lama betul mama tak update blog ni..jadi,biar balqis yg tlg update kan =)
apa kabar pakcik makcik diluar sana,juga rakan2 balqis seantero dunia..? harap2 semuanya sihat mcm saya yg makin berisi dan makin berat didukung(mak saya kata) ni,huhu..
anyway, balqis nak cerita sikit..hari ni alhamdulillah Allah izin mama dan papa ditemani cik Anih syg bawak balqis jalan2 ke Dirasat.. tujuan kami satu,nak menziarah baby2 baru kata mama..so,balqis dengan girangnya mengikut mereka nak pegi jumpa kawan2 baru walaupun baru je bangun tido..sampaikan sempat balqis tertido dlm teksi sementara nak sampai sana,..
alkisahnya, sampai je sana adik hibriyah tgh mood baik..baru lepas makan kot..jadi,mama bg can balqis duduk dekat2 adik hibriyah yg masih diriba acik Husna..balqis sgt2 excited nak pegang n usap2 kepala baby tue tp mama mcm tak berapa nk bagi sgt..mama bg sikit2 je..kata mama,takut tercucuk mata adik hibriyah yg masih kecik tue dgn jari kak balqis yg comel ni,hehe..papa masa ni tgh rancak berbual dgn 'ammu fareez di luar..
balqis suka sgt tgk adik hibriyah..so cute dgn gaun pink nye..mak balqis pun suka dia kata cumanya tak berapa berani nak pegang sbb dah lama tak pegang baby kecik..
Mama, nak satu yg mcm ni(mainan sarang lebah) blh?
'big sister' balqis n cute tiny lil hibriyah
lepas dah minum sume(rajin acik husna buatkan air), kitorg bergerak ke rumah acik Tuna pulak..misi menziarahi baby..kali ni baby boy..namanya, Ammar Farihin yg baru je berusia 6hari.. suka balqis dan mama dpt tgk pipi baby yg montel tue..kata mamanya, baby Ammar masa dilahirkan seberat 3kg..kus semangat!! Balqis dulu 3.3kg..semangat jugak la,hehe..
masa kitorg sampai, baby Ammar tgh tidur nyenyak..mungkin dia selesa dibaluti lihaf yg tebal tue..jadi,balqis main2 dgn abangnya, Rafiq Fitri yang tua dua bulan dari Balqis..tp, Rafiq ni dah boleh berjalan dgn laju,huhu.. Balqis baru nak belajar bertatih..mama n papa kata xpe, better late than never.. and,adela pulak yg mengatakan, budak yg cepat bercakap akan lambat sikit berjalan. vice versa..Wallahu'alam..
Aktif Balqis n big bro Rafiq Fitri
Sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui bila masa yg terbaik utk seseorang baby tue samada meniarap,merangkak,berdiri,mahupun berjalan,kan ?
hm,tak byk gambar yg mama snap hari ni..pertama, mama tak brp nk biasa dgn kamera phone papa ni..kedua, mama xbrp pandai nak adjust light sebab light is doing bad for baby's eyes..
apapun,nanti InsyaAllah kalau ada masa dan kelapangan, balqis nak jalan2 n main sama2 dgn dorg lagi ye,papa n mama..
p/s: balqis tak sabar nak tunggu adik baru dari acik A =)
lama juga mama tak menulis apa2 disini.. Actually, kami sekeluarga baru sahaja tiba di Mansurah tepat jam 1.10 pagi tadi dari Istanbul, Turki.. rehat sekejap, pagi tadi lepas subuh terus bergegas tlg siapkan beg papa sebab flight papa to Malaysia akan berlepas kul 2tgh hari hari ni.. means that, papa akan naik ke Cairo semula, balik Malaysia atas satu urusan leaving mama n the baby together(sayu huu..)..alaa, for ten days je(memujuk hati) plus ada org temankan here.. lagipun, mama juga yg ber'ia-ia' taknak ikut papa balik,huhu..kononnya mama nak bagi can papa berurusan 100% at Malaysia without has to think about me n the baby.. after all, Allah knows best..
