Tuesday, September 18, 2012

Tempat jatuh lagi dikenang...

                                                                                         ...inikan pula tempat bermain...


Assalamualaykum wbt..

MasyaAllah, sangat lama tak menulis apa2 disini…Sekarang ni dah masuk fasa study leave untuk kami berdua dan kawan2 tahun 5 untuk persediaan menghadapi final exam awal oktober ni..Doakan ya..

Tapi, untuk kanak2 dan seangkatannya di Mesir ni, diorang bermula persekolahan untuk sesi baru pada hari ini..and Balqis is one of them! J

Segalanya bermula apabila Mama A'tiya (isteri tuan rumah) ni yang beria-ia bersungguh-sungguh mengajak kami pergi survey sekolah untuk Balqis setelah mengetahui yang beberapa kali Balqis tukar sekolah sepanjang tahun ni..actually ada macam-macam hal yang berlaku yang membuatkan kami terpaksa membawa Balqis tukar hadhanah/tadikanya 4-5kali dalam tahun ini sahaja.. Dan tadika terakhirnya adalah British Nursery,siapa sangka kembali ke tempat asal. Dipendekkan cerita, setelah selesai exam end round batnah hari tu, saya pergi survey sekolah tu dengan mama. Balik rumah, bincang dgn papabalqis, telefon Ma dan Mak di Malaysia nak dengar buah pandangan dari mereka, doa-doa sikit kat Allah, akhirnya kami mendaftar semasa sesi pendaftaran 2minggu sebelum sekolah bermula..alhamdulillah syukur sangat nasib baik masih ada tempat,sebab orang berebut2 nak daftarkan anak kesekolah tu yang kebanyakannya anak2 staf universiti..tak tak, Balqis bukan anak staf, makayahnya tak kerja pun lagi isk..dia masuk mendaftar tumpang tiket kami berdua sebagai student disitu.. =)


sedang mencari size yang sesuai untuk kakak kecik ni

Setelah selesai urusan pendaftaran, kami pergi cari uniform sekolahnya yang dimaklumkan ada dijual di Piano Piano,berhadapan dengan kuliah Tibb. Sampai sana,masyaAllah ramainya orang nak cari uniform sekolah anak2,almaklum sekolah bakal dibuka. Dan rupa-rupanya banyak lagi uniform dari sekolah lain yang dijual disini. Macam-macam warna,pink pun ada hehe..Untuk Balqis, dia dibekalkan dengan dua uniform musim panas dan dua jenis uniform musim sejuk termasuk jaket tebal ala-ala balloon tu dan semuanya bercop universiti mansurah..memang out of budget lah hahaha..ingatkan sepasang dua aje macam di Malaysia =P kesian papa kena lari pergi bank kejap nak withdraw duit bila tengok salesgirl tu keluarkan satu demi satu pakaian yang nak kena beli TT 


First batch


Belum masuk peralatan sekolah,buku tulis dan sebagainya..semua sekali bila dicongak balik ada dekat dua ribu genih ngeh ngeh ngeh..bila telefon mak bgtau, mak kata biasalah anak nak masuk sekolah,mula-mula memang tebal pun duit kena guna..tapi,itu perbelanjaan untuknya setahun. LUMP SUM orang putih kata.. tapi truly tak terasa sangat pun duit yang dikeluarkan(eceh), macam apalah sangat yang nak dikirakan berbanding dengan pendidikan dan keselamatan anak-anak..bila dorang happy, kita nak belajar pun tenang kan..duit boleh dicari (macam nak kerja part time je pas exam ni hee)  =)

hm, kakak ingat tu ye..we love you so much that we want only the best for you *hugs*

2nd batch- seperti yang telah disenaraikan oleh pihak sekolah

Anyway, hari ini hari pertama persekolahannya…kakak balqis sangat bertenaga,bangun awal pagi dan mandi serta sarapan dengan sangat ceria masyaAllah..Alhamdulillah dia mengerti bahawa dia akan kesekolah, jadi dia sudah beri kerjasama seminggu lebih awal lagi dari segi masa tidurnya..dan setakat hari ni dia sudah boleh biasakan dengan rules ‘go to bed by ten and rise as early as a subuh prayer’. Tapi selalunya kami kejutkan dia lebih kurang pukul 6.30pagi. Then, balik sekolah mandi dan tukar pakaian, makan nasi tengahari,main-main dengan adik sikit dan semua wajib masuk nap..lepas dua orang ni dah tertidur, kami terpaksa sneak out bangun senyap-senyap untuk beri perhatian pada buku plak...eh, mama papa pun ada sekolah juga =)


Sampai sekolah tadi, berdebar juga kami cari nama dia tak jumpa2..nak report pengetua pun, semua cikgu pun nampak busy..dengan ada yang menangis2 tak nak ditinggalkan mak ayah dan sebagainya..Balqis yang mulanya tenang pun start tarik-tarik baju mama minta didukung..agaknya dia pun cuak tengok kawan2 menangis..pemandangan yang serupa seprti pendaftaran darjah satu di sekolah di Malaysia J 


Mat Smart tengah mengantuk

Cari punya cari nama dia,sampai keakhirnya tak ketemu juga..Adik pun sudah penat,terlentok aje atas papa..Cikgu lain pun ada yang menawarkan Balqis diletakkan di kelasnya(tamhidi), tapi kami berterima kasih  dan tolak dengan baik sebab Balqis telah didaftarkan untuk kelas KG 1, dengan tahap dan bayaran yang berbeza huhu..

At last, alhamdulillah, jumpa akhirnya nama dia..patutlah cari tak jumpa-jumpa, nama dia tertulis dengan ejaan TRISYA Balqis Muhammad Hazwan. Ta Ra Ya Syin Alif! Walhal kami semua mencari pada nama yang bermula dengan huruf Ba for Batrisya Balqis hehe..


Ini gambar sekitar hari pertama dan kedua yang sempat di ambil..


Kakak berlakon konon-konon story telling atas stage dewan sekolahnya


ewah, haipp!!


Ice-breaking dengan kawan-kawan  =)



Suasana kelasnya


Mak-mak bersama homeroom teacher nya. Ayah-ayah duduk di tepi kelas sambil buat analisa 
barangkali =)


Balik sekolah, singgah kedai buah minum 'asir(jus buah)

Update, semalam hari keduanya di sekolah..baru hari kedua, kami dah singgah syuun atfal/pejabat sekolahnya bertanya bila cuti panjangnya haha..rupa-rupanya tak ada!!! sesi persekolahannya straight 'ala tuul dari awal September - awal Julai tahun depan..kalau ada pun cuma cuti hari Jumaat Sabtu setiap minggu.. Terkenang plan nak balik Malaysia habis exam Disember nanti...siap berangan lagi nak buat cuti sendiri sampai ke winter break tahun depan opps =P Tak apa, lissa badri orang arab kata..awal lagi ni..masih boleh di istikharahkan..

Apapun, thank you Allah.. inilah tempat baru kakak Balqis..kalau ada rezeki dan kesempatan, kita daftarkan adik Uwais pula bila besar sikit nanti. Doakan ye biar jadi anak-anak yang soleh solehah,baaqiatus solihaat buat ibu bapanya di akhirat nanti..



Wallahu'alam~

Monday, September 17, 2012

Anakanda soleh si Uwais

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya ada juga semangat nak menulis balik setelah sekian lama tak berusik blog ini..kebetulan ada silent reader yang komen tadi..ingatkan dah takde pengunjung sebab tuan blog punyalah malas nak update hehe..Dan, shoutbox kat sebelah ini juga telah selamat dibuang sebab banyak sangat ads yang masuk. 



Banyak betul cerita yang tak tertulis disini tapi alhamdulillah semuanya kheir baik-baik belaka insyaAllah...Adik Uwais dari baby-baby sekarang dah mula bergerak..alhamdulillah sekarang tengah belajar nak berdiri dan berjalan..dan, dah mula weaning..cepat kan masa berlalu? ;)

Hm, selalu cerita pasal kakanda Balqis, meh nak perkenalkan adindanya pulak si anak soleh Muhammad Uwais @ glemer di kalangan mama papanya dengan panggilan Adik Uwais ehehe..

Setakat ni memang selesa panggil adik. Sementara masih belum beradik yang baru lagi. Alaa, kakak balqis dulu pun panggil adik gak sampailah masa mama mengandungkan uwais pun masih tak tukar2 lagi panggilan..tup tup bila keluar aje budak cerdik ni, dengan sendirinya dia selesa dipanggil kakak. in fact, kalau mama/papa address her as our 'baby girl', she will strictly resist it and rather choose ' kakak Balqis'..hehe, tak sangka dah besar panjang dia,kan? Memang panjang, habis seluar-seluar lama dah kena berganti dek kepanjangan kakinya sangat pesat sekarang huhu..

So, adik uwais ni dia ada karakternya yang tersendiri...which is out of expectation dari pengalaman membesarkan kakak Balqis dulu..ditambah pula jantina yang berbeza,jadi pembawaannya juga berbeza..dalam masa umur 6 bulan, dah memanjat sana sini dan membuat cubaan berdiri lepas tangan. Nak makan pun macam orang besar. Tak nak minum air dengan sudu, nak guna cawan macam orang besar..botol2 susu ni tak mainlah adik ye..satu je yang mama rasa sama dengan kakak, diorang memang 'cannot go' dengan susu tin/susu formula..


video
                                      (abaikan suara latar pakcik tengah bersembang kat belakang tu)


Adik lagi sadis rasanya..dah berapa jenis cereal papa belikan untuk waktu emergency takut mama tak sempat nak masakkan, tapi kebanyakannya tak jalan. Tak pernah nak habis kalau mama sediakan. Sebab seleranya lebih kepada nasi hehe..menu faveretnya nasi rebus dengan ikan bilis ataupun ayam dan sayur mayur..menu selingan ataupun snack yang paling dilayan pulak adalah dari jenis keledek,pisang..apple,kiwi semua ni adik tak berapa pandang,hehe memang asli dari kampung neh =)




Tapi, dalam banyak-banyak karakternya, satu yang selalu buat mama dan papa(kot?) melting to the max is, lentok ngade-ngadenya..walaupun badan masyaAllah berkembang pesat, termasuk dalam kategori heavyweight hehe tapi dalam hati ada taman ;) haa, yang ni memang jauh beza dari kakaknya yang sungguh kental jiwa raga. Takpe, nanti besar biar jadi gentleman ya adik ;)

Kata orang tua-tua, jangan bezakan anak-anak,kan..tapi, memang tak boleh lari, kadang-kadang tanpa sedar kita tercompare" kakak dulu macam ni, macam itu dan sebagainya"..semoga sekadar rujukan kepada pengalaman yang lalu..Apapun, InsyaAllah, bagi mama dan papa kedua-duanya punya keistimewaan tersendiri..dan kedua-duanya juga subhanallah hadir dengan cabaran yang tersendiri juga...

Tengok gambar budak mok mok ni..


Cubaan meng'hijack' laptop kakak masa kakak pergi sekolah


Caught in action haha





Sunday, September 16, 2012

Social Time

Assalamualaykum wbt..

Presenting..

Inilah kawan-kawan setia balqis :) kenapa setia? sebab dari kecil tak boleh berjalan lagi,mereka dah berkenalan. kebetulan balqis dan yasmin lahir di tahun yang sama, 2008. cuma berbeza sebulan sahaja. Untuk pengetahuan, mereka ni anak-anak saudara tuan rumah tempat kami menginap. Jadi, setiap dua minggu bila datang berziarah ke sini(mereka tinggal di balad/pedalaman mansurah), pasti pintu rumah diketuk menandakan mereka sudah tiba hehe..

