Saturday, September 12, 2009

KISAH RAMADHAN 2009

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama mama tak menulis disini..sampai mood nak berblog makin susut jadinya..tp mood nk baca blog orang tak pernah surut lagi setakat ni,hehe..sampaikan papa dah hafal blog mana dan seterusnya yg akan mama buka dan baca setiapkali on9..actually masa juga antara factor utama..bila ada cerita yg nak dikongsi,masa lebih kpd Balqis dan papa. Tp bila ada masa lapang, ish takde rasa plak nak menulis. Anyway, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..dan,mama nak amik kesempatan berkongsi kisah Ramadhan per tama kami 3beranak. =)


Awal Ramadhan


kalau tahun lepas,papa kurang sihat pada awal ramadhan dan mama pula yg masa tue mengandungkan Balqis telah dinasihatkan oleh doctor untuk tidak berpuasa pada awal puasa sehingga tekanan darah stabil. Jadi,hilang sedikit nikmat Ramadhan kami..Thn ni,Alhamdulillah, papa dan mama sgt2 bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk sekali lagi bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan..setiapkali nak berbuka, mama dan papa kemain bersemangat menyediakan Juadah berbuka..almaklumlah,thn ni dah sebulat suara sepakat kata ,confirm taknak balik berpuasa dan beraya bersama famili di Malaysia..jadi utk mengurangkan kerinduan berpuasa di tanah air,kami cuba seboleh mungkin mengadakan masakan2manis idaman yg mmg susah nak jumpa kat bumi Mansurah ni..antaranya,kuih bakar,kuih akok,akok jagung, onde2,bubur jagung,bubur kacang hijau,agar2/beleda dsb yg simple2 dan termampu..resepi? Tak susah..alhamdulillah,semua ada di internet,huhu..paling2 takde source,mama akin text nina di Malaysia bertanyakan resepi..




akok jagung (terlebih tebal tp rasa ttp ummph)



nasi bukhari tp rempah sendiri je


onde2 @ buah melaka



daging kandar masak dengan prune+mishmish (apricot kering)




Balqis lepas berbuka..tengah tunggu boiling water nak mandi sebab badan dia dah comot dengan makanan..


Balqis dan mama


Alhamdulillah, dengan izin Allah mama dpt teruskan berpuasa sambil tak kurangkan kadar lactating Balqis. Walaupun menu makanannya telah dipelbagaikan, ada ayam,ikan,nasi,roti,buah,sayur,biskut rusky, dsb,tp kekerapannya menyusu masih sama..Alhamdulillah Allah bg kekuatan disamping papa suruh mama topup habis-habisan time sahur..tp,ada 2 kali yg kami terlepas sahur,dan mama collapsed sampai takleh nak terawih langsung pada malamnya,huhu..letih,dehydrated,lesu tak terkata..sangat penting peranan sahur bukan shj kepada ibu mengandung,menyusukan anak tapi juga pada semua orang..tp,melihatkan telatahnya yg semakin hari semakin pelbagai,mmg amat menghiburkan hati dan boleh hilang segala lelah..masa ni pun kami dah start training her to feed on bottle by still using mommy's milk..bertahanlah tak sampai beberapa jam,pastu dah tak nak dah. takpe,kita train lagi InsyaAllah..mudah mama nak tinggal ke kelas next year.


the happy me =)


"mcm manalah nak guna benda ni ? "


sampai senget2 badan mencuba dan akhirnya berjaya *clap-clap*


Pertengahan Ramadhan dan terawih


Masa ni kami berdua disibukkan dengan urusan peperiksaan..study pun nak kena ganda2kan di samping amalan bulan Ramadhan yg tak boleh di nombor duakan..Balqis yang dah boleh merangkakjuga agak menuntut perhatian..silap haribulan,tertelan benda tak sepatutnya sbb fasa skg,tangannya cepat mengutip apa shj untuk dimasukkan kedalam mulut..pun begitu,alhamdulillah diberi ruang untuk menunaikan ibadah puasa dan ‘aksesorinya’ dengan tenang..mama dan balqis terawih di Bayt Munawwereen (thanks krn selalu memberi laluan kpd akk melayan si kecil ni) dan papa solat di Masjid Salab dekat Nadi Nil..katanya,nak menghayati bacaan lunak merdu imam2 yg seramai 3 org setiap malam tue..papa ada juga beberapa kali offer nak bawa mama ke masjid tue..tp melihatkan gaya balqis yg solat mama kejap2 kena berenti, mama kata thn depanlah InsyaAllah kalau ada rezeki..tunggu balqis cerdik sikit =) skg ni pun,anak mama faham je,bila mama hamparkan lihaf(toto), taburkan toys dia then bagitau dia mama nak solat sama2 dengan acik2 kat sini ni,lepas ni mama main dengan balqis semula..leka dia sekejap..sempatla mama solat isya’ dan terawih 2 rakaat..pastu,terpaksa berhenti sbb sangatla tak khusyuk mata asyik menjeling2 dia nak capai itu ini, kipasla,wayar kipas la..ada satu mlm tue, balqis tlg ’susun’ semula buku2 nota acik Muna yg dah tersusun kemas di tepi katil,huhu...nak boleh sampai ke 8 rakaat,mama terpaksa amik masa lebih,means that I have to pray alone after that sbb acik2 lain sume dah siap witir bagai..tp,happy je sbb at least balqis bekerjasama juga so that mama dapat juga buat solat terawih ni krn walaupun ianya sunat,tp ia sunat yang special sbb takde dlm bulan2 lain..



