Monday, November 15, 2010

ENTRI KHAS ; Journey to another Year

assalamualaikum wbt..

hari ni 15 hb..hari wuquf di padang Arafah..hari yang disunatkan berpuasa..jadi,no lunch today, means that mama has extra time sementelah balqis pun masih lagi dibuai mimpi...so, saja mama belek2 gambar2 lama sambil dok sentimental sorang2 (heh) tengok gambar budak kecik sorang ni sejak dari lahir sampailah sekarang...kebetulan tertarik dengan gaya ummu iffah publish gambar iffah, mama pun try wat camtu..tapi, sebab tak-berapa-nak-rajin cam Nurul, maka jadilah seperti yang tak seberapa ini..tapi, nilainya di hati sangatlah tinggi =)



ni gambar balqis masa masih baby2 dulu..skg dah tak berapa nak baby dah,hehe..yelah,dah jadi toddler kan. tapi, still and always be mama and papa's baby =) masa ni agak senang menjaganya..kerjanya tidur,makan,senyum sikit2, tidur balik...cuma, dah pandai berjaga malam..balqis ni kerjanya berjaga malam masa mama masih dalam pantang lagi..masa tue, papa lah yang rajin mendodoikan dia sambil 'hembus' sikit2 suruh tidur cepat.. =) but,we're learning as time passing by..



masa ni dah besar sikit...tapi rambut masih dok macam tue..takde perkembangan hihi...dah pandai ketawa mengekek bila diagah..dah pandai main golek2...papa pun bermacam idea disusunnya bantal nak buat barrier untuk anak sorang ni...tapi,alih2 terjatuh jugak sekali sebab masa tue kami berdua mengantuk Tuhan saja yang tahu...tak sedar langsung sampailah dia menangis,huhu..tp alhamdulillah nasib baik tersangkut kat kelambu,kepala dan badannya tak cecah lantai..comel, macam ikan dalam jala je hehe...




oh, inilah masa2 yang sangat membahagiakan tak kurang juga menguji kesabaran yang sedia tipis ni..being a young parent while studying ni tak mudah rupanya...bertambah rumit apabila jauh dari orang tua...terkedek2 kami berdua belajar dan try adapt dengan cepat,from zero to something...but, worth trying...tapi, kerana kasih sayang tak berbelah bagi yang diletakkan di hati oleh Dia Allah Arrahim, maka disitulah kami bermula...dan bertahan sehingga kini, juga kerana Dia,Tuhan Yang Maha Mengetahui..alhamdulillah wasyukrulillah~



gambar ni masa dia dah 'dapat' kaki..=) seronok ukur jalan sampai tak cukup tanah, kena bawak pergi tempat lapang i.e Istad Gamaah (stadium universiti) depan rumah..stroller 2 ketul tue dok sengih aje kena tinggal kat rumah huhu..




dah besar sikit ni, hampir semua benda nak buat sendiri..nak main sendiri,ikut cara dia..mama dgn papa biarkan aje,asalkan dia happy,senang hati, kita nak buat kerja lain pun mudah,right? gambar baju kuning tue, she's with her new haircut..saja mama potong, sebab nak ikat dia tak bagi sedangkan dia sendiri rimas..potong pun tgh tidur..jadilah rupa macam tue.. amatur =) lagi, gambar dia naik bus dan nak her own seat..bukan main cik adik sorang ni..samalah kalau naik teksi, berhimpitlah mama ngan papa kt belakang tue, sbb dia sibuk "nak dodok ni(nak duduk sini),heh..tapi, starting next year, flight ticket dia dah lain price..dah tak dapat dah 10% dari adult price..sebab dia akan dapat seat sendiri tapikan huwaaa,ade sape2 nak sponsor ticket balik malaysia balqis? =P




ni hobi dia satu masa dulu...alhamdulillah, dah habis dah fasa hobi ni..kalau tak, jenuhlah nak basuh baju seluar dia yang berconteng...cadar tilam ,dinding semua dah selamat dikerjakan Balqis yang creative ni...asal tidur je, mama/papa pun ambil wet tissue dan lap tangan dan kaki dia..kadang2,dengan kita sekali di'hias'nya..



