Tuesday, March 29, 2011

cikenpoks

assalamualaykum wbt..

Khamis lepas,balqis bangun dari tidur dalam keadaan merengek2. tidak seperti kebiasaannya, bangun pagi2 terus tersengih sambil give mama a big hug tanda tidurnya cukup dan she feels fresh to start her new day..

i suspected something when i changed her nappy and found out like two to three rashes..a papular-like rash. i told hubby n insisted him to check on that.."ni macam kena bertih ni..",he said..
but we're not sure, so we just dropped her at school and attended the lecture as usual.

Masa nak ambil dia pulang ke rumah, cikgunya beritahu Balqis bitil3ab syuwaiyya bassi syuufi ta3banah awi..(Balqis bermain sikit,dia nampak letih benar)..kawan2nya pun pada hari tue tak ramai..mungkin masing2 kena kuarantin di rumah..Dan,who knows mungkin juga dia berjangkit di tadikanya..wallahu'alam..




Bermula hari itu, bintik2 dibadannya bertambah..ke kawasan muka, kepala, badan dan kaki...memang tak lena tidur malam kami, kerana kalau leka sikit, jari2 kecilnya akan menggaru-garu dan bimbang meninggalkan permanent scars..kedua-dua ibu di Malaysia kami hubungi nak tahu serba sedikit penjagaan orang terkena bertih/chickenpox..contohnya, tak boleh kena air hujan dsb..kebetulan pula, Mansurah memang tengah hujan sehari dua sebelum ni..memang berkurung lah balqis dalam rumah..dan, tahap keboringannya nyata terserlah..sehinggalah kitorg ambil keputusan untuk baiki semula Tobaq/piring pemancar TV yang terletak kat sutuh sana. Alhamdulillah,setelah dua bulan dia tak tengok rancangan kegemarannya- Toyor Janah, malam kelmarin dah nampak sinar ceria sikit apabila dia dah boleh menonton sambil nyanyi dan goyang2 depan TV macam dulu =)



pada hari kedua..rashes belum naik di kawasan muka..tp,dia dah boring sebab tak boleh pegi jumpa frens n she cooked her letters instead...lps tu tanya kita, " nak?" =P




Di Mustasyfa Tabaarak (Hospital kanak2)..sementara menunggu giliran tiba, makan cookies dulu..




papa upah dapat pergi main dekat mo'men sebab cooperate dengan doktor walaupun meleleh2 airmata ketakutan..doktornya sangat friendly..tp,masa mula2 pandang muka entiti yang berpakaian putih tu, balqis dah peluk mama kejap2 dan cakap perlahan-lahan, "takuut.."..huhu~

Kata doktor yang merawatnya, chickenpox di badannya dah mula resolves..insyaAllah, mungkin minggu depan dah boleh mula ke sekolah.semalam, tiba-tiba saya dapat panggilan dari sesorang..sebut hello macam orang arab..lepas tue line terputus..punyalah fikir ingatkan siapa, sebab kwn2 arab yg ada bukannya ramai..kalau ada pun, takdelah sampai call sebab memang tak kasi nombor pun,hehe..i called her back,rupa2nya Principal sekolah Balqis..beliau bertanya kenapa balqis dah lama tak dtg sekolah..sakit ke etc..Poor us..really forgot to inform them.. then, i told her insyaAllah mumkin usbu3 ligayy,balqis bitigi hadhaanah..

Get well soon my dear,minggu depan kita gi sekolah ye sayang~


regards,
mamabalQis

comments replied

Assalamualaykum wbt..

Saya terpaksa jadikan ini sebagai entry kerana terlewat memberi respon kepada komen2 yg datang..kalau saya membalas di ruangan komen, bimbang tuannya sudah tak membaca dek kelewatan ini.. =)

'atiqah said...

salam.wah, dah besar dah anak mama papa ni ye..dh g sekolah.. =)
balqis dear, belajar rajin2..kalo takmo dapat no.2 pun, bg dpt no .1 tau =p

-thanks ibu damia'..doa2kan balqis memang rajin selalu..and,err no 1? hehe,kalau dapat nombor pun alhamdulillah..Qis kecik lagi, mama dgn papa kata have fun je dulu di sekolah =P

Ummu Iffah said...

Bestnya balqis dah skolah..

Ummu Iffah said...

Bestnya Balqisdah sekolah...nampaknya auntie nak kena hantar iffah g sekolah jugaklah ni..

- alhamdulillah,seronokla pergi sekolah sebab ada ramai kawan..iffah takpe, dia dah ada kawan di rumah =)
choccookies said...

alah sweetnye balqis. dah ada rasa dahagakan ilmu itu. mashaALlah, suke tgk ade umat islam cilik cam balqis ni.

