Assalamualaikum wbt..
Dikisahkan kami membuat keputusan segera untuk pulang ke Malaysia setelah tiba2 cuti diumumkan bertambah kepada beberapa hari yang agak lumayan...perancangan asal untuk ke Paris yang kemudiannya bertukar ke Hurghada kerana peruntukan cuti yang sangat lokek dari department surgery rupa-rupanya telah bertukar kepada sesuatu yang diluar jangkaan dengan kuasa Kun Fayakun Yang Maha Esa..Daripada asalnya takkan mampu pulang beraya pun jika diikutkan dengan jadual kuliah yg agak padat,alhamdulillah dapat pulang bertemu mata dengan ibu bapa sekaligus pulang menyumbang bilangan undi, syukur Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui...
Dalam pada itu, Allah takdirkan berdepan kesukaran mencari tiket dengan segera(nak issue tiket yang affordable pada hari yang sama decide nak balik!) , limit pengeluaran sejumlah wang untuk membayar tiket untuk 4orang, serta beberapa perkara lagi yang hampir-hampir membantutkan niat kami untuk teruskan plan kamikaze ini...Pada masa itu, dalam hati hanya satu sahaja doa yang diulang-ulang, Ya Allah jika baik urusan ini pada pandanganMu, mohon permudahkan segala yang sukar..lepas tu redah jelah dengan tawakkal..tapi entah macammana jadi smooth alhamdulillah...
Tiket selamat di issue, ada orang sudi hantarkan ke airport dengan bayaran yang
sangatrendah, urusan bisnes Herbalife yang alhamdulillah smooth semasa transit di Cairo, cabaran pertama bermula sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di airport Abu Dhabi ini...dengan membawa dua anak kecil, memegang boarding pass bersama long transit 16jam ternyata menggugahkan juga semangat yang mula hendak terbina...mengikut polisinya, transit melebihi 8jam akan beroleh one night hotel, namun realitinya tidak begitu kerana hotel ditakdirkan Allah telah fully booked.

Lantas, kami mencuba nasib di beberapa kaunter pertanyaan bagi penerbangan Etihad. Mereka menunjukkan simpati dengan menawarkan stroller kerana airport ni bukannya kecil, tapi apalah maknanya kalau uwais yang beratnya melebihi guni beras biasa ini hanya mahu didukung oleh ibunya sahaja hari ini...saya rasa macam nak
menangis punyalah lenguh pinggang,tapi dalam hati masih belum berhenti berdoa mengharapkan belas ehsan dari Dia...pada masa itu, setelah semua usaha untuk mendapatkan hotel mahupun free lounge gagal, saya minta dariNya apa-apa sahaja yang terbaik pada kacamata Dia...kerana Dialah pengurus seisi dunia,mustahil perkara sekecil ini tidak ada jalan keluar...

Tiba-tiba,sedang kami bermundar mandir mencari tempat untuk melepaskan lelah yang terasa, datang dua orang staf berpakaian kot kemas, mengarahkan kami ke satu kaunter yang dibuka khas untuk para penumpang business class dan gold guest card. Sampai je sana, disambut dengan sangat baik, dicuba sekali lagi usahakan peginapan airport hotel, akhirnya kerana tidak berjaya kami digantikan dengan sejumlah meal voucher..
Untuk pengetahuan, meal voucher yang diberi boleh digunakan pada hampir kesemua restoran yang terdapat disini..of course yang terang-terangan meletakkan logo ataupun nama arak is a no no...range makanan pula bermula serendah harga 20dirham sehingga ke 100dirham..terkedu kami suami isteri setelah dicongak-congak rezeki Allah untuk bfast,lunch dan dinner hari ini sahaja mencecah lebih 1000dirham kerana kami memperolehi lebih kurang 14keping voucher...MasyaAllah, janganlah kami tergolong dari kalangan mereka yang mendustakan nikmatMu...
Sampaikan abang berseloroh nak lelong sebahagian daripadanya dengan harga yang murah heheh...yelah, kalau nak beri pada sesiapa, bimbang dia ingat kita nak bersedeqah padanya, kerana kami pernah berpengalaman dimarahi sesorang yang tak dikenali kerana hendak memberi makanan pada anaknya...walhal, hati saya mudah gulau jika saya tengah menyuap makanan ke mulut anak,ada mata anak lain yang memerhati...

Jadi, kami gunakan untuk sendiri saja huhu..
Tapi, segan juga rupanya...setelah ambil makanan dan nak duduk makan, tersipu-sipu saya menyuap makanan ke mulut sendiri dan anak-anak...kerana banyak mata yang memerhati...semuanya sudah maklum, makanan-makanan disini amatlah mahal nisbah harganya kerana ia hampir bertaraf hotel...didalam hati hanya mampu berbisik kecil, maafkan kami tuan-puan...andai boleh berkongsi ingin saya hulurkan apa yang termampu, namun bimbang juga ada yang terasa diperkecilkan...hinggakan pada masa minum petang, kami beli dan makan senyap2 di tempat duduk huhu..almaklumlah, ibu dan bapa kelihatannya masih muda, anak-anak juga masih hingusan, tapi sudah mencedok makanan yang bisa diambil oleh orang korporat.. Begitulah gambaran rasa yang bermain-main dihati tadi...

Namun, yang amat pasti ini semuanya dari Allah...Pemilik seluruh khazanah dilangit dan dibumi...benar-benar terasa kerdil dengan 'hadiah' dari Tuhan pada hari ini...sesungguhnya haaza min fadhli rabbi...
Ruangan airport khususnya di Terminal 3 pula kelihatan lebih tenang kerana orang tidak ramai padawaktu itu...jadi,seperti pucuk dicita ulam mendatang, alhamdulillah anak-anak boleh bermain dengan sangat selesa di Kids Area,dan kami berdua pula boleh memilih mana-mana kerusi panjang untuk berehat santai sambil berbual-bual berdua mengenang luarbiasanya nikmat Tuhan yang pada hari ini...Apabila budak-budak bertuah ini kelihatan sudah letih, saya bawa pergi mandikan seorang demi seorang di Shower Room yang tersedia sambil Abang menjaga barang-barang..
Adik Uwais paling seronok kerana boleh bergolek-golek sambil menyusu dengan tenang di surau yang pada hari ini kelihatan amat kosong tidak seperti transit sebelum ini..nak lunjur kaki pun terasa segan sebab ramainya orang...
Apabila masing-masing sudah mengantuk, kami hamparkan selimut tebal yang dibekalkan di atas karpet airport, jadi pakat kongsi seorang sikit tidur sambil mama dan papa pantau dari kerusi...Alhamdulillah, walaupun tidak seselesa seperti tidur di atas katil, namun masih ada tempat yang agak bersih untuk kita menumpang transit...dengan free wifi with full signal, kami berdua ambil kesempatan sementara anak-anak tidur untuk menonton beberapa video youtube mengenai perkembangan politik semasa di tanahair. Sedang asyik membuat ulasan tak profesional, tiba-tiba terpandang sosok yang dikenali di screen besar di TV yang terdapat disitu. DSAI sedang ditemuramah, kemudian Nurul Izzah pula tampil kelihatan.
Tersenyum sendiri mengetahui rupa-rupanya perkembangan politik tanahair kita mendapat liputan meluas...moga yang baik-baik sahaja untuk Malaysia tercinta...
P/s : entry ini ditulis ketika sedang transit di Abu Dhabi dan teman berbual kelihatannya sudah tenang dibawa mimpi...
1 comment:
116
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment