Memang dah lama sangat tak update blog..bukan apa..setiap kali kita dah bersiap-siap duduk depan laptop dan mula menaip dengan khusyuk, setiap kali itulah datang tuan kecik yg bossy itu meminta2 citer Princess dibukakan utknya… lama-lama, mama jadi konflik, dan mula mengalah lalu membawa diri eceh… padahal laptop kecil lagi satu ada je..saja nak berperang juga anak beranak =)
Teringat zaman2 bujang dulu, hari2 yang dilalui sangat pack. Sebab, sebelum tidur lagi dah siap plan utk the whole day tomorrow jika nyawa masih diizinkanNya…at the end of the day, I’ll smile contentedly for my job done thanks to the list and of course to the Ultimate Planner ; Allah.
Masa hidup masih berdua pun, I can still plan things in my head due to our personal and respected space provided.. in fact, such a long period are allocated for one thing to be done..sangatlah banyak masa yang ada sampai tak rasa apa-apa kalau terbazir sejam dua..astaghfirullah..
But, that was a past..sekarang, dah takde makna plan2 itu semua..celik mata je, selepas selesai urusan dengan yang Terutama,terus bangun dan capai je yang mana patut buat dulu. Check beg sekolah anak takut2 tertinggal apa2, prepare her lunch box, siapkan breakfast ala kadar, defrost lauk utk masak tengah hari balik kelas nanti, kemas barang mainan dia malam tadi (sia-sia je kalau kemaskan sebelum dia tidur huu~), dan zass, pergi kelas terkocoh2 dan drop Balqis kat sekolahnya…this is for everyday sebab kelas straight sabtu-khamis..balik rumah, siapkan lunch, badan pun dah penat, pakat tersandar kat birai katil sambil menurut perintah si Mem kecik ni,hehe..
Marriage is a bliss, saya belum sampai tahap ini lagi hehe..Thanks to the other half, saya masih ada masa bersosial dengan rakan2, masa utk baking, surfing etc..
Dari petang membawa ke malam, mata pun dah mengantuk,eh, bilanya nak study?
Pernah je rasa loser bila exam dah dekat sangat, kita baru nak pegang buku dan waktu itulah datang macam2 hal..memang menangis sajalah kerana hopeless ..bila solat, lagilah merambu-rambu air mata seolah2 masalah kita lah yang paling besar didunia ini,huhu..Tapi, kena percaya that there's always a relief after each difficulty..InsyaAllah, akan adalah kat mana2 part yang Allah akan topup setelah diberiNya kita ujian.. Sekarang dah tahun ketiga Balqis muncul dalam hidup kami..dia dah makin besar, makin cerdik, makin faham apa orang kata, dan makin banyak akal! Kerenahnya makin berwarna warni tapi hidup Alhamdulillah makin tenang dan makin redha.. jauh di hati kecil, saya bersyukur di sebalik semua ini, Allah itu dapat dirasakan sangat dekat..Allah jualah yang meletakkan dalam hati anak sekecil Balqis, sebuah pengertian untuk memahami situasi ibubapanya dan turut rela berkorban bersama2 demi sebuah jihad menuntut ilmu..
Thank You Allah~
Ini entry sempena exam yang makin hampir..exam end round Forensic Medicine insyaAllah akhir bulan 5 ni..then, terus final exam June-July..YaAllah, bagilah kami semua berjaya dunia dan akhirat..semoga Allah redha akan kita semua..ibu bapa kita redha..guru-guru redha, kawan-kawan redha dan kalau ada suami, moga suami redha selalu.. =)It does not matter how slow you go as long as you dont stop..and,multitasking when u're study is surely not a help at all..setakat baca buku sambil mata menjeling-jeling anak takut dia main benda2 yang bahaya tu masih boleh consider kot hehe =)
1 comment:
salam alaik buat isteri, ibu dan bakal doktor, semoga allah memudahkan segala urusan dan dapat grad dgn cemrlang. inshaallah. salam utk tuan puteri.
Post a Comment