Assalamualaykum wbt...
ya, sudah lama tak update blog...alhamdulillah, kelmarin baru selesai MCQ Forensic end round exam.. 27hb ni InsyaAllah menyusul pula exam praktikal and the last for this May, Human Right paper. Kemudian, bulan 6 dan 7 full sehinggalah 27 Julai..Lepas tu, hooray cuti summer! =)
Mohon didoakan keberadaan kami semua disini baik2 sahaja serta beroleh natijah yang cemerlang nanti,ameen~
Lama tak story pasal Balqis,kan? Hee, dia dah makin besar dan makin ceghedik org kedah kata..ada2 saja idea dia nak tarik perhatian kita..dan,selalu sangat buat kami burst in laugh,hehe..hanya syukur sahaja yang mampu dipanjatkan padaNya bersama iltizam untuk menjaga amanahNya ini sebaik yang boleh,InsyaAllah..
Dua tiga menjak ini, dia dah mula buat ayat dengan tiga patah perkataan..kedengaran makin fasih bercakap tapi makin lucu menggeletek hati bila dengar ayat2 dia,hehe..
1) Tengah mama khusyuk buat kerja/study..
Balqis : Ma, nak TB(tengok cerita kat laptop)..
Saya : Ok, citer ape sayang?
Balqis : Erm..(konon2 berfikir), Dora baju tantik(citer Dora berbaju princess yg cantik
baginya tu..)
Saya : lama berfikir barulah Ooo, ok faham2 (-_-)
2) di tengah2 malam dan semua orang pun tidur..
Balqis : Yang, Yang, mangun...
Saya : Dalam keadaan mamai, ish sape plak ni panggil..kemudian baru perasan yang dia dok senyum2 kat sebelah.aduhai...
Ye, adik nak ape? (Balqis selalunya dipanggil adik oleh saya/ papanya).
Balqis : Yang, nak 'tipes'..(dengan ayunya meminta saya menyalin 'pampers'nya..)
Saya : Cepat2 bangun tukar pampers dia dan ajak dia tidur balik.. =)
- kadang2 tu pampers nya masih kering tapi saja dia kejutkan mamanya buat teman dia yang dah tak mengantuk sebab dah tidur dari petang lagi (-_-)..
3) di suatu petang yang santai...
Balqis : Papa, nih (sambil tunjuk tahi lalat di kakinya).. cakit (siap bunyi lagi konon2 sakit)..
Papa : Laa, ni tahi lalat la dik..bukan sakit nih..huhu
Balqis : Sengih2 pastu ketawa sebab kantoi nak trick papanya saja..
Hehe, cukuplah yang tu dulu..sebenarnya plan nak masak pagi ni sebelum pergi muzium forensik tengok jar..ada orang teringin nak makan Nasi Lemak Sambal Udang..tapi, singgah sat kat sini nak update blog yang dah bersawang tahap mega nih..
Balqis pun dah nak kena kejutkan ni..nak kena suap nasi dulu before going to school..kerja sekolah semalam pun belum siap lagi..kalau nak tahu, hari2 cikgu dia kasi homework dan daily report, menyatakan apa yang dia belajar hari ni, how's her etiquette for that day, then how many times she is helped to wash her hand for hygiene purpose, temperature berapa, belajar surah apa,and so and so..what a detail! dah macam hantar kat hospital nursery plak rasanya,hehe..tapi, kami bersyukur sekurang-kurangnya kita rasa confident sikit (sikit je) nak tinggal anak kat mana disamping doa yang tak putus2 pada Allah ketika menghantarnya di pintu..
"astaudiukallah ya binti !" (aku tinggalkan engkau kepada Allah wahai anakku)
Gambar2nya tengah siapkan kerja sekolahnya..warnakan huruf yang dipelajari hari itu..=)
No comments:
Post a Comment