tp,memanglah bagi isteri yg tak pernah berjauhan dgn suaminya mcm mama,plg lama pun 3hari masa dalam pantang dulu,it's quite a big deal now.. lagi sejam papa nak berangkat tadi,mama dah tak senang duduk dibuatnya..actually, dari masa papa dah siap belikan tiket ke Malaysia lagi..because i know we will be apart very soon..tp, mama sengih je buat2 relax hinggakan papa tegur, "ha,nak jerit (bahasa ibunda papa yg bermaksud menangis) la tu".. taklah, takkan nak nangis kot..buat susah hati papa je nanti.. tapi kan, i know deep inside, papa pun berhati walang juga nak tinggalkan mama here..sebab,dari awal pernikahan,mmg kami tak pernah berjauhan yg lebih dari 3hari.. buat mama, dialah suami, dialah teman, bestfriend mama,teman mama bergossip huhu, sahabat gurau dan ketawa, rakan sakat menyakat, teman gaduh kemudian baik balik, teman berkongsi suka dan duka, segala macam cerita ceriti kehidupan, dan paling utama berkongsi hati, tempat cinta kami berpadu untuk menujuNya.. haish, apa ni jiwang2.. manalah sepupu comel mama ni tak dtg2 lagi.. Balqis pulak dah lama dibuai mimpi..
ohh, i got a msg!! definitely from him.. Alhamdulillah, papa dah sampai Kuwait..semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan dan dipeliharaNya,selamat pergi dan selamat pulang..
Safe journey Sayang..!! we will surely miss u here but it's ok..Allah ma'ana..
somehow, mama salute pada sahabat2 mama yg telah berkahwin dan sering terpisah dengan suami mereka atas sebab2 tertentu.. bagi mama, mereka sungguh kuat kerana boleh mengharungi saat perpisahan dengan seorang yang bernama suami..sementara mahupun selama-lamanya, semuanya pasti menguji jiwa dan mengundang lara ..penawarnya, hanya pergantungan pada tali Allah. dan teguhnya hati meyakini bahawa segala-galanya adalah pinjaman dari Allah..hatta,seorang suami mahupun seorang anak yang lahir dari rahim kita sendiri bakal diambil bila-bila masa sahaja oleh Yang Maha Pencipta,Empunya kepada segala ciptaan.. cakap2 macam ni, membuatkan mama rasa lebih gerun atau jujurnya, takut diuji kehilangan insan tersayang..kita manusia biasa..semoga Allah yang lebih memahami hati ini memelihara orang tersayang mama walau dimana sahaja dia berada..
Pa, do take care urself,k? jgn pandu laju2 bila di Malaysia nanti..ingat orang tersayang..em,wut else? ok, we miss u here..wahisytinik awi tatlem.. 'tatlem' ni bahasa turki yg bermaksud Darling =)
lastly, mama nak abadikan sebahagian besar gambar2 anakanda tercinta Batrisya Balqis masa majlis kesyukuran baru2 ni.. oleh kerana gambar2 yg diambil oleh jurukamera tak berbayar cik Ilani ni sgt cantik (cekap dia guna kamera SLR nya), mama pun jadi sampai tak tau nak pilih.. mama upload byk juga here..jgn boring sudey..=)
menangis sebab takut orang amik dia..teddy ni hadiah dari aunty Dayah n aunty Ain..arigato gozaimas aunties!!
okeh, saya dah selamat dalam pelukan mama..
apsal ramai orang ni ye..? *wondering*
time to explore..sampai tertanggal tudung,huhu..
sape tuh yg amik gambar saya?
oh noo..pls ma, save me..*crying sambil merangkak laju2 kearah her mommy*
foods
manja2 with my mommy
knp saya dgn mama je yg tak hbs lagi berdoa?
eating time!! my favourite food ever : fries =)
org kuat majlis ni ; bertudung oren, berkaca mata gelap..thanks aunty Om!!
cakes (of course bukan mama yg bake..apatah lagi papa haha..) Encik Baron yg tlg buatkan.
