Salam sesuci embun di pagi hari ini...Alhamdulillah atas nikmat hayat yang masih sudi dipinjamkanNya sehari lagi, buat menambah amal dan taubat..moga2 Allah kasih dan sayang pada hamba yang faqir ini..TT
Tinggal lagi beberapa hari sebelum berangkat pulang bersama-sama anakanda Balqis,tanpa kehadiran papanya.. sungguh,walaupun ini hanya sementara,lebih kurang sebulan setengah, namun ia nyata tidak semudah yang cuba dibayangkan..bertambah sukar apabila kita dijadikan Allah sebagai manusia yang berperasaan..namun,pada Allah dipohon agar SEGALA-GALANYA dipermudahkan,..moga Allah meringankan juga beban perasaan anakanda Balqis kala berjauhan dengan papanya ini kerana mereka sememangnya sangat rapat...
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan"
Tinggal beberapa minggu lagi sebelum anakanda soleh ini bakal menjengah lahir ke dunia...mohon didoakan yang baik-baik,dan semoga kelahiran ini bakal menjadi satu nilai tambah yang bermanfaat pada agama suci ini..besar sungguh harapan ibubapa kerdil ini agar anakanda kedua ini bakal membesar menjadi mujahid yang qawi lagi musleh...tidak banyak entri yang memperkatakan tentang pengalaman mengandungkannya namun, ia sebenarnya satu catatan yang indah tersimpan kemas di memori ibu ini...mungkin sedikit yang boleh dikongsikan, ternyata pembawaaan kali ini sungguh sangat berbeza dengan kakaknya...dipermudahkanNya dari awal kehamilan, tiada langsung seksa alahan, selera makan yang tidak bermasalah, kesihatan yang alhamdulillah stabil dari segi bacaan hemoglobin,tekanan darah yang walaupun selalu menggusarkan doktor namun tidak menimbulkan banyak komplikasi pada mamanya, dan berbagai lagi aturan Allah yang terlalu indah bagi episod pengalaman kali ini...
Paling disyukuri adalah kerana masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan bersolat secara berdiri sehingga ke hari ini berbanding sewaktu mengandungkan kakak Balqis dulu kerana bengkak kedua-dua belah kaki yang datang menyapa terlalu awal...masih diberi upaya kehulu-hilir,memanjat tangga untuk urusan menuntut ilmu di kuliah, hospital dan juga tuisyen...pernah juga sesekali terutama dalam fatrah akhir trimester ini, diterpa sayu di dalam teksi ketika pulang ke rumah kerana baru terasa penat dan lelah seorang ibu yang mengandung...di penghujung hari, apabila malam telah melabuhkan tirainya, maka saat berseorangan itulah benar-benar terasa bahawa lemahnya diri ini jika tidak ada kekuatan dari Dia yang Maha Menguatkan...Maha suci Allah, semoga Dia tidak meninggalkan diriku keseorangan,penuh lelah dan tidak berdaya..
Dan, akhir-akhir ini kesakitan sudah mula terasa di merata-rata tempat..bengkak yang asalnya hanya disebelah kaki sahaja sudah mula menjalar ke kaki yang disebelah lagi..semestinya tidur malam sudah tidak seselesa dulu..namun Balqis dan papanya sangat berkompromi..tempat tidur mama dilapik tebal, ada pula 2-3 biji bantal extra hehe..semoga Allah mengganjari mereka yang dikasihi ini dengan sebaik-baik ganjaran,ameen..
Saya kira, inilah saatnya Allah mahu mendidik jiwa seorang ibu supaya lebih tunduk merendahkan hati mengadu dan merayu kekuatan dariNya..kerna pertolongan Allah itu sememangnya sangat dekat...
Semoga dipertemukan lagi...saya pohon kemaafan dari semua yang mengenali..dan selamat menghayati dendangan tulus ini..
Music Playlist at MixPod.com