Tuesday, August 31, 2010

sayang,dont shout...

assalamualaikum wbt..

skg,sudah 3.10 am..sedang menunggu my soulmate ni bangun sahur..=)

exhausted,itu saja perkataan yg tinggal dalam kepala ibu anak sorang ini sekarang..

baru sudah mendodoikan anakanda yg sorang itu, dari Twinkle-twinkle little star (islamic version punya yer) hinggalah ke 'rhymes' rutin mama (Al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, doa tidur dan Syahadah..)..

seperti biasa, dia berhenti sekejap susu, cuba follow bacaan mamanya(part hujung2 ajelah) dan kemudian sambung balik susu sambil mendengar saya memberitahunya berulang-ulang bahawa ALLAH saaaangat menyayanginya..Nabi Muhammad selalu mendoakan ummatnya..mama dan papanya sangat menyintainya sepenuh jiwa..bahawa dirinya akan terus disayangi dan takkan pernah sunyi dari kasih sayang..walau dia mungkin masih belum mengerti apa maksud mamanya...tanpa jemu ini yg saya bisikkan pd dia setiap malam..kalau papanya belum tidur, sekurang-kurangnya papa would say 'i love u ucuk' to her..haha pecah rahsia kami panggil ucuk..bukan apa, biasalah budak2 sebaya ni main tak hengat sampai masyam berpoloh2 tapi bau itulah yg mama akan rindui bila Qis dah besar nanti..ya setiap malam setiapkali dia mahu tidur..kerana ini yg mak saya lakukan sejak dari kecil lagi...kerana mahukan anak2 ini tidur dalam keadaan yg paling BAHAGIA..dan bangun juga dalam keadaan yg paling BAHAGIA..

tetapi, malam ini mama yg kepenatan melayan aktivitinya SATU HARI suntuk ini, menambah sedikit perisa pada mantera mama setiap malam... malam ini, saya berpesan(atau berleter?) padanya..

" Qis sayang, if u ever want something, would u plz ask for it nicely next time,hmm..?... panggil mama..just say Mama..(coz i know she doesnt have much vocab yet to verbalize her needs)..Mama will attend to u in a split second (exaggerating =P)..it's just, dont shout...yeah, DONT SHOUT..dont say 'aaaaaaaa' or 'eeeeeeeeeeekkkk' like this sambil saya tiru gaya dia ketika menjerit..it is so loud that u might disturb the other neighbors tgh2 malam ni..plus, it's not acceptable(sambil buat gaya dgn jari) and not good at all..do u want mama to speak like that to u? 'aaaaaaa' ..buruk isnt it? anak solehah wont do that sayang...anak solehah would say it softly if she want something..(cuba untuk implies ciri-ciri anak solehah padanya)..boleh kan boleh kan?(buat gaya upin ipin)..



hi, i'm a cool baby (^_~)

pada saya, bercakap dengan seorang bayi ni menuntut seribu mimik di wajah agar mesejnya mudah dihadam dalam keadaan dia rasa dirinya disayangi..ditegur kerana SAYANG..fuuh~

apa yg saya dapat?

hehe, matanya terkebil-kebil menatap tepat ke anak mata saya sambil sesekali ditirunya mama buat 'aaaaaa' in a very funny voice..huh, nak tergelak pun ada tapi dah jadi mak ni kena seryes sikit..nanti dia ingat mamanya buat joke pulak..pastu, sesekali jari telunjuknya buat gaya 'tak boleh' berulang kali...saya biarkan..biar dia memproses data nasihat saya tadi buat pedomannya dikemudian hari..sambil dihati, saya berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mendidik khalifah cilik ini..

bukan apa, honestly kat rumah or kat mana2, memang i speak with her gently..so does her papa..tapi, sejak dua menjak dia belajar tgk upin ipin ni..hm, i think she imitates kegarangan Kak Ros..haha,salahkan org pulak mama neh..tp, it is possible tau..because baby can learn from the others.. they are like SPONGE if u would like to know..serap aje environment sekeliling dia..

hari ni, asyik menjerit aje keje dia kalau nak apa2...even tak boleh masukkan blok mainan dia sekalipun..maybe she tries to express her feeling , but what i'm trying to tell her is that there are other FUN ways in expressing ur feelings..asal menjerit aje, mama pergi duduk melutut depan dia(sebab nak bagi sama tinggi heheh) and tarik nafas dalam2 sambil buat muka sedih dan cakap " come sayang, give me a biiiig hug"...then, i believe she realizes her mistake..tersengih2 kerang dia datang peluk mama..tapi, episod2 jerit lepas tu, memang mama n papa buat tak retiii aje..sampailah dia start menangis, kemudian berhenti dan datang peluk kita..and at that time, with a smile i ask her to say SORRY..because that's certainly unacceptable.

takpelah, hasilnya takkan kami dapat dalam sekelip mata..itu sudah pasti..tapi mama and papa will surely remind u if things haven't changed much.. because generally baby at this age is possibly just learning so we think you are doing the right thing by just speaking gently. With kids you are always going to have to be persistant. And, have lots and lots of SABAAAAARR..jangan cepat angkat suara lebih2 lagi tangan..apatah lagi kaki cam kes dera tu..wal'iyazubillah..

oklah, sehingga ketemu lagi.. mari berpesta ibadah terutamanya di 10 malam terakhir ini...

