Wednesday, April 27, 2011

Suatu malam..

Assalamualaykum wbt...

Suatu malam, tika semua orang sdg sibuk buat kerja masing2 sebab esok cuti(yeay!), tiba2 senyap je rumah..tiada suara kecil menyanyi2/berselawat dalam bahasanya seperti yang biasa didengari..saya yang masih didapur mencuci pinggan mangkuk bertanyakan papabalqis yg tengah doing the laundry, mana Balqis??

"






"






"






"






"






Rupa2nya, ni kerja dia T____T


Patutlah senyap semacam je...udahlah karpet baru je disapu..walaupun habis tepung pulut mama yang sangat berharga(sebab kat sini takde jual) yang dah tinggal separuh tu tapi, tak jadi nak marah tengok muka innocent dia yang ralit menguli tepung tu..




lantas, papanya suruh mama campur dengan food colouring nak bagi lebih FUN katanya..layan~


habis tepung dibuatnya bedak kat muka..


Ini aktiviti anakanda ni sejak dua menjak ni..sibuk benar kehidupannya semenjak beroleh anak kembar yang dipanggilnya Hamed(Ahmad) dan Jana ni..=)



Kasih benar kakak Balqis pada baby Ahmad dan Jana ni..sebelum tidur, didodoikannya dulu dengan zikir Lailahaillallah Muhammadur Rasululullah walaupun bunyi tu macam pelat2 je..mama kata takpe,lama2 pandailah kan.. tapi, sebelum tidur kena solat dulu..so, jom baby kita solat sama2 =)




Waktu mama suap dia makan, Hamed dan Jana pun kena makan sekali..marah benar kakak Balqis kalau mama buat acuh tak acuh dengan kawan barunya ini..waktu nappy change, baby kembar ni pun ada kat sebelah bersama wet tissues yang dikongsi dengan kakak balqis..diapers diorang je mama dan papa tak provide,sebab tak masuk dalam bajet =)

Bila mama buat susu, kakak Balqis dengan murah hatinya menyuap adik2 keciknya juga sampai tumpah2 susu kat mulut diorang..pandai pula kakak balqis lepas tu minta "tisu..tisu.." dan lap mulut mereka dengan penuh kasih sayang,hehe.. kami biarkan je, kalau dah nampak daif sangat, papa tanpa ragu2 angkat masuk dalam washing machine..



tengah tengok TV sambil menggayakan tudung mama..


Bye, see u later!


Oh ya, SEKALUNG TAHNIAH buat 'Ammu Ikram dan Achik Huda atas kelahiran little Mujahid..InsyaAllah, nanti kakak Balqis pergi melawat ya! =)

Saturday, April 23, 2011

25

Assalamualaykum wbt..


Bulan April semakin tiba ke penghujungnya..bulan yang sentiasa signifikan kerana didalamnya terdapat birthday papabalqis, dan bulan yang ramai student disini sudah mula menggandakan pecutan study mereka kerana a month later will be a final exam. Allahu yusahhil~

Tapi, bulan ini juga kelihatan istimewa kerana anakanda Balqis genap berusia 2tahun 5bulan, iaitu angka yang sama dengan ibunya-25tahun. Satu kebetulan yang indah,bukan? =)

Masa saya genap 25 tahun Januari lepas, tiada expectation apa2 pun mengenai birthday celebration apatah lagi birthday party..sebab dah jarang sangat nak hang out dengan kawan2 macam dulu..kalau ada ucapan tanda ingatan dari insan2 terdekat pun dah lebih dari cukup..tapi, rupanya ada juga yang masih care..huu, sungguh terharu sangat2..semoga Allah memberkati mereka2 ini dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,ameen~ 2tahun berturut2 surprise party yang dibuat telah melibatkan mak orang ni (kerana birthday kami dekat2)..

Hehe,backdated story pulak..



Najwa and I at GMN ..last year surprise by rumah Najwa(Beyt Insyirah) dan Hanim n Nurul..



surprise party tahun ni..kat beyt Insyirah..menu yang sedap menjilat jari, dengan kek marshmallow yang unik tapi SANGAT SEDAP..



Bunga dari Hanim..yang kecik tu from my beloved..=) THANKS DEARS!


Terus masuk pasu, alhamdulillah tahan seminggu selepas dipercikkan air hari -hari..


So, sempena kebetulan yang comel ni, saya nak jot down serba sedikit persamaan kami anak beranak yang ada sekarang, in terms of activities lah..


Kami sangat suka :

1) Membaca buku bersama-sama (how typical kan..=P)

Kesudahannya :

-seorang mulai bosan membaca dan meMAKSA yang seorang lagi melukis Dora dan kawan-kawannya di buku yang mereka baca..

2) suka melipat kain bersama-sama

Kesudahannya :

seorang excited nak try baju itu ini bila melihat pakaian siap terlipat dan disusun, dan yang seorang lagi 'sabar jelaaaah' kerana terpaksa melipat semula kain yg telah dilipat,huu~

3) suka baking bersama2

Kesudahannya :

menolong 5minit, selebihnya dengan riang ria meninggalkan lantai dapur yang telah berkecah dengan tepung,gula etcetra..tapi,paling dia suka adalah part menyusun papercup dalam muffin tray =)

4) menonton drama melayu/korea bersama-sama

Kesudahannya :

seorang berlinangan airmata, yang seorang lagi sibuk mengesat airmata mamanya..(wut a good daughter =))

5) main puzzle bersama-sama

Kesudahannya :

mama jadi tukang tunjuk saja,tak boleh susun..part menyusun semuanya balqis yang punya!..

6) exercise bersama-sama

Kesudahannya :

exercise 3-4min, then ajak(paksa sebenarnya) mama twirl macam princess kat disney movie sampai dua-dua pun pening kesudahannya.. =P


Buat akhirnya, rasa bersyukur sangat dapat melihat tumbesarannya di depan mata sekarang..dan bukan pada waktu kami disibukkan di alam kerja nanti...Alhamdulillah, segala puja dan puji selayaknya hanya untuk Allah Azza Wajalla..



i'm in love with u baby (^_^)



a moment to treasure

Assalamualaykum wbt…

Memang dah lama sangat tak update blog..bukan apa..setiap kali kita dah bersiap-siap duduk depan laptop dan mula menaip dengan khusyuk, setiap kali itulah datang tuan kecik yg bossy itu meminta2 citer Princess dibukakan utknya… lama-lama, mama jadi konflik, dan mula mengalah lalu membawa diri eceh… padahal laptop kecil lagi satu ada je..saja nak berperang juga anak beranak =)

Teringat zaman2 bujang dulu, hari2 yang dilalui sangat pack. Sebab, sebelum tidur lagi dah siap plan utk the whole day tomorrow jika nyawa masih diizinkanNya…at the end of the day, I’ll smile contentedly for my job done thanks to the list and of course to the Ultimate Planner ; Allah.

Masa hidup masih berdua pun, I can still plan things in my head due to our personal and respected space provided.. in fact, such a long period are allocated for one thing to be done..sangatlah banyak masa yang ada sampai tak rasa apa-apa kalau terbazir sejam dua..astaghfirullah..

But, that was a past..sekarang, dah takde makna plan2 itu semua..celik mata je, selepas selesai urusan dengan yang Terutama,terus bangun dan capai je yang mana patut buat dulu. Check beg sekolah anak takut2 tertinggal apa2, prepare her lunch box, siapkan breakfast ala kadar, defrost lauk utk masak tengah hari balik kelas nanti, kemas barang mainan dia malam tadi (sia-sia je kalau kemaskan sebelum dia tidur huu~), dan zass, pergi kelas terkocoh2 dan drop Balqis kat sekolahnya…this is for everyday sebab kelas straight sabtu-khamis..balik rumah, siapkan lunch, badan pun dah penat, pakat tersandar kat birai katil sambil menurut perintah si Mem kecik ni,hehe..

Marriage is a bliss, saya belum sampai tahap ini lagi hehe..Thanks to the other half, saya masih ada masa bersosial dengan rakan2, masa utk baking, surfing etc..

Dari petang membawa ke malam, mata pun dah mengantuk,eh, bilanya nak study?

