Thursday, January 20, 2011

kisah Januari

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,setelah sebulan lebih tak berupdate, ni baru semangat sikit nak tulis sesuatu disini...dalam sela masa ini juga,terima kasih buat mereka yg sudi bertandang kesini walaupun entry terakhir tak berubah2..

alkisahnya, tuan rumah diujiNya sedikit apabila nikmat SIHAT ditarik sebentar.. dimulai dengan Balqis, papanya kemudian berpindah pada mama..hampir sebulan demam selsema dan batuk berpanjangan yang disangka 'biasa-biasa' lantas hanya memakan paracetamol rupanya memang kena bawak pergi jumpa doktor yang tentunya lebih pakar dan lebih costy! tapi takpelah, suratan takdir nak buat macammana(tiba-tiba)..

setelah selesai melalui fasa rawatan massive antibiotic yang sudah pasti menyakitkan dan membazir airmata, alhamdulillah ujian terbaru 3hari lepas menunjukkan perkembangan yang positif..(^_^)

jadi, saya nak rakamkan terima kasih tak terhingga kepada my other half yang i know letih sangat nak handle almost everything regarding family and study because of my limited movement..ke kelas memang wajiblah dah tak dapat nak elak..dah masuk round ni, susah nak MC segala. kalau tak, tak dapat masuk exam den..anyhow, alhamdulillah again, of course with the help from lecturers we managed to complete our Ophtalmology round before with a blissful result biiznillah..

so, sementelah tahun baru 2011 sudah bermula, round yang baru juga sudah menjengah wajahnya...round Community Medicine yang hari2 agak meruntun jiwa kerana lecture 2jamnya tamam bil'arabiy 'ala tuuul menuntut semangat yang tidak sedikit untuk melepasinya dengan natijah flying colours bak rainbow insyaAllah...

walaubagaimanapun, keceriaan tetap mengunjungi hati bilamana bulan Januari ini dilalui dengan perasaan yang berbunga-bunga bagai dalam hati ada taman haha walau sudah cuba berpesan pada diri berkali-kali agar 'act like nothing happen' =P

akhirnya 16Januari yang ditunggu-tunggu itu tiba jua,eceh..dengan tiga kuntum bunga ros(nak ambil gambar pun bunga dah separa layu), dan sebuah tuuuut(tak,bukan henpon baru),ulangtahun kelahiran kali ini disambut sederhana tetapi membekas dihati =). selingan dari balqis yang dah mengantuk pun hebat juga hehe.. bermacam cara dibuatnya nak tarik perhatian walhal mama dan papanya baru nak pegang sudu garpu mengadap menu idaman...nasib baik termakan umpan juga,tapi akhirnya mogok yang diperam2 meletus jua menjadikan sudah tiada harapan nak makan bersantai-santai bila sudah punya anak kecil yang dibawa bersama T___T

Moralnya, kalau nak celebrate apa2 secara romantik berdua-duaan dengan hubby, tinggallah sebentar anak kecil anda bersama mereka yang dipercayai dapat menghilangkan rasa bosannya..tapi, memang kami berdua setakat ni tak pernah lagi berjaya nak tinggalkan dia(bunyi mcm kejam je)walaupun ramai yang sudi menjaga sebentar sebab tak seronok langsung kalau tak ada si kecil ni...biarlah nak mengamuk cranky mcmmana sekalipun, asalkan ada didepan mata selalu =)

antara tips yg didapati berkesan, kenalpasti game/watak kegemaran si anak cthnya ; Dora The Explorer, ABC dan install kan kedalam henpon mak/ayahnya..kalau ada PSP, lagi best sebab skrin besar..jadi,semua orang boleh enjoy tanpa ada sesiapa rasa tersisih =)

Macam aktiviti 26Jan ni, papanya sudah install kan satu cerita Dora dan satu cerita Barney Counting 123 bersama2 beberapa video Toyor Janah kedalam henpon buat bekalan penerbangan 12jam kami ke Malaysia nanti..tapi,papanya pesan jangan tunjuk lagi padanya buat masa sekarang..takut2 hilang keterujaannya,terus dah tak minat nak tengok nanti..

Ok,sampai sini dulu buat masa ni..dah sihat sikit ni bermacam-macam benda yang nak dibuat rasanya..first of all, rasa nak menguli karipap..bukan mengidam ke apa, teringin rasa nak makan dan teringin nak jamu papa dan balqis karipap mama hehe..buat dulu masa first year sekali,pastu buat sekali lagi bila dah ada anak ni..entah ingat entah tak..moga2 jadi dengan jayanya..

see u soon~

2 comments:

chandra said...

InsyaAllah, this is my first visit and say this was simply superb articles. have shared this blog with face book!


Electronic Engineering Resume Format

'atiqah said...

Salam.Dear mama, happy belated birthday! minta maaf lambat ye. Kami doa, agar umur selalu diberkahi ALLAH dan family pun baik2 aja kat sana ye..ameen =)


p/s: balik msia bila? will be at Kedah from 30-7th feb