Alhamdulillah,sudah kembali ke Egypt..tiba di Mansurah dua hari lepas directly from the airport Jazakallah pada yg mengambil dan menghantar =). kedengaran seperti 'special' je bunyinya,kan..hehe,just a teaser =P
Yang sebenarnya, cuma kami bertiga rakyat Mansurah untuk trip penerbangan pertama ni, yang lain kebanyakannya dimonopoli oleh rakyat Tanta dan Shoubra kerana tarikh peperiksaan yang makin hampir katanya.. Alhamdulillah, dapat juga merasa untuk kesekian kalinya menaiki Emirates yang menjadi pilihan utama di tahun 1 dan 2 dulu..bukan apa, servicenya very the tip top! yg tak berapa bestnya, dapat 'free' transit 15jam di Dubai huhu..tapi,takpelah mengimbau balik kenangan pulang berdua selepas kahwin dulu2 =) Balqis pun sampai 3kali mandi di Baby Care kat airport nak bagitau punyalah lama =) Zaman sekarang ni,oleh kerana harga seatnya melambung2, maka kami beralih kepada EgyptAir yang jauh lebih berpatutan plus no transit!
haih,bercerita pasal kapal terbang pula..
yang sebenarnya, rindu nak update blog..tapi, selalu macam nilah, kalau lama dah tak update, rasa macam malu-malu kucing plak dengan blog(apekah?)..too much stories to be shared, but most of them are best not to tell,hehe pulak...
PERNIKAHAN
Apapun, pertama-tamanya nak ucapkan Tahniah kepada pasangan-pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumahtangga di sekitar Mac ini..
1) Hidayah Ahmad dan Ashraf (classmates)
2) Nadia Mohd Nor(schoolmate) dan Solahuddin (tadika mate)
3) Syuhada (schoolmate ) dan suaminya
4) Kak Sarah Shukor (Kisas's senior) dan suaminya
Kebanyakannya kami tak dapat nak hadiri atas kesibukan logistik kehulu ke hilir diatas jalanraya demi sebuah tanggungjawab sebagai anak menantu kepada kedua-dua ibubapa TERSAYANG...
Hanya DOA yang kami iringkan moga2 ikatan suci ini kekal termeteri hingga ke Syurga..dilimpahi barakah, Sakinah, Mawaddah dan Rahmah didalamnya... Barakallahu Lakuma Wa Baraka A'
Dan,dikesempatan ini juga ingin kuucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-3 buat diri sendiri dan juga si dia yang teristimewa dalam hidup ini...banyak yang telah kita lalui bersama,suka duka, pahit manis, tangis ketawa,rajuk berpujuk yang semuanya tak lain tak bukan demi mematangkan kita seiring pertambahan usia dan pastinya untuk membawa kita untuk lebih taqarrub ilallah...terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kusampaikan padamu atas kesudian untuk bersama-samaku membina ketabahan dan kesabaran dalam perjalanan hidup yang seketika cuma ini...semoga Allah merahmati suamiku dalam setiap apa jua keadaan hingga dia pergi bertemuMu dengan jiwa yang tenang,ameen~
STUDY
Sedar tak sedar, perjalanan pembelajaran disini juga makin hampir ke klimaksnya apabila senarai topik2 yang akan masuk dan terkeluar daripada exam sudah pun diwar-warkan..hari Ahad ni saja sudah ada kuiz yang kedua utk round kali ni..buku masih lagi kemas tersusun di rak..masa balik hari tu, hanya buku ENT yang saja yang berpeluang menikmati udara Malaysia, yang lain semua kena tinggal..tapi, tak baca-baca pun..sebab ada penyakit M---S,huhu..
KRISIS DUNIA
Anyway,baru tersedar yang saya tak tulis apa2 pun mengenai Egyptian riots hari tue mahupun mengenai gempa bumi di Cristchurch,NZ dan yang terbaru Tsunami di Jepun...pertamanya saya lebih suka membaca ulasan dari mereka yang pakar dari membuat ulasan sendiri..kedua, saya tak berada di tempat itu ketika kejadian berlaku..masa di Mesir pun, kami angkat beg balik awal lagi dari tarikh sebenar cuti winter break tanpa menyangka sekronik ini rupanya rusuhan yang bakal berlaku..tapi,tak mengapalah,syukur Alhamdulillah kemenangan akhirnya berpihak kepada yang benar..
Apa yang pasti, kesemua kejadian diatas sangat memberi kesan khususnya kepada jiwa setiap yang bergelar MUSLIM...kerana segala yang berlaku telah melibatkan saudara segama kita...dan telah menunjukkan Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja..
Dan,tentu saja membuatkan kita terfikir untuk merenung jauh kedalam diri sendiri, sejauhmanakah kita telah berusaha memenangi pandangan Allah..atau sejauhmanakah kita telah tersasar dariNya..nauzubillah..
Sesungguhnya masih belum terlambat untuk sebuah TAUBAT~
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.regards,
mamabalQis~
No comments:
Post a Comment