Tuesday, July 21, 2009

assalamualaikum wbt

salam 'alayk..

semoga semuanya sihat2 belaka dan ceria selalu =) dah lama tak menulis,saya pun dah tak tau nak letak tajuk apa kali ni..it's just a matter of writing something,daripada dibiarkan kosong dan menghampakan pengunjung terutamanya ahli keluarga,saudara mara dan teman2 lama yang makin hari makin bertambah,hehe.. em,tgk shoutbox kat sebelah,membuatkan kami sekeluarga disini paling kurang pun tersenyum gembira..ada ucapan dari family dari kelate dan kedah, cik Na dan Mak U (family dr kajang), Mubarak (my cousin sebelah ayah), kak Na Bangi(my cousin sebelah mak),kak Pah(cousin sebelah mak), hajar(anak ayah ri), kak marhamah (anak kwn abah), dan ramai lagi yang tak tersenarai serta tak dilupa teman2 lama dan juga kenalan baru.. terima kasih atas kunjungan dan sapaan anda..walaupun tak dibalas atas sebab jarang online internet asyik terputus, mahupun kekangan masa, namun kehadiran anda setiap satunya sangat2 kami hargai.. =) sekurang2nya terubat juga rindu kami yang tak dapat balik tahun ni (mcm lagu raya la plak).

so, at this moment barulah nak ada masa yang sesuai untuk menulis. kdg2 line internet ok,masa tak ada, kdg2 masa dah diperuntukkan, internet plak takde..sabar jugakla dgn kerenah org arab ni.. bayar bulan2,tapi servisnya boleh dibilang tak sampai beberapa hari dlm sebulan. selebihnya dc memanjang. mujurlah kami berdua bukanlah dying sgt nak guna internet,nak call Malaysia skg pun dah tak pyh via internet call. takdelah rasa terkilan sangat..

bila dah boleh on9 ni,macam2 la berita dpt tgk..paling utama yg menyentap tangkai jantung sebentar tadi adalah berita dari blog diari damia'- iaitu sahabat baik saya- nur 'atiqah md hussin yang telah selamat melahirkan bayi perempuannya..semoga nek(panggilan saya pdnya) dan baby damia' sihat2 ye..tahniah juga takziah dari kami sekeluarga disini buat tiqah dan ipen..Allah bersama2 kalian..tak sabar nak tunggu sejam lagi (waktu pagi di Malaysia),i want to ring her..just to know that she's doing fine..

2nd news,psl MTD ditutup kerana 60 pelajarnya disahkan positif swine flu..tadi dalam Nile TV pun,telah dinyatakan bahawa kementerian Egypt dah start warning supaya rakyatnya yang nak buat umrah mahupun haji di Mekah berjaga2 dengan kes swine flu ni..sesungguhnya semua ini adalah inzar dari Allah SWT..teguran untuk kealpaan manusia yang semakin menjadi- jadi di usia dunia yang semakin tua ini..

"Apakah mereka merasa aman dari kedatangan siksa Allah yang meliputi mereka atau kedatangan kiamat kepada mereka secara tiba-tiba sedangkan mereka tidak menghindarinya ?" (Yusuf : 107)

hm,cukuplah sampai sini dulu..dari tadi hati saya asyik teringatkan sahabat saya nan seorang itu..tak sabar nak cakap dengannya.. semoga semuanya baik2 saja disana,ameen..Balqis pun needs her mommy right now..skg ni,walaupun dia dah tidur,tapi kadar kekerapannya untuk terjaga amat tinggi kalau tiada saya mahupun papanya disebelah..hampir sepanjang masa dia taknak ditinggalkan berseorangan didalam bilik..nak memasak ataupun buat keje lain mesti berdukung kalau papanya outside. mungkin ni kot yang org putih kata separation anxiety .. tapi,above all,she is indeed our shining pearl,always there to shine our days and nights with her presence..

love u so much dear baby =)

No comments: