Sunday, September 16, 2012

Social Time

Assalamualaykum wbt..

Presenting..

Inilah kawan-kawan setia balqis :) kenapa setia? sebab dari kecil tak boleh berjalan lagi,mereka dah berkenalan. kebetulan balqis dan yasmin lahir di tahun yang sama, 2008. cuma berbeza sebulan sahaja. Untuk pengetahuan, mereka ni anak-anak saudara tuan rumah tempat kami menginap. Jadi, setiap dua minggu bila datang berziarah ke sini(mereka tinggal di balad/pedalaman mansurah), pasti pintu rumah diketuk menandakan mereka sudah tiba hehe..

Ququ (Balqis) , Susu (Yasmin) , Lulu (Suheila)
Ini nama gelaran arab mengikut abjad pada nama mereka. Sounds funny for me ;)



Masing- masing pandai bawa diri

Mama intai dari luar anak-anak syurga ini bersosial bersama

mengeja apa tu..?


Kalau nak tahu, Yasmin ni petah..sama petah dengan Balqis...pok pek  pok pek bercakap berdua..tapi, seorang berbahasa arab 'ammiyah, seorang berbahasa inggeris kanak-kanak..saya tak tahu macam mana diorang berkomunikasi, tetapi apabila kedua-duanya ketawa bersama2, saya fikir mesejnya dapat difahami lah tu agaknya..Kuasa Tuhan kan? Untuk anak-anak kecil yang bersih jiwa mereka dari sebarang dosa..

Oh ya, rasa sangat terharu bila yasmin dan suheila pun turut panggil saya as Mama ;) Padanlah lepas tu, kakaknya hadiahkan mama ini dengan poo poo didalam seluarnya TT
Sampai ke malam saya tertunduk-tunduk kepala mencium karpet nak kesan bau bimbang ada yang tercicir !

'Ala kullihal, saya gembira melihat mereka bermain..walaupun berlainan bangsa dan budaya, fitrahnya tetap sama..ingin diraikan dan berasa gembira dalam setiap keadaan..

Sehingga ketemu lagi!


No comments: