Tuesday, November 17, 2009

we're back..

salam 'alayk..

afwan kathir lama sungguh tak meng'update' blog.. setelah menghabiskan sebulan di Malaysia oktober lepas, alhamdulillah kami selamat tiba ke bumi Mansurah ini 1 Nov yang lalu..tapi,ketiadaan internet di rumah kerana internet dipotong semasa pulang bercuti agak membantutkan hasrat untuk berblog..apatah lagi dengan jadual kuliah tahun 3 yang baru diperoleh dan perlu diadaptasi pembahagian masa untuk ke kelas dan studi.

tambahan, pengasuh lama balqis baru sahaja pulang ke tanah air,maka kami SANGAT2 memerlukan pengganti baru SECEPAT YANG MUNGKIN. Tapi, takdir Allah sehingga ke saat saya menulis ni, kami masih belum menerima sebarang maklum balas yang positif. tergerak juga hati nak hantar ke Hadhanah Universiti sahaja,tapi memikirkan kemungkinan besar balqis yang kecik ni boleh d'lenyek' oleh kanak2 arab, mama papanya jadi tekad untuk meneruskan pencarian lagi.. ADA SESIAPA YANG BERMINAT?? =)

14 Nov yang lepas, alhamdulillah Balqis sudah genap berusia setahun..bermakna, sudah setahun juga saya dan papanya bergelar mak dan ayah.. =)

ALHAMDULILLAH WA SYUKRU LILLAH..

kalau nak dihitungkan segala jerih payah yang telah dilalui selama menjadi ibu dan bapa, rasanya tidak terbanding pun dengan kegembiraan dan ketenangan hati kami melihat senyuman di wajah suci si buah hati..betapa kami bersyukur diberi peluang me'minjam'nya untuk dididik agar menjadi hambaNya yang solehah,juga insan bermanfaat dan muslehah..

tak kurang juga segalanya benar2 mengingatkan kami kepada pegorbanan ma abah,mak dan ayah sepanjang membesarkan kami berdua..bila Balqis tak tidur malam kerana asyik nak belajar/explore her surrounding world, bersengkang matalah juga mama dan papanya..belum ditambah waktu2 genting tika dilanda demam terutama selepas suntikan immunisasi..ACTUALLY, semua ibubapa pun begitu..dan buat yang masih bujang, kalian juga akan melalui saat2 begini kerana ia adalah lumrah kehidupan seperti yang telah ditetapkan Allah..maka, kalau rasa letih dan penat sekalipun,ingatlah semua ini adalah SAHAM kita diakhirat nanti..(ini terlebih khusus buat para young parents especially yang masih belajar like us).. =) InsyaAllah,yakinlah PERTOLONGAN ALLAH itu amat dekat..

hm,ni dah lari jauh dari topik ni..asalnya,nak cerita ttg balqis yg dah turns 1 je,tp dah melarat sampai sini,hehe.. so,on the Nov 15th baru2 ni, alhamdulillah papa dengan sportingnya(mcm ni ke eja sporting eh?) telah bagi can kat mama untuk adakan girls' day out(sebenarnya bukan a whole day pun. just took 3hours je =P) untuk adakan majlis kesyukuran ulangtahun kelahiran anakanda Batrisya Balqis yang pertama.. bertempat di rumah dayah dan nad (thanks tuan rumah sudi pinjamkan ur rooftop yg strategik for party tu), kami girls 3rd,4th and 5th year berkumpul lepas asar dan enjoy our teatime..nak masak nasi minyak,almaklumlah exam is just around the corner,so yang ringan2 aje termampu..tapi,alhamdulillah semua orang nampak happy dan contented. menu hari tue ada sosej rebus, pommes frites, telur mata, fattirah tuna,daging,and telur,daging burger, ayam bakar,baked bean, 4 biji birthday cakes, fruit jelly dari rumah aunty tasnim, mango juice dan hm,tu je kot.

Ribuan terima kasih dari kami sekeluarga pada semua yang sudi hadir dan tulang belakang yang banyak membantu terutamanya beit Munawwarah (especially acik Oom the manager), beit 3R, beit acik Wa dan acik Ajue, beit acik nini and acik nana, and for acik amani yang dtg tlg mama 'bakar' ayam =P Semoga Allah memberkati dan mengganjari kalian dengan sebaik2 ganjaran,ameen..

1st MCQ exam insyaAllah bakal bermula lusa dengan subjek Pharmacology..didoakan agar kita semua terutamanya warga Mansurah (dan juga sahabat2 saya di Jordan sana yg akan exam OSCE dan Psychiatric) dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab dengan TENANG DAN TEPAT,AMEEN..

3 comments:

Aunty Samanoudy said...

Photo pls! hehe

'atiqah said...

best wishes untuk orang jauh..=)

mmk said...

mmk to aunty samanoudy..

InsyaAllah bakal menyusul.. =) tak sempat nak pindahkan lg pics from cam kedlm laptop..

to 'atiqah..

thanks org jauh..u too,all d best!! slm peluk cium utk cutiepie lil damia'..(^_^)