Piece!! Elmo cute pemberian auntie Naz n friends..thanks aunties!! thn depan bagi lagi,hehe..
happy bila dpt her own part.. =) masa ni kat Marrybrown Nilai 3, singgah sekejap setelah penat berjalan sambil cuci mata dan poket =P
Balqis dan mama..suka sgt sayang mama dan papa ni dapat naik troli..sebelum ni, kitorg tak sanggup nak letak Balqis dalam troli kalau dalam supermarket kat sini, sebab banyak habuk..maka,bergilir2lah berdukung kalau tak bawak stroller,huhu.. 8kg kalau dukung selalu pun boleh buat tangan naik muscle =)
kembali ke Mesir..dah kembali tidur meniarap macam mula2 in her first month.. dan, mamalah org yg paling beruntung dari segi masa sebab kadar Balqis tidur akan lebih lama kalau mcm ni =) tp,sunyi jugak kalau si kecil ni tidur lama2..tak sabar nak tunggu dia bangun dan be'ramah mesra' mcm biasa.. =)
Balqis with her romantic Nina n Sidi.. =)
ohh, ini kes ada budak sedang merangkak2 lalu,terjumpa ayam goreng yg mama simpankan bawah saji untuk makan malam.. so,dia punya 'proses' ayam ni adela dekat sejam sape pun tak dibenarkan mendekati..baru je papa/mama acah nak amik,meraunglah dia (ni lain sikit dari menangis,heh).. hasilnya,lepas tue mama terpaksa mandikan Balqis siap dengan syampu sekali sebab satu badan dah bau ayam goreng,huhu.. tengok butang baju pun sampai tercabut!
afwan kathir lama sungguh tak meng'update' blog.. setelah menghabiskan sebulan di Malaysia oktober lepas, alhamdulillah kami selamat tiba ke bumi Mansurah ini 1 Nov yang lalu..tapi,ketiadaan internet di rumah kerana internet dipotong semasa pulang bercuti agak membantutkan hasrat untuk berblog..apatah lagi dengan jadual kuliah tahun 3 yang baru diperoleh dan perlu diadaptasi pembahagian masa untuk ke kelas dan studi.
tambahan, pengasuh lama balqis baru sahaja pulang ke tanah air,maka kami SANGAT2 memerlukan pengganti baru SECEPAT YANG MUNGKIN. Tapi, takdir Allah sehingga ke saat saya menulis ni, kami masih belum menerima sebarang maklum balas yang positif. tergerak juga hati nak hantar ke Hadhanah Universiti sahaja,tapi memikirkan kemungkinan besar balqis yang kecik ni boleh d'lenyek' oleh kanak2 arab, mama papanya jadi tekad untuk meneruskan pencarian lagi.. ADA SESIAPA YANG BERMINAT?? =)
14 Nov yang lepas, alhamdulillah Balqis sudah genap berusia setahun..bermakna, sudah setahun juga saya dan papanya bergelar mak dan ayah.. =)
ALHAMDULILLAH WA SYUKRU LILLAH..
kalau nak dihitungkan segala jerih payah yang telah dilalui selama menjadi ibu dan bapa, rasanya tidak terbanding pun dengan kegembiraan dan ketenangan hati kami melihat senyuman di wajah suci si buah hati..betapa kami bersyukur diberi peluang me'minjam'nya untuk dididik agar menjadi hambaNya yang solehah,juga insan bermanfaat dan muslehah..
tak kurang juga segalanya benar2 mengingatkan kami kepada pegorbanan ma abah,mak dan ayah sepanjang membesarkan kami berdua..bila Balqis tak tidur malam kerana asyik nak belajar/explore her surrounding world, bersengkang matalah juga mama dan papanya..belum ditambah waktu2 genting tika dilanda demam terutama selepas suntikan immunisasi..ACTUALLY, semua ibubapa pun begitu..dan buat yang masih bujang, kalian juga akan melalui saat2 begini kerana ia adalah lumrah kehidupan seperti yang telah ditetapkan Allah..maka, kalau rasa letih dan penat sekalipun,ingatlah semua ini adalah SAHAM kita diakhirat nanti..(ini terlebih khusus buat para young parents especially yang masih belajar like us).. =) InsyaAllah,yakinlah PERTOLONGAN ALLAH itu amat dekat..