All the best lil one!

All the best k mursyidah and suami :D pandai korang didik anak.

- meen.

- MasyaAllah aunty meen, doa2kan ye biar Balqis benar2 jadi pencinta ilmu,ameen...all the best in ur life juga to aunty..n,thanks for dropping by =)

Monday, March 21, 2011

Balqis's 1st day school

Assalamualaykum wbt..

Semenjak OPS Piramid hari tue, anakanda Balqis sudah 'kehilangan' teman sepermainan/teman bercakaran'nya- Ahmad Miqdad..mereka sudah pulang ke Malaysia..saya sendiri belum dapat bercakap direct lagi umminya..tapi,yang jelas kelihatan,anak kecil ini mungkin terasa kehilangan sahabatnya itu..sekejap2 dia amik phone mama/papa dan konon2 mendail nombor dan terus cakap, "Eyyo Hamed..Hamed bla..bla..(dalam bahasa sanksritnya huhu)"...

Mengerti yang dia perlukan seorang teman, kami memanjangkan langkah ke Nursery yg dah agak lama diintai-intai..hari pertama kami pergi survey, terus hari tue juga enrolled her sebab she seems so happy with her new environment...ada ramai kawan, surrounding yang menarik, ada bilik bacaan dengan wallpaper bertemakan Disney Princess(yang ni yang paling dia tak boleh resist hehe) etc...

Dan,oleh kerana April ini umurnya mencecah 2 tahun 5 bulan@ sanatein wa nus, Balqis perlu attend pre-learning lebih kurang 1-2jam bersama rakan2 yg sewaktu dengannya di classroom di tingkat bawah...subjek yang bakal diaajar- Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Maths dan Arts..and, she loves to be in a proper class i think,with one teacher attending 4-5 pupils...they are like sitting in a circle and the teacher will be in the middle..waktu selebihnya,main,main dan main,tengok TV(kids series)..ala-ala playschool gitu.. we guess it's good for her..

Alhamdulillah wasyukrulillah =)

here are some pics to be shared..


Lunch box, air masak dan chocolate milknya..(she's two plus now, alhamdulillah her exclusive BF was done. Completely done masyaAllah..)


mini veggies pizzas, cheeses, and fruit


school's things(dah ada new interest other than Dora n Barney- PRINCESS!)


Beg makanan dan pampers(still) and learning file


wajah ceria nak gi jumpa "fwens"(friends) she said


Seriusnya muka dia nak gi sekolah


Alhamdulillah dah sampai..Dekat je,tak sampai 5min dari rumah..


Waktu pulang, tudung entah kemana dah =P


Waktu kitorg keluar rumah untuk ke kuliah, si kecil ni pun ikut sama tapi pergi ke sekolahnya..then, bila balik kelas, singgah ambil dia dan terus pulang ke rumah..alhamdulillah, tak perlu berpanas2 menunggu teksi seperti dulu lagi..balik rumah pun, dah terus boleh masuk dapur,tak terlampau exhausted seperti dulu..Subhanallah,cantik percaturan Tuhan..

And today is her 4th day in school..one day one letter they learned..hari kedua saya pergi ambilnya, terkejut gak tetiba dia sebut "a..a..a.." sambil jelir2kan lidahnya..panik juga sebentar takut2 lidahnya ada luka or,any hurts somewhere in the mouth..check2 takde apa2..bila balik,dia tunjuk bukunya pada huruf Alif dan sebut macam tue sekali lagi..Ooo, rupa2nya sebutan huruf Alif tapi dalam lahjah Arab,huhu...kelmarin, dia balik rumah dan menyebut2 "bek..bek.." untuk sebutan huruf Ba..lucu pulak rasanya~

'Ala kulli hal, semoga Allah memeliharanya walau dimana sahaja dia berada..dan moga dia beroleh apa saja yang terbaik untuknya...seriously, i'm falling love with my baby all the time...tak lupa juga, thanks to my other half yg sama2 usaha buat preparations untuk education anak kita..love you! n,of course my big THANKS to Allah for all this..

ALHAMDULILLAH,MASYAALLAH,WA TABAARAKALLAH...



Regards,
mamabalQis..

