semalam lailatul qadar??
tetibe hati dilanda sebak tak bertepi..aku scroll satu persatu entry shbt2 maya ini,hampir kebanyakannya meng'ura-ura'kan malam tadi adalah malam lailatul qadar..tak kisahlah di mana dia berada..Malaysia,Eire,mesir mahupun mana2 shj,kebanyakannya menyatakan clue mlm td adalah lailatul Qadar..
kalaulah betul malam td adalah malam Lailatul Qadar, aku? abang?
memandangkan tinggal esok je hari untuk berlepas,mmg kami agak sibuk mem'packing' barang,mengemas rumah dsb..di samping abang yang ada his last paper hari ni..dan aku sendiri,semalam sepanjang malam hingga ke pukul 2tgh hari td,berjaga melayan si kecil batrisya ni bermain..anak kecil yg makin tinggi keinginannya nak bermain dan explore itu ini memang menguji daya tahan ngantuk mama papanya,heh.
memang tiada sape yg boleh mengesahkan malam mana yang dipilih untuk berlakunya lailatul qadar kerana ia adalah RAHSIA KETETAPAN ALLAH..tapi,pelbagai kupasan telah dibuat untuk memandu pencarian kita, termasuk tanda2nya serta amalan yang afdhal dilakukan pd jika ditakdirkan bertemu malam tersebut..
Oh,sungguh aku TERKILAN amat kerana tak fokus solat2 sunat semalam..tp itulah,nak mengejar lailatul Qadar ni,bukanlah hanya di malam 10 terakhir je,tapi pencarian bermula sedari hari pertama lagi..PERINGATAN untuk kita(ESPECIALLY buat diriku) yg sering alpa..tapi,terselit SYUKUR + RAJA'(PENGHARAPAN) dari hatiku agar malam tadi jika ada kebaikan yg kami lakukan,moga2 ianya ternilai sebagai IBADAH DISISINYA..
Wahai Allah Ar-Rahmaan,Ar-Rahiim..Kami hambaMu,datang kepadaMu untuk memohon keampunan atas segala salah laku..AMPUNILAH segala dosa2 kami,suami/isteri kami, kedua2 orang tua kami,guru2 kami,sanak saudara kami,sahabat handai kami,serta seluruh ummat muslimin samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..
Ya Allahu Latiif,Ya Haleem,Ya Hayyu Ya Qayyuum,SAYANGILAH kami yang berlidah lemah dan beramal kurang ini..berilah kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat...selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu, masukkanlah kami kedalam golongan mereka yang saling menyintai keranaMu, yang sentiasa bersyukur kepadaMu,yang beramal soleh serta yang teguh kakinya di atas jalan2 kebenaran..
AMEEN YA RABBAL 'AALAMEEN..
p/s: ku gunakan ganti diri 'aku' rather than 'saya' for it's easier to verbalize what's inside my heart at this moment.
1 comment:
salam..insyaAllah kak mamabalqis..Allah itu kan maha pemurah..insyaAllah..=)..
semoga akak satu family sentiasa dalam perlindungan Allah..salam ukhwah..
Post a Comment