Wednesday, July 8, 2009

pasca peperiksaan

salam 'alayk..

sudah lama blog ini tidak terurus..masuk blog pun hanya sempat membalas mesej2 di shoutbox,itupun belum semua..maaf pada yang tak sempat di respon..kedatangan TV dirumah ini sejak minggu lepas benar2 mengalih tumpuan kami sekeluarga dari laptop ni,lebih2 lagi Balqis..positifnya,saya dan papabalqis punyai lebih waktu untuk selesaikan kerja2 rumah sementara Balqis
ghalit menonton kartun2 arab yang kiut miut beraneka rupa dan gaya ; Baraem, Toyor Al- Jannah, Tefli Al-Hab, MBC 3, dan sebagainya..Nickoledion(ntah betul tidak eja ni) pun ada,tp berapa kerat je yang berbahasa inggeris..selebihnya dalam bahasa arab. tapi,alhamdulillah la dalam arab fushah. kalau tak,ternganga jugak nak faham =) setelah selesai apa yang perlu,kami anak beranak pun duduk la depan TV melayan kartun Tom and Jerry mahupun Woody Woodpecker..hehe,mama ngan papa nostalgia zaman kami kecik2 dulu..

itu cerita TV..

yang keduanya, saya benar2 disibukkan dengan aksi2 Balqis yang makin hari makin lasak dan kalis tidur ni..berjam dia susu,tidurnya lebih kurang sepuluh ke lima belas minit cuma..selebihnya, minta dilayan untuk bermain..aduhai anakanda Balqis sayang,baru mama nak suap nasi duduk makan dengan papa,aih dia dah celik mata dan terdengarla suara riangnya memanggil dari dalam bilik , "Mmmaa.." ataupun "pappaa.." hehe,cute sungguh suara budak2 ni kan..meruntun hati orang yang mendengarnya..tapi,seperti yang dijanjikan kami berdua, masa selepas exam ni nak tumpu betul2 pada Balqis,so memang tak sampai hati nak buat benda lain masa dia tengah berjaga..hari2,bangun tidur sekitar pukul 11pagi(malam tidur kul4 lebih HARI2!), susu,main2 sekejap sementara mama rebus air untuk mandi..after mandi,selalunya dia akan merengek sikit sebab nak mandi lagi(oh ye, Balqis sudah sangat suka mandi sekarang,tangan dan kakinya aktif betul mengocak air,hehe) jadi,kami main2 lagi, susu then tidur..dalam setengah jam kemudian,dia akan bangun dengan gembiranya untuk bermain,makan biskut, bubur nasi dan sebagainya,tengok TV sehingga lah malam pun mampir..sudahnya,semua orang pun letih dan bersiap-siap untuk tidur..

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya) (Yunus : 67)

tapi,si kecil ni masih segar bugar lagi, huhu..itulah yang lajak sampai ke jam tiga empat pagi..walau bagaimanapun, both of us sangat bersyukur dengan masa yang Allah kurniakan sekarang untuk kami manfaatkan bersama sebelum menjengah waktu-waktu sibuk di alam kerja nanti..

oh, below are some pics taken during our mini rehlah to hadiqah gamaah @ university garden..the next pics of 3days cuti-cuti in Cairo (kelmarin) insyaAllah will be uploaded soon. InsyaAllah andai berkesempatan lagi =)



the only hero in the house =)



the heroines



cakk!!



charming papa depan pintu besar gamaah



mama berlatarbelakangkan bunga-bungaan 'short spring'



singgah sebentar minum di kedai kopi(balqis yang dah letih)


2 comments:

ummuabdullahsyaakir said...

Salam shida..harp shida sefamily sht2 n ceria selalu...eem rindunya dgr cerita terbaru.Balqis comel ni nak membesar makin aktif dia yea...hehe..

Emm msa kcik ni yg byk nk kita laynkn peelnya..nnt bila dia dh besar dah blh berdikari sndri..Balqis tau nnt mama papanya akn jadi sbuk bila dia bsr,jadi msanilah nak bermanja2..hehe

Unknown said...

semoga balqis sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah...amiin