Hmm, bab study memang tak boleh nak plan bila masa yang sesuai untuk study..setiap minit adalah emas ecece..jadual study sumpah memang takkan berjalan pun kalau dibuat juga. Pernah dulu buat juga jadual study terutamanya menjelang musim peperiksaan, tp frust je sebab tak boleh nak ikut sepenuhnya…Because you can expect nothing when having kids around..setahun pertama kelahiran balqis, kami baru masuk tahun dua. Terlalu banyak yang terpaksa di tolerate, di adjust sana sini bagi memungkinkan tiada yang kecundang dimana-mana bahagian..The next year, ingatkan dah boleh relax sikit, rupanya makin mencabar.. tapi, penawarnya ada pada mengingati Allah itu Maha Pengasih dan Allah itu Maha Adil.. Dia yang Menyusun dan Dialah jua yang Mengizinkan untuk anakanda Balqis demam tak tidur sepanjang malam setiapkali kami berdua ada big exam membuatkan hati dah tak rasa nak expect apa-apa melainkan buat saja kerja kita sehabis mampu kemudian, Bismillahirrahmanirrahim gantungkanlah harapan bulat-bulat solid pada Allah…

Pernah je rasa loser bila exam dah dekat sangat, kita baru nak pegang buku dan waktu itulah datang macam2 hal..memang menangis sajalah kerana hopeless ..bila solat, lagilah merambu-rambu air mata seolah2 masalah kita lah yang paling besar didunia ini,huhu..Tapi, kena percaya that there's always a relief after each difficulty..InsyaAllah, akan adalah kat mana2 part yang Allah akan topup setelah diberiNya kita ujian.. Sekarang dah tahun ketiga Balqis muncul dalam hidup kami..dia dah makin besar, makin cerdik, makin faham apa orang kata, dan makin banyak akal! Kerenahnya makin berwarna warni tapi hidup Alhamdulillah makin tenang dan makin redha.. jauh di hati kecil, saya bersyukur di sebalik semua ini, Allah itu dapat dirasakan sangat dekat..Allah jualah yang meletakkan dalam hati anak sekecil Balqis, sebuah pengertian untuk memahami situasi ibubapanya dan turut rela berkorban bersama2 demi sebuah jihad menuntut ilmu..

Thank You Allah~

Ini entry sempena exam yang makin hampir..exam end round Forensic Medicine insyaAllah akhir bulan 5 ni..then, terus final exam June-July..YaAllah, bagilah kami semua berjaya dunia dan akhirat..semoga Allah redha akan kita semua..ibu bapa kita redha..guru-guru redha, kawan-kawan redha dan kalau ada suami, moga suami redha selalu.. =)

It does not matter how slow you go as long as you dont stop..and,multitasking when u're study is surely not a help at all..setakat baca buku sambil mata menjeling-jeling anak takut dia main benda2 yang bahaya tu masih boleh consider kot hehe =)

Friday, April 1, 2011

aiskrim oh aiskrim

assalamualaykum wbt..

Balqis sangat suka makan coklat dan aiskrim..suka sangat sampai hari2 mintak nak "aikim" dan "cukkat"..bunyinya sangat sanskrit,bukan? kalau dulu,memang saya/papanya lak je..lak yg bermaksud biarkan aje walaupun dalam hati berniat melarang. tapi, apalah makna dunia kanak2 tanpa benda dua ketul ini,kan? saya sendiri membesar dengan kenangan aiskrim pop, aiskrim pelangi paddlepop,coklat arnab,coklat cloud9, dsb...

Boleh bayangkan tak, dia tarik tangan kita dan tunjukkan freezer minta nak makan aiskrim pukul 4pagi di musim sejuk ni?? bertuah sungguh..maka,sebab itulah freezer dirumah mesti sentiasa ada aiskrim. Dan,oleh kerana pilihan Balqis selalunya eskrem jenis Connetto, (kerana dia hanya makan bahagian atas shj), kami sering membeli sebekas besar eskrem jenama Hawaii(sempat lagi promote) perasa coklat..sedap!! boleh scoop masuk dalam cawan dia..jadi, saya boleh sukat/catu berapa scoop yg dia dah makan pada hari tue..

