Sunday, January 25, 2009

silent week..

alhamdulillah,exam pertengahan tahun sudahpun tamat dgn jayanya..sekarang tiba masanya untuk bertawakkal dan time for du'a and du'a and du'a..yup,doa dapat merubah takdir =)

anyway,ada beberapa org kawan yg menyapa saya,"kenapa dah tak update blog?".."bz exam ek??".. heh,lucu pun ada..ramai yg ingat saya/suami tak update blog because of our exam week..sounds logistic but it turns out other way..why??


Balqis,mcq histo and cekelat mama

-exam week tidak membuatkan saya mengadap buku 24jam..apatah lagi my hubby who was always get himself start-to-prepare on the night before (i must say that i envy this,huhu)..
papa yg gigih =P

the answer is it study week or exam week,those wont turn me the busiest person in the's certainly not..

jadi,Balqis buat hal ke?? mana2 ibu pun,seseorang anak itu tidaklah mem'buat hal' padanya..apatah lg jika si anak itu masih kecil especially like this very young small baby..

Balqis baik tengah lali dengan puting glow-in-the-dark nya

i guess hari sibuk itu mungkin bermula kerana sikecil ni demam rentetan dari kena cucuk hari tue..

a day after having a physiology paper,we went to maktabah sihhah for Balqis's mau'ied tat'iem..she had two injections(they said one was for kibdah and another one i forgot) on both her thighs..memang menangis tahap gaban la cek mek ni sbb waktu kena cucuk tue dia tido.. we thought maybe dia menangis 1)sbb sakit, 2) terkejut..tgh2 menangis tue,dia kena cucuk lg sekali..i showed her my puzzled face because i really thought it was only one..yes,only one seingat saya..sbb sebelum pegi ke klinik tue,saya dan suami dah study kad imunisasi bayi yg diberi oleh klinik kesihatan di Malaysia dan it's stated there,only one injection for a 2months old,mmg kitorg dah fully alarmed that sistem pembahagian imunisasi di Malaysia and Egypt sangat jauh depends on the country budget dan penyakit-penyakit yang ada di negara itu amnya..but anyway,since the person in charged yg cucuk si kecil ni cakap the injection was for kibdah(hati),then i allowed her..that time,i realized that ive become such a particular mom who always wants to know and make sure everything goes correctly(i just want to avoid using the word PERFECTLY) on her child..i bet every mom wants the best for their child,right?

but i still tak puas hati sebenarnya looking at the person who was having a cold,with her tissue on her hand..and that same hand was used to inject my baby!! omg,how i wish i could do that myself..and oh how i miss the Malaysia health system which is i could say far hygenic than what happened in front of my eyes..but,what to expect..sigh~

the day Balqis kena cucuk..nangis all the time.woo~

i told myself,this is the best time to put a super tawakkal to Him..because Allah always know best..siapa kita untuk mempersoalkan itu ini sedangkan kita juga tiada upaya..yelah,if i can inject my baby at home,then it would be fine for me to complaint,but i am the one who wants to use the service provided so,sometimes i have to lower my expectation and let them do their work without my interruption..tapi,tak salah kalau bertanya,kan? *wink* the way,my hubby always said to me when i grumbled on this topic,"alaa,orang arab ni walaupun debu banyak di tempat dia dan kita nampak macam kotor,tp dorg tough"..i wouldnt disagree that..sbb,sepanjang pemerhatian saya,walaupun kebersihannya nampak seperti 'kurang terjaga' especially bab pemakanan,tp memang orang2 arab tough..kalau yg pekerja2 yg buat rumah tue,sekejap je dah siap..takde nak pakai alat2 canggih..also,their memorization skill is so powerful..just ask them any topic on the book,they would explain to you almost half part of the book plus all the topics related..i always fascinated with this..maybe i should give them some credits now..

but,back to my dear baby td..sedih sebenarnya tgk kedaifan(nampak agak daif compared to what we have in Malaysia) maktabah sihhah hari tue..nak cucuk baby pun,main letak atas meja gitu je..without lapik or whatever..apatah lagi nak cuci tgn dgn sterile foam like we used to back then in neonatal ward in Malaysia..but,Balqis still has a long list to go for her immunisation..i know i just couldnt stop thinking of sending her back to our homeland for a comfortable reason..but,still,as i said earlier,all backs to Allah because He is the One and Only who knows everything,whether it is good or bad for you..still, there's pros and cons here..

but what matters me most is,i do want to raise my baby by my own hand(of course with my darling hubby)though i know if we send her back,her grandparents will definitely take a dearly care for her..but,for me,what's the point of suffering during labor when you cant face the hardships in raising up your child,right? i always tell my hubby that i might be miserable if my dear baby wouldnt recognize me because she spends most of her time not with know,even if i missed her single progress now like dah pandai hisap belakang tangan dia(a sign to show that she is hungry),dah nak boleh meniarap etc,i would fall into tears for i blamed myself not to watch out her grown up process..thats why i limited my time now with the internet so as to spend more time with her..only if she sleeps,the house chores are settled,and my study time for that day is done,then i would be here,blogging freely..hmm,how sweet plus spicy it feels by becoming a WIFE and MOM at this age..

she's talking GUYEI to me while her papa snapped her pic

so,dear Batrisya Balqis,we know that u're strong enough to be with us here..please get well(she got a fever) soon and fill up our days with your cheerful smile and laugh(yes,Balqis can laugh and no more boo/'s GUYEI-GUYEI-GUYEI now ^_^) more thing about her,she's on-going process to meniarap..badan dah boleh pusing tapi kepala tertinggal, funny but proud to see her effort to try and try the end,papa and mama juga yg kena tolong sertakan kepala dia sekali then baru dia boleh fully meniarap..kalau tak,third quater je,hihi..

i always miss this innocent look whenever we left her for class or exam

hmm,that is a long blabbering on Balqis.. =)

on me and my hubby--

yup,we have plenty of time now..seusai exam,perkara pertama yg dibuat ialah,tido..=P afer staying up nights before and had less sleeps,then it would be a nice activity to do..after that,papa seperti biasa mencari cerita/movies/drama untuk ditonton sbg aktiviti relax-relax bersama since we're not going anywhere like some friends who are going out for tour due to the baby who is so small to be brought out,jadi kami merencanakan aktiviti di rumah was fun though being at your own home..dan,mama sibuk menyediakan bahan2 untuk keknya,hehe..resipi kek yang dah lama tertangguh nak buat sebab exam and study akhirnya dapat disempurnakan dgn jayanya(jaya sebab kek jadi -tak hangus,tak bantat,and the taste is OK,right papa?

lagipun,saya memang dah lama teringin sangat nak buat cotton cheesecake..ala-ala souffle cheese cake(ain mesti tau nih,hehe)..teksturnya lebih kurg macam sponge cake tp lebih moisture..mesti ada yg kata sng je kalau nak buat sponge cake ni..yup,senang je,bhn2 pun tak banyak..cuma,yg renyahnya nak pukul putih telur tue sampai jadi meringue..pun senang juga,tp bg yg ada mixer la..kalau yg pukul pakai tangan mcm saya malam tue,huhu,dekat sejam pukul baru jadi 3/4..campur dgn nursed the baby and speed tangan yg dah mula nak slow,at last,my hubby took turn..sekejap je dia kepuk telur tue dgn speed yg super maxima,terus naik bertanduk that meringue..waah,happy sangat!! happy sbb the worst part(pukul putih telur tue) dah settle and happy sbb papa janji nak belikan mixer and oven for me!! yay ^_^ selama ini,kubakar kekku dgn setianya dlm periuk safflon hadiah perkahwinan dari papa yg dah mula nak calar kulit dalamnya sikit2..woo~

ok,thats for that day..and today,we received the big guests from,again,the masak-masak time!! oh,i how i love to cook and eat..cook and easy as nuts,hihi.. anyway,the twin ayah din and ayah loh beserta kawan2nya dtg membawa kerang td since Dumyat is really near to the beach..Balqis besar sikit nanti,kita pegi sana ye jalan-jalan..
erm,thanks for the kerang,this is the first time i eat kerang here and after my delivery day(taktaulah dah boleh makan ke belum seafood ni).they're so big..bigger than what we found at pasar2 kat Malaysia..i would rather say like a tiram..but,sorry no pics can be uploaded here to show the kebesaran kerang tue since sumenye dah selamat dimakan..grin..

Thursday, January 22, 2009

cucur labu kpd labi :D

Kita bergelar hamba..

kembara mencari,pelengkap diri..

sebagai bukti,cinta hakiki..

disebalik awan gergasi,tercetus pelbagai revolusi..

kuatkan hati,iman bestari..

sebuah erti,mencari Ilahi..

Ada org bertanyakan saya,

”mung bahagio dok nikoh”..

Bagi saya,bahagia itu luas maksudnya..Tidak kira siapa kita,doctor,ustaz mahupun petani..bahagia itu bukanlah letak pada harta kita perolehi,pada ilmu yg kita pelajari,atau pada pengalaman yg kita cari..Contohnya,kenapa org susah boleh bahagia?-Kenapa ada org belajar tinggi2 pun blh bercerai?Pada pandangan saya,kita mestilah jalinkan cinta sejati dengan Ilahi.Tidak kira kalau kita susah,senang,sedih dan gembira,kita ada tempat bergantung yg hakiki,barulah bahagia menanti.Harta,ilmu dan pengalaman jadikanlah sebagai material menuju akhirat yang pasti.Kahwin itu adalah salah satu pelengkap untuk mencari keredhaan Ilahi.Doakanlah kami bahagia dan kekal sepanjang hayat-ameen~

Ada juga org bertanyakan saya,

”tok banyok masalah ko nikoh ni”.

Masalah @ ujian itu ada di mana2.Cuma bentuknya berbeza2.Masalah itu pencetus maju.Apapun masalah,kalau kita berusaha mengatasinya bermakna kita mampu berinteraksi dan menghadapinya.Ringkasnya,apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah, ada kemajuan dan kematangan dalam diri secara tidak langsung.Kesimpulannya,perkahwinan itu menyediakan satu ruang untuk bersama-sama menjana kematangan diri dalam mengahadapi sesuatu masalah yg mai.(ayat bini kawe-bhs kedah)-We have hope bcoz we have love-

Wednesday, January 21, 2009

Penjagaan Bayi..bagaimana??

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,satu paper dah pun lepas tadi-Physiology..masih ada lagi 3 paper,waiting for papa balik from Cookdoor(hari ni exam,papa tak kasi masak,hehe..)bringing back our dinner..oh,i really miss Trio and Spinach Roll from Pizza Hut tapi dah kena boikot..sangat tak sampai hati nak pegi beli their yummielicious products..takpe,now is really a boycotting time...moga-moga usaha kecil ni diterimaNya,ameen..

berbalik kepada tajuk entry kali ini,saya berfikir-fikir untuk mewujudkan satu forum di laman yang tak seberapa untuk membuka ruang bg perkongsian ilmu dan idea on how to take care your child..penjagaan secara seluruhnya..tapi,saya seperti tiada masa campur dengan tak berapa reti nak adakan satu lagi laman forum pada page,i just made it as an entry but with full hopes
kalau ada sesiapa yang willing to share any information about nursing their baby,homeschooling,pemakanan etc..etc..---just feel free to drop by and leave us your comment below..your suggestions are really welcomed here..thanks!!


sebenarnya,saya dan suami dari dulu lagi sebelum this baby popped out dah merencana pelbagai aktiviti homeschooling for our daughter nie..bukan apa,kami tak harap sangat nak hantar Balqis ke hadhanah/nursery/taska orang-orang arab nie..walaupun kesemuanya muslim InsyaAllah tapi bangsa yang berbeza pasti membawa budaya yang berbeza..kebanyakan kanak-kanak arab yang saya jumpa agak "hardcore" gayanya..bimbang cedera sana-sini(mental wa fizikal) nanti(huhu),maka kami bulat pendapat untuk tidak mendaftarkan anak kami kemana-mana taska disini sehingga dirasakan masa yang sesuai..

jadi,bagaimana untuk kami memastikan proses pembelajarannya berlangsung??

banyak website yang saya jumpa antaranya,MyFirstep, blog mommyhafiy dan sebagainya yang menyediakan cara-cara dan juga material untuk proses homeschooling(sekolah dirumah) anak anda dirumah. tapi,saya pasti setiap ibubapa atau bakal-bakal ibubapa sangat ingin menambah ilmu disamping mengetahui cara-cara yang terbaik dan paling sesuai untuk proses pembelajaran anak mereka dirumah. dan,lebih-lebih lagi saya dan suami yang masih bergelar pelajar..kerana kami juga tak boleh abaikan proses perkembangan otak Balqis(perkembangan otak sangat pesat ketika masih bayi) disamping study kami yang juga menuntut perhatian yang bukan sikit.maka,kerana itulah lahirnya "ruangan perkongsian" the time kitorang habis belajar kat sini,Balqis dah berumur lebihkurang 5/6 tahun(kalau kitorg tak sangkutla =P) . masa tue,should be Balqis dah pandai ngaji or at least dah pandai baca buku story telling ke(teringat zaman kanak-kanakku)..betapa besar impian kami kalau sikecil ni pandai speaking Arab dan English (her parents pun msih merangkak-rangkak lagi) walaupun kami bukannya native speaker disamping fasih berbahasa kedah..opps,abang jangan jeles!! =)


begitu juga dengan pemakanan bayi/kanak-kanak..kami sangat ingin menyediakan siri pemakanan yang sihat dan baik untuk pertumbuhan mental dan fizikal anak..teringat nasihat seorang kakak kuliyyah Azhar di Cairo yang mempunyai seorang bayi comel,Wan Sofeah Nabihah yang masa tue berumur lebih kurang 6bulan..katanya,sejak dari dalam kandungan,beliau dah amalkan minum air Za'faran,makan buah zaitun(i still try this myself,couldnt accept the taste completely,huhu),kismis dan pelbagai lagi makanan-makanan seribu khasiat disamping perbanyakkan bacaan Al-QUran untuk sikecil didalam perut..hasilnya,saya sendiri mengagumi perkembangan baby tue yang agak progressive saya kira..boleh merangkak pada usia yang lebih awal dan sangat responsive kalau diagah..

dan,pengalaman saya sendiri ketika mengandungkan Balqis dulu,saya banyak mengambil kurma dan minum air zam-zam(really thanks to Abang yang susahpayah cari air zam-zam kat Malaysia) dengan harapan,pertumbuhan fizikal dan jiwa Balqis akan terjamin sihat dan proses kelahiran yang mudah.Alhamdulillah walhamdulillah,saya melalui satu proses kelahiran yang sangat2 saya syukuri(kerana dengan izinNya,saya mampu melalui kesakitan yang maha hebat-tak pernah dirasai seumur hidup selama hampir 7jam tanpa henti tanpa setitik pun airmata yang tumpah walaupun sudah berpeluh dalam labor room yang fully aircond tue)..dan,saya juga sudah 2 kali putus nafas(thanks to hubby and mak yang really supportive) kerana kehilangan kena buat satu entry lain ni,hehe..saya sempat lagi minta beberapa biji kurma semasa melalui contraction yang super-saiya tue walaupun beberapa minit sebelum ke labor room,saya dah habiskan sekotak kurma dan dua bungkus bihun goreng =) nak katanya,kurma bukan setakat bagus tapi SANGAT-SANGAT-SANGAT bagus untuk topup ur energy especially during labor(rujuk kisah Maryam a.s)..saya tak perlu lagi menceritakan seribu satu kelebihan memakan kurma,kismis ni tapi saya cuma ingin meyakinkan para bakal ibu diluar sana yang membaca entry ini(especially to marhamah,hehe),makanlah dan berdoalah..InsyaAllah,anda pasti boleh lalui tempoh 'sakit' itu,huhu..anyway,saya dan suami sangat berbesar hati jika ada diantara pembaca yang sudi berkongsi idea dan pengalaman tentang isu pemakanan bayi ini.. sebelum terlupa,bagi yang di Malaysia,tak rugi beli buku (gambar diatas) tentang pemakanan anak nie. selain dari resipi,decoration juga penting untuk menaikkan selera anak anda. tapi,kalau untuk suami yang tak makan sayur,cane ye? =P


panjang sudah saya menulis,macam nak buat buku pun ada..=) sekali lagi,moga-moga ada manfaat bersama..

Tuesday, January 20, 2009


Assalamualaikum.Saya terpanggil untuk mencoret secebis pengalaman dalam alam perkahwinan yg setahun jagung umurnya bagi tatapan dan perkongsian para pembaca yg dihormati.Mungkin pada tika ini , ada org yg resah khususnya ibubapa yg mempunyai anak tapi masalah seperti sakit menimpa.Tidak dinafikan, pelbagai masalah manis dan keajaiban mendatang sebagai ujian kpd kami sekeluarga dgn kecetekan ilmu dlm pengurusan bayi.Ingatlah,sekira terdapat masalah , kembali kpdNYA , mohon padaNYA dgn tekun dan ikhlas dan penawar akan dtg kemudian,insyaAllah…

Pengalaman pertama dahulu,semasa isteri saya disahkan “pregnant”.Alahan teruk terpaksa dilaluinya seperti tidak mempunyai selera makan dan “vomiting” . 4@5 bulan tanpa selera , tanpa tenaga sehinggakan terpaksa mengambil “drip” sebagai penguat diri.Macam mana anak dlm kandungan ini ingin membesar dgn sihat sedangkan ibunya apabila makan,akan vomiting.Persoalan itu timbul dan membuatkan saya resah dengan keadaan isteri dan anak pada masa itu.Pertama,saya mencari punca bg persoalan ini dan Allah lah tempat berserah.Mungkin ujian yg diturunkan ini utk menguatkan kami sebelum menimang cahaya mata.Jadi,penyelesaian emas timbul.Apabila isteri saya tidak mempunyai selera makan , kata saya padanya “makanlah dgn berzikir dan minumlah dgn berselawat”.Allah maha besar.Alhamdulillah,semasa anak saya dilahirkan,segala-galanya selamat bahkan keadaan dia sama seperti orang yg mengambil supplement semasa pregnant.Saya yakin pelbagai zat dan khasiat terkandung dlm quran,zikir dan selawat.Kpd ibu yg sedang pregnant,perbanyakkanlah bacaan quran,zikir,selawat etc krn merekalah supplement yg paling penting dlm proses pembesaran bayi dlm kandungan.Ameen.

