Wednesday, November 2, 2011

monolog seorang sahabat

Assalamualaykum wbt...

Kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman...makin bertambah usia, tentunya makin banyak peristiwa yang telah kita tempuhi...alangkah ruginya jika semua itu tidak membawa kita makin dekat padaNya,malah semakin jauh pula kita melangkah keluar dari jalan yang sepatutnya seorang mukmin itu melaluinya..

Astaghfirullahal 'aziim...

Setelah hampir melepasi usia jubli perak ini, sedar tak sedar saya telah dipertemukan dengan ramai orang yang secara tidak sengajanya telah meninggalkan kesan yang signifikan di akhir sebuah pertemuan itu...mereka adalah sahabat-sahabat fi sabilillah yang secara tidak langsung telah mencorakkan kehidupan bersahabat saya dengan warna yang sungguh indah..

Jika nak disenaraikan nama satu persatu, sampai esokpun belum tentu lagi boleh habis kerana jumlahnya yang bukan sedikit...tetapi, secara peribadi saya senang mengingati mereka seorang demi seorang dengan ingatan yang sangat manis...dan, secara tidak langsung Allah mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan siapa saya pada hari ini...jika pada hari ini, saya kelihatannya seperti sudah mempunyai kehidupan yang agak stabil (walau hakikatnya masih belum punyai pendapatan sendiri), ditemani suami dan anak yang penyayang, semua itu adalah berkat dari celupan tangan-tangan mereka yang bergelar keluarga dan juga sahabat yang telah banyak mendewasakan diri...

Namun, dalam kerakusan mengejar urusan duniawi, dan juga menyempurnakan tanggungjawab sebagai anak,isteri,ibu dan jua pelajar, kadang-kadang saya terlepas pandang dalam soal menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai sahabat dan juga teman...jika diadakan gathering mahupun perjumpaan bersama, saya mungkin akan menjadi orang yang terakhir menyatakan persetujuan, ataupun berlalu sahaja tanpa memberi sebarang respons. Ketika ramai-ramai berpakat menyusun plan ziarah mahupun menghadiri jemputan walimah sahabat, saya hanya sempat membaca tentatif mereka sahaja sambil melakukan yang paling minima, sekadar mengucapkan tahniah ataupun selamat jalan..seringnya, hanya salam yang dikirimkan tanda masih mengingati dan masih mendoakan...

Hakikatnya, nun jauh di penghujung malam, mata sering tidak terlelap merindui mereka-mereka yang sangat bermakna dalam hidup saya...ada masa tanpa sedar, terbit airmata yang mengalir mengenangkan betapa bertuahnya hidup saya pernah dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik, sangat solehah dan sejuk mata memandang malah, dengan izinNya berupaya membawa hati kita mengingati Allah, cukup dengan hanya memandang mereka...

Dan, baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang pernah bersama-sama berjuang dalam Persijilan Tahfiz Darul Quran 2004-2005 dulu...Ukhti Nurdiyana Nordin,bekas pelajar Maahad Muhammadi Puteri, indah namanya seindah itulah pekerti tuannya...seperti selalunya, saya antara yang terlewat mengetahuinya, itupun melalui perkhabaran di group di facebook, kerana jarang benar berpeluang berlama-lama di hadapan internet. Sahabat yang lemah lembut ini telah meninggalkan seorang zuriat yang punyai wajah persis ibunya, bersama-sama juga si suami yang tentunya tabah menghadapi kehilangan isteri tersayang... mengikut kata teman-teman, beliau diserang penyakit SLE yang umum mengetahuinya sebagai penyakit yang sukar diubati...

Rawan di hati bertambah-tambah melihatkan wajah mulus anak perempuannya yang baru berusia 5bulan itu...bagai mengerti yang dia tidak lagi punyai ibu yang telahpun pulang ke rahmatullah, anak kecil itu seakan rela apabila disuapkan susu menerusi botol sahaja. Oh aduhai, saya pasti khalayak telah dan akan terus menghadiahkan doa yang tidak putus-putus untuk anak ini serta bapanya bagi meneruskan kehidupan ini dengan tenang sehingga tiba saat mereka dipertemukan semula sebagai sebuah keluarga yang sakinah di syurga Allah sana, ameen~

Al Fatihah untuk beliau dan sahabat-sahabat lain yang juga telah pulang mengadap Allah..

- Nur Fathiyahton Fisal (24 Februari 2005) - SMKA Baling
- Siti Sopuriah -KISAS 2002-2003

Dan, sungguh aku mencintai kesemua mereka ini kerana Allah...

2 comments:

inn said...

salam kak...nazrin ni..kak siti sopuriah meninggal ble? terkejut bce entry akak...kak siti meninggal sebab ape?

mmk said...

wslm wbt..

kak siti meninggal dah lama..thn 2004 klu tak salah akak.. kemalangan jalan raya ketika pulang menghantar adiknya ke sekolah.

wallahu 'alam..