Ququ (Balqis) , Susu (Yasmin) , Lulu (Suheila)
Ini nama gelaran arab mengikut abjad pada nama mereka. Sounds funny for me ;)



Masing- masing pandai bawa diri

Mama intai dari luar anak-anak syurga ini bersosial bersama

mengeja apa tu..?


Kalau nak tahu, Yasmin ni petah..sama petah dengan Balqis...pok pek  pok pek bercakap berdua..tapi, seorang berbahasa arab 'ammiyah, seorang berbahasa inggeris kanak-kanak..saya tak tahu macam mana diorang berkomunikasi, tetapi apabila kedua-duanya ketawa bersama2, saya fikir mesejnya dapat difahami lah tu agaknya..Kuasa Tuhan kan? Untuk anak-anak kecil yang bersih jiwa mereka dari sebarang dosa..

Oh ya, rasa sangat terharu bila yasmin dan suheila pun turut panggil saya as Mama ;) Padanlah lepas tu, kakaknya hadiahkan mama ini dengan poo poo didalam seluarnya TT
Sampai ke malam saya tertunduk-tunduk kepala mencium karpet nak kesan bau bimbang ada yang tercicir !

'Ala kullihal, saya gembira melihat mereka bermain..walaupun berlainan bangsa dan budaya, fitrahnya tetap sama..ingin diraikan dan berasa gembira dalam setiap keadaan..

Sehingga ketemu lagi!


Tuesday, April 17, 2012

Qurratua'yunina

Penyejuk mata papa dan mama..




Daddy's little star
(Batrisya Balqis, 3yrs 5mo)

Mommy's little soldier
(Muhammad Uwais, 2mo)


Semoga menjadi jundullah yang soleh dalam lapangan masing2 kelak ,ameen~\

Barely supermak

Assalamualaykum wbt..


Sorry peeps, i haven't been updating the blog since Allah-knows-when.. =)


It's morning , past subuh..i've just done the laundry and prepared a light breakfast for us two. While sipping our tea (in fact a teh pekat for him n teh tarik for me), we are watching or learning to be exact from a famous Fattabiouni series in Youtube..Then,papabalqis off to Cairo for some purposes,leaving me alone melayan latest album maher Zain, while the kids are still sleeping in another room =) 

The truth is, my mornings look nothing like this..it's really different having 2 growing children in the home rather than just one before heheh =) Since Uwais arrives, my usually hectic day is getting more occupied...becoming even more with me and hubby together in a clinical year. At the end of the day, no matter how absolutely you feel exhausted, you would still have to flip two to three pages regarding topics discussed in the clinical rounds and bedside teaching in the day. Because I dont want to go to class with no clues in head if the Prof bring the same cases that I've met yesterday. But most of the time, I fell asleep with the unfinished reading chapter on me..I've only realized when husband pick the book and place it on the table,huhu~

So, whether we're a parent struggling with the challenges of raising young children or a student trying to wring every last page out of the day, most of us are busy..Who said life is easy, but it is worth living for right ??! :D

Now, we're having 2 weeks study leave for Paediatric which I'm so in love with. The  curriculum books are also awesome especially 'buku matahari' =)  Maybe because I couldnt enjoy in the Internal Med round before with a big tummy that i had to carry on here and there hehe..but, i will surely miss the moment where i had to climb the stairs everyday to go to Tropical round together with Uwais literally. But back then in the first year, we went to Anatomy Museum to study all the bones and jars with little Balqis inside the tummy.So,should have no complains because dah ade pengalaman kan haha.. Cumanya, I just dont know how we could survive until now if without Allah's help.

Not easy but do-able =)  

Now, everything is back at usual. Big sissy goes to her playgroup, mama and papa go to our playground and Uwais plays at home with a good hand Alhamdulillah to take care of him for a while. 

OK, i'm gonna go back at my works before those two precious wake up =) 




Enjoy your holiday everyone~