Sunday, May 17, 2009

exam week

salam 'alayk..

semoga sesiapa saja yang sedang membaca/melihat ini,berada dlm keadaan yg terbaik kesihatannya- sihat dirinya,imannya,amalnya,hatinya dan segala yang berlaku padanya ; yang menyenangkan disyukuri..yang kurang menggembirakan atau menyedihkan direnungi hikmahnya..kerana sesungguhnya ujian itu tanda peduli Dia Yang Maha Esa pada kita hamba yang kerdil dan sekelumit cuma dari seluruh ciptaan agungNya..

tidak bercadang untuk bercakap panjang,byk ckp byk dosa kan? =) takdelah,sebenarnya masa sgt menghimpit diketika ini,rasanya nak berehat lama2 pun tak berapa selesa memandangkan thn ini sangat kritikal (bg saya dan suami dan mungkin ramai lg)-tersangkut satu subjek sudah tak memungkinkan kita berada di thn 3..aduh,gerun rasanya..sudi2 lah kiranya sesiapa yg membaca ini melayangkan doa buat kami semua disini -moga gigih berusaha,teguh tawakkal pdNya,dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat..

terima kasih daun keladi,kalau sudi,doakan lagi ^_~

saya pun tak pasti bila lagi dpt duduk mengadap depan laptop ni buat masa sekarang untuk post something..ni pun sambil2 nak tunggu spin kain siap,hehe..dah siap jemur satu batch,ni 2nd batch,kainbaju balqis yg tak bercampur dgn mamapapanya..memandangkan Balqis dan papanya yg stay up smlm masih lg dibuai mimpi,so mama yg kebosanan pun bertenggeklah sekejap kat sini..huhu,bertenggek? ingat burung ke ape..=P

em,gambar2 dibawah ni diambil masa exam anatomy hari tue..punyalah lama,dari kul 8am mama gi gamaah(Univ=Jamiah=gamaah in 'ammiah) dgn acik muna,sampailah dkt kul 5ptg. so,since we all kena kuarantin lepas oral exam untuk exam praktikal plak yg disambung selepas solat jumaat,maka Balqis terpaksa la dtg jumpa mama here. coz,mama tak dan nak lari balik dah jumpa balqis..kesian papa yg terpaksa tolak balqis ditengah2 panas(skg dh start summer) dari rumah sampailah ke gamaah ikut jalan Istad.

sampai je sana,ada 'ammah2 yg baik hati sudi tumpangkan mama dan balqis dlm bilik diorg yg dekat dgn lab,mudah mama nak setelkan balqis sementara papa gi solat jumaat..dah siap sume,mama dan acik2 yg akn exam pastu buat final touch up,selak2 sikit buku,sambil2 balqis didodoikan oleh acik ada dan acik lina yg baik hati sudi dtg kejap dr rumah tlg tgk anak mama neh..masa tue,fokus mama dah berkurg sbb lapar sgt..jadi cramp sume muscles dibuatnya,hehe..kedai sume tutup ms tue..hanya sebotol air mineral dan seketul roti je yg sempat sedari pagi..kalau tak,dgn balqis sekali boleh lapar..

mama hanya berdoa je dlm hati,doa dan terus berdoa,minta dipermudahkan segala urusan peperiksaan ini,untuk mama dan semua org yg amik periksa hari tue,sbb waktu2 mcm ni takde apa yg diperlukan selain ketenangan,kan? dahla terkejut pagi tue masa oral tetiba tak disediakan tulang temulang,means that no bone questions! maknanya,kena pulun untuk bab lain to gain more marks..takpelah,after all,semua pun dah selesai dan tugas kita sekarang hanyalah berdoa dan bertawakkal..right? =)


sebelum masuk praktikal exam sambil tunggu papa balik solat jumaat utk shift jaga Balqis


usai exam,mama cepat2 keluar dari lab yang penuh bersesak2 dengan pelajar yang amik periksa hari tue ; Egyptian,Saudian n Malaysian..tak sabar nak jumpa dua wajah kesayangan yg setia menunggu mama ditengah panas tue..sedih rasa hati terpaksa menyusahkan mereka,tentu kedua2nya lapar yg teramat tue..Allah bless u both,doa mama dlm hati..we have to support each other kan bang? nanti yg dgn baby dtg juga masa abg exam physio nanti,hehe..


ni muka baby yg comot dok main air liur..mcm merajuk je tunggu mama lama sgt..thanks syg..TT




her hungry sign(ciannya..). tangan dok main kopiah papa



together forever,ameen


untuk mak yg confirm tgh rindukan saya (awatla jurugmbr ni amik gmbr tunggang terbalik =P)



jalan ke rumah kami,jemputlah dtg =)



baby selepas dilap satu badan kerana habuk dan panas diluar

em,mana gambar papa? family di Malaysia pun nk tgk papa jugak,bukan mama dgn baby aje kan,huhu..em,gmbar papa,biar papa letak sendirilah,papa kan dh ada his own blog,hehe..entah bila nak update pun taktaulah mama,heee =P

ok,kain dah siap,so sampai sini je dulu..tadi cakap tanak tulis panjang tp,hehe,dah terpanjang pulak..biasalah,basuh baju2 baby,2-3 kali bilas,so lamalah sikit nak siap..

sehingga ketemu lagi!!! (^_^)


Saturday, May 16, 2009

kembali menulis

salam 'alayk..

alhamdulillah,2 subjek sudah pun selesai..bagai nak rebah rasa minggu ni,memerah otak dan memaksa tubuh untuk bekerja semaksimum mungkin..dicampur dgn balqis pun nak study jugak,so sungguh chaos jadinya,hehe..


gembira mengkeronyok kertas



apapun,alhamdulillah sudah selesai..dan,saya telah mendapat 'cuti' rasmi dari hubby..disuruhnya saya tidur sepuas-puasnya,haha..manalah kita ni boleh nak lelap mata lama-lama kan kalau ada anak kecik..plus,rumahku syurgaku juga menuntut perhatian untuk di' grooming'.. ni,blog tersayang ni pun nak kena sapu-sapu sikit habuk yang ada,hehe..

so,hari ni kita langsaikan sumenye,InsyaAllah..rumah,blog,masak kerutuk daging idaman suami(1st time masak ni sbb tak pernah tgk rupa kerutuk tue mcmmana..sejenis masakan kelantan yang telah banyak kali dicuba bayangkan kepada saya anak jati kedah ni,hehe..mungkin mak saya yg juga org kelantan tue dah pernah masak,or pernah tunjuk,tp dah tak ingat..),harap2 jadilah dan mr.hubby suka! ^_~


paling penting,nak compensate balik masa-masa berkualiti bersama balqis yang telah sudi diberinya semasa mama/papa study..hanya kepada Allah sajalah kami panjatkan syukur,si kecil ini amatlah berkerjasama,boleh kira berapa kali je dia menangis dalam sehari..alhamdulillah,lega hati mama/papa..dgn syarat,nak buat apa pun xpe,asalkan balqis dpt duduk diriba mama/papa,baru balqis tak meragam,hehe..xpelah sayang,dah nama pun seorang anak,dia nak manja2 dengan siapa lagi kalau bukan dgn ibubapanya..teringat mak ayahku di malaysia..ma dan abah di Pahang..semoga Allah memelihara mereka dan menyayangi mereka,serta beroleh kebajikan didunia dan akhirat..ameen..

hm,so ni adalah catatan lama yang saya simpan di draft..kisahnya dah berlalu,tp takpelah..ini juga salah satu rekod Balqis,jadi mama paparkan juga,buat kenang-kenangannya bila besar nanti..

