Monday, May 24, 2010

turning point

Assalamualaikum wbt..

Sementara menunggu waktu Subuh pagi tadi, saya membelek terjemahan surah At-Taghabun..ternyata "kata-kata" Allah yang termaktub dalam surah tersebut,benar-benar membasahkan jiwa, menyejukkan hati dan menjadi 'turning point' yang bermakna buat saya memulakan hari ini..

hati meronta-ronta ingin mengetahui lebih lanjut tentang ulasan tafsir surah yang cuma 18 ayat itu tetapi, kekangan sumber membantutkan hasrat. Nak baca terjemahan bahasa Melayu pun hanya di Iphone tadi, inikan pula huraian sepadat Tafsir Fi Zilalil Quran yang berjilid-jilid itu.. haiii..saya benar-benar merindui kitab karangan Allahyarham Syed Qutb yang dulu mudah sangat didapati di library UiaPJ. nak beli sendiri, duit poket tak pernah2 cukup dulu =P

hm,dalam sekian banyak tafsir yang ada, yang ini yang sering menjadi pilihan..kerana isinya mudah difahami dan em,sesuailah utk orang tahap biasa-biasa seperti saya.. =)

Ok, saya yang dangkal ini tinggalkan anda 4 ayat terakhir dari surah ini buat renungan dan muhasabah kita bersama..

Sejauhmana diri kita berada dalam pandanganNya..dikalangan hambaNya yang bertaqwa dan beramal solehkah? atau dikalangan hambaNya yang sering terbabas melakukan kemungkaran hingga rahmat Allah dirasakan jauuuuh sekali..wal'iyazubillah.. sementara masa masih ada ni, hayat yg masih berbaki yang takde sorang pun tau bila akan tamat tempohnya, buatlah pilihan dengan bijak dan bersungguh-sungguhlah dalam melaksanakan pilihan kita itu..sesungguhnya, mujahadah kita yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan Nabi SAW dan para sahabat terdahulu ini pasti beroleh manisnya tika saat panggilan Kekasih Abadi datang menyapa..Ameen..


“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)


Here we go..

4 ayat terakhir dari Surah At-Taghabun (selebihnya boleh semak di Quran masing-masing ye (^_^))


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. [15]

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [16]

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
[17]

Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[18]

Friday, May 21, 2010

$6 - $27 or more in less than 15 mins ?!?! = )

assalamualaikum wbt..

hope everyone is happy in His continuous blessings...

just dropped by here to share a link that i've stumbled upon it this evening.. this is not a mere promotion.. it's just that i found it interesting for you guys to try it PLUS , it doesn't cost you anything..

and oh, this is about a quick short survey and its FREE!! =) what else? it can be redeemed into paypal account..so nice =P

p/s: if u prefer to know more, feel free to dig it here..