Fi amanillah~

Monday, August 30, 2010

Lailatul Qadar...

Assalamualaikum wbt...

Kredit untuk Ustaz Pahrol Md Juoi atas nukilan santai tapi membekas di jiwa ini..

Selamat membaca~

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tanda - Tanda Malam Al- Qadar



Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!


Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Tuesday, August 24, 2010

Separuh Masa Kedua

Assalamualaikum wbt..

Saya copy artikel ni untuk perkongsian bersama..suka dengan analogi bola sepak yang dibawanya memandangkan demam piala dunia juga baru berakhir,hehehe..

moga2 ibadah kita makin rancak, taqwa kita makin subur, dan nafsu kita makin terdidik, LILLAHI TAALA,ameen~

-----------------------------------------------------------------------------------------------

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, August 18, 2010

dont quit



assalamualaikum wbt..

selamat berpuasa dan berbuka untuk semua...

Just wanna share this nice video..if anyone ever feel like quitting, this video might be helpful...InsyaAllah =)

so, moral of the story is, dont quit because Allah is always there to help us..


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."


mama : kagum dengan semangat bayi yang tak pernah berputus asa mencuba dan terus mencuba...balqis telah mengajar mama sesuatu dalam kehidupan ini~

Sunday, August 15, 2010

ahlan ya Ramadhan

source : www.google.com


Ahlan Ya Ramadhan Kareem..

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini yang dihormati...


awalnya RAHMAT

pertengahannya KEAMPUNAN

akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA..


sama-sama kita rebut peluang yang datang setahun sekali je ni..lets read Quran to the max and dont forget to take time to ponder on its terjemahan ayat..

TAQABBALALLAHUMINNA WA MINKUM TAQABBAL YA KAREEM ~


Alhamdulillah, this year He gives us the opportunity to celebrate Ramadhan again...and this is my 2nd year fasting with Balqis still fully breastfeeding...alhamdulillah...since there's some people questioned me on how to maintain your milk supply while fasting, i would suggest you to visit these sites :-

1) sarakids
2) susuibu.com


Actually, there's surely plenty out there for you to get a rough idea basically on preserving the mother's energy and keep on nursing your baby..but mine will leave you with a simple dimple useful tips upon this matter :-


- jadikan kurma sebagai amalan..at least 5-7biji semasa sahur dan berbuka
- minum air bercampur madu semasa sahur
- banyakkan minum air,minum dan terus minum terutamanya waktu berbuka


(saya sendiri lebih suka minum 6-7 gelas air masak semasa berbuka dan go for solat maghrib first. then come back for your real ifthar=berbuka).

oleh kerana waktu siang kita dah kesuntukan masa untuk minum air, jadi perbanyakkan minum diwaktu malam..penting untuk mengelakkan dari dehydration..apapun, nursing the baby juga satu ibadah jika diniatkan kerana Allah S.W.T..InsyaAllah..

Selamat Beribadah semua =)



mama : alhamdulillah she is thriving well, active and healthy and loves to get hold to me making this mommy feels so grateful for having her in my life...

my new spot =)

assalamualaikum wbt..

masa saya nak buang lagu kat blog ni tadi tetiba tergerak hati nak jenguk iklan 'new template' kat Blogspot.com ni... actually saya sangat sayangkan template lama..punyalah sayang sangat sampaikan tak pernah rasa nak tukar pun sejak mula launch blog Pamabalqis ni since Disember 2008 i guess..

bila ada rakan2 blogger yang tukar template mereka, saya just enjoy looking at their new outlook tapi takde rasa pun nak tukar my old template yg sesetengah kata macam kindergarten tuh,hehe...

tapi, tadi papa yg suggested supaya why not tukar untuk ambil angin baru...kot-kot semangat sikit nak menulis..em,memang betul pun..thank you bang..tengok,ni adalah entry yg kedua untuk hari ni..mana tau lepas sahur ni ada lagi satu entry ke...hehe, layan ajelah..

by the way, i like this new template because ada elemen rintik-rintik hujan gitu...nampak cam 'hidup'..my blog list pun dah boleh edit compared to before tak bleh nak tambah or tolak pun..well,apa2 jelah..janji hati senang,jiwa tenang =)


mama : lucu tengok anakanda balqis ni yg masih tak boring2 tengok Dora The Explorer yang hari ni saja dekat sepuluh kali dok ulang tayang...D O L A dia sebut,hehe =)

Thursday, August 12, 2010

Kenangan Terindah

assalamualaikum wbt..

