Thursday, March 7, 2013

Sudah besar

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM...


MasyaAllah, masa sangat pantas berlalu...kadang-kadang terlalu sibuk menguruskan itu ini,tak sedar banyak saat indah yang berlalu meninggalkan kita...satu persatu nikmat Allah jika dihitung tak terbayar dengan ucap syukur kita yang cuma seberapa kerat sahaja ini...namun, jadilah manusia yang bersyukur...saat diberi mahupun diuji...bukankah ujianNya juga salah satu pemberian dari Yang Maha Esa...tanda diri masih dipedulikan...

Maka di pagi yang hening ini, saat wajah-wajah kesayangan masih diulit mimpi masing-masing, bonda yang satu ini ingin merakamkan secebis patah kata buat kenangan di masa hadapan yang kita sendiri belum pasti lagi bagaimana rupanya...

Kakak Balqis dan Adik Uwais sudah membesar dengan sangat pesat MasyaAllah!! Selalu meninggalkan mama dan papa terindu-rindu dengan karenah dan bau baby-baby kalian =)

Muhammad Uwais anak yang soleh, sudah pandai berjalan officially hehe...tak official nya sejak dari 8 bulan lagi...maka, selalulah menghiburkan hati dan tubuh yang kepenatan mencari ilmu dan menguruskan rumahtangga dengan telatahnya...alhamdulillah ya rabb kerana meminjamkan kami anak yang manis ini...

Batrisya Balqis anakanda pertama dalam hidup, sehingga sekarang masih kekal menjadi suri hati mama dan papa, selalu membuatkan mama dan papa pecah tawa dengan tuturkatanya yang petah menyatakan kehendak serta pendapat-pendapat spontannya...semoga menjadi suri hati imam yang soleh buat hidupmu nak ye..

Semalam, selesai membimbing anak-anak syurga ini mengaji, si kakak sibuk menyuruh mama tell her a story...mama dah keputusan idea, sebab hari-hari dalam kepala hanya berkisar tentang ilmu OnG dan Surgery(our current round subjects), tapi cuba untuk tidak menghampakannya,mama ceritakan padanya tentang Ummu Salamah r.a ,iaitu isteri kepada Abu Salamah yang merupakan seorang syahid di perang Badar...tapi, mama tak berapa pandai nak olah agar kisah tokoh itu nampak lebih menarik dan penuh dengan fantasi layak imaginasi anak-anak...last-last, dia kata " how about you tell me a story about ZOMBIE?" hah,aduhai si anak...mentang-mentanglah dua tiga menjak ini dia selalu compete dengan papanya bermain game zombie :) taknak kalah, mama olahlah cerita yang ada moral baik seperti respecting people, sadaqah to poor people, treating your friends well etc..etc...cuma, tambahkan watak zombie aje hehehe...

Benar, kadang-kadang terasa masyaAllah ceteknya ilmu dan kepandaian diri dalam berdepan dengan tuntutan anak-anak yang sememangnya suci bersih luar dan dalamannya...mereka sangat prihatin dengan keadaan sekeliling, sampaikan kita rasa sangat diperhatikan dan setiap masa kalau boleh nak jadi yang terbaik,agar anak-anak mencontohi yang baik-baik sahaja...Allah Ya Allah...semoga usaha untuk menjadi madrasah tarbiyah anak-anak ini dikira sebagai ibadah disisiMu nanti ameen Ya Rab..

Ada masa saya akan rekodkan kembali dialog-dialognya yang sangat lucu buat kenangan dia besar nanti...

Sebelum tu, berjuta tahniah untuk sahabat baik dan suaminya-Ibu Damia'(Tiqah) yang telah selamat melahirkan anakanda keduanya baru-baru ini...semoga baby membesar menjadi mujahid soleh yang teguh tanpa gentar mempertahankan kebenaran, menjadi cendekiawan muslim yang penuh tawaddhu,buat bekalan ibubapanya di alam barzakh nanti...



apples of my eye


our precious girl

   
mak bonda tumpang sekaki =P

Sekian dulu, semoga kita semua menjadi insan yang positif dan sentiasa menyebarkan aura positif dan kasih sayang pada alam sekeliling...




2 comments:

'Atiqah said...

Salam there. Sat ja kan, anak2 dah besaq. Bestnya, nanti balik msia, dah boleh start everything..so dun worry, u dun even miss a thing pun actually.. rajin2 blaja, grad gred bagus2, kerja cepat2..eh? =) Cherish the moments dgn anak2, sementara tak bz dgn working life =)

p/s: Tq atas doa. same goes to u too, sahabat.ameen!

'Atiqah said...

Salam there. Sat ja anak2 dah besaq kan? Cherish the moments, sementara tak bz lg dgn working life..Blaja rajin2, grad dgn gred bgs, n boleh blk msia n start everything completely dh =) Join us, cepat2 eh

p/s: tq atas doa kalian. same goes to u sahabat.ameen!