~mengambil kesempatan mengepost sesuatu buat tatapan semua khususnya family di Malaysia..terlebih khusus,utk mak @ Nina yg rindu amat dgn cucunya nan seorang ini..sanggup mak print gambar balqis yg terkini untuk balik tunjuk kat sidi @ ayah..since kat rmh mama kt kedah takde telefon(kabel kena potong orang nak buat highway),so takde internet..kalau nina rindu cucunya ni,nina kena gi CC,huhu..agaknya kalau tok ma n tok abah tgk ni,tok ma pun nak simpan gak kan..biasalah,cucu dan cicit first tambah2 yang berada nun jauh dari mata,maka semua berkenaannya sangat dirindui.. =)

memandangkan blog ni adalah lebih kepada catatan perjalanan tumbesaran Balqis dan adik2nya InsyaAllah,maka mama xnak terlepas merekodkan kisah terkini Balqis..


lebih dari 5hari Balqis diserang demam..puncanya mama xtau..punyalah risau mama dan papa ni sebab asal nak maghrib je menghala ke malam,kepalanya sudah mula panas..dok tak lama satgi,seluruh badan semua panas..saaaaaaaaaaaaaaangat risau,bimbang sume sampai takde perkataan dah nak describe..cuma,tak menangis je lagi..mama kalau dah over worry,mulalah hujan turun berderai-derai..mcm kes papa balik lambat itu hari,sampaikan mama dah tak fikir ape dah,kol sape saja yg terlintas tgh2 mlm tue,tanyakan dimana encik papa ni..em,agaknya nilah rupanya bila seseorang itu bergelar isteri dan ibu kot..mudah nak risau over a small thing..sbb dulu b4 kahwin,i'm one of yg hard to worry..=)


kembali kepada Balqis,kerisauan kami bertambah apabila beratnya mulai susut..about 2kg plus. kurang amat meminum susu,apatah lagi makan bubur nasi ,krg tidur,kerap buang air besar,..tp,dia tetap aktif macam biasa..plus,ada satu hobi baru,kerjanya nak menggigiiit aje..tangan mama,baju mama,apa saja yg tercapai olehnya,semua nak ditokaknya..menjelang malam,akan mula merengek tanda tidak selesa..pernah masa hari pertama demamnya,masa kami berdua mandikan Balqis,dia menangis seolah2 tak suka dimandikan...walhal,selalunya kakinya tak cukup ruang dok godek-godek dalam besen mandi..hampir semua kebiasaannya jadi perkara yang luar biasa dan tak dapat diterima.oleh kerana kerisauan yang menggunung,maka mama consult nina..tanya wut should we do now? nina suh letak aloe vera dikepala balqis sambil selawat syifa' utk turunkan suhunya..penting utk elakkan sawan kata 'dr nina =) 'tp mana nk cari aloe vera pun km xtau..ada sesiapa yg jumpa disini?


saya yg tgh khusyuk menggigit 'teether' yg dibawa dari Malaysia


opps,ada org amik gambarla,kasi senyum sket =)

kejadian2 seumpama ini yang membabitkan bayi sekecil Balqis sangat membuatkan kita risau terutamanya jika berada jauh dari keluarga terdekat atau makayah. tiada 'orang tua' yang lebih berpengalaman untuk dirujuk..bawa ke hospital/klinik?? saya pasti,kalau tak kerana emergency/kes2 berat,ramai yg akan berfikir 5-6kali kalau berada dlm lingkungan orang-orang arab yang kita sudah arif lenggok lakunya..bukan apa,ke'lembut'annya tak serupa orang kita/orang putih. im telling u,u have to be here to know this..ditengah2 kekalutan,teringat kami kepada keluarga Dr.Hamid,sebuah keluarga melayu yang turut bermukim disini..ya,mereka bisa kami rujuk,memandangkan anak pun sudah lima orang dan paling kurang,ada Deq Mat yg masih kecil,membuktikan kak ani atau Dr sendiri sudah biasa dgn ragam anak kecil..tapi,alhamdulillah,Balqis mcm tau2 je mamapapa nak bwk pi jumpa Doktor,cepat2 dia kembali pulih..hehe

ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH...


baik je demam,mama mula mempelbagaikan menunya,takut2 dia boring..yelah,asyik suap bubur nasi plain je..so,hari pertama dia sembuh tu,mama suap carrot yang dah dikupas,rebus dan blend. suka balqis makan,mungkin sebab rasa manis asli sayur carrot tu kot..dengan mama sekali makan carrot lecek yang sedap tue..then,hari kedua,time mama dgn papa dok study physio,mama makan epal sambil riba Balqis ni..nampak macam teringin sangat,so mama pun goreskan lah sikit dengan sudu plastik baby,dan suap..yes,balqis makan dan nak lagi..sangat seroonok kami berdua bila tengok anak dah mula berselera..agaknya mcm nilah ayah dulu masa alang(adik ketigaku) tak berapa lalu makan,lepas satu,satu makanan dibelinya sampai penuh peti..mestilah risau kan..tupun,alang tak makan mana jugak,kami hak lain yang dok tumpang perabih,hehe..


ni gambar saya makan carrot ^_~


ni pulak mama dok suap saya yang suka bergambar ni dan papa snap d picture


so,anak mama dan papa ni dah kembali pulih dari demam yg lama dan merisaukan itu,huhu..dekat seminggu jugak dok ulang panas,sejuk,panas,sejuk..batrisya balqis dah kembali ceria dan bertenaga..semoga cepat membesar dan gain ur weight balik =) tengok ni aksi2 saya yang sihat..










Balqis said,
"oh ye,mama papa saya serta acik2,aunties,uncles,ammu2,ahjusyi,tante saya sume dah nak periksa..sape2 saja yang terbaca ini,tolong doakan kejayaan mereka ye..syukran! ^_~ "

Thursday, May 7, 2009

berenti sat =)

salam wbt..

di pagi yg hening ni,saya sudah mengantuk amat..tapi,mengenangkan target study belum tercapai,maka diri terpaksa mencari sesuatu untuk bagi segar bijik mata..nescafe? oh,cukuplah rasanya segelas besar hari ni..takut addicted pulak nanti..plus,it doesnt suits a lactating mom..nk bersembang,teman studyku baru sebentar td mengambil keputusan untuk join si Balqis beradu mimpi,untuk proses mengumpul tenaga bagi kegunaan esoknya. saya sendiri agak kedekut sikit sebenarnya dengan masa tidur ni..selalunya,seboleh mungkin akan tidur b4 kul 12,tp semenjak kehadiran sikecil,masa tidur telah berubah secara total! dan, lebih selesa rasanya nak pegang buku apabila Balqis dah selamat tidur..lebih fokus InsyaAllah =) maka,bermulalah aktiviti bloghopping,hehe..jalan2,ziarah kejap blog cikgu syakirah kawan lamaku, terbacalah entry barunya yang sangat mencuit hati..tersengih sorang dibuatnya..dan,alhamdulillah,rasa mengantuk tadipun hilang entah kemana..tapi,melihatkan blog sendiri yang sudah lama tak terupdate,mesej2 di shoutbox yg sudah banyak tak terbalas,why not singgah sekejap disini =P bak kata org putih,

'ALL WORKS AND NO PLAY MAKES JACK A DULL BOY'..

lebih kurg mcmnilah bunyinya,sy pun dah tak ingat..walaubagaimanapun,saya bukannya Jack dan peperiksaan tinggal tak sampai pun 5hari lagi,jadi mesti banyak beringat dan sudah tentunya banyak bekerja dan sedikit bermain! anda setuju? =)

okeh,perlu segera berhenti,sebelum rasa mengantuk menyerang lagi..good luck to all,selamat membuat persediaan..kami sekeluarga mengucapkan selamat berimtihan kepada semua yg akan/sedang mengambil peperiksaan..