main kad uno


tengok TV tp takleh tinggal lama takut terjatuh kedepan



good girl main "put in put out" di sebelah sejadah



huhu dah bosan..oh,wayar2 ni nampak cam best! (^_~)


bye ma! =)



setelah segala taktik dah diguna..kena 'kurung' dlm bakul kain =P


Akhir Ramadhan


Hm,sayu hati masa menaip word 'akhir' tue..terasa benar banyak ruang masa yang Allah beri, mama dan papa tak isi betul2..tak qiamullail betul2..tak tahajjud sungguh2..tak tadabbursepenuh hati..tak solat sehabis khusyuk..dan byk lagi yg ‘Tak’nya dari yg ‘Ya’ kalau nak dimuhasabah balik..namun, kasih Allah tak bertepi, mama,papa dan kita semua masih ada lagi peluang 10 mlm terakhir (saat ini dah tinggal lapan kot) untuk kita pulun sehabis baik,give all out.. Agar di hari Akhirat nanti,kita boleh tersenyum di hadapan Baabur-Rayyan (pintu syurga untuk orang2 yang berpuasa) kerana kita benar2 tergolong dalam golongan yang berpuasa yang puasanya diterima Allah,bukan setakat menahan lapar dan dahaga…AMEEN..



p/s: selamat meneruskan pencarian Lailatul Qadar


Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KAREEM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~ salam ramadhan buat semua umat Islam..juga untuk keluarga di Kelantan dan Kedah..untuk sanak saudara,sahabat handai,rakan taulan dan mereka yang mengenali kami..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN DARINYA..

P/S: thn ni tak dpt balik berpuasa,berbuka puasa bersama, makan masakan Ma dan Mak, juga beraya bersama di kedua-dua buah keluarga..huhu,doakan semuanya tenang dan baik2 saja.. akhirul kalam, AHLAN YA RAMADHAN.. =)





Tuesday, August 4, 2009

عاصمة مصر القاهرة

salam 'alayk..

setelah beberapa lama tertangguh niat untuk menulis post psl rehlah ke Cairo,hari ni nampaknya macam ada ruang skit since Balqis masih lena tidur..dan,mama rasa nak relax skit after a long to-do list mama dh selesai,alhamdulillah.. plus,papa pun tgh take a nap kat sebelah baby,so inilah masanya mama selesaikan post permintaan papa yg dh lama tertangguh..so sorry dear..

papa said this is for the sake of our long term memory,plus this is our very first journey together as a family since Balqis was born. so,agak signifikanla untuk dikenang kan.. before this, kat genting sekali during our short and instant so-called honeymoon,right after the solemnization of mr and mrs hazwan.. (^_~)

so,here we go..

percutian ke kaherah ni dibuat secara spontan setelah kami mengambil keputusan untuk tidak pulang bercuti ke Malaysia pada tahun ini. perancangan yang pada mulanya agak goyah setelah gagal mendapatkan mana2 rumah tamu anak negeri yang rata-ratanya sudah penuh dek tempahan sejak berbulan lagi, tertunai jua hamdan lillah..lagipun, masakan kami yang baru sehari semalam merancang akan dpt,rite?..
setelah beberapa kali survey punya survey termasuklah melayari beberapa website antaranya Booking.com, kebanyakan hotel disini sudah penuh disebabkan kebanjiran pelancong pada musim panas ni,plus boleh tahan juga harganya..means,takde la nak dgr istilah budget hotel kt sini.. actually,harga hotel pun lebih kurang sama dengan beberapa rumah tamu tetapi yg specialnya bila stay kat rumah tamu ni, kita akan lebih dekat dengan sanak saudara Malaysia disamping mudah nak dapat makanan melayu. setelah kontek sana sini,dan hampir-hampir juga ingin menukar destinasi ke Alexandria (since hotel2 kat sana jauh lebih murah cumanya cuaca yg sgt panas tidak begitu sesuai utk bercuti bersama BABY), akhirnya alhamdulillah ada seorang kenalan mama bgitau ada rumah yg available..maka,mama pun bermulalah sesi packing barang mlm tue,dan papa menempah teksi serta confirm dgn rakannya utk jadi musyrif keesokan harinya..terima kasih en. musyrif.

perjalanan ke kaherah dari Mansurah mengambil masa lebih kurang 3 jam..kalau 'amu pecut skit,dapatla 2jam n half. tapi,better late than never since kitorg pun tak terikat dgn apa-apa schedule.. kat bwh ni gambar anak dara mama yg excited tgk kereta2 di jalan raya..nampak tue papa terpaksa pegang dia kemas2,hehe..


في عربية إلى قاهرة



check in rumah tamu (tgk memek muka balqis yg seronok)



1st place to rejoice our colorful rehlah together



balqis yg sporting during our bowling challenge (^_~)




2nd place kat Virgin, City Star



makan di food court



special dinner at Nile Cruise (thanks dear)



di lounge



balqis is eating italian bread nyum nyum ^_^



return to our accommodation



home sweet home



1 لعبة من قاهرة




لعبة من قاهرة 2


banyak lagi tempat2 yang nak pergi di Kaherah such as, Hadiqah Asmak(taman ikan), Hadiqah Hayawan (zoo/tmn haiwan) tp tak boleh disebabkan cuaca yang sangat panas membahang..in fact,hajat mama dan papa nak menziarahi maqam Imam Syafi'ie, nak buat lawatan comeback ke Qal'ah(kubu Salahuddin) dan Masjid Amru serta banyak lagi juga terpaksa ditangguhkan atas sebab cuaca yang panas..bimbang balqis demam pula nanti..InsyaAllah,semoga ada kesempatan lagi di lain kali..

anyhow,alhamdulillah,semuanya sudah selesai..now really have to focus on another big thing,rite Pa? =)