Friday, December 3, 2010

sambungannya

sambungannya...

11) saya dan suami masih belajar..tak kerja lagi =) masing2 baru tahun 4..masih berbaki tolak campur lagi 3tahun InsyaAllah kalau tak repeat apa2 year,minta dijauhkan Ameen..

12) kami tinggal di syari' zharif, Istad Gamaah..betul2 depan stadium Universiti..kalau ada yang berhajat nak datang ziarah,jemputlah jangan segan2..kita jamu apa yang ada sambil bincang2 masalah dunia =)

13) saya orang Kedah, bertemu dengan orang Kelantan..Balqis pun dilahirkan di Kelantan. jauh juga kalau nak balik kampung halaman..RnR pun tak banyak tak mcm lebuhraya utara-selatan..tapi, bosan-bosan pun mesti kena bersyukur selalu ada jugak orang nak drive bawak kita balik Baling =)

14) kalau ada big event contoh birthday/anniversary, selalu saya berangan nak buat macam2..too many plans in hand tapi akhirnya yang jadi tak sampaipun separuh haha..

15) Alhamdulillah(dengan rasa bersyukur) saya baru habis maraton KCB Ramadhan series(55 episod tuu) tamat je exam end-posting ENT hari tue...selagi tak habis,selagi tulah dok mengigau nama Mbak Anna, Mbak Husna entah mcm2 lagi nama2 pelakon bila terjaga tengah malam..huu

16) akibat dari tengok cerita ini, saya jadi rindu dengan suasana di Darul Quran dulu bila tengok biah pesantren disana..sungguh solehah dan damai sekali..

17) saya suka memasak..dan suka makan masakan orang =) rindu nak makan masakan 'orang tu'(u know who u are)..dulu rajin dia memasak utk saya,hehehe..

18) em, saya selalu membayangkan nak tinggal dan menyekolahkan anak2 di oversea bila dah kerja nanti..bukan tak sayang malaysia tapi, takut rasanya bila baca berita2 kes culik,rogol dsb na'uzubillah yang berlaku di Malaysia sekarang...tapi,nak balik kampung(kedahkelantan) tiap2 minggu..cemanelah tu...?

19) sekarang sangat happy sebab cuti sekolah dah jadi 2x seminggu..seronok bersantai goyang kaki bersama balqis dan papanya dirumah =)

20) suka menanam..sejuk mata tengok dedaun hijau..sekarang dah ada 4 pasu pokok di rumah..tq to papa sebab belikan tanah dan pasu cantik hehe..nasib baik murah aje..alhamdulillah.

21) kami berdua anak sulung dalam keluarga..dah ada anak ni, baru nampak besar sebenarnya harapan mak ayah kita pada anak2 ni lebih2 lagi pada anak sulung..semoga kami dapat menjadi Qurratua'yun buat kedua2 orang tua..Ameen

22) suka membaca tapi bukan buku2 sekolah huhu..paling menggemari karya Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. novel2 omputih saya kurang sikit. novel omputih yg papabalqis beli kt Dubai dulu pun dekat 2thn baru nak habis baca =P

23) sekarang sedang suka main puzzle..siap kerja rumah je biarlah walaupun lewat malam pasti riang hati kalau dapat menyelesaikan jigsaw puzzle..Hang Tuah pula tak jemu2 membina bangunan dari Lego Balqis haha..Balqis ganti kitorg suka tgk movie (Tinker Bell trilogy) skg.. terbalik habis..=)

24) em, kami berdua punya cita-cita besar nakkan anak2 dapat jadi hafiz hafizah yang benar2 dapat menjaga hafalannya serta berakhlak soleh lagi musleh..AMEEN YA RABB~

25) sebenarnya kalau ada pilihan,saya lebih suka utk tidak bekerja dan berdiam dirumah..keperluan suami dan anak2 dapat diurus dengan lebih baik rasanya berbanding dgn a hectic life as a doctor that we would face. tapi apapun, tetap perlu yakin bahawa Allah akan memberikan yang terbaik pada kita hamba2Nya..semoga Iman dan Islam kita sentiasa dipeliharaNya walau dimana saja kita berada nanti..hehe, dah yang terakhir ni, takpelah ye kalau terpanjang sikit (^_~)


'Ala kulli hal, ALHAMDULILLAH, selesai jugak sampai ke no 25 ni...susah jugak nak complete kan tapi kalau dah mula bercerita, payah pulak nak berhenti..biasalah,kuat bercerita, like mother like daughter..sekarang,like granddaughter plak =)

tapi, saya tak nak tag sesiapa ye..kalau ada sesiapa yang terbaca dan nak buat, ahlan dipersilakan dengan besar hatinya =)

2 comments:

UMAIR INSYIRAH said...

assalamualaikum..shida,kaifahal?sy pun tgah berhempas-pulas nak selesaikan homework nurul ni:)slm sayang utk shida dan balqis:)

Ummu Iffah said...

Lucu la..tag saya ni jadi macam homework susah plak....yg penting, hepi mengenali kakak2 semua