Thursday, March 17, 2011

a lil update

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,sudah kembali ke Egypt..tiba di Mansurah dua hari lepas directly from the airport Jazakallah pada yg mengambil dan menghantar =). kedengaran seperti 'special' je bunyinya,kan..hehe,just a teaser =P

Yang sebenarnya, cuma kami bertiga rakyat Mansurah untuk trip penerbangan pertama ni, yang lain kebanyakannya dimonopoli oleh rakyat Tanta dan Shoubra kerana tarikh peperiksaan yang makin hampir katanya.. Alhamdulillah, dapat juga merasa untuk kesekian kalinya menaiki Emirates yang menjadi pilihan utama di tahun 1 dan 2 dulu..bukan apa, servicenya very the tip top! yg tak berapa bestnya, dapat 'free' transit 15jam di Dubai huhu..tapi,takpelah mengimbau balik kenangan pulang berdua selepas kahwin dulu2 =) Balqis pun sampai 3kali mandi di Baby Care kat airport nak bagitau punyalah lama =) Zaman sekarang ni,oleh kerana harga seatnya melambung2, maka kami beralih kepada EgyptAir yang jauh lebih berpatutan plus no transit!

haih,bercerita pasal kapal terbang pula..

yang sebenarnya, rindu nak update blog..tapi, selalu macam nilah, kalau lama dah tak update, rasa macam malu-malu kucing plak dengan blog(apekah?)..too much stories to be shared, but most of them are best not to tell,hehe pulak...

PERNIKAHAN




Apapun, pertama-tamanya nak ucapkan Tahniah kepada pasangan-pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumahtangga di sekitar Mac ini..

1) Hidayah Ahmad dan Ashraf (classmates)
2) Nadia Mohd Nor(schoolmate) dan Solahuddin (tadika mate)
3) Syuhada (schoolmate ) dan suaminya
4) Kak Sarah Shukor (Kisas's senior) dan suaminya

Kebanyakannya kami tak dapat nak hadiri atas kesibukan logistik kehulu ke hilir diatas jalanraya demi sebuah tanggungjawab sebagai anak menantu kepada kedua-dua ibubapa TERSAYANG...

Hanya DOA yang kami iringkan moga2 ikatan suci ini kekal termeteri hingga ke Syurga..dilimpahi barakah, Sakinah, Mawaddah dan Rahmah didalamnya... Barakallahu Lakuma Wa Baraka A'laikuma Wa Jamaa' Bainakuma Fil Khair, ameen~

Dan,dikesempatan ini juga ingin kuucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-3 buat diri sendiri dan juga si dia yang teristimewa dalam hidup ini...banyak yang telah kita lalui bersama,suka duka, pahit manis, tangis ketawa,rajuk berpujuk yang semuanya tak lain tak bukan demi mematangkan kita seiring pertambahan usia dan pastinya untuk membawa kita untuk lebih taqarrub ilallah...terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kusampaikan padamu atas kesudian untuk bersama-samaku membina ketabahan dan kesabaran dalam perjalanan hidup yang seketika cuma ini...semoga Allah merahmati suamiku dalam setiap apa jua keadaan hingga dia pergi bertemuMu dengan jiwa yang tenang,ameen~


STUDY

Sedar tak sedar, perjalanan pembelajaran disini juga makin hampir ke klimaksnya apabila senarai topik2 yang akan masuk dan terkeluar daripada exam sudah pun diwar-warkan..hari Ahad ni saja sudah ada kuiz yang kedua utk round kali ni..buku masih lagi kemas tersusun di rak..masa balik hari tu, hanya buku ENT yang saja yang berpeluang menikmati udara Malaysia, yang lain semua kena tinggal..tapi, tak baca-baca pun..sebab ada penyakit M---S,huhu..


KRISIS DUNIA

Anyway,baru tersedar yang saya tak tulis apa2 pun mengenai Egyptian riots hari tue mahupun mengenai gempa bumi di Cristchurch,NZ dan yang terbaru Tsunami di Jepun...pertamanya saya lebih suka membaca ulasan dari mereka yang pakar dari membuat ulasan sendiri..kedua, saya tak berada di tempat itu ketika kejadian berlaku..masa di Mesir pun, kami angkat beg balik awal lagi dari tarikh sebenar cuti winter break tanpa menyangka sekronik ini rupanya rusuhan yang bakal berlaku..tapi,tak mengapalah,syukur Alhamdulillah kemenangan akhirnya berpihak kepada yang benar..

Apa yang pasti, kesemua kejadian diatas sangat memberi kesan khususnya kepada jiwa setiap yang bergelar MUSLIM...kerana segala yang berlaku telah melibatkan saudara segama kita...dan telah menunjukkan Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja..

Dan,tentu saja membuatkan kita terfikir untuk merenung jauh kedalam diri sendiri, sejauhmanakah kita telah berusaha memenangi pandangan Allah..atau sejauhmanakah kita telah tersasar dariNya..nauzubillah..

Sesungguhnya masih belum terlambat untuk sebuah TAUBAT~

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.


regards,
mamabalQis~