salam..
internet baru menjengah setelah berhari2 menghilang tanpa khabar..untuk tidak menghilangkan aura menulis sekali lagi (nak tulis pun perlu feel),lebih baik saya update juga walaupun sedikit.
masih dalam fatrah imtihan,tidak banyak yang boleh diperkatakan..yelah,keluar rumah pun hanya untuk ke tempat peperiksaan,selebihnya,masa banyak dihabiskan disisi dua orang insan yang dekat di mata dekat di jiwa ini..juga,disamping buku-buku dan notes yang entah bila akan habis dihadam..habis baca belum tentu ingat semua perfectly.. Allahu yusahhil..
berita kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar Malaysia di Cairo baru-baru ini benar2 menggugah jiwa ramai warga Malaysia disini. walaupun tidak kenal rapat,namun jauh dari keluarga dan sanak saudara membuatkan kita lebih menghargai ukhuwwah sesama teman. Al-Fatihah buat allahyarham dan juga doa buat sahabat2 yang turut kemalangan pada malam itu. semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka..sesungguhnya,mati itu membawa pengajaran. semoga kita yang masih hidup ini tidak lokek untuk terus memperbanyakkan amal dan taubat..
melihat isu H1N1 yang semakin mengganas sehingga WHO sudah menaikkan amaran ke fasa 6 membuatkan hati sedikit gundah..bukan sekali dua kami suami isteri berbincang samada nak balik ataupun tidak pada tahun ini..merancang aktiviti di Malaysia,ziarah sanak saudara,memperpanjangkan hubungan kedua-dua buah keluarga(yang hari itu hanya sempat bersua muka pada waktu kenduri walimah kami saja),membeli barang2 Balqis khususnya stimulator proses perkembangannya,di samping melepaskan lelah belajar sambil meluangkan masa berbakti pada mak ayah,juga ma dan abah,nampaknya mungkin hanya tinggal rancangan..kalau hanya kami berdua sahaja yang akan balik,tidak banyak masalah rasanya..kalaupun perlu pakai topeng,itu bukanlah perkara yang sukar..tetapi,membawa bersama seorang bayi dibawah usia setahun yang suntikan immunisasinya sendiri masih berbaki untuk diambil pada bulan ke9 dan setrusnya,sudah tentu agak berisiko.. takkanlah nak tinggal pulak kan? merana jiwa nanti,rindukan anak nan seorang..
so,is it that matter kalau tak balik tahun ini? entahlah,susah juga nak jwb..balik mahupun tidak masing-masing ada kreditnya..paling tidak,kalau balik,boleh topup stok rempah-rempah masakan yang sudah lama susut..halia yang tinggal tak sampai dua inci,huhu..nak jadi cerita,bila terpandang tulisan marker di white board tentang perancangan balik raya thn ini,hehe(biasalah kalau kahwin dgn orang jauh),tentang barang-barang yang akan dibawa balik untuk adik-adik di rumah di kedah dan di kelantan,bisa buat hati rasa kacau seketika..tambahan pula,musim buah semakin menghampiri..oh,alangkah nikmatnya kalau summer ini dihabiskan di Malaysia..tapi,wamakaruu wamakarallah..wallahukhairal maakiriin..
Apapun, harus banyak bersyukur sebenarnya..stop whining and say Alhamdulillah again and again..Allah telah memberi dengan sebanyak-banyaknya.. Balqis yang telah boleh meniarap juga satu pemberian yang harus disyukuri..apa lagi? dapat makan anggur yang sedap dan murah papa beli tadi juga satu nikmat yang mesti disyukuri..ya,di sebalik musim panas yang bahangnya boleh buat kulit rasa terbakar ini,Allah dengan penuh kasih sayangnya,telah datangkan pelbagai nikmatnya yang tidak terdapat pada musim lain yang bisa menyejukkan jiwa kita,hambaNya..usah pandang jauh2,berpeluang menikmati buah-buahan yang baru keluar pada musim ini saja sudah cukup menghiburkan hati..buah anggur@'inab, blueberry@tut, apricot@mishmish, yang mahal di negara sendiri tetapi murah bagai tak masuk akal di negara ini, tembikai@bittikh, buah oren yang berjenis-jenis sehinggakan saya sendiri sukar membezakan yang mana satu dan banyak lagi..
oh,balqis pun dah bangun sekarang..sekejapnya dia tidur..semenjak dah banyak bergerak ni,tidurnya sekejap saja dan Alhamdulillah dah makin tetap..beratnya pula makin susut..teringat semalam timbang dah jadi 6kg. turun 2kg dari berat asal.. walhal dia sekarang sudah mencecah 7bulan(14/6). risau dengan keadaannya,saya terus mencapai telefon dan mendail nombor mak,sehingga terlupa nak tengok jam di hp,yang pada masa itu menandakan waktu Maghrib di Malaysia..sudah tentu mereka di rumah sibuk nak bersiap-siap mengerjakan solat Maghrib berjemaah..tetapi,mendengar suara saya yang agak cemas,mak yang juga seorang ibu,memahami lantas di layannya panggilan saya yang selepas itu bertukar tangan kepada ayah. oh,rupa-rupanya it is a normal thing.. kata ayah,nanti dia dah nak boleh berjalan,beratnya akan makin susut..tok pula menyampuk,istilah orang-orang tua - 'ringan badan'. bayi perlu kurangkan sedikit beratnya untuk membolehkan dia bergerak dengan baik.. patutlah..lega hati kami =)
kalau perasan,pipinya dah tak se chubby dulu..takpelah,asalkan sihat sudah,kan? =)
1 comment:
balqis comel sgt la..eee geram! ^_^
Post a Comment