Friday, April 1, 2011

aiskrim oh aiskrim

assalamualaykum wbt..

Balqis sangat suka makan coklat dan aiskrim..suka sangat sampai hari2 mintak nak "aikim" dan "cukkat"..bunyinya sangat sanskrit,bukan? kalau dulu,memang saya/papanya lak je..lak yg bermaksud biarkan aje walaupun dalam hati berniat melarang. tapi, apalah makna dunia kanak2 tanpa benda dua ketul ini,kan? saya sendiri membesar dengan kenangan aiskrim pop, aiskrim pelangi paddlepop,coklat arnab,coklat cloud9, dsb...

Boleh bayangkan tak, dia tarik tangan kita dan tunjukkan freezer minta nak makan aiskrim pukul 4pagi di musim sejuk ni?? bertuah sungguh..maka,sebab itulah freezer dirumah mesti sentiasa ada aiskrim. Dan,oleh kerana pilihan Balqis selalunya eskrem jenis Connetto, (kerana dia hanya makan bahagian atas shj), kami sering membeli sebekas besar eskrem jenama Hawaii(sempat lagi promote) perasa coklat..sedap!! boleh scoop masuk dalam cawan dia..jadi, saya boleh sukat/catu berapa scoop yg dia dah makan pada hari tue..

Sehinggalah, pada satu hari tu saya yg sedang mendukung Balqis di satu supermarket di Malaysia terserempak dengan kawan lama yang sudah bergelar Pharmacist..sembang punya sembang, dia tanya nak kemana..i told her nak pergi beli eskrem untuk sikecik ni..aiskrim yang ketiga untuk hari itu..terbeliak mata dia..katanya, " aik, banyaknya makan..eskrem ni tak elok bla..bla..". saya tersengih saja sebab memang dah tau tapi kurang kekuatan untuk say NO. Masa dalam kereta, termenung jauh saya sambil dihati mengiyakan kebenaran kata rakan saya tadi..betullah,jenis aiskrim yang digemari Balqis ni banyak mengandungi non-dairy creamer which is really bad for her health. plus, she's still a BABY..lainlah kalau dah besar sikit..

Mulai hari tue, saya mula bertegas dengan balqis..

ONLY ONE ICE-CREAM IN A DAY!

Memang dia meraung, berguling dsb..hati rasa tersayat sebab kasihan tapi, saya buat tak nampak aje..bila dia dah selesai mengamuk, saya akan ambil dan dakap dia kemas2, sambil bagitau "sayang, mama/papa boleh bagi,tapi sekali sehari je ye..sebab benda ni bad..very bad for ur teeth,for ur body bla..bla..at the end, cakap padanya I LOVE YOU dan nyanyi lagu I LOVE YOU versi Barney"..Alhamdulillah, dia akur walaupun saya tau mungkin dia tak faham certain words,tp tak mengapa..ini proses mendidiknya..

Nak menjadi lebih dramatik lagi, apabila saya/papanya mula berasa sangsi dengan eskrem2 yg dijual di sini..terlalu banyak jenama dan memanglah ada jenama yg common seperti Nestle tp susah nak jumpa yang ada tanda halal..tidak seperti di Malaysia, mudah kita nak beza sesuatu tu halal,haram or syubhah..

Semalam, lepas Balqis dah tidur, kami buat research sikit di internet..cari foodguide Britain dan America nak tengok senarai jenama makanan yang halal,haram mahupun syubhah..sebab, kebanyakan makanan disini seperti aiskrim, cookies, coklat, breads diimport dari kedua-dua negara tersebut.. coklat2 pun banyak dari switzerland dan Brazil. Kalau dari Malaysia, barang-barang import yang dijumpai setakat ini adalah Mee Maggi, kasut kanak-kanak dan alat-alat tulis.

Saya tinggalkan linknya disini buat rujukan para pembaca..

Produk halal/haram di Canada-USA

Foodguide UK


Untuk anakanda Balqis, dia masih boleh makan aiskrim tapi bukanlah hari-hari apatah lagi 2-3 kali sehari! Salah satu jalan penyelesaiannya, buat sendiri aiskrim di rumah..saya dah tak ada alasan lagi untuk taknak buat sebab peti ais pun besar. Dulu, peti ais kecik je.. Masa? insyaAllah ada je masa kalau boleh manage.. baru2 ni, papabalqis dah invest beli benda ini..bertambahlah semangat mama =)


homemade aiskrim 1-


oleh kerana Balqis tak suka makan buah selain pisang, maka alternatifnya saya buat aiskrim sorbet buah oren dan strawberry layer,hehe..supaya dapat jugavitamin buah =)



Buah oren blend macam biasa..tak perlu tambah gula kerana oren 'Abu Surrah' dah memang manis rasanya. Buah strawberry kita jadikan seperti jem. basuh bersih2, masak atas dapur dicampur sedikit air dan gula kerana rasanya yang masam.




selain boleh dibuat aiskrim, boleh dimakan bersama pancake atau boleh buat topping cheesecake mahupun boleh dimasak dengan muffin.. menjimatkan masa, dan healthy =)

Bekas aiskrim ni memang best sebab ia mengembalikan memori kami dizaman kanak-kanak..boleh buat aiskrim kacang hijau, aiskrim kacang merah dsb..hehe, makayah pulak yang lebih =P Kalau nak beli, ada jual kat Awadallah Gadid..promote =)

2 comments:

'atiqah said...

salam.
wah. lazatnye gambar yg last tu =)
[\p/s: damia' sekarang pun tgh 'berjinak2' dgn aiskrim dan ayaq2 sejuk.hr tu, dia curi2 minim air soya sejuk ibu punya.sedap, dia dok ulang minum byk kali, sampai perasan sikit =p

mmk said...

wslm wbt..

bagusnya damia' nak minum air soya..balqis tak suka..in fact, dia akan luek balik kalau kita suap,huhu..

p/s: emm,sedapnya air soya..kat sini, takde jual..kena buat sendiri klu nak..

take care dear..miss u so much!