RABBUNA YUSAHHIL,AMEEN

Friday, May 1, 2009

another tag by puan husna

salam..

hm,minta maaf kat ummu huraiyah sbb dah lama tangguh this tag. apapun,terima kasih daun keladi ye :) but b4 that,looking at the title has made me smile..smile 4 a shy-shy-cat reason gitu. kalau x kerana adikku husna yang tgh pregnant tue,mau fikir 10 kali jugak nak jawab those killer questions..heh. so,let's see what we have here..


Tag cabaran langsing


1)
Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?

Berat terkini:55-56kg (naik turun,hehe..hari2 timbang,penimbang dok tepi katil ni je :P)
Tinggi:164 cm


2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?

Berat paling tinggi ; 71kg..dua hari s
ebelum selamat melahirkan Balqis..masa tu berusia 22thn..

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?

hm,langsing ke? :) frankly,takde makan set apa2..just take the obimin pills dan minyak ikan for supplements. byk je sbnrnya ubat2 bersalin from both my mom n mother in law.tp xblh mkn pun coz my body just cannot go with the hot temperature that u'll gain.lada hitam+halia bara sume xleh makan sbb baby ada jaundice dulu..so,saya cuma tak makan bnda2 sejuk such as agar2,timun dan seterusnya yang dilarang keras sehingga 4-5bln hbis pantang. depends on ur body.

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?

Berat paling rendah 42kg..ketika usia 20thn. masa tue,masih menyesuaikan diri dgn kesibukan hidup di kampus di matrik uia. dicampur dgn nak berjimat sgt,so mmg tak ambil kisah pun dgn makan2 ni.

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda

tak pernah.. ada juga dpt voucher rm499 untuk fat burning from mommy magazine masa pregnant dulu tp kerana kesuntukan masa dan keadaan,have to forget it (isk..TT). tgklah kalau2 ada rezeki papabalqis nak sponsor mama gi slimming programme ke nanti ;)


6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?

Xde diet khas..cheese,choc,ice cream n all lemak2 food ni sume makan..just masa tue kurg makan nasi sbb takdan nak duduk makan..blh terima tak? :)

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

of coursela sbb mengandung. sbb this pregnant thing kan,it will make u suddenly crave for something..maka dtglah pelbagai keinginan dan perasaan nak mkn itu ini..biasalah,bila lg nak manja2 right? :) but,cannot blame the baby..baby+placenta+fluid etc just consumed 4-5kg je out of the 20kg added from the previous weight. 2nd thing,water retention pun boleh jadi juga..


8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?

hm,rasanya dah bersyukur dgn berat sekarang..taknak kurus sgt,nanti melayang angin tiup.. ;D

9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?

oh,gambar b4 bersalin xde skg..ada dlm hp lama tp xblh nak retrieve balik.gambar lps bersalin byk tp xyahla..segan,hehe..

Sunday, April 26, 2009

senyum pada dunia








--melihat kembali gambar2 diatas,buatkan mama tersenyum sorang2..bukan sorang jugak,sbb papa pun konfem tgh senyum juga..betapa ikhlasnya senyuman seorang bayi,bisa menyejukkan hati sesiapa yang memandang(err,ada sejuk ka hati??)..

actually,mama pun xtau apelah yang membuatkan Balqis ni nampak seronok sgt..tp,kalau time nak snap her pic,memang dia akan fokus pada camera..ceghedik sungguh,hehe(turun tebiat sapa pun xtaula)..

anyway,usia si kecil kesayangan kami Batrisya Balqis ni sudah mencecah 5months plus. Bakal genap 6bulan pada 14Mei ini..so,seperti kebanyakan bayi yang lain,Balqis dah mula diperkenalkan dengan solid food..nak kata solid sgt tue tak juga,sbb masih peringkat permulaan..hari pertama dan kedua,bukan main excited lagi mama masak bubur nasi(this is the very first recommended food for first timer) dan keluarkan blender baru dari kotak(1 of the blender set yg papa beli dulu)..blend punya blend,tak hancur2..mungkin kena lenyek lebih sikit kot i thought. esoknya,masak lagi kasi lama skit dan lenyek byk kali dulu baru blend..pun,tak halus atau superfine..sbb baby pada fasa permulaan tak blh makan yg kasar lagi,takut tercekik..
so,i guess mungkin the prob is pada jenis blender yang digunakan. maka,terpandanglah daku pada blender kecik yang selalu digunakan untuk blend cili kering buat stok cili pes ku.

" takkan nak guna yang tu kot,pedas karang bubur baby ni.." getusku didlm hati..(ayat macam dlm novel plak).

akhirkalam,merudum semangat mama nak buat sendiri makanan Balqis hari tue. buat dek blender punya pasal. yelah,sbb disini,sangat mahal kalau nak beli blender satu persatu macam tue,plus,susah nak jumpa. lebih murah dan worth kalau beli satu set.so,esoknya,mama ajak papa ke pharmacy Tarshouby dkt area gamaah yang ada banyak pilihan makanan untuk baby..alhamdulillah ada banyak jenis makanan baby dari pelbagai manufacturer. so,pilih punya pilih,belek ingredient sume,kami pun amikla sekotak aruz(beras) yang dah dikisar halus untuk baby keluaran nestle(kena boikot kan nih)..tp,yang ni ada flavor la pulak. vanillin flavor. tetiba je mama rasa teragak2 nak amik sebab seboleh mungkin,i want to take care of what will go inside my baby's mouth.tp,tak pelah,cuba dulu sekotak..nak bagi Balqis terbiasa dengan makanan..

so,there it is..setelah refused 1-2 kali dengan mimik muka yang melucukan,then,alhamdulillah sekarang dah boleh makan...suka papamama tengok Balqis makan..insyaAllah,next month,makan yang mama masak sendiri plak,okay? =) mama will surely come out with wonderful menus of which u'll love it!! (semangat neh,hehe)

hugs and kisses from ur momma n pappa

15 April..


15 April..

tarikh yang ditunggu2 oleh mama semenjak hari mula mama mengetahuinya lagi..bila 1st time mama tau that is the date papa was born? hehe,masa papa tengah isi borang borang kebenaran bernikah diluar daerah(coz papa org kelantan and the knot was tied at my place : Baling,Kedah) depan ayah and mak,and bg borang tue kat mama untuk last check,masa tue la mama jeling kat I/C papa..hehe..

15 April 2008..

almost 3months we're legally as husband and wife..it was so sad and depressing to know that mama couldnt do much to enlighten papa on his big day..buat dek rasa mual yang memabukkan kesan pembawaan budak(it's you,darling Balqis!! =P)..hanya mi sup yang termampu mama buatkan..tupun,bukan mama yang buat,mama instruct n observe je dekat tepi,haha..papa yang buat,dari merebus spagetti,potong ayam sume,masak sup sampailah siap (big clap for papa!!)..kesian,birthday boy kena buat sendiri..cake apa sume takde,huhu..at the end of that day,mama cried for feeling so frustrated deep inside me..but,i promised myself to do better nanti..

then,there it is---15 April 2009

bermula dari mama draf satu persatu idea dikepala,hinggalah memilih what's the best plan to work out.i believe,almost everyone wants to be happy on his/her birthday..tak kisahlah,disambut atau tak,right? it's just,rasa diingati tanda kita menghargai seseorang itu..the same goes to me..since this was our first celebration on papa's birthday,so mama wanna give my best shot untuk ingatan sepanjang hayat kami.

