Tuesday, May 31, 2011

cerita ceriti

Assalamualaykum wbt...


Alhamdulillah exam Human Right dah selesai pun semalam.. tiba2 rasa cam jadi student Law sekejap bila dok hafal artikel-artikel segala tu..apapun, subjek ni menarik juga especially bab Right to Fair Trial dan War Crimes... it unfolds more the hidden truth that lies beneath every recent events that made me finally utters, "Oo,patutlah camni..".. YaAllah, semoga semua orang lulus exam Human Right ni,ameen~

Pagi ni terperasan news kat FB, kawan lama Kisas-DQ-sampai sekarang dan bila-bila InsyaAllah dah grad dengan cemerlangnya..terharu saya tengok gambar2 dorang..terserlah betapa jerihnya perjuangan dia di bumi orang yang jauh dari mak ayah tu..u deserved to get the scroll which is so meaningful not just to you, but to dear ummah ...Tahniah sekali lagi to,

DR. NURUL AIN SAMSUDDIN


Tak lupa juga untuk Kak Lin(a mommy-to-be), Asma'(a mommy to adorable Asiah), Sumi(Sumayyah Al-Masri), Dalela(Kisas junior) and the others, u guys really inspire me!!
Selamat pulang berjuang di alam kerja pula, dan semoga Redha Allah sentiasa bersama kalian~


Battle kami di sini baru nak bermula dalam ertikata yang sebenar kerana bulan June sudah tiba, menandakan waktu untuk bergelut dengan written papers dan oral exams pula..Semoga Allah permudahkan(1000x) untuk semua pelajar yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan..baru terperasan, dalam setiap entry tak sah kalau tak cakap pasal exam kan..dah nama pun student lagi.. =)

OK, ni gambar-gambar sekitar aktiviti minggu lepas..Balqis 2nd dental checkup..mulanya,risau juga boleh ke dia cooperate dengan dentist nanti..but alhamdulillah it ended well,not as bad as i thought,huhu..

Oh ya, in case any of u are wondering why, Balqis has completely erupted all her milk teeth before she was 2. Subhanallah, MasyaAllah.. Tapi, mungkin cara saya menjaga giginya kurang betul (i've never put her on toothpaste since she was refused once), so she develops some stains especially in her front teeth,making me feel blameworthy. "Alamak, bersalahnya mama!" (she's a GURL,okay). So, after considering some facts, we'd decided to bring her to the Royal Dental Clinic owns by Dr. Ahmad Hafez, the one that i'm familiar with. Might ring a bell to those who wear braces here too =) Of course she threw some temper, but yeah, the doctor handled it nicely..couldn't agree more that he is a well-experienced one especially with kids, making us definitely will come here again..Alhamdulillah after all~

Forgot to mention here, the bad stains are gone too without any pain that she has to endure, Alhamdulillah again.. The dentist only use a soft brush that twist rapidly with a blue-like paste i-dont-know-its-name. Super-cool~




bersantai diatas mama..she had no idea where she was though we'd explained to her times before =P



Had to. (-_-)
Exam praktikal forensic lusa maa!



sempat lagi tertidur,hehe..kesian, penat baru balik sekolah..



Mula2 excited tengok TV kat atas tu,pastu keghiau(bahasa Kedah 101 bermaksud menangis dengan kuat dan nyaring) tak hirau dunia dah..



Dah mula tenang, sebab tak sakit pun..dia cuak aje..



Yeay, dapat upah beli majalah Arab princess pastu singgah Istad kejap sebelum balik rumah. kebetulan ada gadis-gadis Arab tengah berparti hari jadi, menarik perhatiannya...



OK,till we meet again,
adios~

p/s: Just dont know how to fix the font problem,sorry!

Monday, May 23, 2011

Ramblings

Assalamualaykum wbt...


ya, sudah lama tak update blog...alhamdulillah, kelmarin baru selesai MCQ Forensic end round exam.. 27hb ni InsyaAllah menyusul pula exam praktikal and the last for this May, Human Right paper. Kemudian, bulan 6 dan 7 full sehinggalah 27 Julai..Lepas tu, hooray cuti summer! =)

Mohon didoakan keberadaan kami semua disini baik2 sahaja serta beroleh natijah yang cemerlang nanti,ameen~

Lama tak story pasal Balqis,kan? Hee, dia dah makin besar dan makin ceghedik org kedah kata..ada2 saja idea dia nak tarik perhatian kita..dan,selalu sangat buat kami burst in laugh,hehe..hanya syukur sahaja yang mampu dipanjatkan padaNya bersama iltizam untuk menjaga amanahNya ini sebaik yang boleh,InsyaAllah..

Dua tiga menjak ini, dia dah mula buat ayat dengan tiga patah perkataan..kedengaran makin fasih bercakap tapi makin lucu menggeletek hati bila dengar ayat2 dia,hehe..


1) Tengah mama khusyuk buat kerja/study..

Balqis : Ma, nak TB(tengok cerita kat laptop)..
Saya : Ok, citer ape sayang?
Balqis : Erm..(konon2 berfikir), Dora baju tantik(citer Dora berbaju princess yg cantik
baginya tu..)
Saya : lama berfikir barulah Ooo, ok faham2 (-_-)


2) di tengah2 malam dan semua orang pun tidur..

Balqis : Yang, Yang, mangun...
Saya : Dalam keadaan mamai, ish sape plak ni panggil..kemudian baru perasan yang dia dok senyum2 kat sebelah.aduhai...
Ye, adik nak ape? (Balqis selalunya dipanggil adik oleh saya/ papanya).
Balqis : Yang, nak 'tipes'..(dengan ayunya meminta saya menyalin 'pampers'nya..)
Saya : Cepat2 bangun tukar pampers dia dan ajak dia tidur balik.. =)
- kadang2 tu pampers nya masih kering tapi saja dia kejutkan mamanya buat teman dia yang dah tak mengantuk sebab dah tidur dari petang lagi (-_-)..

3) di suatu petang yang santai...

Balqis : Papa, nih (sambil tunjuk tahi lalat di kakinya).. cakit (siap bunyi lagi konon2 sakit)..
Papa : Laa, ni tahi lalat la dik..bukan sakit nih..huhu
Balqis : Sengih2 pastu ketawa sebab kantoi nak trick papanya saja..


Hehe, cukuplah yang tu dulu..sebenarnya plan nak masak pagi ni sebelum pergi muzium forensik tengok jar..ada orang teringin nak makan Nasi Lemak Sambal Udang..tapi, singgah sat kat sini nak update blog yang dah bersawang tahap mega nih..

Balqis pun dah nak kena kejutkan ni..nak kena suap nasi dulu before going to school..kerja sekolah semalam pun belum siap lagi..kalau nak tahu, hari2 cikgu dia kasi homework dan daily report, menyatakan apa yang dia belajar hari ni, how's her etiquette for that day, then how many times she is helped to wash her hand for hygiene purpose, temperature berapa, belajar surah apa,and so and so..what a detail! dah macam hantar kat hospital nursery plak rasanya,hehe..tapi, kami bersyukur sekurang-kurangnya kita rasa confident sikit (sikit je) nak tinggal anak kat mana disamping doa yang tak putus2 pada Allah ketika menghantarnya di pintu..


"astaudiukallah ya binti !" (aku tinggalkan engkau kepada Allah wahai anakku)


Gambar2nya tengah siapkan kerja sekolahnya..warnakan huruf yang dipelajari hari itu..=)







Sunday, May 8, 2011

Nostalgia untuk Mak

Oleh kerana tajuk sudah berbunyi dramatik, maka aku ingin menggunakan 'aku' instead of 'saya' untuk kesan efek yang lebih..=)

Nota ini sangat panjang, tapi tidak sepanjang laluan pengorbanan seorang ibu yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan memaknakan sebuah kehidupan seorang aku..
Nota panjang ini benar-benar kutujukan khas buat ibuku yang setia membaca karya hati anaknya ini..(tidak dinasihatkan untuk anda2 yang sedang mempunyai urusan lain =) )

Daripada semua orang di dunia ini, selain para Nabi dan Rasul, orang yang sangat aku kagumi adalah ibu kandungku sendiri..bukankah disebalik kehidupan seorang anak itu, tertegaknya ketabahan seorang ibu yang telah dimakan usia membesarkannya..