4 ramadhan..Alhamdulillah atas nikmat hayat hari ini..moga2 ianya untuk 'ubudiyah lillahi taala..


" Dan
aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."


Lebih kurang seminggu kami pulang dari tanah suci Mekah namun bayang Kaabah masih tersergam indah diingatan..lebih-lebih lagi ketika dalam solat..syahdu dan sayu rasanya..seperti sedang bersolat di dalam Masjidilharam dengan anak mata betul-betul mengadap Kaabah.. no wonder lah mak dan ayah walaupun hampir sepuluh tahun berlalu, namun pengalaman menunaikan Haji masih segar diingatan mereka.. malah, masih mampu menitipkan banyak pesan yang tiada dalam buku buat bekalan kami sebelum berangkat dulu..seolah-olah bumi tanah haram itu baru ditinggalkan semalam..

bumi Madinah tak kurang hebat penangannya..masih saya ingat, sebelum berangkat ke Mekah dari Madinah tengah hari itu, kami berdua merancang untuk bergilir2 ke Masjid Nabawi bagi menyempurnakan solat sunat terakhir dan wida' pada Junjungan tercinta Rasulullah S.A.W.. nak duduk berlama2 dari pagi macam orang lain, tak bolehlah memandangkan Balqis masa tue agak cranky di bilik hotel..tak berapa nak dengan orang lain..kebetulan hari terakhir di Madinah dia diserang demam dan mama papa pula ditempatkan di bilik yang berasingan... jadi mama orang first yang pergi masjid..berjalan berseorangan(hakikatnya ramai je orang yang lalu lalang disepanjang jalan) sambil hati diserbu sejuta perasaan kerana hari itu adalah hari terakhir disana..

setibanya di masjid, kawasan Raudhah sudah ditutup untuk wanita(sudah tamat sesinya pada waktu tu).. mama tak terkilan kerana yakin Allah akan rezekikan benda lain untuk mama..tengok2 Alhamdulillah ada tempat lapang untuk mama bersolat..betul2 selesa dan khusyuk untuk bersolat lama dan bermunajat selepas itu...mama janji dengan papa untuk berada di masjid selama sejam untuk memberi laluan pada turn papa selepas tu..walaupun pada mulanya rasa tak cukup sejam tapi alhamdulillah Allah Yang Maha Mengatur sesuatu..segalanya jadi just fine aje..betul2 sejam bila mama melangkah keluar dari masjid...bengkak kaki yang menyakitkan selama di Madinah itu juga tiba-tiba hilang macam tue je..mama fikir masa tue mungkin Allah nak readykan fizikal mama untuk ibadah umrah setiba di Mekah nanti..papa pula alhamdulillah rezekinya dapat bersolat dengan tenang di kawasan Raudhah, dapat berada sekejap di kawasan tiang suffah dan berada sehampir dengan maqam rasulullah S.A.W..best kan orang lelaki boleh masuk kawasan tue..alhamdulillah thumma alhamdulillah...

setelah itu bumi Madinah kami tinggalkan dengan seribu satu kesayuan dan satu tekad bersama doa bahawa InsyaAllah jika ada rezeki pasti bumi itu akan dijejaki lagi.. dalam bas ramai yang tak sabar2 nak tengok Kaabah..tak terkecuali kami berdua..tapi masa tue hati mama masih di Madinah..sedih tak habis2 lagi..apabila tiba di Mekah pada malam itu dan setelah selesai check in hotel dan makan malam,kami di bawa oleh Ustaz yang mengiringi perjalanan umrah ini ke Masjidilharam yang alhamdulillah lebih kurang 5min aje berjalan kaki..masa tu hati berdebar2 almaklumlah first time nak tengok kaabah secara live..

Balqis pun seakan memahami dia senyap aje diatas dukung..dengan abaya dan tudung hitamnya, matanya memerhati sekeliling..mungkin terpukau tengok orang yang luarbiasa ramainya..setelah mendengar penerangan ringkas, papa yang dalam pakaian ihramnya dan mama bertelekung maju ke Baabul King Fahd kalau tak silap..menyimpan selipar dalam plastic bag yang dibawa, menuruni anak tangga sambil dihati beristighfar dan cuba khusyuk pada suasana masa itu dan tiba-tiba Allahu Akbar...tersergam bongkah hitam itu di depan mata kami..suasana sangat hening pada masa itu..mama dan papa terdiam memuji kebesaranNya...dan tanpa dipaksa airmata mengalir..saat mama menulis ini pun airmata masih lagi bergenangan..subhanallah walhamdulillah wallahuakbar....