memandangkan papa pernah sebut dah muak makan kek,so awal2 lagi mama tak plan nak bake my own cake. walaupun seminggu sebelum tue,pantang nampak je, mama akan bookmark website2 yang ada resepi n nice decoration for cupcakes.tp,sbb papa dah muak,so i turned to search for other option.macam2 la idea yang timbul,nak buat surprise candle light dinner kat rumah la..provided Balqis dah selamat tidur in her cot,barulah suasana romantik timbul,hehe..

but,mama really doesnt have time for all that..i mean,nak masak sume tanpa pengetahuan papa(of course papa cannot know the surprise yet),it's hard to do..papa almost 24hrs ada dirumah..kalau kuar pun sekejap2 je..mana nak sorok sume makanan =P

at last,mama plan ngan aunty muna,nak jalan2 sekitar gamaah nak cari present for papa..papa tau kitorg kuar,siap bagi duit lagi tapi taktau kitorg buat apa n pegi mana,hehe..sebenarnya papa mcm dah dapat smell something fishy,mungkin sebab he knew his birthday was coming..so,mama might have something to work out.tapi,sebab tanak spoilt plan mama,papa tak tanya detail sangat..nanti susah pula mama nak cover.thanks dear =)

sambil jalan2 tue,mama really taktau nak beli apa..plus,mama is a budget person..sume benda mama nampak mahal.at last,balik gitu je tanpa beli apa2..sebenarnya nak sangat hadiahkan papa jam swatch yang dah lama papa eyeing on.,tp pergi2 kedai tue(kat tingkat atas Baby Piano) takde pulak..huhu,poor mama..nak cari yg lain,kena tempah sume dulu,makan masa pula.

sampailah beberapa hari lagi nak ke tarikh tue,suddenly i got the idea..what if i book a dinner for two. OK!! so,mama pun sekali lagi kuar dengan aunty muna yg sangat baik hati tue untuk find the place..dlm kepala,mama nak cari restoran yg ada steak yang betul2 steak,hehe(bukan boleh kira orang arab nih,kitorg dah penah terkena,order steak,tp dapat daging yg macam daging burger,isk). so,sampailah kami ke Green Corner.tanya punya tanya,ok,they have a steak menu which is really made of steak meat :- be it sirloin,tenderloin,ribeye etc..dalam hati,papa mesti suka nih =D setelah tempahan dibuat,tarikh dan masa dah confirm,mama bayar half dulu,another half will be paid masa nak reconfirm. maka,pulanglah kami dengan suka hati esp mama,sambil resit pembayaran dilipat kemas2 simpan dalam purse..malam tue selepas tuisyen,sambil2 nak tunggu papa dtg ambil,mama ditemani sepupu kesayangan,deknih singgah jap kat Fifa,beli selipar Quicksilver yang dah lama papa berkenan. bukan apa,kesian tgk selipar papa yg dah uzur sangat.then,selipar tue sorok dalam beg mama of which papa will never find it.

hari yang ditunggu2 telah tiba..bangun pagi je,i gave him a warm wish, "HAPPY BIRTHDAY SAYANG"..then,sediakan sarapan macam biasa,like nothing special happened,hehe..pastu,pegi muzium anat dengan papa,study sikit..balik rumah,makan2 jap,solat,uruskan Balqis yang baru bangun tido,main2 dengan dia sampailah dia tertido balik,then,masa papa nak rehat,mama mintak izin nak kuar jap dgn aunty muna..papa tersengih membenarkan,macam tau2 je..kat sana,mama bayar another half,add on some menu,beli jugak tiga slices cake kat Baron dan letak kat GC(tak seronok birthday takde kek kan),then the most interesting part,choose the table,yay!! alhamdulillah,i got a perfect spot i guess,di tepi tingkap yang pemandangannya adalah bangunan depan kuliyyah Huquq(fakulti undang2) yang ada scenery yang cantik especially waktu malam.