Sehinggalah, pada satu hari tu saya yg sedang mendukung Balqis di satu supermarket di Malaysia terserempak dengan kawan lama yang sudah bergelar Pharmacist..sembang punya sembang, dia tanya nak kemana..i told her nak pergi beli eskrem untuk sikecik ni..aiskrim yang ketiga untuk hari itu..terbeliak mata dia..katanya, " aik, banyaknya makan..eskrem ni tak elok bla..bla..". saya tersengih saja sebab memang dah tau tapi kurang kekuatan untuk say NO. Masa dalam kereta, termenung jauh saya sambil dihati mengiyakan kebenaran kata rakan saya tadi..betullah,jenis aiskrim yang digemari Balqis ni banyak mengandungi non-dairy creamer which is really bad for her health. plus, she's still a BABY..lainlah kalau dah besar sikit..

Mulai hari tue, saya mula bertegas dengan balqis..

ONLY ONE ICE-CREAM IN A DAY!

Memang dia meraung, berguling dsb..hati rasa tersayat sebab kasihan tapi, saya buat tak nampak aje..bila dia dah selesai mengamuk, saya akan ambil dan dakap dia kemas2, sambil bagitau "sayang, mama/papa boleh bagi,tapi sekali sehari je ye..sebab benda ni bad..very bad for ur teeth,for ur body bla..bla..at the end, cakap padanya I LOVE YOU dan nyanyi lagu I LOVE YOU versi Barney"..Alhamdulillah, dia akur walaupun saya tau mungkin dia tak faham certain words,tp tak mengapa..ini proses mendidiknya..

Nak menjadi lebih dramatik lagi, apabila saya/papanya mula berasa sangsi dengan eskrem2 yg dijual di sini..terlalu banyak jenama dan memanglah ada jenama yg common seperti Nestle tp susah nak jumpa yang ada tanda halal..tidak seperti di Malaysia, mudah kita nak beza sesuatu tu halal,haram or syubhah..

Semalam, lepas Balqis dah tidur, kami buat research sikit di internet..cari foodguide Britain dan America nak tengok senarai jenama makanan yang halal,haram mahupun syubhah..sebab, kebanyakan makanan disini seperti aiskrim, cookies, coklat, breads diimport dari kedua-dua negara tersebut.. coklat2 pun banyak dari switzerland dan Brazil. Kalau dari Malaysia, barang-barang import yang dijumpai setakat ini adalah Mee Maggi, kasut kanak-kanak dan alat-alat tulis.

Saya tinggalkan linknya disini buat rujukan para pembaca..

Produk halal/haram di Canada-USA

Foodguide UK


Untuk anakanda Balqis, dia masih boleh makan aiskrim tapi bukanlah hari-hari apatah lagi 2-3 kali sehari! Salah satu jalan penyelesaiannya, buat sendiri aiskrim di rumah..saya dah tak ada alasan lagi untuk taknak buat sebab peti ais pun besar. Dulu, peti ais kecik je.. Masa? insyaAllah ada je masa kalau boleh manage.. baru2 ni, papabalqis dah invest beli benda ini..bertambahlah semangat mama =)


homemade aiskrim 1-


oleh kerana Balqis tak suka makan buah selain pisang, maka alternatifnya saya buat aiskrim sorbet buah oren dan strawberry layer,hehe..supaya dapat jugavitamin buah =)



Buah oren blend macam biasa..tak perlu tambah gula kerana oren 'Abu Surrah' dah memang manis rasanya. Buah strawberry kita jadikan seperti jem. basuh bersih2, masak atas dapur dicampur sedikit air dan gula kerana rasanya yang masam.




selain boleh dibuat aiskrim, boleh dimakan bersama pancake atau boleh buat topping cheesecake mahupun boleh dimasak dengan muffin.. menjimatkan masa, dan healthy =)

Bekas aiskrim ni memang best sebab ia mengembalikan memori kami dizaman kanak-kanak..boleh buat aiskrim kacang hijau, aiskrim kacang merah dsb..hehe, makayah pulak yang lebih =P Kalau nak beli, ada jual kat Awadallah Gadid..promote =)