Keajaiban kedua semasa anak kami diserang jaundice teruk.Ketidak serasian darah menjadi punca kepada jaundice ini.Lebih kurang 2 minggu anak saya berada dalam wad ICU .3@4 jam sekali darahnya diambil untuk menyemak bacaan jaundice.Semasa berada dlm hospital,bacaan anak saya pernah mencecah 400++.Hal ini menyebabkan anak saya terpaksa menjalani proses pertukaran darah.Kami sebagai pelajar medic sgt berat utk menanda tangani dokumen pelepasan kerana risikonya sgt besar.Tapi apakan daya,keselamatan anak lebih utama.Solat hajat dan bacaan yasin dibuat sekeluarga.Alhamdulillah,Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaanNYA yg tiada tandingan.Anak saya terselamat drpd menjalani proses pertukaran darah.Darahnya mulai menurun selepas mencatat bacaan 400++.Kalau tak silap,turun kepada 390++.Walaupun penurunan yg sedikit tp kami sgt bersyukur.Alhamdulillah,390++ itulah pencetus penurunan mendadak walaupun beberapa kali rebound selepas itu.Terima kasih ya Allah,besarnya kuasaMU.

Peristiwa seterusnya sewaktu anak saya disyaki mempunyai “heart murmurs” @ jantung berlubang semasa dilahirkan.Ibubapa mana yg tidak sedih dgn keadaan anak detik itu.Walau apapun penyakit,saya tetap yakin ada penawar dan penawar itu hanya ada pada Allah.Saya sgt yakin Allah sahaja yg mempunyai kuasa utk menyembuhkan anak saya.Hanya Allah tempat berserah dan mengadu.Sblm berangkat balik ke mesir,saya membuat “medical checkup” dan Alhamdulillah,heart murmur itu sudah hilang.Subhaanallah…Sungguh hebat kuasaMU ya Allah.

Bagi para pembaca sekalian,tidak kira apapun masalah,anggaplah sebagai ujian dan berserahlah padaNYA . Tabah dan sabarlah mengharunginya.Yakinlah,segala penawar hanya ada padaNYA.Usahalah mencari penawar itu dalam keredhaanNYA.Wassalam..

Monday, January 19, 2009


exam lagi 2 hari bermula esok..maka blogging pun ala kadar je..tapi,gambar2 mesti nak kena upload untuk tatapan keluarga di Malaysia especially Ninanya yg selalu dok msg mamabalqis kerana rindukan cucu nan sorg ni,hehe..

anyway,Balqis pun sekarang dah semakin bertolak ansur dengan situasi mamapapanya..tadi masa ulangkaji dgn cik anih(my dear cousin here),Balqis terbaring je sambil matanya tak lepas dari usha mama yg seolah2 buat x layan je dgn dia. padahal dlm hati mama,i kept praying mintak2 Balqis behave so that mama could proceed the learning process without having to play with her. dan,apa yg sgt mengharukan kami td,she could stay calm je sambil goyang2kan tangan dia tanpa merengek pun..bila mama or papa pandang dia,she will start to coo/boo seolah-olah nak pancing kitorg untuk terus melayannya berbual..sedih plak terpaksa bo layan jap si kecil permata hati ni.nak wat camne,time is really tight now.but,at last mama angkat jugak dia dan riba sambil dengar explanation dari cikgu anih/hanis..takleh fokus woo bila kepala ingat kat anak,hehe..

jam skg dah 4.10 pg dan our life is just to begin. why? because this potato girl baru nak tido.. =) her sleeping pattern is now starting from 1 or 2 am until 7am. so,mamapapanya baru boleh study dengan tenang tp 'cikgu' dah pun tido sekarang..sebab tu,anak murid dok main internet ni(blame my cousin =P)

em,STUDY?? hehe,ramai sebenarnya yang bertanyakan kepada saya mahupun suami soalan cepu cemas ni..

1) boleh ke study ada anak ni??
2)tak susah ke study sambil jaga anak?
3) susah tak jd student sambil jadi isteri/suami dan ibu/ayah?
4) etc..etc..

dan ini jawapan standard saya--- tak ada benda yang senang didunia ni dan takde benda yang susah sampai jd mustahil didunia ni..ada masa rasa senang,ada masa rasa susah..dan saya selalunya akan akhiri jawapan standard saya itu dengan memohon orang yang bertanya itu supaya mendoakan kekuatan dan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..ameen(terima kasih pada yg sudi berdoa,Allah jua yang membalas kebaikan kalian)..

itu jawapan standard..bagaimana pula jawapan realiti saya?? =) hanya senyuman sahaja yang layak menjawabnya..atas segala yang telah dan bakal kami lalui..benar,hanya doa dan sokongan penguat semangat,peneguh langkah-langkah kami yang seterusnya..

nak kata senang sangat,ada masa rasa susah juga..terutama bila time2 kita dah plan nak baca or study banyak ni(saya seorg yang planner-depend on schedule,but my hubby jenis yang independent),tp tiba2 anak taknak duduk pulak..kena ulit/dodoi sampai sejam lebih tapi masih tak tidur-tidur,takkan nak biar papa je yg jaga,papa pun ada tanggungjawab pada studynya juga..masa ni,kadang-kadang rasa lelah,itulah kebesaran Allah..dianugerahkan kita dengan perasaan sayang yang tiada taranya sebagai ibubapa kepada seorang anak,maka kita AKAN SANGGUP melalui segala macam kelelahan itu demi sebuah keselesaan si anak(moral : hargai dan teruslah menghargai ibubapa anda)..dan,satu perkara menarik yang saya perasan,jiwa akan jadi tenang bila merenung wajah sikecil ni..teringat saya kata-kata bekas ustazah saya dulu, lebih kurang mcm ni--

"budak kecik ni dia takde,perasaan kita boleh jadi tenang apabila merenungnya"

moralnya,bagi sesiapa yang belum berkahwin,cepat-cepatlah kahwin dan ada anak,so boleh usha muka anak kecil kita tue selalu =) insyaAllah,tenang jiwa..bak kata seorang sahabat saya yang telah berkahwin,kehidupan perkahwinan itu sangat indah. ye betul,bukan nak promote suruh pakat2 kahwin,tapi nak bagitau jangan terlampau fikirkan yang susah-susah..insyaAllah,rezeki Allah itu luas..pasti ada rezeki kita seperti dipermudahkan urusan belajar(ameen) dan sebagainya..masalah itu ada dimana-mana tapi,bukankah kehidupan ini hanyalah sebagai cubaan yang penuh dengan ujianNya?? tabahlah menjalani hidup (pesanan ini terkhusus untuk saya dan suami)..and create your own colourful life =)

tak lupa untuk saya mengucapkan berbanyak terima kasih pd sahabat2 yang sangat baik disini yang sudi datang ajar mana yang dah kami tertinggal selama cuti di Malaysia,yang tolong belikan buku,tolong ambilkan nota dan sebagainya..Allah jua yang membalas segala budi baik kalian..

panjang saya menulis kisah yang saya kira peribadi ini pada post kali ni..macam tulis surat pun ada,hehe..moga-moga ada manfaat pada pembaca..

buat akhirnya pada kali ni,anda para pembaca sangat2 kami(pamabalqis) hargai kesudian untuk datang menjengah disini..titipkanlah doa anda agar kehidupan ini terus diberkati dan najah dunia akhirah..and,not to forget for our brothers and sisters in Palestin..sama-sama kita contohi ketabahan burung yang dok angkut air sikit-sikit dengan paruhnya masa Nabi Ibrahim dibakar(seingat saya)..diteruskan usahanya juga walau hasilnya nampak seperti mustahil api itu akan padam kerana dia bimbang akan dipersoalkan di akhirat kelak apakah usahanya pada ketika itu..fikirkan..

Saturday, January 17, 2009


Salam sesuci qatrunnada…

Itulah lafaz pendahuluan,pembuka warkah bicara seketika dahulu bersama murshida…

Alhamdulillah,kini menjadi bidadari di taman nurani..isteri yg ku sayangi dan cintai..mummy kpd batrisya balqis si permata hati..

Di kesempatan ringkas ini,selamat menyambut hari lahir kepada isteri ku..semoga dilimpahkan keberkatan dan kebahagian dalam hidup,ku pohon pada MU agar isteri ku berjaya sebagai hamba MU yg taat..isteri yg solehah..ibu yg mithali..dan anak yg berbakti kpd ibubapa..ameen~

Friday, January 16, 2009

Mission accomplished!!

Alhamdulillah~ for all day long she's in her cot today..thanks Balqis ,love and kisses from us!

Thursday, January 15, 2009

take a break with Balqis

Salam wbt..

semalam kami berdua mencuba untuk letak Balqis dlm babycot nya..cot ni sebenarnya dah lama dibeli oleh mr.papa dan kawannya tp baru hr nie azam nak latih Balqis menyukai her new bed ni.bukan apa,memandangkan exam dah semakin hampir,maka kami perlu cipta suasana study yg lebih berkesan..sbbnya,kalau study sambil riba budak kecik ni, jadilah study 5min,bercakap dgn Balqis setengah jam..baru membaca beberapa minit,dah kena bergilir-gilir dukung sikecil yg sungguh manja ini..

maka,inilah hasil-hasil percubaan kami yang hanya bertahan untuk beberapa minit saja..dan dia akan terbangun minta didukung/dodoi/borak2 dengannya..

percubaan pertama : letak Balqis depan Cocobear hadiah aunty syidah(balqis thanked you syidah,she told me =P)

setelah beberapa minit tak sampai setengah jam kami baca buku,dia dah merengek..Cocobear dh tersadai,"no way,saya takmo dok sorg2 kt sini"(suara hati Balqis yg dapat difahami oleh kami lantas sesi berborak dgnnya bermula,sesi belajar terpaksa ditangguhkan,huhu)

ini wajahnya yg sungguh ceria kerana ada orang yang melayannya bercakap..(just a coo,boo and whatsoever her language =) )

percubaan kedua : nak bg lebih selesa,mama tanggalkan baju panasnya..dan,dah nampak dia leka sikit,we left her alone untuk mulakan sesi study..

opps,big mistake!! tarik kelambu dia masa ni really made her,sesi mendodoikan budak rambut halus ni pun bermula..dan study?? study jelah sambil gilir-gilir riba dgn papa =)

Percubaan ketiga :- letak semula balqis bila tengok dia dah nampak mengantuk..berkali-kali menguap..tepuk2,tido jap tapi pastu? let the pics below continue the story..

"takmo tdo sini sorg.."(mama n papa,--woo~TT)

dan,inilah kesudahannya,on the main bed,hehe(walaupun cot tue kat sebelah je)..takpelah..asalkan dia tidur..walaupun pada saat ini,lagi 5minit lagi nak subuh..dan,bila mamapapanya nak start solat subuh,dia pun celik mata dengan selambanya..nak solat sekali kot..solat diteruskan juga walaupun rentak rengek Balqis dah bertukar jadi menangis..adehlaa..dan hari ni,dia cover tidurnya sampai ptg tadi..dan kami?? takpe2,study tetap study..tak sekarang,pasni..tak banyak,sikit,hehe..

moga Allah terus kurniakan kekuatan dan pertolonganNya serta mudahkan urusan kita semua..dan,moga2 saudara kita di Palestin sana mendapat pembelaan sewajarnya..ameen..

Tuesday, January 13, 2009


salam wbt..

resipi yang tersangatlah simple ini dipost atas permintaan sahabat tersayang-nenda a.k.a tiqah yg baru shj melangsungkan perkahwinannya dgn saudara ariffin..alfun mabruk dari kami sekeluarga..maaf x dpt hadirkan diri,masih dlm tempoh berpantang masa tue..kira acilah kan,mak n ayah kami pi ganti =)

3 cups tepung gandum(cu buat 1 half je utk elakkan kek rasa mcm roti/bengkang,huhu)
1 cup serbuk koko (i made it 2 half sbb nak rasa koko lebih)
2 cups gula
2 cups of water (i put 1 cup only,another cup is full cream milk)
2/3 minyak masak (nk guna olive oil pun xpe,kurgkan cholesterol,rasa pun x beza mana)
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar cuka makan (kalau ada cuka epal lg bagus,for health)
sedikit esen vanilla

cara2nya :-

masukkan sume bahan ni kedalam bekas besar/mangkuk,dan kacau hingga sebati..then,bakar mcm tue saja sampai masak. mudahkan?? takde urutan. pakai masuk je ye. =)

sebenarnya resipi ni diambil dari internet tp saya ubahsuai sikit(maaf pd pencipta asal resipi ni kalau dia terbaca resipi baru ni) insyaAllah beliau takkan masuk punya blog ni,hehe..bukan apa,ubahsuai mengikut citarasa sendiri..mula2,i really followed tp tak kena dgn rasa sendiri,so i made some changes but still based on the same ingredients..tukar sukatan je. anyway,satu perkara menarik mengenai resipi ni,bila kek ni dimakan 3-4 hari selepas itu,rasanya still lg sedap. mungkin disebabkan oleh kehadiran cuka kot. cuka kan berfungsi utk mengawetkan makanan..

ok,selamat mencuba!! =)

p/s : smlm tak blh on9 la..really sorry,internet tiba2 xde..maaf ye kalau tunggu..

Sunday, January 11, 2009



sebenarnya rasa tak sedap hati nak post tentang kehidupan kami sekeluarga dalam keadaan saudara seIslam di Palestin tak henti-henti dihujani bom Israel..jd,penulisan terhenti seketika sbg tanda protes dari kami sekeluarga terhadap kekejaman Israel..

p/s: bg warga mansurah,perasan tak ada bunyi jet/plane bersimpang siur di udara sejak pg tadi? ish,takut pun ada..rasa mcm nak 'pos' je baby Balqis ni balik..

Friday, January 9, 2009

i have to..i want to..


"u looked stress la dear.."my hubby said to me last night during our meal time.."yeke.."jawab saya hambar..

maybe YES,my heart said..lately,i was a bit stress and badly, im not realizing that until my hubby tegur,we had a long talk after that instead of memaksa diri untuk study since baby pun tido,and today alhamdulillah,i got my strength back..thanks honey =)

em,we discussed a lot about why i feel depressed n SHOULD i have that feeling?? or,dengan lebih tepat lagi,should i LAYAN perasaan yang kurang-baik itu?? termalu sendiri plak mengenangkan that i was worrying over a small thing such as- selungguk kain tak lipat lagi,barang-barang dapur yg belum habis disusun n quite a big thing such as - syllabus yang TERlalu banyak untuk dicover since bercuti lama sangat di Malaysia..of course i couldnt afford to read and memorize them all,kenapa mau ribut-ribut sih mrs.papa?? BERTENANG..kata papa smlm..kita susun satu-satu WHAT SHOULD WE DO FIRST??

then,today i woke up happily sbb ive already got the solution. my hubby was guiding me and i am d one who ought to think of the idea..maka lahirlah sebuah tema : I HAVE TO,I WANT TO..(suddenly,i miss my old bestfriend : marhamah. dulu,we always come up dgn new theme walaupun tema tue hanya bertahan untuk satu hari je =P).

banyak marked difference between this both- WANT and HAVE. experimentally,when i said to myself this morning that i WANT to rearrange my barang-barang dapur first,then i really can finish it happily without having to think about "ini tak buat lagi,itu tak settle lagi".. why? because im enjoying doing things that i want to do..compared to the things that i think i have to do..insyaAllah i will finish them too but without any satisfaction..penat lagi ada,right? so,the secret key that lies behind this WANT and HAVE word is ENJOY!! teringat jus mango jenama Enjoy,sedapnya..=) then,i kept experiment lagi dengan beberapa tasks that i've listed in my mind and this writing blog is the second last task that i WANT to do for today..after this,i will sms my mom n mom in law because i want to message them,hehe..konklusinya,the STRESS thing had flew away from me..

i think i should thank my hubby for the free motivational talk smlm,hehe..

kisah sebuah kek coklat

Fakta mengenai kek ini :-

1) kek ini dibuat oleh mr.papa 100%(me with Balqis yg takmo diletakkan langsung semalam..nak riba all the way) - topping je mama buat tp dek kerana terlalu excited nak tuang atas kek,i then forgot to blend and tapis the topping..hasilnya,lihatlah topping yg berkerutu ni.

2) this is his very-very 1st cake in lifetime(keep it up honey) n it's for my upcoming birthday!! (thanks dear walaupun my birthday lambat lagi la..)

3) n this cake was made after MY choc cake tak jadi semalam..kek terlebih rasa tepung gandum..i really followed the recipe walaupun pelik kenapa dia guna tepung gandum banyak sgt..but i just followed sbb too excited nak try cake yang EGGLESS which i found dat recipe at internet n i think it is worth trying coz it's very good for ur diet especially when u re r on ur way to get the weight-before-pregnant back. hasilnya,sangat memuaskan dari segi texture : rasanya,huhu mcm bengkang tepung pun ada. so,melihatkan mukaku yg kecewa,mr.papa then terus amik hp n sms kwnnya tanya recipe dan bersungguh-sungguh dikepuknya adunan keknya since we dont have any mixer..tak sangka,he really made it.thanks =)

but,anyway, ive already got my adorable cake..thanks Allah..

Monday, January 5, 2009

New Life with Balqis


now baby tgh sleeping,mama dapat buat mcm2 ~ breakfast,bertungku,surfing,study, etc..etc..

baldy balqis di apit oleh bantal2 tiger nya..all pink =)

skg mood mmg -everything is about Balqis-,so post2 mama mmg talking about this tiny girl,hehe..biasalah,nak citer pasal anak sape lagi kalau bukan anak sendiri..penat beranak woo :)

-em,untuk pengetahuan Nina dan Sidi n Tok Ma n Tok Abah di Malaysia,balqis now dah pandai bersembang(sangat kuat borak..sampai kitorg terpaksa stay up 2-3 pg sbb baby nak borak..)..n,it's not just coo yg keluar dr mulut kecil dan mcm2 lagi..teringat satu kisah smlm apabila Balqis dipaksa tido oleh papanya yg sgt mengantuk(mamanya dah selamat ke alam mimpi~shift dgn papa),last2 papa tersengguk2 dlm keadaan duduk meriba cek mek sorg ni,dan balqis?? hehe,dia terus bulat biji mata merenung mama knew this? sbb lps tue,papa kejut mama suruh take over ulitkan si balqis ni becoz he needs to sleep as today he has to go to Cairo awal2 pagi lagi..

tp,alhamdulillah balqis cover tido dye di pagi hari,starting from 5pg(waktu rutin balqis breakfast) sampai kul 11 lebih selalunya tanpa terjaga kalau takde bunyi bising atau dicuit2 oleh mamapapanya.. she's so sensitive dgn bunyi ketika tido(menurun style mama tido) kecuali bunyi bacaan Al-Quran..pasanglah sekuat manapun,balqis takkan terbangun..alhamdulillah..
this is my tomato babygirl =)

so,our routine pun dah berubah 100% semenjak kehadiran si kecil nie..bukan berubah apa,berubah masa..dan,semuanya mesti dibuat secara super-speedy..bak kata papa,life skg mesti jd mcm bisnesman..sume kne cepat..em,bangun seawal pagi utk siapkan breakfast dan masak utk lunch terus..nanti tinggal panaskan aje..hehe,masak nasi n laukpauk(yg simple2 je) seawal pukul 6/7 pg..then,nak kemas rmh(mr.papa yg selalu settle kan~tq Pa) dan bertungku sume mesti awal2 pg lagi sblm si kecil ni bangun..dah siap sume,baru amik buku duduk sebelah dia..alhamdulillah,balqis setakat ini sgt jarang menangis,merengek sikit2,mudah dijaga ..asalkan ada insan yg sudi meribanya,dia boleh stay calm forever,hehe..

dulu,balik je kelas,mesti nak jalan2 window shopping(window je,hehe) ngan papa or makan alas perut kt luar..skg,kuar je kelas,terus phone rumah tanya keadaan balqis..then,mesti nak sampai rumah secepat yg boleh..

tinggi harapan kami agar Allah membantu mempermudahkan dan memberkati segala urusan kita semua..smg juga Allah memberi kekuatan kepada kami berdua sebagai ibubapa ataupun lebih tepat lagi sebagai new parents,juga kepada mereka diluar sana yang bergelar ibubapa dan bakal2 ibubapa,mereka2 yang bakal bernikah dan juga mereka2 yang masih lagi mencari..teruslah berdoa agar mendapat pasangan soleh yang memahami,dapat menerima kita seadanya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri..(saya juga masih belajar dan akan terus belajar menjadi pasangan yang mendamaikan hati insan utama dalam hidup saya~solehah mode)

apapun, WE LOVE U SO MUCH HONEY BEE..from ur still-learning-about-parenting parents..

Saturday, January 3, 2009

Balqis~on her journey to Egypt.. Part I

Me n Balqis in Emirates Airways..hehe,dpt masuk awal sekali(no need to line up) n duduk depan sekali.all thanks to dear Balqis..

Balqis br siap ‘diproses’ oleh mummy nya..

now she can smile cheerfully


Balqis versi x larat nak senyum dah sbb terlampau boring agaknye menunggu second flight ke Cairo di Dubai. nasib baik masa ni dapat dok di Special Handling Service which is tempat yg dikhususkan utk mereka2 yg kurang berupaya - ada makcik n pakcik yg sudah tua,mereka2 yg bertongkat..huhu,kenapa saya diletakkan disini?? sbb masih dalam pantang lg masa tue. how they knew that? adala pramugara di klia tue dgn ramahnya bertanya pd kami(saya dan husband) :-

pramugara : hello!! cutenya..(hehe,maknya or anaknya ye??).how old is she? (ohh,sudah pasti anaknya..)

kami : oh,almost 1 month..

pramugara : OMG,so u're still in confinement?

saya : err..yeah..(dgn nada yg tak berapa nak mengaku)
pramugara : then,u shud get the wheelchair..kenapa tak mintak awal2?

saya dan suami tersenyum sumbing je..knp?? sbb suami saya dah puas kehulu hilir dgn bag pack kt belakangnya dan beg pakaian salin baby di bahunya mencari kerusi roda utk saya yg masa tue baru 29 hari dalam pantang. alasan kitorg takleh amik that wheelchair hanyalah sbb kena tinggalkan,cane nak balik mesir kalau kne tinggal passport kan..actually,saya boleh je jalan tapi slow.tambahan pula,tempat check in di klia tue tersangatlah jauh..

nasib baik pastu pramugara tue ajak naik kereta apa saya tak pasti..yang saya tahu,saya sekeluarga tak perlu berjalan jauh utk ke terminal kami. sepanjang perjalanan kami ke terminal,kami berjumpa dgn beberapa lagi kereta warna putih tue yang kebanyakan dari penumpangnya adalah warga tua..tersengih je kami berdua..malu pun ada tp terselit rasa syukur yg tak terhingga di hati atas kemudahan ini..

mula2,rasa agak sedih(saya selalu mempunyai perasaan sayu setiapkali nak meninggalkan Malaysia walaupun thn ni dah balik 2 kali.nak kata sayu tinggalkan mak ayah,mak dan tok saya juga fly bersama mlm tue ke mesir menemani kami tapi di airways yg berlainan(mereka di Kuwait,kami di Emirates). dan agak gelabah sbb baby tiba2 meragam dan kami terpaksa berhenti beberapa kali untuk pujuk dia..gelabah kerana kami adalah penumpang terakhir dan masa tue sudah Last Call..takut tak sempat sampai je kat flight,kena tinggal..alhamdulillah,ada yg sudi membantu biiznillah..

Balqis~on her journey to Egypt..Part II

then,Allah takdirkan bila that kind guy sekali kali sangat membantu bila dia sudi call airport Dubai to provide me a wheelchair there which was turun je flight di Dubai,dah ada cabin crew yang tunggu depan pintu flight and menawarkan perkhidmatan menolak saya sampai ke terminal yg ditetapkan untuk penerbangan ke Cairo..sepanjang jalan yg penuh dgn orang ramai sbb kami sampai awal pagi masa tue,saya diam je..mungkin penat,mungkin terharu dengan tidur atas pangkuan saya while my hubby borak dgn Indian crew tue.

sampai di Mesir,as expected(hehe),no a single wheelchair for me..takpe,saya masih tak kisah. then,,sampai di tempat check in,lorong khas utk mereka yg mempunyai anak kecil dan org2 tua juga penuh. tapi, penuh dgn mereka yang tidak berhak..semua yg berdiri disitu kebanyakannya adalah orang yg lagaknya umpama bisnessman(saya rasala,sbb pakat pakai kot belaka). hasilnya,suami saya terpksa berdiri nun jauh di belakang org2 arab ini yg besar2 while saya dan anak kami duduk di tepi tunggu giliran..dalam hati,beristighfar panjang mengenangkan sistem orang2 Mesir yg sangat 'kurang' bersistem. only them who've been here know this..

overall,tenang je atmosphere masa pun very well behave-she slept soundly atas dukungan saya..kuar je pintu airport,mak dan tok dan beberapa org kawan suami serta ayah saudara berkembar(ayah din dan ayah lah) sudah sedia menunggu kami. mak n tok sampai dulu walaupun kami yg terbang dulu,hehe. then,balqis went to her Nina and i could take rest while barang2 dimasukkan kedlm tremco pelancongan yg dah ditempah oleh dorg ni.

Balqis dgn baju eskimonya with her Nina(my mummy)

later on,journey balik ke mansurah which was saya dah selamat sampai ke dunia lain(alam mimpi yang menyeronokkan) masa,nothing could b written here..

‘ala kullihal,barakallahufiik pada mereka2 yg membantu..

Wassalam..~Mansurah’s life is going to begin..

Friday, January 2, 2009

New Year, New Chapter..BISMILLAH..

Alhamdulillah,lots of gratitude to
Allah for this beautiful life that He granted to me..and,bersempena the first day of the first month in this very new year,I dedicate this first entry to my first newly born little princess- Batrisya Balqis bt Mohd Hazwan.. mama sangat berterima kasih pdNya atas peluang mengandung dan melahirkan balqis which was one of my most memorable moment throughout this life..also,thanks to balqis sbb berjaya tido dgn nyenyaknya skg,giving mama chance to type this,hehe..juga,terima kasih yg tak terhingga pd my hubby atas segala jagaan n pertolongan sepanjang tempoh kehamilan dan hingga saat2 terakhir proses melahirkan balqis. Only Allah knows how glad I was when u’re really not leave me yg sgt penakut dgn segala mcm ubat-ubatan dan jarum suntikan ni alone especially in that labour room yg penuh dgn mesin itu ini,huhu..


Itu saja yg termampu mama lafazkan atas segala anugerah ini..dan,tika saat balqis dimasukkan ke NICU sbb severe jaundice(her bilirubin reading was 436),ur papa n ur nina(my mom) n ur tok ma(my mom in law) were really there,standing together with me,monitoring u from far..sedihnya hanya Allah saja yg tau bila tgk tgn kecik balqis yg baru berusia 4hari dicucuk berkali-kali masa nk check darah. 3 jam sekali doc check darah.saya yg sekali je kna amik darah utk check ABO incompatibility masa tue pun kecut perut dah. Malu je kt anak sendiri,heh. Anyway,Balqis plak masa tue apa pun taknak sbb terlampau mengantuk.(bdk2 kuning mmg kuat tido,jd adakah mereka yg kuat tido itu berpenyakit kuning?? Huhu = p) dah tak tau erti lapar dahaga..hmm,so far, u’re so strong to fight against ur disease..thinking of that,mama pun cuba menguatkan diri mama walaupun sebenarnya dah berkali-kali di motivate oleh papa sepanjang ur days in hospital.i wonder somehow how my hubby was so strong on that je muka papa ms tue..anyway,kemuncak kesedihan mama was when i had to sign the consent(papa masa tue tgh solat maghrib),menandakan keizinan mama n papa as ur parent,to allow u to do the ET(exchange tranfusion) utk mengelakkan berlakunya kernicterus. tp,alhamdulillah,berkat doa dan solat hajat family dan shbt2 yg terdekat masa tue,ur reading turun mendadak dlm masa 30min ke,balqis tak yah tukar darah..
so far, alhamdulillah,look at her cheeks,becoming chubby day by day..anyhow,we just pray for ur health n happiness ever after..ameen..

p/s: to abang, I really miss her baju penguin yg dye pakai kat nicu tue. Silap kita tak amik gmbar kan masa tue. Nk wat cane,kamera tak dibenarkan dan mmg tak teringat pun sbb kepala asyik ingatkan balqis je.