sebelum balik rumah,sambil2 nak cari wrapping paper dan small card,sempat lagi kami berdua singgah ke Silverworld,kedai kecil yang menjual barangan silver,hajat hati nak tengok2 je..kebetulan masa tue,ada sepasang couple yang sedang memilih cincin kahwin untuk si lelaki,so mama pun tumpang la membelek sama koleksi cincin disitu..kebetulan cincin kahwin papa tertinggal di Malaysia,so bagus juga beli satu lagi..cantik sangat dan nampak ekslusif! tapi,harga pun sangat cantik which is of course exceed my budget limit,isk..tp,disebabkan dah berkenan sangat,mama pun tryla negotiate dengan tuan kedai tue dan he offered me another model but come along with a stone..black stone..namely 'FAS' in arabic term.act,mama kurang berkenan dengan stone2 ni,mudah tertanggal but after some thought,i chose one..nasib baik harganya affordable,plus dapat kotak kecil yang cantik..ohh,suddenly i feel like i will shop more here,hehe..

malam tue,supposed papa akan hantar mama tuisyen kul 9. selesai solat maghrib,mama masak a dinner lambat2 je,so that papa wouldnt know the plan,hehe..after that,mama took out our black attires yg mama dah prepare and suddenly papa perasan..adeh! sengih2 je papa tanya,
mcm nak gi dinner je pakai baju tue..and,of coursela mama nak cover lagi kan..taklah..,hari ni kan abang punya birthday..so,we should do something unusual..pakai baju ni pegi tuisyen..boleh kan? just for fun.. =) masa tue tetiba mama rasa yg plan ni mcm dah tak boleh nak secret lagi sebab ptg tue masa mama bwk Balqis duduk dlm another room,papa perasan yang i locked the room. yelah,takut satgi ada org masuk,kantoi tengah balut hadiah,hehe..tp,papa banyak kali acah nak masuk,and he said,nak tgk jugak apa mama ngan Balqis buat kat dalam..sabo jele papa neh..

selesai solat Isya,Balqis anak yang baik pun dah tidur,mama left her with acik kat rumah n i told her that i wasnt going out for tuition,but for a celebration on papa's birthday..and,of course for spending a quality time together..perlu juga sekali sekala keluar berdua,for a refreshing purpose,supaya bila pulang kerumah,dapat menjalankan tanggungjawab masing2 dengan lebih baik,InsyaAllah..

dalam teksi,mama sebut nak pergi Baron,tempat orang makan2 kek walaupun tau papa confirm taknak makan kek..saja nak cover lagi.sampai sana,kebetulan orang ramai dan tempat dah penuh..so,i told him,why not kita jalan2 lagi and cari tempat yang tak ramai orang..maka,sampailah kitorg ke Green Corner..sampai je sana,penyambut tetamu tue angguk kepala dan senyum je kat kitorg,sambil ada sorg lagi waiter dtg and showed us to the place..tetiba papa bisik,"awat diorg ni macam familiar je dengan yang"..adoihla,cekap sungguh papa nih menghidu..but,i still want to conceal that..tak ingat dah apa mama jawab masa tue tp it sounds quite logic la,hehe..

sampai kat meja,duduk sekejap je,waiter dah datang bawak appetizer..pun mama tak ingat nama apa.sambil tunggu2 makanan,mama bawak keluar kotak cincin tue..alhamdulillah,i'm so glad papa loves it..bukan senang nak teka taste papa..then,masa waiter datang bawak makanan,sempat lagi papa usik, "aik,belum order pun lagi dah dtg bawak makanan!" hehe,saje je ye..pas makan,borak2 jap,i told him my longtime plan tue,then jalan2 sekejap sebelum balik ke rumah memandangkan mama call acik dirumah and she said balqis masih lagi nyenyak tidur..


Alhamdulillah,big thanks to Allah,and those who helped me(u know who you are)..everything went well..


my birthday guy with that silver ring



US =)



the steak (worth trying,sedap sangat)


before balik..we're full,alhamdulillah