Aku selalu mengingatkan diriku tentang ketabahan mak membesarkanku ketika dirinya sendiri masih bergelut dengan pengajiannya di KL dan jauh dari suaminya yang juga masih belajar di utara tanah air.

Dulu2, aku belum benar2 mengerti melainkan hanya tau berkata "kesiannya kat Mak, mesti Mak penat kan" bila Mak cerita tentangnya dirinya yang perlu berhenti beberapa kali kerana lelah mendaki bukit bersama aku yang didukungnya dibahagian depan bersama beg buku2+susu+pampers anak yang digalasnya di belakang tubuhnya yang kecil untuk kekuliah di UKM dulu.. Betapa Mak mengharapkan ada insan berkereta yang baik hati sudi menumpangkan ibu muda bersama seorang anak kecil itu,tetapi hampa... Lalu, Mak dan Ayah(yang ketika itu di USM) menanam azam untuk belajar dengan lebih gigih, lebih berjimat untuk sebuah kenderaan yang amat2 diperlukan tika itu...

Tapi, bila aku dah bergelar ibu sekarang, baru aku kenal tinggi rendahnya langit itu, apabila terpaksa berdepan dengan beberapa kesukaran yang padaku belum setanding apa yang telah dilalui oleh ibubapaku suatu ketika dulu...tapi, cukup untuk membuatkan aku insaf betapa BESARNYA pengorbanan mereka membesarkan aku..


---the moment a child is born, the mother is also born---


Aku tak tahu macammana mak boleh handle kami yang agak nakal kecil2 dulu..Kadang2 mak bagi sikit sorang habuan masing2 sebagai buah tangan buat pengajaran..Alah, cuma rotan di tapak kaki, kena kejar keliling meja dengan hanger(nostalgia betul), kena kurung(5min je pun) tapi lepas tue ada yang mengada2 nak merajuk takmau bercakap dengan Mak..kesian mak,terpaksa datang pujuk dengan penuh kasih tanpa ada sedikit marah di hatinya..Aku tak faham hati seorang ibu masa itu..


A Special dedication to a mother..
who washed prints from walls and doors
For I am not careful where I play


Aku hanya faham bila aku ada Balqis yang ada masa kerenahnya boleh buat aku mengetap bibir dan puk sikit tangan keciknya itu dengan niat nak memberi pengajaran dan dia end up buat muka sedih tanda merajuk,aku takkan sampai hati untuk tidak memujuknya cepat2..

Rupa2nya, senyuman seorang anak itulah penawar hati sang ibu..

-----We never know the love of the parent till we become parents ourselves----


Bagi kami adik beradik, mak memang seorang yang sangat strict kalau bab2 attitude ni..bagi mak, one's attitude resembles what he believes in...mak paling pantang kalau kami tidur lepas subuh dulu..kalau bangun sahur pukul 5pagi, rasa macam setahun nak tunggu masuk waktu subuh sebab terlalu mengantuk,hehe..jangan berani2 lewat solat subuh..free2 dapat hadiah jelingan maut mak..lagi parah kalau terlepas terus subuh sekali dua masa aku kalut siap2 nak pergi sekolah rendah dulu..mak ber'syarah' sampai dua hari,huhu..pagi masa nak hantar sekolah mak start, balik rumah sambung pulak..esoknya tak habis lagi,sampai aku serik dan beringat sungguh kalau taknak berdesing telinga dengar ayat2 power mak seorang guru bahasa masa tu,hehe..jangan cuba-cuba menjawab kalau sayangkan diri,hehe.. pantang tok neneknya perbuatan menjawab orang-orang tua nih..

Belum masuk bab kebersihan diri, disiplin waktu bla..bla yang kadang2 buat kami bitter satu ketika dulu and yes, we had cold war, we had heartbreaking times but that's normal..I love her and she loves me the most..bukan senang nak tarbiah anak2 jadi orang yang soleh..semoga Allah mempermudahkan urusanku dan kita semua dalam mendidik generasi seterusnya..ameen~


---Live so that when your children think of fairness and integrity, they think of you. Brown Jr-


Masa masuk sekolah asrama yang tak sampai pun 10km dari rumah dulu, aku melalui kehidupan remaja dengan mak menjadi BFF(Best Friend Forever) ku..semua kawan2ku mak kenal dan ingat satu persatu nama mereka..in fact, mak singgah untuk lunch denganku 3-4kali seminggu sepulangnya dari mengajar di sekolah yang 2-3km dari sekolahku sambil melayanku bergossip itu ini..mak mengandungkan adikku yang bongsu masa tu tapi tak pernah sekalipun aku dengar rungut penatnya..yang dia tau, anak dara tunggalnya ni tersengih2 kerang setia menantinya..hujung minggu pula hari jumaat, siap memasak untuk mereka di rumah, mak heret dua adikku yang masih kecil masa tu untuk menemaniku breakfast dengan cucur bawangnya yang tersedap pernah aku makan...hari sabtu jika dia tidak bertugas di sekolah(guru kanan masa tu), mak akan drive bawa aku dan kawan2 rapatku jalan2 outing di pekan Baling tu..nostalgiknya...nama je aku belajar di sekolah berasrama, tapi 2/3 masaku yang sebenar adalah bersama my BFF..


---For the many unspoken ways that you share your love in our family, I hope you know that you're loved and appreciated beyond measure---


Ayah tika itu sedang sibuk menyelesaikan pengajian Masternya..jarang2 dia datang melawat, tapi sekali datang AMAT bermakna dengan kata-kata perangsangnya sambil part gosok2 kepalaku yang amat aku rindui hingga kini...huu,rindunya zaman tu..TT

Dimana aku dicampakkan, disitulah mak akan menjejakkan kakinya..hatta ke bumi Mesir ini sekalipun..belumpun dua bulan aku disini, mak dah bersusah payah datang hanya kerana batuk yang menyerangku selama dua minggu lebih itu saja...mak dengan sempoinya join lecture kami,menjadi ibu sementara untuk housemateku menumpang manja sebentar...Mulianya seorang ibu, dihatinya terlalu penuh dengan kasih dan sayang sehingga melimpah keluar untuk dirasai orang sekelilingnya...


---Only a mother can communicate love without saying a word---


Sehari sebelum tibanya tarikh pernikahanku, kami baring2 di bilik mak..dan, mak menanyakanku heart to heart tentang jejaka pilihan hatiku ini..lepas tu,masing2 dah sayu terdiam for the fact that she's losing me..aku bakal menjadi milik orang lain esoknya! Same goes to Balqis..aku tak pasti apa perasaanku di hari pernikahannya nanti..antara rasa bersyukur,gembira tetapi dalam kesayuan yang mendalam,huu..after all, this is what mom will feel when her daughter is leaving the nest..


Hingga kini, kata mak i'm still her baby and will always be...mak adalah antara yang turut menemaniku di bilik bersalin selain encik suami, memapahku ke bilik air keesokan harinya, dan memohon cuti untuk menjagaku bersama-sama dengan ibu mertuaku ketika aku dalam pantang...mereka bergilir-gilir memandikan Balqis dan memasak makananku setiap hari membuatkan aku rasa sampai bila-bila pun aku takkan pernah cukup untuk berterima kasih kepada dua orang ibu mulia ini...(YAllah, Kau berkatilah ibuku ini..ameen~)


Somehow we always say the least to those we love the best..
And just hope our thoughts are understood although they're unexpressed...


Maka, hari ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Ibu kesayanganku - Hajah Siti Fatihah Abdul Moin, Ibu mertua yang kukagumi - Wan Suriani Wan Abdul Ghani, ibu-ibu angkatku, juga buat rakan-rakanku yang telah bergelar ibu, serta seluruh ibu di dunia ini..


p/s: Mak lah orang first yang wish 'happy mother's day' kat anaknya ini...tak sabar rasanya nak dengar ucapan dari anakanda Balqis..sekarang ni dia tak tau apa2 pun lagi pasal mother's day ni. bila kita suruh cakap, dia ajuk je apa yg kita cakap =)