Saturday, April 23, 2011

25

Assalamualaykum wbt..


Bulan April semakin tiba ke penghujungnya..bulan yang sentiasa signifikan kerana didalamnya terdapat birthday papabalqis, dan bulan yang ramai student disini sudah mula menggandakan pecutan study mereka kerana a month later will be a final exam. Allahu yusahhil~

Tapi, bulan ini juga kelihatan istimewa kerana anakanda Balqis genap berusia 2tahun 5bulan, iaitu angka yang sama dengan ibunya-25tahun. Satu kebetulan yang indah,bukan? =)

Masa saya genap 25 tahun Januari lepas, tiada expectation apa2 pun mengenai birthday celebration apatah lagi birthday party..sebab dah jarang sangat nak hang out dengan kawan2 macam dulu..kalau ada ucapan tanda ingatan dari insan2 terdekat pun dah lebih dari cukup..tapi, rupanya ada juga yang masih care..huu, sungguh terharu sangat2..semoga Allah memberkati mereka2 ini dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,ameen~ 2tahun berturut2 surprise party yang dibuat telah melibatkan mak orang ni (kerana birthday kami dekat2)..

Hehe,backdated story pulak..



Najwa and I at GMN ..last year surprise by rumah Najwa(Beyt Insyirah) dan Hanim n Nurul..



surprise party tahun ni..kat beyt Insyirah..menu yang sedap menjilat jari, dengan kek marshmallow yang unik tapi SANGAT SEDAP..



Bunga dari Hanim..yang kecik tu from my beloved..=) THANKS DEARS!


Terus masuk pasu, alhamdulillah tahan seminggu selepas dipercikkan air hari -hari..


So, sempena kebetulan yang comel ni, saya nak jot down serba sedikit persamaan kami anak beranak yang ada sekarang, in terms of activities lah..


Kami sangat suka :

1) Membaca buku bersama-sama (how typical kan..=P)

Kesudahannya :

-seorang mulai bosan membaca dan meMAKSA yang seorang lagi melukis Dora dan kawan-kawannya di buku yang mereka baca..

2) suka melipat kain bersama-sama

Kesudahannya :

seorang excited nak try baju itu ini bila melihat pakaian siap terlipat dan disusun, dan yang seorang lagi 'sabar jelaaaah' kerana terpaksa melipat semula kain yg telah dilipat,huu~

3) suka baking bersama2

Kesudahannya :

menolong 5minit, selebihnya dengan riang ria meninggalkan lantai dapur yang telah berkecah dengan tepung,gula etcetra..tapi,paling dia suka adalah part menyusun papercup dalam muffin tray =)

4) menonton drama melayu/korea bersama-sama

Kesudahannya :

seorang berlinangan airmata, yang seorang lagi sibuk mengesat airmata mamanya..(wut a good daughter =))

5) main puzzle bersama-sama

Kesudahannya :

mama jadi tukang tunjuk saja,tak boleh susun..part menyusun semuanya balqis yang punya!..

6) exercise bersama-sama

Kesudahannya :

exercise 3-4min, then ajak(paksa sebenarnya) mama twirl macam princess kat disney movie sampai dua-dua pun pening kesudahannya.. =P


Buat akhirnya, rasa bersyukur sangat dapat melihat tumbesarannya di depan mata sekarang..dan bukan pada waktu kami disibukkan di alam kerja nanti...Alhamdulillah, segala puja dan puji selayaknya hanya untuk Allah Azza Wajalla..



i'm in love with u baby (^_^)



No comments: