Monday, December 28, 2009

babies..

Salam 'alayk..

lama betul mama tak update blog ni..jadi,biar balqis yg tlg update kan =)

apa kabar pakcik makcik diluar sana,juga rakan2 balqis seantero dunia..? harap2 semuanya sihat mcm saya yg makin berisi dan makin berat didukung(mak saya kata) ni,huhu..

anyway, balqis nak cerita sikit..hari ni alhamdulillah Allah izin mama dan papa ditemani cik Anih syg bawak balqis jalan2 ke Dirasat.. tujuan kami satu,nak menziarah baby2 baru kata mama..so,balqis dengan girangnya mengikut mereka nak pegi jumpa kawan2 baru walaupun baru je bangun tido..sampaikan sempat balqis tertido dlm teksi sementara nak sampai sana,..

alkisahnya, sampai je sana adik hibriyah tgh mood baik..baru lepas makan kot..jadi,mama bg can balqis duduk dekat2 adik hibriyah yg masih diriba acik Husna..balqis sgt2 excited nak pegang n usap2 kepala baby tue tp mama mcm tak berapa nk bagi sgt..mama bg sikit2 je..kata mama,takut tercucuk mata adik hibriyah yg masih kecik tue dgn jari kak balqis yg comel ni,hehe..papa masa ni tgh rancak berbual dgn 'ammu fareez di luar..

balqis suka sgt tgk adik hibriyah..so cute dgn gaun pink nye..mak balqis pun suka dia kata cumanya tak berapa berani nak pegang sbb dah lama tak pegang baby kecik..


Mama, nak satu yg mcm ni(mainan sarang lebah) blh?


'big sister' balqis n cute tiny lil hibriyah


lepas dah minum sume(rajin acik husna buatkan air), kitorg bergerak ke rumah acik Tuna pulak..misi menziarahi baby..kali ni baby boy..namanya, Ammar Farihin yg baru je berusia 6hari.. suka balqis dan mama dpt tgk pipi baby yg montel tue..kata mamanya, baby Ammar masa dilahirkan seberat 3kg..kus semangat!! Balqis dulu 3.3kg..semangat jugak la,hehe..

masa kitorg sampai, baby Ammar tgh tidur nyenyak..mungkin dia selesa dibaluti lihaf yg tebal tue..jadi,balqis main2 dgn abangnya, Rafiq Fitri yang tua dua bulan dari Balqis..tp, Rafiq ni dah boleh berjalan dgn laju,huhu.. Balqis baru nak belajar bertatih..mama n papa kata xpe, better late than never.. and,adela pulak yg mengatakan, budak yg cepat bercakap akan lambat sikit berjalan. vice versa..Wallahu'alam..


Aktif Balqis n big bro Rafiq Fitri


Sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui bila masa yg terbaik utk seseorang baby tue samada meniarap,merangkak,berdiri,mahupun berjalan,kan ?

hm,tak byk gambar yg mama snap hari ni..pertama, mama tak brp nk biasa dgn kamera phone papa ni..kedua, mama xbrp pandai nak adjust light sebab light is doing bad for baby's eyes..

apapun,nanti InsyaAllah kalau ada masa dan kelapangan, balqis nak jalan2 n main sama2 dgn dorg lagi ye,papa n mama..




p/s: balqis tak sabar nak tunggu adik baru dari acik A =)

Wednesday, December 9, 2009

My ramblings and Pictures II : Majlis Kesyukuran @ Girls day out =)

Salam 'alayk..

lama juga mama tak menulis apa2 disini.. Actually, kami sekeluarga baru sahaja tiba di Mansurah tepat jam 1.10 pagi tadi dari Istanbul, Turki.. rehat sekejap, pagi tadi lepas subuh terus bergegas tlg siapkan beg papa sebab flight papa to Malaysia akan berlepas kul 2tgh hari hari ni.. means that, papa akan naik ke Cairo semula, balik Malaysia atas satu urusan leaving mama n the baby together(sayu huu..)..alaa, for ten days je(memujuk hati) plus ada org temankan here.. lagipun, mama juga yg ber'ia-ia' taknak ikut papa balik,huhu..kononnya mama nak bagi can papa berurusan 100% at Malaysia without has to think about me n the baby.. after all, Allah knows best..

tp,memanglah bagi isteri yg tak pernah berjauhan dgn suaminya mcm mama,plg lama pun 3hari masa dalam pantang dulu,it's quite a big deal now.. lagi sejam papa nak berangkat tadi,mama dah tak senang duduk dibuatnya..actually, dari masa papa dah siap belikan tiket ke Malaysia lagi..because i know we will be apart very soon..tp, mama sengih je buat2 relax hinggakan papa tegur, "ha,nak jerit (bahasa ibunda papa yg bermaksud menangis) la tu".. taklah, takkan nak nangis kot..buat susah hati papa je nanti.. tapi kan, i know deep inside, papa pun berhati walang juga nak tinggalkan mama here..sebab,dari awal pernikahan,mmg kami tak pernah berjauhan yg lebih dari 3hari.. buat mama, dialah suami, dialah teman, bestfriend mama,teman mama bergossip huhu, sahabat gurau dan ketawa, rakan sakat menyakat, teman gaduh kemudian baik balik, teman berkongsi suka dan duka, segala macam cerita ceriti kehidupan, dan paling utama berkongsi hati, tempat cinta kami berpadu untuk menujuNya.. haish, apa ni jiwang2.. manalah sepupu comel mama ni tak dtg2 lagi.. Balqis pulak dah lama dibuai mimpi..

ohh, i got a msg!! definitely from him.. Alhamdulillah, papa dah sampai Kuwait..semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan dan dipeliharaNya,selamat pergi dan selamat pulang..

Safe journey Sayang..!! we will surely miss u here but it's ok..Allah ma'ana..

somehow, mama salute pada sahabat2 mama yg telah berkahwin dan sering terpisah dengan suami mereka atas sebab2 tertentu.. bagi mama, mereka sungguh kuat kerana boleh mengharungi saat perpisahan dengan seorang yang bernama suami..sementara mahupun selama-lamanya, semuanya pasti menguji jiwa dan mengundang lara ..penawarnya, hanya pergantungan pada tali Allah. dan teguhnya hati meyakini bahawa segala-galanya adalah pinjaman dari Allah..hatta,seorang suami mahupun seorang anak yang lahir dari rahim kita sendiri bakal diambil bila-bila masa sahaja oleh Yang Maha Pencipta,Empunya kepada segala ciptaan.. cakap2 macam ni, membuatkan mama rasa lebih gerun atau jujurnya, takut diuji kehilangan insan tersayang..kita manusia biasa..semoga Allah yang lebih memahami hati ini memelihara orang tersayang mama walau dimana sahaja dia berada..

Pa, do take care urself,k? jgn pandu laju2 bila di Malaysia nanti..ingat orang tersayang..em,wut else? ok, we miss u here..wahisytinik awi tatlem.. 'tatlem' ni bahasa turki yg bermaksud Darling =)

lastly, mama nak abadikan sebahagian besar gambar2 anakanda tercinta Batrisya Balqis masa majlis kesyukuran baru2 ni.. oleh kerana gambar2 yg diambil oleh jurukamera tak berbayar cik Ilani ni sgt cantik (cekap dia guna kamera SLR nya), mama pun jadi sampai tak tau nak pilih.. mama upload byk juga here..jgn boring sudey..=)


menangis sebab takut orang amik dia..teddy ni hadiah dari aunty Dayah n aunty Ain..arigato gozaimas aunties!!



okeh, saya dah selamat dalam pelukan mama..


apsal ramai orang ni ye..? *wondering*


time to explore..sampai tertanggal tudung,huhu..

sape tuh yg amik gambar saya?


oh noo..pls ma, save me..*crying sambil merangkak laju2 kearah her mommy*

foods


manja2 with my mommy


knp saya dgn mama je yg tak hbs lagi berdoa?


eating time!! my favourite food ever : fries =)

org kuat majlis ni ; bertudung oren, berkaca mata gelap..thanks aunty Om!!


cakes (of course bukan mama yg bake..apatah lagi papa haha..) Encik Baron yg tlg buatkan.


Piece!!

Elmo cute pemberian auntie Naz n friends..thanks aunties!! thn depan bagi lagi,hehe..


oh,cepat kira berapa batang gigi saya =)


saya cakap tak boleh,tak bolehla..


isy, jeling sikit (huhu,sapela yg ngajo ni..)