Alhamdulillah, sudah selamat tiba disini...menyambung pengajian yang berbaki cuma beberapa bulan sahaja lagi..moga yang baik-baik sahaja hingga ke akhirnya ameen...
Sekadar mencatatkan satu peristiwa kecil, yang biasa-biasa sahaja dan sudah lazim ditempuhi ramai orang, namun tersimpan harapan agar apabila ianya dikongsi, mampu memberi ibrah yang dapat membawa hati pulang kepadaNya InsyaAllah...
Kepulangan ke Malaysia hari itu benar-benar merupakan sweet escape kami sekeluarga setelah puas melakukan adjustment sana sini dengan rutin harian biasa yang menyibukkan bagi seorang pelajar. Jadi, disamping rancak mengikut perkembangan politik tanah air, rancak juga memenuhi permintaan anak-anak(kakak balqis aje yang pandai meminta setakat ni hehe) yang dirasakan munasabah...
Maka, dalam seminggu yang pertama, masa banyak diluangkan untuk menikmati alam ciptaan Allah,selain berulang-alik Kelantan dan Kedah hampir setiap minggu..mujur anak-anak sudah dibiasakan...jadi, dengan RahmatNya mereka mampu bertahan dalam perjalanan yang jauh dan memualkan dengan jalan yang bersimpang siur itu...
Add caption |
Namun, langit tidak selalunya cerah...dua minggu terakhir kami di bumi Malaysia, suami tercinta tiba-tiba mendapat jangkitan pada luka yang pada asalnya dianggap kecil dan tidak signifikan..lalu, bermulalah episod kena pergi mengadap beberapa doktor untuk ikhtiar rawatan yang akhirnya keputusan untuk dibedah dibuat serta merta oleh seorang Orthopedic Surgeon atas diagnosis Chronic Infected Wound, serta telah ditahan selama lebih kurang 5hari di wad untuk kemasukan antibiotik yang kerap kerana didiagnos pula dengan mild cellulitis...
Baru keluar dari OT(masih mamai2) |
Setitis pun air mata tidak tumpah,walaupun ketika menyalami tangannya memohon ampun dan redha seorang suami bilamana dia disorong ke bilik pembedahan,saya diterpa sayu yang amat bagaimanakah nasib saya dan anak-anak yang masih kecil jika keluar nantinya dia bukan seperti yang diharapkan...saya mengerling ke wajah ibu mertua disebelah yang kelihatannya amat tenang ketika tangannya disalami anak sulungnya itu...menjadi seorang ibu,membuatkan saya cuba memahami jika saya berada di tempatnya pada tika itu,dan anak saya yang berada di atas katil pembedahan...hati ibu mana yang tidak gusar, namun berjaya disembunyikan membuatkan saya mengaguminya dalam diam...
Namun, manusia sememangnya lemah...dan sering mengharapkan kepada sokongan...apabila rawan di hati tidak berhenti menerjah, saya cuba menaipkan beberapa patah status didalam secret group memohon doa dari rakan-rakan sebatch yang sudah dikenali baik budi mereka...tidak pula saya nyatakan secara terang-terangan di muka buku sendiri, bimbang disalah erti sekadar ingin meraih simpati...kerana sesungguhnya simpati yang paling saya dambakan tidak lain hanyalah dari Dia...yang Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja...
Saya kelihatan tenang dan tersengih-sengih ketika bersama abang di wad namun hati menangis di dalam tidak berbunyi apabila setiap kali pulang ke bilik, anakanda Uwais menangis teresak-esak sampai serak suaranya kerana merasa sering ditinggalkan...bertambah sayu melihat ayah yang bengkak-bengkak kakinya beberapa kali terjatuh dalam usaha menjaga cucu yang masyaAllah sangat lasak dan ada macam-macam idea nak membawa masuk apa sahaja kedalam mulut kecilnya itu...kata ayah, baik datuk yang jatuh daripada cucu yang jatuh heheh...namun, saya bersyukur tak terhingga apabila kakak balqis yang semakin besar itu berupaya belajar bertoleransi dengan kondisi ibu bapanya saat itu...saya bersyukur dan memuji kedewasaan dirinya dalam diam yang berusaha memujuk untuk memahamkan adiknya yang menangis-nangis mencari sang ibu dan bapa mereka...
