kerana aim untuk cuti ini tidak tercapai..dan, kebimbangan saya bertambah apabila mengenangkan kesibukan hari-hari kami sebagai pelajar selepas tamat cuti menyulitkan lagi untuk memberi perhatian kepada proses ini...makin saya tidak senang duduk apabila melihatkan betapa singkatnya(only 1week) tempoh yang diambil oleh ummu dan abu Ilham (Dhuhasakeenah) untuk membiasakan Ilham ke tandas...Dalam kecelaruan perasaan ini(bertambah celaru apabila melihat stok diapers yang makin dibeli oleh papabalqis kerana anaknya belum pandai ke tandas), saya membawa isu ini ke dalam solat hajat...benar-benar memohon pertolongan dariNya untuk membantu kami berdua dalam proses yang tabi'i ini...dari sehari ke sehari, tiada perkembangan yang positif tetapi hati masih kekal meyakini bahawa "tiada yang mustahil bagi Allah'... sehinggalah kami dijadualkan berangkat pulang ke Mesir...

Hari pertama di rumah sini, tiba2 boom!!! " Mama, nak go hammaam..(tandas)" sambil tangannya laju menarik saya... Saya mengikut sahaja sambil memerhatikan tanpa perasaan,dan tentunya tanpa apa-apa harapan,hehe..Suddenly out of plan, dia boleh menyelesaikan 'urusannya' step by step tanpa perlu ada siapapun yang memberi arahan...tinggal urusan membasuh sahaja masih memerlukan mama/papa yang membantu...dan, proses ini berjalan lancar dari sehari ke sehari sehinggalah tidur malamnya juga sudah tidak ditemani diapers...malah, belum pernah berlaku lagi kebocoran setakat ini di tilam tempat tidur,alhamdulillah...dan,hari ini genap seminggu hidupnya tanpa penggunaan diapers maka, kami memberanikan diri memulakan langkah untuk tidak memakaikan diapers ketika dia kesekolah, setelah hampir setiap hari diapersnya masih kering sewaktu pulang dari sekolah =)

Apa lagi yang boleh saya katakan selain Alhamdulillah thummalhamdulillah....dari urusan yang mungkin kelihatan remeh ini, saya belajar tentang kekuasaanNya yang bisa menjadikan segala sesuatu itu boleh berlaku tanpa kita jangka bagaimana dan bila...dari perkara ini jua, saya menginsafi betapa siapa lagi yang boleh memberi pertolongan jika bukan Dia, Allah Yang Maha Berkuasa...

*إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللهُ فَلا غالِبَ لَكُمْ وَ إِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَ عَلَى اللهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

160. Jika Allah menolongmu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkanmu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolongmu (selain) Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.


Maka, jika ada hajat yang tersimpan dihati, luahkanlah ia di dalam doamu...jika ada kekusutan yang tersimpul rapi, leraikanlah ia dihadapanNya...dan, jika ada di antara doamu yang belum terkabul, teruskan lagi berdoa dan tetapkanlah hatimu teguh meyakini bahawa masanya akan tiba jua untuk hajatmu dimakbulkanNya....


Wallahu'alam~

Monday, September 26, 2011

clear as a bell


Assalamualaikum wbt...


Suatu hari semasa sedang asyik menyediakan bubble bath untuk tuan puteri sorang ni, saya tiba-tiba dikejutkan dengan suara kecilnya , " mummy, i want to shout!!".. As clear as a ding dong bell..dia minta nak menjerit kerana seronok mendengar echo bunyi suaranya yang melantun-lantun di bilik air itu. Saya tak pasti dari mana dia memperoleh words sebegitu, tetapi cara dia menyusun sebaris ayat yang penuh betul-betul mengujakan saya sebagai ibunya yang later on membuatkan papanya pula turut teruja sama..


Kenapa teruja??


Kerana kami mempunyai satu kerisauan selama ini tentang tahap komunikasi anakanda yang seorang ini..Diberi pendedahan dengan lebih dari 4bahasa setiap hari rupa-rupanya sedikit sebanyak telah meletakkan dia dalam posisi yang agak bahaya! Bahaya pada ibubapanya kerana jika kanak-kanak seusianya di Malaysia sudah lancar menyusun kata meluahkan itu ini, dia pula berdepan dengan kesukaran memilih perkataan yang paling sesuai digunakan ketika itu. Sebagai contoh, :

Untuk memuji sesuatu perbuatan yang bagus misalnya, dia mungkin sahaja akan mengatakan " uuu, pandai..@ bagus...@ good...@ Excellente(sepanyol)...@ Shatrah(arabic)...@ Issa(asal dari perkataan 'biso' loghat kelantan) ataupun kesemuanya sekali!! Kalau ingin mengatakan makanan itu sedap, boleh saja dia mengatakan " cedap (sedap)...@ delici-yah-so (sepanyol)..@ hilwah (arab)...@ dilisy(delicious)..ataupun satu pun tak terkeluar!! (-_-)

Jadi, oleh kerana terdapat beberapa campuran bahasa pada datanya, dia kelihatan mengambil sedikit waktu untuk memberi respon pada satu2 masa, atau di ketika lainnya, dia memilih untuk bercakap bahasa sanskritnya a#%$^%&*& sahaja sebagai respon sehingga termangu-mangu siapa yang mendengarnya..pada waktu ini hanya insan yang bertuah dan terpilih sahajalah yang dapat memahami apa yang nak dikatanya itu =)


Pencarian


Sebagai orang yang paling dekat dengannya, sudah tentulah kami harus mencari titik penyelesaian kepada perkara ini..melalui pembacaan, perbincangan dan pengalaman2 mereka yang telah lama 'makan garam', kebanyakannya mengatakan bahawa ini fenomena biasa bagi multilingual toddlers..kata seorang makcik saya, kanak-kanak pada peringkat ini memproses dan menyimpan dahulu perkataan yang didengar,apabila tiba masanya they will talk clear as a bell, INSYAALLAH AMEEN......jadi, mungkin saya/papanya yang terlalu risau huhu..


Program komunikasi


Jadi, sempena dengan cuti kami yang Alhamdulillah sungguh panjang kali ini, bertambah panjang apabila pihak Egyptair meluluskan tiket balik nanti dengan free of charge(tiada bayaran denda seperti sebelum ini dimaklumkan) which is only available on the Oct 19th, rasanya cuti panjang ini agak sia-sia kalau ia tidak memberi nilai tambah kepada anakanda Balqis..

Urusan ziarah-menziarahi mengeratkan silaturrahim, juga sesi bersama keluarga tercinta sudah hampir dua bulan berjalan dengan padat dan semaksimanya(itupun masih ada yang belum sempat kami bertemu mata), Alhamdulillah..Jadi, untuk 3minggu lebih yang terakhir ini kami sepakat untuk meninjau pusat bahasa untuk Balqis untuk touch up her communication skills..supaya lebih mudah tuturkatanya difahami oleh guru-gurunya di hadhanah sana yang kebanyakannya boleh berbahasa inggeris dengan baik Alhamdulillah..

Cari punya cari, setelah beberapa hari survey Alhamdulillah akhirnya ini dia, anakanda Balqis diterima masuk belajar untuk tempoh sebulan sehingga tarikh penerbangan pulang di cawangan Smart Reader di negeri papabalqis ni. Kalaulah SR ni ada di berdekatan dengan rumah mama, alangkah indahnya hidup ini hehe..tapi, itulah kata orang-orang tua..apabila ingin mendapatkan sesuatu, ada sesuatu yang harus kita lepaskan...bermakna,hujung minggu sahajalah baru dapat pulang ke Baling berbanding sebelum ini selang seminggu hehehe..takpe2, inipun sepatutnya dah kena banyak bersyukur,ada orang sudi nak ajar anak kita dan terima dirinya walaupun masih belum berjaya proses potty trainingnya(huhu ini cerita lain)..

Hari pertama kami mendaftarnya, dia sangat teruja melihat rakan-rakan sebayanya(she's in a 3years old class) yang sedang bersenam aerobik sambil menyanyikan nursery rhymes, ditambah pula kawasan playground yang kelihatannya agak luas, dirinya lantas meminta saya menukar baju yang dipakainya kepada uniform yang baru sahaja diperolehi =)

Hari ini hari keduanya, masih belum cukup untuk kami membuat penilaian..tetapi, secara kasarnya, kami berpuas hati dengan environment yang wujud disitu walaupun majoriti tenaga pengajar dan murid-muridnya adalah dari non-muslim. Bagi kami, ini secara tak langsung mewujudkan persekitaran yang sihat apabila rata-ratanya berkomunikasi dalam bahasa inggeris yang proper, not manglish(which i dont prefer at all). Namun, saya sempat meninjau dari beberapa malay staffs disitu, alhamdulillah dapurnya diuruskan oleh mereka yang beragama Islam...kena perhati juga apa yang bakal masuk ke dalam perut anak kita,kan? =)

Dan, tadi semasa bersama saya di meja makan, dia yang sedang menyusun(bermain sebenarnya) jambu air yang dipanggilnya 'stobeli'(buah strawberry) didalam pinggan kedengaran mengomel sendirian..."uuu, vili nice(very nice) dan menyuruh saya meletakkannya dibawah.."put it down mama, put it down..." tersenyum sajalah kita maknya anak dah boleh buat ayat sikit-sikit.Doa saya, semoga Allah melapangkan dadanya untuk menerima dan memahami sesuatu ilmu itu dan beroleh taufiq dan hidayahNya selalu,ameen...

Ini gambar-gambar yang sempat di ambil buat kenang-kenangan..malu juga nak snap banyak2 tengah2 orang ramai tu..nanti dikatanya buang tebiat hantar anak sekolah pun nak ambil gambar,huhu..



sedang malu-malu sambil join rakan-rakannya bersenam aerobik



guru kelasnya sedang mengajar step yang sepatutnya




muka sedih mama ajak balik(on her first day)



upah dapat makan sebab behaved well masa first day


hari kedua,
letih sampai terlentok dalam kereta dan terus tidur tak sempat tukar baju



Wallahu'alam~


Wednesday, September 14, 2011

some stories

Assalamualaikum wbt..


Terhibur saya membaca blog rakan2 yang kini kebanyakannya menceritakan tentang sambutan raya masing2..terbayang kemeriahan sambutan raya mereka walaupun ada yang jauh di perantauan..tak kurang terbeliak juga mata membaca menu2 yang di sediakan untuk rumah terbuka mereka..banyaknya, larat sungguh diorang memasak satu persatu..saya sendiri, hanya sempat memasak Nasi Tomato beserta lauk pauknya (resepi nenek tercinta) sahaja untuk dihidangkan pada hari raya pertama hari tu..itupun, dengan bantuan dari beberapa co-chef yang setia membantu di dapur..segala kuih muih dan hidangan lain telah lengkap disediakan oleh si ibu yang rajin..Alhamdulillah tahun ni rumah mertua saya mengamalkan sistem makan dengan pinggan plastik dan cawan plastik, jadi kurang sikit keletihan kami semua nak berdiri mencuci pinggan mangkuk di hari raya,hehe..

Dan, tahun ni kali kedua kami membawa kakak Balqis ke masjid solat sunat aidilfitri...Alhamdulillah dia dapat behaved..mungkin dah terbiasa dibawa sewaktu solat terawih, jadi kakak Balqis Alhamdulillah dapat stay berdekatan mamanya sehingga selesai orang bersembahyang dan mendengar khutbah raya..pot pet sikit2 tu adalah, dah namanya kanak-kanak..tapi, takdelah berlari kesana-sini jika nak diukur dengan kecergasan kanak-kanak sebayanya =) tapi, tahun ni walaupun kami dah pulang ke Malaysia sedari awal Ramadhan lagi, tapi tak sampai 5 kali pun dirinya dibawa bersolat terawih ke masjid..bukan apa,pertama bimbang dengan kejadian culik kanak-kanak yang sedang rancak berlaku di tanah air sendiri sekarang..kedua, kadar penerimaan kanak-kanak di masjid negara kita berbeza dengan keadaan di negara luar yang sangat menghormati kanak-kanak..mereka begitu meraikan kehadiran anak-anak kecil di masjid sehinggakan sewaktu saya bersolat di sebuah masjid di Mesir, saya difahamkan bahawa saf di hadapan adalah untuk ibu2 yang membawa anak kecil kerana ada ruangan lebih dihadapan saf untuk para anak berehat dengan selesa sambil menunggu si ibu beribadat tanpa mengganggu ruang jemaah yang lain. Masing2 membawa bekal makanan seperti snek ringan, air kotak susu dan beberapa permainan dan buku2 cerita untuk mengelakkan si anak tadi bosan ketika menunggu. Dan, thanks Allah Balqis was one of them!

