Jiilul Quran...itu harapan mama dan papanya..tapi, usaha kearah itu sungguh,sangat mencabar dan menuntut kesabaran..mujur dihadiahkan anak-anak kecil yang fitrahnya masih bersih dan suci, jadi advantage pada mama untuk mengajar Quran...kerana, sifirnya ajar apa2 pun insyaAllah akan cepat tangkap dan lambat lupa...seperti ada sebuah kata hikmah ini, katanya mengajar anak-anak kecil ni ibarat mengukir diatas batu...tapi, cabarannya masyaAllah...tak lain tak bukan---MASA...Sungguh masa sangat tak mencemburui...terlalu banyak benda yang nak dibuat sampai rasa tak cukup masa...Alhamdulillah sangat kerana kami masih dalam tempoh belajar,jadi punya EXTRA masa untuk memantau perkembangan anak-anak...
Cabaran seterusnya, biasalah dah namanya mengajar anak-anak, jadi jangan expect diorang akan duduk diam bersimpuh depan cikgu...realitinya, 5min pertama, kedudukan sangat perfect, 5min kedua, dah sangat santai, kejap kesana kejap kesini...tapi, cikgu mesti maintain senyum dan jangan marah hehe....
Setakat ini,kakak Balqis alhamdulillah memberi respon yang sangat baik terhadap pembelajaran Qurannya bersama mama..Apapun, we're still a slowly Quran learner comparing to the other kids outside huhu..takpelah, sikit-sikit lama2 menjadi bukit kan :)
Kerana kakak Balqis sebelum ini belum berminat nak duduk diam untuk mama ajar iqra',jadi saya fokus pada menghafaz dulu...caranya,saya baca sepatah-sepatah dan dia akan mengikutnya...sambil-sambil memasak didapur, ataupun ketika menyikat rambutnya,atau ketika berjalan bersiar-siar diluar,ataupun dimana-mana sahaja kecuali toilet :P
Alhamdulillah,walaupun lambat tapi sangat berkesan untuk dua tahun pertama...sejak dia mula menghafal pada usia dua tahun(dah terlewat sebenarnya)..usia setahun awal,mama hanya memperkenalkan huruf hijaiyah sahaja untuknya melalui flash card yang dah berapa kali buat,berapa kali rosak dikonyok dan digigit oleh baby balqis masa tu hehe...
So far, alhamdulillah dua tiga minggu lepas, kakak balqis is officially welcomed to recite the Quran besar, and she's so excited about it hehe...tapi, ujiannya mama dan papa belum berkesempatan nak pergi explore Salam nak cari Quran bertulisan besar...apa yang dah dibuat sebagai tidak menghampakannya, saya print screen page yang hendak dibaca dan dihafal dari iQuran,dan besarkan pixelnya...and she's so happy masyaAllah tabarakallahu fiiha...bolehlah rasanya buat masa sekarang sementara nak dapatkan the real Quran yang bertulisan besar...
testing Surah Fiil dulu
She's working on this surah now..Suratul Kahf..doakan.. |
Pasal adik uwais bersama Quran, nanti mama blog di lain entry ye...sebab adik Uwais ni lagi best cabarannya..almaklumlah boboy,bukan gegirl macam kakak...
regards~
No comments:
Post a Comment