Salam mesra buat semua, moga sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya,Ameen~
Baru sahaja selesai godek2 template baru(akibat dh termula tukar) utk blog ni dan assorting tulisan2 disini mengikut kategori(baru nak buat?!) dan terperasan yg saya dah lama rupanya tak update apa2 dalam diari masakanku yg serba sederhana itu..
Segan sebenarnya nk post sbb terlalu ramai yg pakar diluar sana..tp,takpelah sekadar koleksi sendiri dan buat sesiapa yg sudi =)
maka, bermulalah aktiviti snap gambar beberapa menu sekitar minggu ini dan juga yg dah lama tersimpan dalam draf ni.. menu biasa2 aje, yang penting orang rumah ni kenyang perut,senang hati hehe..sifir saya mudah, biar simple asalkan ianya tetap menu SIHAT dan disediakan fresh from home =) orang kata, air tangan isteri/ibu ni ada aura pengikat kasih sayang,Wallahu'alam..moga-moga kasih sayang berkekalan dan diberkati ameen..
eh, sesekali sedap juga makan kat luar tapi tak bolehlah selalu..kebetulan menu kat sini pun bukan mcm kat pasar malam di Malaysia..jadi,tak menggugat selera sangatlah kira-kiranya hehe.. Tapi, Balqis pun bukan main lagi dah ada favourite restaurant..apa yg mama/papa perhatikan kalau beli menu disitu atau bawak makan kat situ,memang berselera betul dia habiskan apa dalam platenya.. tp, kalau menu yg sama tp beli di kedai makan lain,dia akan makan skit je atau tak makan langsung..macam dah pandai bezakan taste je..budak zaman sekarang =)
bukti makan di luar haha..nih mama sdg melukis gambar "sun,moon,star dan alif ba ta" atas permintaan Balqis di buku ophtal(????!)
Voila!! Inilah menu dinner awal minggu ni..guna apa yg ada kat rumah je..and oh, please pardon my lack decoration n pic quality =P
Pasta Bayam bersos Keju dan Daging Bakar Berempah
saya gunakan ini utk bahan pasta..rebus dan campur sedikit fettucine yg ada utk perabis stok =P..sebagai salah satu sumber karbohidrat dalam menu utama selain nasi..
Dan ini untuk bahan sos putihnya(white sauce).. dicampur dengan 3-4btg keju Mozarella stick yg entah bila nak habis dalam peti ais tu wpun dah buat mcm2 masakan..papa beli masa mama crazy about making homemade pizza dulu. bersama sedikit susu+garam+oregano. nak lebih sedap, boleh tambah kiub ayam tp i dont put this for the sake of young Balqis =)
Parmesan cheese
Sudah tentu lebih menjimatkan masa apabila menggunakan ini..tp, belum tentu menjimatkan belanja anda =P
Oregano
ini untuk perapan daging..daging dipotong nipis dan lebar ala steak dan diperap dengan sos tomato+sos tiram+lada hitam+ketumbar+bawang putih+garam secukup rasa. Daging yg sepatutnya diperap semalaman sebelum dibakar (utk rasa yg lebih enak) sempat diperap dua jam shj..tp,the taste alhamdulillah has satisfied my hubby thus satisfy me too =)
bungkus dlm plastik je duduk diam2. sos perangnya saya pakai didihkan lebihan dari bahan perap ini saja..mudah,bukan?
hehe, ini kes makan malam tak habis so mama alter bwk ke menu breakfast esok pagi..sausage with tomato sauce
baked potato slices
pasta+sliced grilled meat
scrambled egg(tp x jadi cantik mcm kt hotel huhu)
and fruits
baked potato slices
pasta+sliced grilled meat
scrambled egg(tp x jadi cantik mcm kt hotel huhu)
and fruits
sampai disini dulu..insyaAllah bakal disambung lagi dengan beberapa menu simple yg mudah dan cepat dikesempatan lain..
saya tinggalkan anda para pembaca yang dihormati selalu dengan gambar latest ini..
frrezing papa and steady Balqis..tgk rambutnya berjuntaian yg taknak diikat tu..hari2 ber'gaduh-sayang' dgn mama bab ikat rambut,huhu..
Peace (^_^V)
current temperature : 6-11 degree celcius..hujan pun dah masuk hari kedua turun mencurah bumi Mansurah. Sejuk? menggigil hingga ke tulang, tapi anak ini masih sudi berlari riang,ketawa mengekek, dan culas memakai topinya..
doakan dia sihat dan tak demam ye~
doakan dia sihat dan tak demam ye~