hm,ni dah lari jauh dari topik ni..asalnya,nak cerita ttg balqis yg dah turns 1 je,tp dah melarat sampai sini,hehe.. so,on the Nov 15th baru2 ni, alhamdulillah papa dengan sportingnya(mcm ni ke eja sporting eh?) telah bagi can kat mama untuk adakan girls' day out(sebenarnya bukan a whole day pun. just took 3hours je =P) untuk adakan majlis kesyukuran ulangtahun kelahiran anakanda Batrisya Balqis yang pertama.. bertempat di rumah dayah dan nad (thanks tuan rumah sudi pinjamkan ur rooftop yg strategik for party tu), kami girls 3rd,4th and 5th year berkumpul lepas asar dan enjoy our teatime..nak masak nasi minyak,almaklumlah exam is just around the corner,so yang ringan2 aje termampu..tapi,alhamdulillah semua orang nampak happy dan contented. menu hari tue ada sosej rebus, pommes frites, telur mata, fattirah tuna,daging,and telur,daging burger, ayam bakar,baked bean, 4 biji birthday cakes, fruit jelly dari rumah aunty tasnim, mango juice dan hm,tu je kot.
Ribuan terima kasih dari kami sekeluarga pada semua yang sudi hadir dan tulang belakang yang banyak membantu terutamanya beit Munawwarah (especially acik Oom the manager), beit 3R, beit acik Wa dan acik Ajue, beit acik nini and acik nana, and for acik amani yang dtg tlg mama 'bakar' ayam =P Semoga Allah memberkati dan mengganjari kalian dengan sebaik2 ganjaran,ameen..
1st MCQ exam insyaAllah bakal bermula lusa dengan subjek Pharmacology..didoakan agar kita semua terutamanya warga Mansurah (dan juga sahabat2 saya di Jordan sana yg akan exam OSCE dan Psychiatric) dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab dengan TENANG DAN TEPAT,AMEEN..
tetibe hati dilanda sebak tak bertepi..aku scroll satu persatu entry shbt2 maya ini,hampir kebanyakannya meng'ura-ura'kan malam tadi adalah malam lailatul qadar..tak kisahlah di mana dia berada..Malaysia,Eire,mesir mahupun mana2 shj,kebanyakannya menyatakan clue mlm td adalah lailatul Qadar..
kalaulah betul malam td adalah malam Lailatul Qadar, aku? abang?
memandangkan tinggal esok je hari untuk berlepas,mmg kami agak sibuk mem'packing' barang,mengemas rumah dsb..di samping abang yang ada his last paper hari ni..dan aku sendiri,semalam sepanjang malam hingga ke pukul 2tgh hari td,berjaga melayan si kecil batrisya ni bermain..anak kecil yg makin tinggi keinginannya nak bermain dan explore itu ini memang menguji daya tahan ngantuk mama papanya,heh.
memang tiada sape yg boleh mengesahkan malam mana yang dipilih untuk berlakunya lailatul qadar kerana ia adalah RAHSIA KETETAPAN ALLAH..tapi,pelbagai kupasan telah dibuat untuk memandu pencarian kita, termasuk tanda2nya serta amalan yang afdhal dilakukan pd jika ditakdirkan bertemu malam tersebut..
Oh,sungguh aku TERKILAN amat kerana tak fokus solat2 sunat semalam..tp itulah,nak mengejar lailatul Qadar ni,bukanlah hanya di malam 10 terakhir je,tapi pencarian bermula sedari hari pertama lagi..PERINGATAN untuk kita(ESPECIALLY buat diriku) yg sering alpa..tapi,terselit SYUKUR + RAJA'(PENGHARAPAN) dari hatiku agar malam tadi jika ada kebaikan yg kami lakukan,moga2 ianya ternilai sebagai IBADAH DISISINYA..
Wahai Allah Ar-Rahmaan,Ar-Rahiim..Kami hambaMu,datang kepadaMu untuk memohon keampunan atas segala salah laku..AMPUNILAH segala dosa2 kami,suami/isteri kami, kedua2 orang tua kami,guru2 kami,sanak saudara kami,sahabat handai kami,serta seluruh ummat muslimin samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..
Ya Allahu Latiif,Ya Haleem,Ya Hayyu Ya Qayyuum,SAYANGILAH kami yang berlidah lemah dan beramal kurang ini..berilah kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat...selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu, masukkanlah kami kedalam golongan mereka yang saling menyintai keranaMu, yang sentiasa bersyukur kepadaMu,yang beramal soleh serta yang teguh kakinya di atas jalan2 kebenaran..
AMEEN YA RABBAL 'AALAMEEN..
p/s: ku gunakan ganti diri 'aku' rather than 'saya' for it's easier to verbalize what's inside my heart at this moment.
Lama mama tak menulis disini..sampai mood nak berblog makin susut jadinya..tp mood nk baca blog orang tak pernah surut lagi setakat ni,hehe..sampaikan papa dah hafal blog mana dan seterusnya yg akan mama buka dan baca setiapkali on9..actually masa juga antara factor utama..bila ada cerita yg nak dikongsi,masa lebih kpd Balqis dan papa. Tp bila ada masa lapang, ish takde rasa plak nak menulis. Anyway, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..dan,mama nak amik kesempatan berkongsi kisah Ramadhan per tama kami 3beranak. =)
Awal Ramadhan
kalau tahun lepas,papa kurang sihat pada awal ramadhan dan mama pula yg masa tue mengandungkan Balqis telah dinasihatkan oleh doctor untuk tidak berpuasa pada awal puasa sehingga tekanan darah stabil. Jadi,hilang sedikit nikmat Ramadhan kami..Thn ni,Alhamdulillah, papa dan mama sgt2 bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk sekali lagi bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan..setiapkali nak berbuka, mama dan papa kemain bersemangat menyediakan Juadah berbuka..almaklumlah,thn ni dah sebulat suara sepakat kata ,confirm taknak balik berpuasa dan beraya bersama famili di Malaysia..jadi utk mengurangkan kerinduan berpuasa di tanah air,kami cuba seboleh mungkin mengadakan masakan2manis idaman yg mmg susah nak jumpa kat bumi Mansurah ni..antaranya,kuih bakar,kuih akok,akok jagung, onde2,bubur jagung,bubur kacang hijau,agar2/beleda dsb yg simple2 dan termampu..resepi? Tak susah..alhamdulillah,semua ada di internet,huhu..paling2 takde source,mama akin text nina di Malaysia bertanyakan resepi..
akok jagung (terlebih tebal tp rasa ttp ummph)
nasi bukhari tp rempah sendiri je
onde2 @ buah melaka
daging kandar masak dengan prune+mishmish (apricot kering)
Balqis lepas berbuka..tengah tunggu boiling water nak mandi sebab badan dia dah comot dengan makanan..
Balqis dan mama
Alhamdulillah, dengan izin Allah mama dpt teruskan berpuasa sambil tak kurangkan kadar lactating Balqis. Walaupun menu makanannya telah dipelbagaikan, ada ayam,ikan,nasi,roti,buah,sayur,biskut rusky, dsb,tp kekerapannya menyusu masih sama..Alhamdulillah Allah bg kekuatan disamping papa suruh mama topup habis-habisan time sahur..tp,ada 2 kali yg kami terlepas sahur,dan mama collapsed sampai takleh nak terawih langsung pada malamnya,huhu..letih,dehydrated,lesu tak terkata..sangat penting peranan sahur bukan shj kepada ibu mengandung,menyusukan anak tapi juga pada semua orang..tp,melihatkan telatahnya yg semakin hari semakin pelbagai,mmg amat menghiburkan hati dan boleh hilang segala lelah..masa ni pun kami dah start training her to feed on bottle by still using mommy's milk..bertahanlah tak sampai beberapa jam,pastu dah tak nak dah. takpe,kita train lagi InsyaAllah..mudah mama nak tinggal ke kelas next year.
the happy me =)
"mcm manalah nak guna benda ni ? "
sampai senget2 badan mencuba dan akhirnya berjaya *clap-clap*
Pertengahan Ramadhan dan terawih
Masa ni kami berdua disibukkan dengan urusan peperiksaan..study pun nak kena ganda2kan di samping amalan bulan Ramadhan yg tak boleh di nombor duakan..Balqis yang dah boleh merangkakjuga agak menuntut perhatian..silap haribulan,tertelan benda tak sepatutnya sbb fasa skg,tangannya cepat mengutip apa shj untuk dimasukkan kedalam mulut..pun begitu,alhamdulillah diberi ruang untukmenunaikan ibadah puasa dan ‘aksesorinya’ dengan tenang..mama dan balqis terawih di Bayt Munawwereen (thanks krn selalu memberi laluan kpd akk melayan si kecil ni) dan papa solat di Masjid Salab dekat Nadi Nil..katanya,nak menghayati bacaan lunak merdu imam2 yg seramai 3 org setiap malam tue..papa ada juga beberapa kali offer nak bawa mama ke masjid tue..tp melihatkan gaya balqis yg solat mama kejap2 kena berenti, mama kata thn depanlah InsyaAllah kalau ada rezeki..tunggu balqis cerdik sikit =) skg ni pun,anak mama faham je,bila mama hamparkan lihaf(toto), taburkan toys diathen bagitau dia mama nak solat sama2 dengan acik2 kat sini ni,lepas ni mama main dengan balqis semula..leka dia sekejap..sempatla mama solat isya’ dan terawih 2 rakaat..pastu,terpaksa berhenti sbb sangatla tak khusyuk mata asyik menjeling2 dia nak capai itu ini, kipasla,wayar kipas la..ada satu mlm tue, balqis tlg ’susun’ semula buku2 nota acik Muna yg dah tersusun kemas di tepi katil,huhu...nak boleh sampai ke 8 rakaat,mama terpaksa amik masa lebih,means that I have to pray alone after that sbb acik2 lain sume dah siap witir bagai..tp,happy je sbb at least balqis bekerjasama juga so that mama dapat juga buat solat terawih ni krn walaupun ianya sunat,tp ia sunat yang special sbb takde dlm bulan2 lain..
main kad uno
tengok TV tp takleh tinggal lama takut terjatuh kedepan
good girl main "put in put out" di sebelah sejadah
huhu dah bosan..oh,wayar2 ni nampak cam best! (^_~)
bye ma! =)
setelah segala taktik dah diguna..kena 'kurung' dlm bakul kain =P
Akhir Ramadhan
Hm,sayu hati masa menaip word 'akhir' tue..terasa benar banyak ruang masa yang Allah beri, mama dan papa tak isi betul2..tak qiamullail betul2..tak tahajjud sungguh2..tak tadabbursepenuh hati..tak solat sehabis khusyuk..dan byk lagi yg ‘Tak’nya dari yg ‘Ya’ kalau nak dimuhasabah balik..namun, kasih Allah tak bertepi, mama,papa dan kita semua masih ada lagi peluang 10 mlm terakhir (saat ini dah tinggal lapan kot) untuk kita pulun sehabis baik,give all out.. Agar di hari Akhirat nanti,kita boleh tersenyum di hadapan Baabur-Rayyan (pintu syurga untuk orang2 yang berpuasa) kerana kita benar2 tergolong dalam golongan yang berpuasa yang puasanya diterima Allah,bukan setakat menahan lapar dan dahaga…AMEEN..