Assalamualaykum wbt..
Pagi ini hajat hati mahu update blog, tapi jalan2 dalam draft terjumpa unpublished entry ni...baca balik, rasa why not i publish je..for the sake of turning point in the future hehe..
entry lama---(Sep 28, 2012)
Lagi seploh hari nak exam...subhanallah subhanallah subhanallah, zikir banyak2 semoga tenang segala urat saraf....
Makin dekat nak exam ni, makin banyak cabaran...cabaran menghabiskan silibus dengan efisien..efisien ye..supaya boleh jawab soalan dengan efisien juga..dan mendapat result yang boleh tahan efisien nya juga..ah sudah, mahu buat kamus tentang efisien pula..
tidak mahu berbicara panjang, sekadar mahu mencatat,semalam dalam kekalutan menjadi seorang hamba Allah/pelajar/isteri/ibu yang efisien di mana mencuba sedaya upaya untuk mengendong semuanya diatas bahu ini, lantas di masa-masa akhir kendongan nampaknya seperti mahu tercicir...sengih sampai telinga di pagi hari seperti sudah mahu memuncung di penghujung malam dek keletihan yang sudah sedia maklum...maka, syaitan mula mengapi-apikan..benda kecil kelihatan besar di kepalaku...bayangkan, kakak balqis belum ke toilet pun kelihatan complicated difikiran ku haha apalah...adik uwais melekat dengan mamanya sampai sejam pun aku dah mula nak hujan rintik-rintik padahal itulah yang dibuatnya hari-hari...
maka, sebelum hujan bertambah lebat, datanglah hero penyelamat...masa aku tengah bersandar macam orang putus cinta kat tepi pintu peti ais memerhatikan kerenah isi rumah sekalian, tiba-tiba ada nota kecil melayang kat sebelah..eh drama pulak, tak melayang pun...ada orang selit je hihi...isinya apa,aisyy biar aku sorang jelah yang tau...yang pasti cukup untuk make my day :)
jangan salah faham, bukan ganjaran melancong ke apa ke yang dijanjikan si suami...it's more than that! Kesimpulannya, ganjaran akhirat...kerja betul-betul, tawakkal kuat-kuat, kejar redha suami, redha Allah...
~piece (^_^V)
update : Alhamdulillah, exam tahun 5 itu sudah pun berlalu..in fact, alhamdulillah juga kerana sudah melangkah ke tahun akhir pengajian ini...dan syukur sangat sangat Allah saja yang tahu kerana kedua-dua kami melepasi peperiksaan dunia ini dengan kejayaan biasa2 tapi sangat perlu disyukuri setiap masa...
Maka, walau apapun situasi yang datang, pengajarannya jangan fokus kepada situasi itu, sebaliknya fokuslah kepada Yang Memberi situasi itu untuk kita..kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sebagai sia-sia melainkan penuh hikmah dan pengajaran untuk diri kita mengambil iktibar...
No comments:
Post a Comment