Sunday, May 8, 2011

Nostalgia untuk Mak

Oleh kerana tajuk sudah berbunyi dramatik, maka aku ingin menggunakan 'aku' instead of 'saya' untuk kesan efek yang lebih..=)

Nota ini sangat panjang, tapi tidak sepanjang laluan pengorbanan seorang ibu yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan memaknakan sebuah kehidupan seorang aku..
Nota panjang ini benar-benar kutujukan khas buat ibuku yang setia membaca karya hati anaknya ini..(tidak dinasihatkan untuk anda2 yang sedang mempunyai urusan lain =) )

Daripada semua orang di dunia ini, selain para Nabi dan Rasul, orang yang sangat aku kagumi adalah ibu kandungku sendiri..bukankah disebalik kehidupan seorang anak itu, tertegaknya ketabahan seorang ibu yang telah dimakan usia membesarkannya..

Aku selalu mengingatkan diriku tentang ketabahan mak membesarkanku ketika dirinya sendiri masih bergelut dengan pengajiannya di KL dan jauh dari suaminya yang juga masih belajar di utara tanah air.

Dulu2, aku belum benar2 mengerti melainkan hanya tau berkata "kesiannya kat Mak, mesti Mak penat kan" bila Mak cerita tentangnya dirinya yang perlu berhenti beberapa kali kerana lelah mendaki bukit bersama aku yang didukungnya dibahagian depan bersama beg buku2+susu+pampers anak yang digalasnya di belakang tubuhnya yang kecil untuk kekuliah di UKM dulu.. Betapa Mak mengharapkan ada insan berkereta yang baik hati sudi menumpangkan ibu muda bersama seorang anak kecil itu,tetapi hampa... Lalu, Mak dan Ayah(yang ketika itu di USM) menanam azam untuk belajar dengan lebih gigih, lebih berjimat untuk sebuah kenderaan yang amat2 diperlukan tika itu...

Tapi, bila aku dah bergelar ibu sekarang, baru aku kenal tinggi rendahnya langit itu, apabila terpaksa berdepan dengan beberapa kesukaran yang padaku belum setanding apa yang telah dilalui oleh ibubapaku suatu ketika dulu...tapi, cukup untuk membuatkan aku insaf betapa BESARNYA pengorbanan mereka membesarkan aku..


---the moment a child is born, the mother is also born---


Aku tak tahu macammana mak boleh handle kami yang agak nakal kecil2 dulu..Kadang2 mak bagi sikit sorang habuan masing2 sebagai buah tangan buat pengajaran..Alah, cuma rotan di tapak kaki, kena kejar keliling meja dengan hanger(nostalgia betul), kena kurung(5min je pun) tapi lepas tue ada yang mengada2 nak merajuk takmau bercakap dengan Mak..kesian mak,terpaksa datang pujuk dengan penuh kasih tanpa ada sedikit marah di hatinya..Aku tak faham hati seorang ibu masa itu..


A Special dedication to a mother..
who washed prints from walls and doors
For I am not careful where I play


Aku hanya faham bila aku ada Balqis yang ada masa kerenahnya boleh buat aku mengetap bibir dan puk sikit tangan keciknya itu dengan niat nak memberi pengajaran dan dia end up buat muka sedih tanda merajuk,aku takkan sampai hati untuk tidak memujuknya cepat2..

Rupa2nya, senyuman seorang anak itulah penawar hati sang ibu..

-----We never know the love of the parent till we become parents ourselves----


Bagi kami adik beradik, mak memang seorang yang sangat strict kalau bab2 attitude ni..bagi mak, one's attitude resembles what he believes in...mak paling pantang kalau kami tidur lepas subuh dulu..kalau bangun sahur pukul 5pagi, rasa macam setahun nak tunggu masuk waktu subuh sebab terlalu mengantuk,hehe..jangan berani2 lewat solat subuh..free2 dapat hadiah jelingan maut mak..lagi parah kalau terlepas terus subuh sekali dua masa aku kalut siap2 nak pergi sekolah rendah dulu..mak ber'syarah' sampai dua hari,huhu..pagi masa nak hantar sekolah mak start, balik rumah sambung pulak..esoknya tak habis lagi,sampai aku serik dan beringat sungguh kalau taknak berdesing telinga dengar ayat2 power mak seorang guru bahasa masa tu,hehe..jangan cuba-cuba menjawab kalau sayangkan diri,hehe.. pantang tok neneknya perbuatan menjawab orang-orang tua nih..

Belum masuk bab kebersihan diri, disiplin waktu bla..bla yang kadang2 buat kami bitter satu ketika dulu and yes, we had cold war, we had heartbreaking times but that's normal..I love her and she loves me the most..bukan senang nak tarbiah anak2 jadi orang yang soleh..semoga Allah mempermudahkan urusanku dan kita semua dalam mendidik generasi seterusnya..ameen~


---Live so that when your children think of fairness and integrity, they think of you. Brown Jr-


Masa masuk sekolah asrama yang tak sampai pun 10km dari rumah dulu, aku melalui kehidupan remaja dengan mak menjadi BFF(Best Friend Forever) ku..semua kawan2ku mak kenal dan ingat satu persatu nama mereka..in fact, mak singgah untuk lunch denganku 3-4kali seminggu sepulangnya dari mengajar di sekolah yang 2-3km dari sekolahku sambil melayanku bergossip itu ini..mak mengandungkan adikku yang bongsu masa tu tapi tak pernah sekalipun aku dengar rungut penatnya..yang dia tau, anak dara tunggalnya ni tersengih2 kerang setia menantinya..hujung minggu pula hari jumaat, siap memasak untuk mereka di rumah, mak heret dua adikku yang masih kecil masa tu untuk menemaniku breakfast dengan cucur bawangnya yang tersedap pernah aku makan...hari sabtu jika dia tidak bertugas di sekolah(guru kanan masa tu), mak akan drive bawa aku dan kawan2 rapatku jalan2 outing di pekan Baling tu..nostalgiknya...nama je aku belajar di sekolah berasrama, tapi 2/3 masaku yang sebenar adalah bersama my BFF..


---For the many unspoken ways that you share your love in our family, I hope you know that you're loved and appreciated beyond measure---


Ayah tika itu sedang sibuk menyelesaikan pengajian Masternya..jarang2 dia datang melawat, tapi sekali datang AMAT bermakna dengan kata-kata perangsangnya sambil part gosok2 kepalaku yang amat aku rindui hingga kini...huu,rindunya zaman tu..TT

Dimana aku dicampakkan, disitulah mak akan menjejakkan kakinya..hatta ke bumi Mesir ini sekalipun..belumpun dua bulan aku disini, mak dah bersusah payah datang hanya kerana batuk yang menyerangku selama dua minggu lebih itu saja...mak dengan sempoinya join lecture kami,menjadi ibu sementara untuk housemateku menumpang manja sebentar...Mulianya seorang ibu, dihatinya terlalu penuh dengan kasih dan sayang sehingga melimpah keluar untuk dirasai orang sekelilingnya...


---Only a mother can communicate love without saying a word---


Sehari sebelum tibanya tarikh pernikahanku, kami baring2 di bilik mak..dan, mak menanyakanku heart to heart tentang jejaka pilihan hatiku ini..lepas tu,masing2 dah sayu terdiam for the fact that she's losing me..aku bakal menjadi milik orang lain esoknya! Same goes to Balqis..aku tak pasti apa perasaanku di hari pernikahannya nanti..antara rasa bersyukur,gembira tetapi dalam kesayuan yang mendalam,huu..after all, this is what mom will feel when her daughter is leaving the nest..


Hingga kini, kata mak i'm still her baby and will always be...mak adalah antara yang turut menemaniku di bilik bersalin selain encik suami, memapahku ke bilik air keesokan harinya, dan memohon cuti untuk menjagaku bersama-sama dengan ibu mertuaku ketika aku dalam pantang...mereka bergilir-gilir memandikan Balqis dan memasak makananku setiap hari membuatkan aku rasa sampai bila-bila pun aku takkan pernah cukup untuk berterima kasih kepada dua orang ibu mulia ini...(YAllah, Kau berkatilah ibuku ini..ameen~)


Somehow we always say the least to those we love the best..
And just hope our thoughts are understood although they're unexpressed...


Maka, hari ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Ibu kesayanganku - Hajah Siti Fatihah Abdul Moin, Ibu mertua yang kukagumi - Wan Suriani Wan Abdul Ghani, ibu-ibu angkatku, juga buat rakan-rakanku yang telah bergelar ibu, serta seluruh ibu di dunia ini..


p/s: Mak lah orang first yang wish 'happy mother's day' kat anaknya ini...tak sabar rasanya nak dengar ucapan dari anakanda Balqis..sekarang ni dia tak tau apa2 pun lagi pasal mother's day ni. bila kita suruh cakap, dia ajuk je apa yg kita cakap =)

2 comments:

'Atiqah said...

Salam.
Selamat hari mama juga buat kamu. Betullah orang cakap, bila ada anak, baru reti nak betul2 hargai orang tua kita... =) Same goes to me

Anonymous said...

kak syg mk sggh rs trhru n ktat dda bl mntpi cretn yg amt brmkn bt mak..alhmdlh sykr pd A yg tlh krniakn mak prmta2 ht yg tiada gntiny d dnia ini doa mak smg