Dan itulah kenangan pertama yang terindah untuk dikenang di sepanjang hayat ini...semoga akan ada lagi rezeki untuk kita semua kesana..AMEEEEEEN...

Tapi, kalau nak buat haji nanti mungkin mama dan papa terpaksa tinggalkan balqis kejap hehe..sebab budak kecik ni excitednya boleh buat kita semput nak mengejar tengah-tengah ramai orang ni..contohnya waktu tawaf, dekat setengah jam mama dan papa bertawaf sebab balqis menjerit2 nak turun tak nak didukung..bayangkanlah seorang budak kecil berlari2 ditengah2 lautan orang..nasib baik semua orang pun spoting aje bagi laluan kat dia..mungkin gelihati tengok dia dalam pakaian jubah dan tudungnya(masa tue balqis masih lagi dalam ihram) yang macam ustazah kecik..masa sai'e lagi lah masyaAllah..seronok dia berjalan dan berlari sampai berpeluh-peluh walaupun kawasan sai'e tue berkipas..lepas minum air zam-zam yang memang banyak disediakan ditepi kawasan tue, sambung lari lagi..semangat bermainnya makin menjadi-jadi apabila ada anak2 pak arab pun turut sama berlari masa makayah dorang buat saie..and at last, tertidur atas dukungan sambil mama dan papa menyempurnakan tujuh pusingan sai'e antara bukit Safa dan Marwah..Alhamdulillah..

Cuma satu yang mama benar2 terharu apabila Allah benar2 menjaga balqis dan memberi peluang mama nak solat either di masjid Nabawi mahupun Masjidilharam..rakaat pertama dan kedua ok lagi dia duduk main2 dengan doll Dora The Explorer nya di depan mama..kadang-kadang bersolat sekali di sejadah kecil yang mama hamparkan betul2 didepan mama..tapi lepas2 tue dengan selambanya cik adik ni bangun dan dialah yang jadi Dora, explore kesana kemari..kadang-kadang kalau mama bersolat diluar masjid, disarungnya kasut makcik-makcik yang tengah bersolat ni sambil ketuk ketak ketuk ketak berjalan dengan kasut tumit orang lain,huhu...mama ni punyalah menjeling macam nak terkeluar biji mata mencari takut2 hilang since kawasan masjid saaangat besar tapi alhamdulillah, bila jauh sikit dari mama, pandai pula dicarinya jalan balik ke saf tempat mama bersolat..sesungguhnya Allahlah Sebaik-baik Penjaga anak mama ni..

All in all, bagi mama dan papa, bawak anak kecik yang dah boleh berjalan macam Balqis ni memang agak mencabar tapi memorinya sangat indah dan manis untuk dikenang... kadang-kadang rasa special la jugak(campur malu sikit2) kalau tetiba ada pegawai yang jaga pintu masjid angkat anak kita tinggi-tinggi dan tanya "min ummuha?" = "mana ibunya" @ dengan kata lain anak sapa la ni dok main kat sini nih.. hehehe, tapi alhamdulillah dorang tak marah mungkin dah terbiasa dengan anak-anak orang arab yang lagi advance kelasakannya tika para ibu bersolat...

Oklah, itulah cebisan cerita hasil dari pengalaman tak seberapa kami...lain orang lain storynya..tapi kalau nak cerita semua memang pakai tak berasaplah dapur kan hehe..sebab setiap saat disana adalah sangat istimewa...kerana bumi itu pernah didiami oleh Nabi besar kita nabi Muhammad SAW..dan bumi itu adalah tempat tersimpannya sejuta sejarah kenabian bermula dari Nabi Adam a.s..

ok, picture time!




papa dan balqis masa menunggu mama masuk kawasan Raudhah




turn kami pula tunggu papa




active girl with her new hairstyle(my bad indeed)



suasana di perkarangan masjid Nabawi



the three musketeers =P



di perkarangan Masjidilharam usai solat maghrib



happy mommy and cheeky baby



menuju ke Kaabah



ahli jemaah terkecik



buah hati pengarang jantung



menikmati air zam zam masyaAllah



di bukit marwah semasa menanti papa selesai sa'ie


upah dari papa =)



semasa menanti mama tawaf sunat



bermain dengan anak arab yang cute miut



susu unta fresh (terbaik dari ladang =P)



pemandangan Jabal Rahmah dari atas bas (kami tak turun..balqis baru je muntahkan jubah mama dan baju papa sikit heh)



a walk to remember