hm, this is her ultimate obsession now..dah tak boleh nak kata apa dah haha...baru2 ni, kami ke city star dan dia nampak patung Dora sebesar saiz badannya..memang dah tak bergerak kemana2 hehe...kesian kat anak, papa nak beli tapi mama berbelah bagi kerana harganya LE198..mahal kan? kalau LE19.80,beli dua tiga ketul pun takpe..at last, kami gantikan dengan beg Dora yang way cheaper yang juga menarik perhatiannya memandangkan dia pun takde her own school bag lagi..so,bermulalah episod tidur malam aje peluk bag sekolahnya yang dia panggil 'MAP'..sebab dalam siri Dora, Dora selalu pandang bagpacknya dan sebut "Map!!" untuk keluarkan peta..in fact, banyak words yang dipelajarinya dari siri ni,making us just fine to let her on..
mama tak ajar pun dia mengira atau membaca secara spesifik kerana mama dan papa lebih suka ulang2 baca surah2 pendek jika bersamanya..tapi,alhamdulillah,dah boleh mengira one to seven, satu sampai lima, know some spanish words and numbers etc...and some ABC that she learns from Barney and Friends and ABC Phonic sounds by Barbara Miles (from youtube)..Alhamdulillah..




and this is her second obsession that we've eyed on from last year at Baby Piano...alhamdulillah,rezeki balqis, masih ada lagi walaupun dah nak sampai hujung tahun ni..dapat yang baru, tapi juga dah selamat di 'tandatangan' oleh empunya gelongsor ni kalau perasan ada kesan pen kat situ. gelongsor ni dipanggilnya "GO"..taktau sebab apa, mungkin dia nak sebut gelongsor tu panjang sangat..nak sebut 'slide' macam tak jadi, akhirnya jadilah GO =)
selalunya dia akan berdiri kat tepi benda ni dan bagitau sape yang ada kat situ"na nek go" (nak naik gelongsor),sambil kira one to 4..sebab laddernya ada 4 aje =)


buku2 kegemaran dia sekarang..sangat passionate dengan buku2 ni, kalau nak pergi mana2 pun terpaksa kepit buku dia bawak sekali =) mama upload gambar disini sebagai my recommendation untuk my friends yang tengah mencari buku2 untuk toddler..good illustration with good words..and, i always made them as her lullabies..



the last one, her diary..hoho, kecik2 dah ada diary tau..siap ada pin code lagi..takdelah,saja berkenan sangat masa terjumpa kat KB Mall hari tue..murah aje diary ni..balqis buat belajar menulis alif ba ta dan some other drawings...

OK then,have to stop here...balqis pun dah bangun...entry pun panjang berjela ni..sebab tu namanya entry khas =) entry penghargaan kepada batrisya balqis selama dipinjamkan olehNya sebagai anak untuk kami belajar menjadi ibu dan bapa yang diberkatiNya...juga penghargaan kepada diri sendiri dan suami selama kita menjadi mak dan ayah utk Balqis...semoga kita akan terus gigih belajar dari kehidupan yang singkat ini dan beroleh pengakhiran yang baik disana~

disini juga,kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA buat semua umat Islam yang mengenali..MAAF ZAHIR BATIN...


luv,
~mamabalqis~
Semoga Rahmat Allah sentiasa memayungi perjalanan kita semua...~

7 comments:

Ummu Iffah said...

comel balqis...dah berapa umur dia yer?

Ashraf Shabadin said...

Salam..Ayuh Undi Saudara Mohd Ashraf sbg Pengerusi PCM. Undi Untuk Perubahan - http://ashrafshabadin.blogspot.com/ kempen dan sebar2kan.wassalam

mutiara bd said...

Tahniah dan semoga sentiasa bersemangat..

auntytasnim :) said...

MashaALLAH TabarakALLAH..

SERONOK sgt menjadi penonton hidup mamabalqis and her precious baby..

GOOD JOB to KAKSHIDA for being a very good example to young mothers.

to MY BABY BALQIS,tq for always making my gloomy days brighter and my happy days more meaningful..HAPPY blated BIRTHDAY DARLING.

to PAPABALQIS, awesome job jugak, for makin both ur wife and baby the happiest and most admirable ppl in the world.

May ALLAH Bless your family till Jannah.ameen. :)

auntytasnim.
urfamily's biggest fan!! ahaha..

mmk said...

slm auntytasnim..

hm,bru terbaca komen tasnim stelah dh lama tak buka dashboard blog ni huu..

anyway, melambung2 betul aunty tasnim ni kalau memuji...paling tak tahan,kat part urfamily-biggest-fan tu lah hahaha =D

takde papepun sebenarnya,cuma HAZA MIN FADHLI RABBI...dan sesungguhnya masih byk kekurangan dan kelemahan yang perlu pada pembaikan disana sini..

tak sabar jugak nak tggu aunty tasnim punye BIG TURN plak,ehehe..nak jadi urfamili-biggest-fan gak.. =)

take care dear~

the-one-who-must-not-be-name said...

comeylnya anda sekeluarga
lg2 balqis
=)

hanis-kwn murshida since mciium :) said...

Murshida,anis x jemu2 baca ur blog.berulang2 kali baca n tgk balqis pics!hehe..she's sooo comel!:) xoxo