Dalam kekalutan sebegitu, mak ayah berusaha memaksimumkan bantuan mereka dengan mencarikan seorang pembantu rumah untuk menemani saya dan anak-anak pulang untuk persiapan exam end round general surgery tempoh hari,sementara abang menangguh dulu kepulangannya untuk memberi peluang rehat...tetapi, takdir Allah mendahului, walau bagaimana sekalipun usaha yang telah diambil, ternyata dia tidak dapat datang bersama kerana masalah visanya(bukan rakyat Malaysia)...maka kami extend tiket dan menunggu sehingga abang benar-benar stabil untuk pulang bersama...hasilnya, kami tiba disini sehari sebelum pergi menduduki peperiksaan yang belum dibuat apa-apa persediaan. Mujurlah Allah yang Maha Baik dan Maha Adil itu mendatangkan kami dengan kelompok rakan-rakan yang mulia hati mereka, sudi membeli apa-apa nota yang patut, tolong hantar assignments, tunjuk ajar last minute sebelum melangkah ke bilik peperiksaan, sehingga ke saat menjawab soalan peperiksaan, terlalu banyak yang dipermudahkan, membuatkan saya benar-benar jadi malu dengan sebegitu banyak nikmatNya ini....
Ketika di embassy mesir menguruskan visa pembantu |
Anak-anak menghiburkan diri mereka bersama Didi tersayang ketika mama berasap kepala berurusan dengan pegawai atasan yang 'murni' karenahnya |
Diatas semua ini, saya cuba menyingkap tabir ujian ini untuk mencari hikmah apakah yang tersirat disebaliknya....saya belum bertanyakan lagi apakah hikmah ujian ini yang telah ditemui oleh abang, tuan punya badan sendiri...Namun, dari sisi saya, seorang isteri ibu dan juga anak serta menantu, saya melihat kebesaran Allah yang Maha Penyayang itu dalam mencorakkan peta kehidupan saya diatas kanvas kasih sayang yang suci ini...
saya belajar dari pengorbanan masa serta wang ringgit mak dan ayah tentang murninya kasih ibu dan bapa,mereka sanggup mengenepikan segala kesukaran demi untuk membantu mempermudahkan urusan anak-anak... saya mengucap syukur dan berterima kasih tak terhingga diatas kekurangan saya dan suami yang belum bekerja, besarnya kasih sayang ma dan abah, mereka sanggup membelanjakan sejumlah yang agak besar hampir RM10K untuk memastikan rawatan yang terbaik untuk anak mereka iaitu suami tempat saya dan anak-anak berteduh kasih.... dan bagaimana tebalnya kasih seorang suami yang bersikap melindungi, yang berkeras tidak mengizinkan saya pulang cuma bersama anak-anak walaupun tahu kami bakal berhadapan dengan risiko tidak dibenarkan masuk exam kerana tidak cukup kehadiran....yang sentiasa berusaha mengambil berat tentang ahli keluarganya walaupun dirinya sendiri masih kesakitan...tidak termasuk lagi perhatian dan pertolongan tidak berbelah bahagi dari seluruh adik beradik yang setia bersama kami, terutamanya ketika di saat-saat saya menghadapi perasaan helpless yang cuba tidak ditunjukkan, tetapi dihamburkan kesemuanya tanpa malu-malu di atas sejadah ketika berduaan denganNya...
Meminjam kata-kata seorang penulis buku yang disegani, ini cuma kisah biasa-biasa dari seorang insan yang tidak penting pun...namun, kisah yang biasa ini telah membawa hati saya yang selama ini sering lalai dan tenggelam dalam kesibukan dunia pulang kepadaNya, dalam kepulangan ke tanah air kali ini...
Saya rakamkan doa moga-moga semua yang telah banyak berbudi ini beroleh pengampunanNya serta taufiq hidayah dari Illahi hingga dapat bertemu dan berkumpul kembali di syurgaNya yang tertinggi, syurga Firdausi..
Ameen~
1 comment:
MashaALLAH a very beautiful post from a very beautiful mama..very inspiring!! thanks a lot for sharing!! missing those two babies of urs.. :(
Post a Comment