Monday, January 18, 2010

Turki trip : part I

salam 'alayk..

apakhabar semua?

dah lama papa minta mama tulis entry berkenaan dgn Turkey trip ataupun more to our 2nd honeymoon ni tapi asyik tertangguh dek beberapa halangan yang sebenarnya lebih kepada takde mood nak mengadap laptop..apapun,rasanya the time has come(Balqis is sleeping soundly now). bila YM dgn mar hari tue,bertambah semangat nak tulis bout this trip =)

awwal kalam, setelah beberapa kali duduk mendraf holiday plan demi plan dengan hubby tercinta, akhirnya dengan izinNya kami memutuskan untuk menziarahi bumi khilafah Turki pada 3Disember 2009 yg lalu hingga 8 Disember..sekejap sangat memang tak sempat nak pergi satu Turki..jadi,kami pergi bahagian barat Turki dulu..perjalanan dipermudahkan lagi apabila kami ambil pakej dengan Travco(sebuah agen pelancongan yang agak besar disini dan mempunyai rangkaian di banyak negara)..alhamdulillah,semuanya in budget termasuk flight tiket, hotel, airport transfer(yg sangat kami perlukan sebab takde kenalan plus taktau selok belok jalan di Turki), tourist guide, transport sepanjang disana etc..

gambar2 ni modelnya sama je sebab hanya keluarga papabalqis je yg org melayu dlm group tue..the rest ada 2 newly weds couples dari Mesir, satu keluarga dari San'a,Yaman, seorang makcik dengan anaknya dari Syria, satu romantic old couple dari Itali (kami berdua selalu tersenyum tgk 'atuk' dan 'nenek' ni saling menjaga antara satu sama lain), a middle-age guy from Belanda and one last couple dari Paris..

Hari 1

kami bertolak pukul 8.30 am di Cairo Airport.. hm,ada satu peristiwa menarik masa solat subuh di musolla mator..pagi tue, saya baru je story-telling dgn hubby gtau rindunya kat kwn2 lama especially yg dah lama tak jumpa..antaranya, nurul ain @ ainshams skg 5th year medic di JUST,Jordan., pagi tue, lepas je solat subuh,tiba2 ada orang salam dan terus gave me a big hug..saya tak perasan lagi sape orangnya sebab tak sempat nak tgk mukanya,tapi dengar suara mcm kenal..guess what,orangnya adalah Ain!! lama sangat dah tak jumpa dia sejak masing2 tamat belajar di DQ. sempatla kitorg bertukar2 story jap sebelum saya terus ke lounge tpt my hubby setia menunggu isterinya sudah solat..sangat sekejap jumpa tapi that was a great moment n ok2,sambung cite balik..

em,perjalanan by flight dalam sejam setengah je..alhamdulillah,Balqis tidur sepanjang perjalanan..memang selalunya pun, ditakdirkan Balqis mudah tidur kalau naik apa2 kenderaan especially long-journey type..jadi,sempatlah kami berdua berbual bersama sambil2 snap pics n tengok2 tourist guide book yg ada dlm flight tue.



view from air



during airport transfer from Istanbul to Taksim (cross a bridge and i forgot its name )

p/s : mama yg serius mendengar taklimat tourist guide berkenaan dgn tempat2 yang kami lalui..oh Balqis sedang tidur masa ni dan papa sibuk dengan kameranya..ada satu peristiwa semasa menanti kenderaan dtg ambil kami..punyalah kami berdua dok meninjau nama2 bas yang dtg ambil para pelancong,kot2 ada tertera nama agen Travco..rupa-rupanya,dah lama kenderaan ni tunggu kedatangan kami anak beranak beserta satu newly wed yang juga dari Egypt. sangatlah tak tersangka dapat naik Limousine Mercedes Benz plak..hehe,rezeki.. =)


dekat Taksim subway metro. On the way to Cevahir (the new largest hypermarket in Taksim,Turki)



pulang dari Cevahir..this pic was taken in front of our accomodation : Savoy Hotel.. very recommended because of its location which is in the centre of Taksim (Taksim Square).. only a few walks then u can reach shops,metro,bus stations,restaurants,cafes,markets etc..

Cevahir adalah sebuah hypermarket yang sangat besar.. i guess lebih kurang or dua kali lebih besar dari City Star, Cairo..boleh pergi dengan Metro from Taksim ke Sisli (sebutannya shishli) dengan hanya 1.50 TL (Turkish Lira)..kami pergi masa tu tujuannya nak ke Mothercare,cari stroller Balqis yang carriable sebab stroller nya ditinggalkan di Mansurah kerana agak berat dan besar..tapi,tak beli pun,harganya saja boleh buat biji mata terkeluar,huhu..baik beli kat Malaysia kot lagi murah walaupun branded (baca : berkualiti). oh ye, banyak pictures yang di ambil disini kerana binaan bangunannya yang unik dan menarik tapi rosak bersama-sama dengan digicam yang demam pada hari ketiga kami disana..sejuk sangat kot disana,kamera tu demam tak kebah-kebah sampai sekarang..

Hari 2

Kami dibawa ke Princess Island..sebuah tempat yang sering dikunjungi ketika musim panas kerana kedudukannya yang berhampiran laut dan mempunyai pemandangan yang cantik.. perjalanan ke sana memakan masa 2jam by ferry tapi tak membosankan sebab ferinya ada bahagian open air which is a very nice place to breathe fresh air and get nice scenes to be shot..

breakfast time



balqis sambung makan di bilik sementara menunggu encik tourist guide datang ambil

aksi balqis yang kesejukan walaupun telah berbaju tebal 4 lapis

singgah sebentar di Suleyman Mosque berhadapan Egyptian Bazaar(2nd biggest spices market) sementara menunggu jadual feri ke Princess Island.



sea view ni sangat cantik subhanallah dengan burung-burung terbang sume, tp kerana kekurangan kepakaran mengambil gambar,mungkin nampak biasa2 je gambar ni..


atas feri- balqis beramah mesra dengan kanak-kanak Turki menggunakan bahasa ibunda masing-masing

view from horse cart



ecece (^_~)

ok, to be continued..anakandaku dah bangun dan mencari mommanya =)

p/s : tak taulah bila pulak dapat sambung part seterusnya..exam is really coming..and lots of notes and MCQ to be done..Rabbuna yusahhil and do wish us luck!! =)

4 comments:

zura said...

comel gila gambar balqis yg kesejukan tu! hehe..

k.shida & juwe, all the best in this exam k? :)

dealova said...

ok kak syida...
saya jeles...^_^

'atiqah said...

salam..
wah, jelesnya part naik horse cart tu!! ala2 cinderella gitu =p

p/s: good luck in ur exam..wish me luck too =)

ainshams said...

salam shida!!
rindu nyer kt ang!! br dpt msg, tetibe 'berjodoh' plak kt surau.. aku transit nk blk jordan, ang nk ke turki.. lain haluan, namun.. takdir Allah tu mmg cantik..
krm slm pd balqis..

maila ke jordan.. ^^