Saturday, June 13, 2009

welcome back

salam 'alayk..

lama sungguh tidak menulis disini..3minggu tanpa entry baru,senyap sunyi bak kata salah seorang pengunjung setia,hehe..atas beberapa urusan yang benar-benar menuntut perhatian,maka aktiviti berblogging terpaksa dihentikan buat sementara waktu..sebenarnya,segala perhatian kami berdua banyak tertumpu pada exam dan juga Balqis yang semakin hari semakin lasak. selepas sembuh daripada demam panas sehari selepas suntikan imunisasi(anje ruby,kali ni dia demam) hari tue, terus tiba-tiba je bersemangat nak meniarap. ini kot yang orang tua-tua kata 'demam nak pandai'.. =)

homemade 'kool fever'


muka orang demam

beberapa hari selepas tu,oh,sungguh lasak semenjak dah mahir angkat dada dan juga badannya ala-ala nak merangkak. Meniarap pula,pantang diletak atas katil,cepat sangat dia nak bergolek dan voila,proudly showing us her newly rapid movement tue. maka,tilam pun dah start hampar dibawah,so balqis ada space yang besar sikit berbanding katil.bimbang juga takut terjatuh dari katil. sebab bantal yang selama ini digunakan sebagai benteng pun boleh ditolaknya jatuh kebawah. sebab tue,tak boleh nak tinggal sangat dia berseorangan,sebab kecepatannya bergerak tue mendebarkan,hehe.. takut2 termasuk bawah katil nanti.




dah ngantuk

satu lagi,balqis dah mula tak nak ditinggalkan..seperti tau-tau saja,bila nampak mama dan papanya bersiap nak keluar pergi exam hari tue,dia mula sebek(tanda nak menangis)..hari pertama exam anatomy baru-baru ni,menangis bukan main lagi masa kami nak keluar rumah. terpaksa masuk rumah balik,tenangkan dia dulu.dah nampak ok sikit,senyap2 mama tinggalkan dia bersama acik dan terus keluar. hari pertama,dia menangis sampai muntah-muntah,huhu...

esoknya masa nak pergi praktikal,kami dah agak yang balqis akan menangis,so mama bawak balqis main-main dulu dengan acik,dah nampak macam dia nak happy sikit,mama pun tinggalkan dia,tp belum pun keluar pintu besar,dah terdengar bunyi tangisan..terpaksalah juga ditinggalkan sebab kami berdua sudah lewat! dari satu segi,kami berdua gembira melihat perkembangan balqis dari sudut emosi..walaupun,dari segi yang lain,sudah terbayang akan payahnya nak tinggal balqis apabila nak ke exam selepas ini.

tetapi,tak dapat dinafikan,ada bahagia yang hadir di hati,apabila timbul rasa disayangi dan diperlukan oleh seorang anak..

sesungguhnya segala yang ada ini milik Allah..semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur...


she's in blue color


happy baby


final exam masih lagi berbaki 2 papers ; Biochemistry dan Psychology.. InsyaAllah akan selesai pada awal July ini,dan memberi rehat yang sementara buat kami semua disini sebelum dilanda debaran menanti keputusan peperiksaan keluar,juga InsyaAllah
hawali @ lebih kurang akhir July / Ogos. Semoga Allah yang Maha Kaya dan Pemurah mengurniakan najah buat kita semua,ameen..

jam sekarang,balqis Alhamdulillah sudah pun nyenyak tidur sebelah papanya yg berhenti tidur sekejap untuk sambung study for his big killer paper tommorrow morning- Physiology. so,mama is happily willing to stay up to be a papa's full-function alarm clock. takut2 terlajak tidur sampai subuh nanti.

lama tidak menulis membuatkan saya agak sukar meneruskan kata..kalau perasan,ayat kali ini nampak agak skema,hmm..walaupun menulis blog adalah berbeza dari penulisan buku yang tentunya lebih mencabar,tetapi bagi yang telah lama meninggalkan arena penulisan blog(3 minggu tue lama jugak,kan),untuk memulakan kembali bukanlah sesuatu yang mudah. sebab tue ramai yang lebih selesa melayari dan membaca satu persatu entry di blog orang lain daripada meng'update' blog sendiri,right? NO OFFENCE ye---> prior to darling hubby =)

apapun,tulis ajelah kan..InsyaAllah takde kot cikgu bahasa yang baca blog ini selain beloved Mak kat rumah (eh,mak dah tak ajar bahasa kan) dan perasan ada kesalahan tatabahasa dan struktur ayat disini..kalau ada juga,hope u dont mind..sebelum tue,terima kasih kepada yang berkunjung dan meninggalkan komen juga pesanan ringkas dkt shoutbox di tepi tue. yang mana tak terbalas,dan tak terjawab,kami minta maaf..InsyaAllah akan cuba direply slowly especially bila dah habis exam nanti..


p/s : untuk aniem,kalau aniem baca nih,akak minta maaf ye tak jawab pun soalan aniem ari tuh..tp,masa jalan2 kat blog kak tiqah hari tue,rasanya kak tiqah dah tolong jawabkan..jadi,harapnya persoalan aniem tue dah terjawab ye..aci tak? =) lagipun,aniem sekarang konfem tgh sibuk honeymoon dan nak uruskan ur next majlis,hehe..so,semoga selamat semuanya dan semoga berbahagia hingga akhir hayat,ameen..

1 comment:

ANIEMZ said...

salam kak.. hehe.. yeke kak tiqah dah jawab? tak perasan pulak.. tak ter 'klik' kot blog dia mase dia dah jawab soklan anim tu.. hehe.. sekarang tgh bz sikit..honeymoon dgn laptop.. setia bersama laptop sapa cik abg pun jeles.. hehe..nak siapkan proposal utk submit ke KPM.. dah siap tu, proceed utk projek final kt skolah.. huhu.. sian balqis demam ek.. kat muka ade nampak bintik merah.. mesti kene gigit nyamuk tu.. hehe..