Pagi ini aku teruji dengan sesuatu..puas ku fikir dan usahakan cara, tetapi akhirnya hanya mampu tersandar lelah di birai katil sambil hati hiba memohon pertolonganNya...Benar,tatkala upaya dirasakan seperti sudah sampai ke kemuncaknya, maka tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan lagi selain dari Dia yang Maha Kuasa...
" Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A’rsy(singgahsana) yang agung." (At-Taubah 9:129)
Lalu, ku mula menyoal siasat hati sendiri sejauhmanakah tali pergantunganku pada Allah..Panjang manakah tali tawakkal ku pada Dia yang ku yakini setiap masa setiap ketika memerhatikan para hambaNya...adakah di waktu diri ini ditimpa kesusahan sahaja?
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIIM...TT
Seharusnya, rasa kebergantungan itu bukan hanya dipanjatkan pada ketika-ketika tertentu sahaja, tetapi seluruh urusan hidup kita yang mesti diselimuti rasa tawakkal kepadaNya..
Ketika musim peperiksaan...Usaha sungguh-sungguh dan bertawakkallah akan natijahnya...
Ketika hati merasa was-was terhadap sesuatu urusan.. Musyawarah dan bertawakkallah..
Ketika merasa runsing dengan urusan jodoh..Istikharah,solat hajat, kemudian bertawakkallah...
Ketika berhajat akan sesuatu..Rancang, usaha, maka bertawakkallah...
Ketika keluar rumah sekalipun kita dianjurkan membaca doa-doa tertentu tidak lain tidak bukan untuk melatih dan menanam rasa tawakkal kita padaNya..
SUBHANALLAH..
Dialah Al-Wakeel..Allah Tempat Mewakilkan Urusan Kita..
Berimanlah pada betapa Dia sangat memperhatikan urusan kita..Dia mengetahui apa jua yang terlintas di hati ketika mana tiada seorang pun yang bisa menebaknya...Dialah yang mengawasi tidur kita tanpa sepicing lena agar tidak terganggu dengan binatang/serangga kecil yang mungkin memasuki telinga mahupun hidung hambaNya..Dialah yang menjaga ketika kita mula merasa sangsi dengan keselamatan diri..Dialah jua yang menurunkan ketenangan di hati tika kita disapa resah dan gundah...Dialah yang menunjukkan jalan tika kita merasa ragu-ragu untuk melangkah..Dan, siapa lagi yang meniupkan kekuatan tika kita mulai goyah untuk terus berjuang jika bukan Dia, Allah Al-Wakeel..
Jika hati masih terus ingin lalai, maka insaflah pada betapa kasihnya Allah pada kita...betapa mulianya Dia, dihulurkan taliNya buat kita jadikan satu-satunya tempat bergantung selain dari apa jua benda di dunia ini hatta manusia sekalipun,kerna manusia itu lemah dan punya jangka hayatnya sedangkan Allah itu kekal,tidak tidur dan tidak mati..
Semoga kita masih ingat kisah Hajar dan Nabi Ismail a.s yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di padang pasir yang kering kontang...tiada seorang pun manusia di tempat itu melainkan mereka dua beranak..saat Hajar menanyakan suaminya mengapakah mereka ditinggalkan disitu dan kali ketiga, Nabi Ibrahim menjawab kerana 'ini perintah Allah'.. tiada kerisauan yang terpancar diwajahnya apatah lagi ingin menahan pemergian suaminya, baginda Nabi Ibrahim Khalilullah..tidak lain tidak bukan kerana kuatnya pergantungan Hajar pada Allah ketika itu..Baginda Nabi Ibrahim juga tidak perlu dipersoalkan rasa tawakkalnya yang sudah pasti menggunung tatkala meninggalkan isteri dan bayi kecilnya di tempat yang asing dan tidak berpenghuni itu!" Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup, yang Tidak Mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya.
( 25 : 58 )
Dan bertawakkallah kepada (Allah) yg Maha Perkasa, Maha Penyayang.(26 : 217)"
Tetapi, Allah Maha Mengetahui..di tanah yang gersang itulah, terdirinya Kaabah baitullahilharam dan wujudnya ibadah Sa'ie antara bukit Safa dan Marwah hingga sekarang yang walaupun dilengkapi penghawa dingin dan air zam-zam yang menyejukkan tekak, masih belum melegakan kepenatan berulang-alik sebanyak 7kali seperti yang dilakukan ibunda Hajar..
Inilah hadiah Allah kepada kita semua atas kuatnya tawakkal Nabi Ibrahim dan Hajar ketika itu..Kerana itulah, manusia yang berpegang teguh pada taliNya akan sentiasa tenang menghadapi apa jua keadaan..
Lantas, ku kembali merenung kedalam diri..membilang kembali berapa keratkah usaha yang di buat dan berapa sangatlah rasa tawakkal yang kusertakan bersama...Astaghfirullahal'aziim..
Tidak akan bermakna usaha itu tanpa tawakkal..Juga, tak akan kemana-mana tawakkal tanpa usaha..
Setelah usaha kita ikhtiarkan sungguh-sungguh, tanpa jemu, tanpa merungut dan mengeluh, maka, serahkanlah ia solid sebulat-bulatnya pada Allah..Pasakkanlah tawakkal dihati setinggi kita membina bangunan usaha itu, juga tanpa jemu, tanpa putus asa dengan penuh keyakinan bahawa Allah pasti akan memberi YANG TERBAIK buat kita kerana Allah itu sifatNya tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya..
Semoga dengan tali tawakkal ini, hilang sudah gulana di hatiku..
Semoga dengan rasa tawakkal ini, tiada lagi rasa ketidakcukupan yang menjajah dihati..
Dan, semoga dengannya jua, akan sempurna dan tenanglah seluruh kehidupan yang telah kuserahkan segala urusannya pada Allah Al-Wakeel~
"……..Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal. Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal."
( 3 : 159-160 )
Salam imtihan buat semua..dan, selamat menjalani bulan Rejab ini dengan penuh beradab sebagai latihan memasuki Ramadhan Kareem ..tinggalkan maksiat, kurangkan perkara lagha, lazimi lidah dengan zikrullah, banyakkan istighfar, taubat dan memohon maaf pada mereka yang sepatutnya..InsyaAllah..
Sungguh, ini bukanlah peringatan apatah lagi amaran...yang ada hanyalah muhasabah hati sendiri yang ingin dikongsi sebagai tanda kasih sesama Muslim~
Ilaahi Anta Maqsuudi Wa Ridhaaka Matlubi..
Wallahu'alam~