Assalamualaykum wbt..
MasyaAllah, sangat lama tak menulis apa2 disini…Sekarang ni dah masuk fasa study
leave untuk kami berdua dan kawan2 tahun 5 untuk persediaan menghadapi final
exam awal oktober ni..Doakan ya..
Tapi, untuk kanak2 dan seangkatannya di Mesir ni, diorang bermula
persekolahan untuk sesi baru pada hari ini..and Balqis is one of them! J
Segalanya bermula apabila Mama A'tiya (isteri tuan rumah) ni yang
beria-ia bersungguh-sungguh mengajak kami pergi survey sekolah untuk Balqis
setelah mengetahui yang beberapa kali Balqis tukar sekolah sepanjang tahun ni..actually ada macam-macam
hal yang berlaku yang membuatkan kami terpaksa membawa Balqis tukar
hadhanah/tadikanya 4-5kali dalam tahun ini sahaja.. Dan tadika terakhirnya adalah British
Nursery,siapa sangka kembali ke tempat asal. Dipendekkan cerita, setelah selesai exam end
round batnah hari tu, saya pergi survey sekolah tu dengan mama. Balik rumah,
bincang dgn papabalqis, telefon Ma dan Mak di Malaysia nak dengar buah pandangan dari mereka, doa-doa sikit kat Allah, akhirnya
kami mendaftar semasa sesi pendaftaran 2minggu sebelum sekolah bermula..alhamdulillah syukur sangat nasib baik masih
ada tempat,sebab orang berebut2 nak daftarkan anak kesekolah tu yang
kebanyakannya anak2 staf universiti..tak tak, Balqis bukan anak staf, makayahnya tak kerja pun lagi isk..dia masuk mendaftar tumpang tiket kami berdua sebagai student disitu.. =)
sedang mencari size yang sesuai untuk kakak kecik ni |
Setelah selesai urusan pendaftaran, kami pergi cari uniform sekolahnya yang dimaklumkan ada dijual di Piano Piano,berhadapan dengan kuliah Tibb. Sampai sana,masyaAllah ramainya orang nak cari uniform sekolah anak2,almaklum sekolah bakal dibuka. Dan rupa-rupanya banyak lagi uniform dari sekolah lain yang dijual disini. Macam-macam warna,pink pun ada hehe..Untuk Balqis, dia dibekalkan dengan dua uniform musim panas dan dua jenis uniform musim sejuk termasuk jaket tebal ala-ala balloon tu dan semuanya bercop universiti mansurah..memang out of budget lah hahaha..ingatkan sepasang dua aje macam di Malaysia =P kesian papa kena lari pergi bank kejap nak withdraw duit bila tengok salesgirl tu keluarkan satu demi satu pakaian yang nak kena beli TT
2nd batch- seperti yang telah disenaraikan oleh pihak sekolah |
Anyway, hari ini hari pertama persekolahannya…kakak balqis sangat bertenaga,bangun awal pagi dan mandi serta sarapan dengan sangat ceria masyaAllah..Alhamdulillah dia mengerti bahawa dia akan kesekolah, jadi dia sudah beri kerjasama seminggu lebih awal lagi dari segi masa tidurnya..dan setakat hari ni dia sudah boleh biasakan dengan rules ‘go to bed by ten and rise as early as a subuh prayer’. Tapi selalunya kami kejutkan dia lebih kurang pukul 6.30pagi. Then, balik sekolah mandi dan tukar pakaian, makan nasi tengahari,main-main dengan adik sikit dan semua wajib masuk nap..lepas dua orang ni dah tertidur, kami terpaksa sneak out bangun senyap-senyap untuk beri perhatian pada buku plak...eh, mama papa pun ada sekolah juga =)
Sampai sekolah tadi, berdebar juga kami cari nama dia tak jumpa2..nak report pengetua pun, semua cikgu pun nampak busy..dengan ada yang menangis2 tak nak ditinggalkan mak ayah dan sebagainya..Balqis yang mulanya tenang pun start tarik-tarik baju mama minta didukung..agaknya dia pun cuak tengok kawan2 menangis..pemandangan yang serupa seprti pendaftaran darjah satu di sekolah di Malaysia J
Mat Smart tengah mengantuk |
Cari punya cari nama dia,sampai keakhirnya tak ketemu juga..Adik pun sudah penat,terlentok aje atas papa..Cikgu lain pun ada yang menawarkan Balqis diletakkan di kelasnya(tamhidi), tapi kami berterima kasih dan tolak dengan baik sebab Balqis telah didaftarkan untuk kelas KG 1, dengan tahap dan bayaran yang berbeza huhu..
At last, alhamdulillah, jumpa akhirnya nama dia..patutlah cari tak jumpa-jumpa, nama dia tertulis dengan ejaan TRISYA Balqis Muhammad Hazwan. Ta Ra Ya Syin Alif! Walhal kami semua mencari pada nama yang bermula dengan huruf Ba for Batrisya Balqis hehe..
Ini gambar sekitar hari pertama dan kedua yang sempat di ambil..
Kakak berlakon konon-konon story telling atas stage dewan sekolahnya |
Suasana kelasnya |
Mak-mak bersama homeroom teacher nya. Ayah-ayah duduk di tepi kelas sambil buat analisa barangkali =) |
Balik sekolah, singgah kedai buah minum 'asir(jus buah) |
Update, semalam hari keduanya di sekolah..baru hari kedua, kami dah singgah syuun atfal/pejabat sekolahnya bertanya bila cuti panjangnya haha..rupa-rupanya tak ada!!! sesi persekolahannya straight 'ala tuul dari awal September - awal Julai tahun depan..kalau ada pun cuma cuti hari Jumaat Sabtu setiap minggu.. Terkenang plan nak balik Malaysia habis exam Disember nanti...siap berangan lagi nak buat cuti sendiri sampai ke winter break tahun depan opps =P Tak apa, lissa badri orang arab kata..awal lagi ni..masih boleh di istikharahkan..
Apapun, thank you Allah.. inilah tempat baru kakak Balqis..kalau ada rezeki dan kesempatan, kita daftarkan adik Uwais pula bila besar sikit nanti. Doakan ye biar jadi anak-anak yang soleh solehah,baaqiatus solihaat buat ibu bapanya di akhirat nanti..
Wallahu'alam~