Walaupun negara mereka kelihatan sedikit terbelakang dari kita dengan penggunaan lampin pakai buang yang belum pasti mutu dan kualitinya, namun mereka tak ada istilah takut pampers terbocor(sekarang parents pun kebanyakannya dah faham untuk tukar siap2 pampers baru yang kering sebelum membawa anak kecil ke masjid), baby bising lah, takut batal air sembahyang lah kalau tersentuh kanak2 yang belum bersunat dan sebagainya seperti yang di'takuti' oleh sesetengah warga emas di masjid di sini..jadi, kita sebagai young parents pun rasa tak selesa nak bersolat sambil membawa anak ke masjid apabila ada mata-mata yang sedang memerhati dengan pandangan kurang senang..bimbang mengganggu keharmonian ibadah jemaah yang lain. jadi, pilihan yang lebih baik adalah bersolat di rumah walaupun seronok nak bersolat terawih di masjid yang hanya sekali dalam setahun itu. Tak mengapa,ibarat kata masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek.. =)

Itu cerita solat terawih..sekarang mari kita lompat ke cerita tentang anakanda Balqis..sejak balik Malaysia ni, kami perasan yang threshold malunya dah makin berkurang..dia dah macam boleh get along dengan sesiapa sahaja berbanding dulu2, agak cengeng =) berkat asuhan tangan orang arab kot! Cuma, sifat ke'garang'annya makin terserlah kalau ada yang tak kena dengan seleranya. Makin menjadi-jadi garangnya kalau ada kanak2 yang cuba mencelah ketika dia sedang khusyuk bermain. berasa terancam mungkin! Adakalanya alhamdulillah dia faham apabila diingatkan tapi ada juga berlaku insiden cubit mencubit dan cepuk mencepuk tika kita terlepas pandang..sindrom anak tunggal kata orang hu~

Tentang komunikasi, vocab nya Alhamdulillah sudah makin banyak dan bolehlah buat ayat sendiri walaupun tertunggang terbalik,bercampur2 bahasanya. Bahasa sanskrit nya pun masih lagi wujud walaupun dah tak banyak.. Asalkan dia dah boleh menyuarakan hasratnya sendiri dan dapat difahami oleh orang di sekelilingnya sudah cukup baik =)

Oh, dia dah ada new interest..dah tak berapa layan aksesori2 Princess ni..kalau dulu, pantang nampak baju2, beg, buku, toys dan segala mak nenek even her panties mesti nak yang ada gambar Princess berlima tu- Cinderella, Snow White, Aurora si Sleeping Beauty, Belle dalam Beauty and the Beast, Jasmine dalam cerita Aladdin, dan ditambah dengan beberapa lagi karakter pilihannya seperti Tinker Bell dan rakan2(dia paling menggemari Silvermist), Dora the Explorer and the gangs, Little Einsteins, dan Barney & Friends.. tapi, semenjak dia balik ke Malaysia ni dan mula mengenali apa itu Ben 10, huh boleh dikatakan hampir kesemua barang2 Ben 10 yang tergantung pada promosi di kedai-kedai, kalau boleh dia nakkannya.. (-_-)

Sampaikan satu ketika kelmarin dah dia tak tau nak minta apa lagi setelah disebut-sebutnya nak minta dibelikan ball Ben 10, toy Ben 10, beg Ben 10, book and pencils Ben 10, dia pergi sebut,
" papa, nak susu Ben 10"..haha, bukan main lagi padahal baru dua kali kalau tak salah saya dia menonton rancangan kartun Ben 10 di TV..selebihnya, dia banyak bermain game Ben 10 di iphone yang kami pun tak berapa pasti bila masa dipelajarinya..inilah warna dunia kanak-kanak yang bagi saya seronok dan terhibur bila melihat kerenah dan keletah mereka..ada saja idea di kepala mereka kalau nakkan sesuatu..tapi, semestinya kita sebagai parents kena pilih2 mana yang boleh ditunaikan terus, mana yang boleh di 'hold' dulu..tersengih sajalah dengar dia menyusun ayat nak suarakan permintaannya..setakat ni, yang telah dibelikan hanyalah bola mainan, baju dan schoolbag yang kecil tu sahaja dalam jangkamasa yang berbeza. Supaya dia belajar mengerti bahawa dalam dunia ini tak semua perkara yang kita inginkan akan diperolehi dengan begitu mudah sahaja. =)

Sampai sini dulu buat kali ini..gambar-gambar terbaru anakanda solehah yang sudah besar ini masih tak dapat nak diupload kerana kelajuan internet yang amat meruntun perasaan ketika ni..kita cerita sajalah dulu, gambar2 kemudian ya..apapun, semoga semuanya ceria2 dan dirahmati Allah selalu..


-berusahalah untuk membalas perbuatan jahat manusia kepada kita dengan kesabaran yang ikhlas kerana Allah..moga2 si dia beroleh hidayahNya dan kita pula beroleh pahala yang berlipat ganda..sama2 amalkan InsyaAllah..-


Tuesday, September 13, 2011

muqaddimah


Assalamualaikum wbt...

Lama betul kali ini blog ni tak berupdate..

hampir 3bulan lebih kurang bermula dari Jun lepas..Masa tu memang hands-off sekejap sebagai menghormati tempoh peperiksaan seMesir (lebih kepada memaksa diri untuk lebih berdisiplin sebenarnya) =). Dan, peperiksaan sudah pun selesai bermula dari April hingga akhir Julai dan keputusannya pun sudah selamat diketahui pertengahan Ogos baru2 ini..Alhamdulillah thummalhamdulillah, berkat doa dan sokongan dari mereka yang budiman terutamanya ibubapa,ahli keluarga dan rakan taulan di sekeliling, kedua2 kami melepasi untuk ke tahun 5 dengan keputusan Jayyid Jiddan keseluruhannya..Alhamdulillah..Dan,tak dilupakan terima kasih yang terutama untuk anakanda Balqis kerana sudi memberi kerjasama dan mengorbankan sebahagian 'masa bersamanya' untuk mama dan papa membuat sedikit persediaan akhir baru-baru ini..semoga Allah menjadikan kakak Balqis sebagai anak yang solehah dan cerdas selalu..Tahniah juga untuk sahabat2 seperjuangan yang memperoleh kejayaan baru-baru ini..kepada yang belum berjaya, teruskan usaha dan berdoa..kejayaan pasti menjadi milik kita akhirnya dengan izinNya..

Ramadhan sudah pun berlalu tanpa saya sempat mencoret apa-apa pun kenangan bersamanya seperti di tahun-tahun lalu dibuat dek masalah internet di kedua-dua rumah kami di Kelantan dan Kedah..nak ke CC macam tak sedap pula dah ada anak ni..tak feel nak menulis..inipun kebetulan internet kat rumah agak laju sikit tapi masih tak mampu nak upload gambar dengan cepat..

Alhamdulillah, kepulangan kali ini mencatat banyak peristiwa yang indah untuk dikenang..biarpun kecil tetapi signifikan...nanti kita cerita sikit-sikit di entry akan datang..entry ini lebih kepada muqaddimah almaklum sudah lama menyepi..nak kena tune semula rentak penulisan yang dah makin longgar ni..

Raya kali ini Alhamdulillah dapat kami sambut bersama sanak saudara sebelah papabalqis di Kelantan..setelah itu, baru turn mama untuk meraikannya bersama2 keluarga di sebelah Kelantan(belah mak) dan Kedah(belah ayah). Dan, tentunya Balqis orang yang paling happy sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan ramai orang yang menyayanginya..duit raya pun boleh tahan,biasalah budak kecil..dan, tiadalah perkataan yang selayaknya diucapkan melainkan kesyukuran yang tak terhingga padaNya yang telah mengurniakan kesempatan dan rezeki untuk bertemu serta merapatkan silaturrahim dengan insan2 tersayang yang dirindui selalu..antaranya, sahabat lama mama- Puan Nur 'Atiqah Md Hussin..sampai ke hari ini saya macam tak percaya aje dapat jumpa semula dengannya setelah bertahun terpisah..next entry InsyaAllah =) papabalqis pun happy dapat jumpa semula kawan lamanya-Bob.

Oklah, sampai sini dulu buat masa ini..Dah mengantuk hu~


lepas balik solat sunat aidilfitri di masjid kampung papabalqis


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kenalan yang menjengah kesini..MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN~