Sunday, December 12, 2010

Simple Yet Tasty InsyaAllah

Assalamualaikum wbt...

Salam mesra buat semua, moga sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya,Ameen~

Baru sahaja selesai godek2 template baru(akibat dh termula tukar) utk blog ni dan assorting tulisan2 disini mengikut kategori(baru nak buat?!) dan terperasan yg saya dah lama rupanya tak update apa2 dalam diari masakanku yg serba sederhana itu..

Segan sebenarnya nk post sbb terlalu ramai yg pakar diluar sana..tp,takpelah sekadar koleksi sendiri dan buat sesiapa yg sudi =)

maka, bermulalah aktiviti snap gambar beberapa menu sekitar minggu ini dan juga yg dah lama tersimpan dalam draf ni.. menu biasa2 aje, yang penting orang rumah ni kenyang perut,senang hati hehe..sifir saya mudah, biar simple asalkan ianya tetap menu SIHAT dan disediakan fresh from home =) orang kata, air tangan isteri/ibu ni ada aura pengikat kasih sayang,Wallahu'alam..moga-moga kasih sayang berkekalan dan diberkati ameen..

eh, sesekali sedap juga makan kat luar tapi tak bolehlah selalu..kebetulan menu kat sini pun bukan mcm kat pasar malam di Malaysia..jadi,tak menggugat selera sangatlah kira-kiranya hehe.. Tapi, Balqis pun bukan main lagi dah ada favourite restaurant..apa yg mama/papa perhatikan kalau beli menu disitu atau bawak makan kat situ,memang berselera betul dia habiskan apa dalam platenya.. tp, kalau menu yg sama tp beli di kedai makan lain,dia akan makan skit je atau tak makan langsung..macam dah pandai bezakan taste je..budak zaman sekarang =)



bukti makan di luar haha..nih mama sdg melukis gambar "sun,moon,star dan alif ba ta" atas permintaan Balqis di buku ophtal(????!)

Voila!! Inilah menu dinner awal minggu ni..guna apa yg ada kat rumah je..and oh, please pardon my lack decoration n pic quality =P


Pasta Bayam bersos Keju dan Daging Bakar Berempah




saya gunakan ini utk bahan pasta..rebus dan campur sedikit fettucine yg ada utk perabis stok =P..sebagai salah satu sumber karbohidrat dalam menu utama selain nasi..


menarik sebab ada campuran BAYAM as a veggie source.


Dan ini untuk bahan sos putihnya(white sauce).. dicampur dengan 3-4btg keju Mozarella stick yg entah bila nak habis dalam peti ais tu wpun dah buat mcm2 masakan..papa beli masa mama crazy about making homemade pizza dulu. bersama sedikit susu+garam+oregano. nak lebih sedap, boleh tambah kiub ayam tp i dont put this for the sake of young Balqis =)



Parmesan cheese


Sudah tentu lebih menjimatkan masa apabila menggunakan ini..tp, belum tentu menjimatkan belanja anda =P

cream cheese (pic googled)


dan seperti biasa, Herba Itali yang sukar ditandingi aromanya..


Oregano

ini untuk perapan daging..daging dipotong nipis dan lebar ala steak dan diperap dengan sos tomato+sos tiram+lada hitam+ketumbar+bawang putih+garam secukup rasa. Daging yg sepatutnya diperap semalaman sebelum dibakar (utk rasa yg lebih enak) sempat diperap dua jam shj..tp,the taste alhamdulillah has satisfied my hubby thus satisfy me too =)



bungkus dlm plastik je duduk diam2. sos perangnya saya pakai didihkan lebihan dari bahan perap ini saja..mudah,bukan?


hehe, ini kes makan malam tak habis so mama alter bwk ke menu breakfast esok pagi..



sausage with tomato sauce
baked potato slices
pasta+sliced grilled meat
scrambled egg(tp x jadi cantik mcm kt hotel huhu)
and fruits


sampai disini dulu..insyaAllah bakal disambung lagi dengan beberapa menu simple yg mudah dan cepat dikesempatan lain..

saya tinggalkan anda para pembaca yang dihormati selalu dengan gambar latest ini..



frrezing papa and steady Balqis..tgk rambutnya berjuntaian yg taknak diikat tu..hari2 ber'gaduh-sayang' dgn mama bab ikat rambut,huhu..


Peace (^_^V)


current temperature : 6-11 degree celcius..hujan pun dah masuk hari kedua turun mencurah bumi Mansurah. Sejuk? menggigil hingga ke tulang, tapi anak ini masih sudi berlari riang,ketawa mengekek, dan culas memakai topinya..

doakan dia sihat dan tak demam ye~




Friday, December 3, 2010

sambungannya

sambungannya...

11) saya dan suami masih belajar..tak kerja lagi =) masing2 baru tahun 4..masih berbaki tolak campur lagi 3tahun InsyaAllah kalau tak repeat apa2 year,minta dijauhkan Ameen..

12) kami tinggal di syari' zharif, Istad Gamaah..betul2 depan stadium Universiti..kalau ada yang berhajat nak datang ziarah,jemputlah jangan segan2..kita jamu apa yang ada sambil bincang2 masalah dunia =)

13) saya orang Kedah, bertemu dengan orang Kelantan..Balqis pun dilahirkan di Kelantan. jauh juga kalau nak balik kampung halaman..RnR pun tak banyak tak mcm lebuhraya utara-selatan..tapi, bosan-bosan pun mesti kena bersyukur selalu ada jugak orang nak drive bawak kita balik Baling =)

14) kalau ada big event contoh birthday/anniversary, selalu saya berangan nak buat macam2..too many plans in hand tapi akhirnya yang jadi tak sampaipun separuh haha..

15) Alhamdulillah(dengan rasa bersyukur) saya baru habis maraton KCB Ramadhan series(55 episod tuu) tamat je exam end-posting ENT hari tue...selagi tak habis,selagi tulah dok mengigau nama Mbak Anna, Mbak Husna entah mcm2 lagi nama2 pelakon bila terjaga tengah malam..huu

16) akibat dari tengok cerita ini, saya jadi rindu dengan suasana di Darul Quran dulu bila tengok biah pesantren disana..sungguh solehah dan damai sekali..

17) saya suka memasak..dan suka makan masakan orang =) rindu nak makan masakan 'orang tu'(u know who u are)..dulu rajin dia memasak utk saya,hehehe..

18) em, saya selalu membayangkan nak tinggal dan menyekolahkan anak2 di oversea bila dah kerja nanti..bukan tak sayang malaysia tapi, takut rasanya bila baca berita2 kes culik,rogol dsb na'uzubillah yang berlaku di Malaysia sekarang...tapi,nak balik kampung(kedahkelantan) tiap2 minggu..cemanelah tu...?

19) sekarang sangat happy sebab cuti sekolah dah jadi 2x seminggu..seronok bersantai goyang kaki bersama balqis dan papanya dirumah =)

20) suka menanam..sejuk mata tengok dedaun hijau..sekarang dah ada 4 pasu pokok di rumah..tq to papa sebab belikan tanah dan pasu cantik hehe..nasib baik murah aje..alhamdulillah.

21) kami berdua anak sulung dalam keluarga..dah ada anak ni, baru nampak besar sebenarnya harapan mak ayah kita pada anak2 ni lebih2 lagi pada anak sulung..semoga kami dapat menjadi Qurratua'yun buat kedua2 orang tua..Ameen

22) suka membaca tapi bukan buku2 sekolah huhu..paling menggemari karya Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. novel2 omputih saya kurang sikit. novel omputih yg papabalqis beli kt Dubai dulu pun dekat 2thn baru nak habis baca =P

23) sekarang sedang suka main puzzle..siap kerja rumah je biarlah walaupun lewat malam pasti riang hati kalau dapat menyelesaikan jigsaw puzzle..Hang Tuah pula tak jemu2 membina bangunan dari Lego Balqis haha..Balqis ganti kitorg suka tgk movie (Tinker Bell trilogy) skg.. terbalik habis..=)

24) em, kami berdua punya cita-cita besar nakkan anak2 dapat jadi hafiz hafizah yang benar2 dapat menjaga hafalannya serta berakhlak soleh lagi musleh..AMEEN YA RABB~

25) sebenarnya kalau ada pilihan,saya lebih suka utk tidak bekerja dan berdiam dirumah..keperluan suami dan anak2 dapat diurus dengan lebih baik rasanya berbanding dgn a hectic life as a doctor that we would face. tapi apapun, tetap perlu yakin bahawa Allah akan memberikan yang terbaik pada kita hamba2Nya..semoga Iman dan Islam kita sentiasa dipeliharaNya walau dimana saja kita berada nanti..hehe, dah yang terakhir ni, takpelah ye kalau terpanjang sikit (^_~)


'Ala kulli hal, ALHAMDULILLAH, selesai jugak sampai ke no 25 ni...susah jugak nak complete kan tapi kalau dah mula bercerita, payah pulak nak berhenti..biasalah,kuat bercerita, like mother like daughter..sekarang,like granddaughter plak =)

tapi, saya tak nak tag sesiapa ye..kalau ada sesiapa yang terbaca dan nak buat, ahlan dipersilakan dengan besar hatinya =)

tagging

assalamualaikum wbt..

sebenarnya dah lama dapat TAG ni..tapi, biasalah gitu gini gitu gini akhirnya tag ni terperam lama dan ni baru nak buat..jangan marah ye ummu-iffah@nurul..oh ye, mabruk juga kat nurul dan suaminya atas kelahiran cahayamata mujahid baru-baru ini..moga2 menjadi permata yang soleh kebanggaan abah dan ibunya..mesti seronok kakak iffah dah ada 'kawan' baru kan..haii bilalah giliran balqis plak ye..doa-doakan yang terbaik~

terima kasih jgk kpd nurul atas ingatan tag ni..dan selamat berpantang =)

Ok, ni bunyinya...

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1) nama saya Murshida bt Mustafa Kamil. membawa maksud 'petunjuk' atau 'bimbingan'..semoga kehidupan saya berjalan sejajar dengan makna disebalik nama itu..Ameen..bukankah nama itu satu doa,kan?

2) alhamdulillah, happily married kepada seorang Hang Tuah yang diutus Allah utk menjadi suami imam kepada saya dan anak-anak..

3) saya sayang SANGAT dekat Hang Tuah yang seorang ini...pelaburan DUNIA AKHIRAT saya..

4) banyak kesukaannya yang menjadi minat saya..antaranya pasal KERETA..materialistik huh? bincang pasal kereta je belum beli lagi dah boleh buat hati berbunga-bunga haha...lagi, minat saya yang menjadi kesukaannya..e.g: pasal makanan, Interior Design(kuat berangan ni) etc hehe..

5) tapi, yang paling ketara adalah dua-dua org kaki 'ukur jalan',hehe..asal cuti tak kira panjang ke pendek ke,mesti cepat je plan konon-konon nak kembara bumi Allah ni terbentang di kepala..untuk winter kali ni masih dalam peringkat KIV(kept in view) lagi hehe..tp,proposal dah dibawa kepada 'orang atasan' @ ibu ayah di Malaysia =) Tp,rasanya tak kemana2 kot kan bang..kata nak disiplinkan Balqis betul2 bercerai susu badan(she's already two yrs old) dan potty training..InsyaAllah.

6) dari segi KONTRAS pula, tetap ada terutamanya dari sudut pandang.. contohnya, kalau buka Kosmo Online, Hang Tuah akan baca segmen Dunia dulu, tapi isterinya ni akan tuju kat segmen Hiburan dulu hihi...macam2lah.. tapi bila difikirkan, inilah yang dinamakan TAQDIR ALLAH kan? Hampir kesemua kontras itu alhamdulillah rupa2nya Allah buat supaya dapat jadi balance yang positif dalam kehidupan berumahtangga ni...

7) Alhamdulillah pernikahan ini sudah menghampiri tahun ketiga(sejak 08 Feb '08) dan sesungguhnya banyak lagi yang perlu dipelajari dengan tekun dan sabar.. life is a learning process...mohon didoakan ye~ =)

8) diserikan dengan kehadiran seorang anak perempuan...Batrisya Balqis namanya..Batrisya = yang pintar..Balqis = Ratu Balqis..mengambil ibrah dari kebijaksanaan sang Ratu yang bisa mengemudi negaranya dan akhirnya menjadi isteri buat seorang nabi Allah, Nabi Sulaiman a.s setelah hatinya disapa iman. semoga anakanda membesar menjadi seorang muslimah yang solehah dan cerdas fikirannya..

9) sekarang sedang nyenyak tidur setelah malamnya sibuk berjaga..macam-macam aktiviti dia nak berjaga malam..dan, dah makin keletah dan peramah sekarang sampaikan mama dan papanya pun berkerut2 dahi nak faham isi butir bicara puteri nan seorang ni..hehe..

10) adoi baru tulis 9 perkara dah rasa letih..sambung kemudian aci tak? hehe ..saya kalau bab tag-mengetag ni masa balqis baby-baby dulu rajinlah nak membuatnya..bila dia dah tak baby ni fikir lima enam kali jgk baru nak sentuh huhu..ampun ye,nanti kita sambung lagi =)



Monday, November 15, 2010

ENTRI KHAS ; Journey to another Year

assalamualaikum wbt..

hari ni 15 hb..hari wuquf di padang Arafah..hari yang disunatkan berpuasa..jadi,no lunch today, means that mama has extra time sementelah balqis pun masih lagi dibuai mimpi...so, saja mama belek2 gambar2 lama sambil dok sentimental sorang2 (heh) tengok gambar budak kecik sorang ni sejak dari lahir sampailah sekarang...kebetulan tertarik dengan gaya ummu iffah publish gambar iffah, mama pun try wat camtu..tapi, sebab tak-berapa-nak-rajin cam Nurul, maka jadilah seperti yang tak seberapa ini..tapi, nilainya di hati sangatlah tinggi =)



ni gambar balqis masa masih baby2 dulu..skg dah tak berapa nak baby dah,hehe..yelah,dah jadi toddler kan. tapi, still and always be mama and papa's baby =) masa ni agak senang menjaganya..kerjanya tidur,makan,senyum sikit2, tidur balik...cuma, dah pandai berjaga malam..balqis ni kerjanya berjaga malam masa mama masih dalam pantang lagi..masa tue, papa lah yang rajin mendodoikan dia sambil 'hembus' sikit2 suruh tidur cepat.. =) but,we're learning as time passing by..



masa ni dah besar sikit...tapi rambut masih dok macam tue..takde perkembangan hihi...dah pandai ketawa mengekek bila diagah..dah pandai main golek2...papa pun bermacam idea disusunnya bantal nak buat barrier untuk anak sorang ni...tapi,alih2 terjatuh jugak sekali sebab masa tue kami berdua mengantuk Tuhan saja yang tahu...tak sedar langsung sampailah dia menangis,huhu..tp alhamdulillah nasib baik tersangkut kat kelambu,kepala dan badannya tak cecah lantai..comel, macam ikan dalam jala je hehe...




oh, inilah masa2 yang sangat membahagiakan tak kurang juga menguji kesabaran yang sedia tipis ni..being a young parent while studying ni tak mudah rupanya...bertambah rumit apabila jauh dari orang tua...terkedek2 kami berdua belajar dan try adapt dengan cepat,from zero to something...but, worth trying...tapi, kerana kasih sayang tak berbelah bagi yang diletakkan di hati oleh Dia Allah Arrahim, maka disitulah kami bermula...dan bertahan sehingga kini, juga kerana Dia,Tuhan Yang Maha Mengetahui..alhamdulillah wasyukrulillah~



gambar ni masa dia dah 'dapat' kaki..=) seronok ukur jalan sampai tak cukup tanah, kena bawak pergi tempat lapang i.e Istad Gamaah (stadium universiti) depan rumah..stroller 2 ketul tue dok sengih aje kena tinggal kat rumah huhu..




dah besar sikit ni, hampir semua benda nak buat sendiri..nak main sendiri,ikut cara dia..mama dgn papa biarkan aje,asalkan dia happy,senang hati, kita nak buat kerja lain pun mudah,right? gambar baju kuning tue, she's with her new haircut..saja mama potong, sebab nak ikat dia tak bagi sedangkan dia sendiri rimas..potong pun tgh tidur..jadilah rupa macam tue.. amatur =) lagi, gambar dia naik bus dan nak her own seat..bukan main cik adik sorang ni..samalah kalau naik teksi, berhimpitlah mama ngan papa kt belakang tue, sbb dia sibuk "nak dodok ni(nak duduk sini),heh..tapi, starting next year, flight ticket dia dah lain price..dah tak dapat dah 10% dari adult price..sebab dia akan dapat seat sendiri tapikan huwaaa,ade sape2 nak sponsor ticket balik malaysia balqis? =P




ni hobi dia satu masa dulu...alhamdulillah, dah habis dah fasa hobi ni..kalau tak, jenuhlah nak basuh baju seluar dia yang berconteng...cadar tilam ,dinding semua dah selamat dikerjakan Balqis yang creative ni...asal tidur je, mama/papa pun ambil wet tissue dan lap tangan dan kaki dia..kadang2,dengan kita sekali di'hias'nya..



hm, this is her ultimate obsession now..dah tak boleh nak kata apa dah haha...baru2 ni, kami ke city star dan dia nampak patung Dora sebesar saiz badannya..memang dah tak bergerak kemana2 hehe...kesian kat anak, papa nak beli tapi mama berbelah bagi kerana harganya LE198..mahal kan? kalau LE19.80,beli dua tiga ketul pun takpe..at last, kami gantikan dengan beg Dora yang way cheaper yang juga menarik perhatiannya memandangkan dia pun takde her own school bag lagi..so,bermulalah episod tidur malam aje peluk bag sekolahnya yang dia panggil 'MAP'..sebab dalam siri Dora, Dora selalu pandang bagpacknya dan sebut "Map!!" untuk keluarkan peta..in fact, banyak words yang dipelajarinya dari siri ni,making us just fine to let her on..
mama tak ajar pun dia mengira atau membaca secara spesifik kerana mama dan papa lebih suka ulang2 baca surah2 pendek jika bersamanya..tapi,alhamdulillah,dah boleh mengira one to seven, satu sampai lima, know some spanish words and numbers etc...and some ABC that she learns from Barney and Friends and ABC Phonic sounds by Barbara Miles (from youtube)..Alhamdulillah..




and this is her second obsession that we've eyed on from last year at Baby Piano...alhamdulillah,rezeki balqis, masih ada lagi walaupun dah nak sampai hujung tahun ni..dapat yang baru, tapi juga dah selamat di 'tandatangan' oleh empunya gelongsor ni kalau perasan ada kesan pen kat situ. gelongsor ni dipanggilnya "GO"..taktau sebab apa, mungkin dia nak sebut gelongsor tu panjang sangat..nak sebut 'slide' macam tak jadi, akhirnya jadilah GO =)
selalunya dia akan berdiri kat tepi benda ni dan bagitau sape yang ada kat situ"na nek go" (nak naik gelongsor),sambil kira one to 4..sebab laddernya ada 4 aje =)


buku2 kegemaran dia sekarang..sangat passionate dengan buku2 ni, kalau nak pergi mana2 pun terpaksa kepit buku dia bawak sekali =) mama upload gambar disini sebagai my recommendation untuk my friends yang tengah mencari buku2 untuk toddler..good illustration with good words..and, i always made them as her lullabies..



the last one, her diary..hoho, kecik2 dah ada diary tau..siap ada pin code lagi..takdelah,saja berkenan sangat masa terjumpa kat KB Mall hari tue..murah aje diary ni..balqis buat belajar menulis alif ba ta dan some other drawings...

OK then,have to stop here...balqis pun dah bangun...entry pun panjang berjela ni..sebab tu namanya entry khas =) entry penghargaan kepada batrisya balqis selama dipinjamkan olehNya sebagai anak untuk kami belajar menjadi ibu dan bapa yang diberkatiNya...juga penghargaan kepada diri sendiri dan suami selama kita menjadi mak dan ayah utk Balqis...semoga kita akan terus gigih belajar dari kehidupan yang singkat ini dan beroleh pengakhiran yang baik disana~

disini juga,kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA buat semua umat Islam yang mengenali..MAAF ZAHIR BATIN...


luv,
~mamabalqis~
Semoga Rahmat Allah sentiasa memayungi perjalanan kita semua...~

Wednesday, October 20, 2010

inspirasi

assalamualaikum wbt..

sebelum apa-apa, nak minta MAAF kat semua pengunjung blog ni yang setiapkali masuk takde update.. tak taulah angin apa yang melanda, tapi mamabalqis ni UNINSPIRED to blog about how my days had been...mungkin sebab dah lama stop berblog (dekat dua bulan rasanya) , dah rasa kekok sikit macammana nak start balik..

anyway, lepas post yang terakhir hari tue, kami sekeluarga balik Malaysia..as usual =) walaupun setiap tahun selalu mewar-warkan kat kengkawan tahun ni nak buat open house time raya kat Mansurah, perancangan tinggal perancangan..entah bilalah nak boleh dapat berasa raya kat sini..maybe tahun 5 atau tahun 6 kot insyaAllah..=)

dah duduk di Malaysia, macam-macam lah yang nak buat..very occupied sampaikan hilang inspirasi nak update blog.. tapi,saya follow je perkembangan kawan2 bloggers,kebetulan ada free BB service di Malaysia, so sambil cuddle anak pun mama boleh online kan..in fact,almost everyday mama online,hehe..cuma, tak feel lah nak menaip blog dengan keypad phone..

ni kebetulan teman Balqis yang tak mengantuk2 dok tengok Dora The Explorer nya walaupun jam dah mencecah 3 a.m..aduhai lah si anak, kalaulah dia mengerti yg awal2 pagi mama dgn papa terkejar2 nak hantar dia ke Dirasat, then patah balik ke kelas, mesti dia dh tidur kan skg? hehe, macam manalah dia nak fhm..kecik lagila mama..eh,kecik2 pun idea dah macam2 tau..sejak dari celik mata bangun pagi, sampailah ke lewat malam, ada saja keletah dia yang buat kami gelihati..nasib baiklah gamaah cuti raya haji..tapi, apapun thanks honey dear for making our day =)

rasanya cukuplah sampai sini dulu buat masa ni..sekadar cari angin nak menulis balik..dan menjawab persoalan kawan2 yang tanya, kami ok ke tak..alhamdulillah, semuanya sihat walafiat...cuma, letihla sikit..baru sampai dari Kaherah Isya' tadi.. stay kat sana 3hari lebih kurang-menyambut kelahiran baru dari famili sebelah papa..comel babynya, tapi mama dan papa sempat snap satu gambar je..tu pun senget2..dok berebut dgn balqis.. sekejap2, nak dukung, sekejap2 nak amik gambar...takpelah, dia tak jeles pun dah kira ok berbanding hari mula2 baby lahir, baru mama sentuh je, dia dah berlagu sedih kat tepi mama..sambil cakap,

"mama, nanak kom! nanak kom!"
(mama, nak dukung,nak dukung !)

curi-curi je mama nak cium baby yang harum sungguh dengan natural bau 'fresh from oven' nya..sabar jelah dengan anak yang-masih-tunggal ni.. =)

oh ye, hari ni birthday si kecik ni..14/11/2008-14/11/2010 ..so, mama dan papa ambil kesempatan nak ucapkan

SELAMAT HARI LAHIR

Balqis is officially two today, ALHAMDULILLAH (^_~)

"to Balqis dearie, wishing u another year of laughter, joy and fun...and all the best for today,and always...because it means a lot to have a daughter as SPECIAL as YOU!! "


sekalung terima kasih juga buat semua yang mengingati dan memberi ucapan..sama2 doakan agar anakanda Batrisya Balqis membesar menjadi hambaNya yang solehah, dan membawa manfaat kepada semua walau dimana saja dia berada..semoga RAHMAT dan REDHA Allah sentiasa mengiringi langkahnya..AMEEN~

sedikit gambar buat kenang-kenangan..


berusaha nak pakai kasut sendiri


mama yang dah letih tengok je dari tepi


layan ajelah dia nak main air


posing dalam kesejukan


saja seronok2..tak letak duit pun =)


kat Cairo Airport masa flight delay hari tu


enjoy


habit baru,suka pakai baju mama


rajin 'tolong' mama di dapur


tengok tu, dia merasa pulak =)



sengih nakal..

Tuesday, August 31, 2010

sayang,dont shout...

assalamualaikum wbt..

skg,sudah 3.10 am..sedang menunggu my soulmate ni bangun sahur..=)

exhausted,itu saja perkataan yg tinggal dalam kepala ibu anak sorang ini sekarang..

baru sudah mendodoikan anakanda yg sorang itu, dari Twinkle-twinkle little star (islamic version punya yer) hinggalah ke 'rhymes' rutin mama (Al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, doa tidur dan Syahadah..)..

seperti biasa, dia berhenti sekejap susu, cuba follow bacaan mamanya(part hujung2 ajelah) dan kemudian sambung balik susu sambil mendengar saya memberitahunya berulang-ulang bahawa ALLAH saaaangat menyayanginya..Nabi Muhammad selalu mendoakan ummatnya..mama dan papanya sangat menyintainya sepenuh jiwa..bahawa dirinya akan terus disayangi dan takkan pernah sunyi dari kasih sayang..walau dia mungkin masih belum mengerti apa maksud mamanya...tanpa jemu ini yg saya bisikkan pd dia setiap malam..kalau papanya belum tidur, sekurang-kurangnya papa would say 'i love u ucuk' to her..haha pecah rahsia kami panggil ucuk..bukan apa, biasalah budak2 sebaya ni main tak hengat sampai masyam berpoloh2 tapi bau itulah yg mama akan rindui bila Qis dah besar nanti..ya setiap malam setiapkali dia mahu tidur..kerana ini yg mak saya lakukan sejak dari kecil lagi...kerana mahukan anak2 ini tidur dalam keadaan yg paling BAHAGIA..dan bangun juga dalam keadaan yg paling BAHAGIA..

tetapi, malam ini mama yg kepenatan melayan aktivitinya SATU HARI suntuk ini, menambah sedikit perisa pada mantera mama setiap malam... malam ini, saya berpesan(atau berleter?) padanya..

" Qis sayang, if u ever want something, would u plz ask for it nicely next time,hmm..?... panggil mama..just say Mama..(coz i know she doesnt have much vocab yet to verbalize her needs)..Mama will attend to u in a split second (exaggerating =P)..it's just, dont shout...yeah, DONT SHOUT..dont say 'aaaaaaaa' or 'eeeeeeeeeeekkkk' like this sambil saya tiru gaya dia ketika menjerit..it is so loud that u might disturb the other neighbors tgh2 malam ni..plus, it's not acceptable(sambil buat gaya dgn jari) and not good at all..do u want mama to speak like that to u? 'aaaaaaa' ..buruk isnt it? anak solehah wont do that sayang...anak solehah would say it softly if she want something..(cuba untuk implies ciri-ciri anak solehah padanya)..boleh kan boleh kan?(buat gaya upin ipin)..



hi, i'm a cool baby (^_~)

pada saya, bercakap dengan seorang bayi ni menuntut seribu mimik di wajah agar mesejnya mudah dihadam dalam keadaan dia rasa dirinya disayangi..ditegur kerana SAYANG..fuuh~

apa yg saya dapat?

hehe, matanya terkebil-kebil menatap tepat ke anak mata saya sambil sesekali ditirunya mama buat 'aaaaaa' in a very funny voice..huh, nak tergelak pun ada tapi dah jadi mak ni kena seryes sikit..nanti dia ingat mamanya buat joke pulak..pastu, sesekali jari telunjuknya buat gaya 'tak boleh' berulang kali...saya biarkan..biar dia memproses data nasihat saya tadi buat pedomannya dikemudian hari..sambil dihati, saya berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mendidik khalifah cilik ini..

bukan apa, honestly kat rumah or kat mana2, memang i speak with her gently..so does her papa..tapi, sejak dua menjak dia belajar tgk upin ipin ni..hm, i think she imitates kegarangan Kak Ros..haha,salahkan org pulak mama neh..tp, it is possible tau..because baby can learn from the others.. they are like SPONGE if u would like to know..serap aje environment sekeliling dia..

hari ni, asyik menjerit aje keje dia kalau nak apa2...even tak boleh masukkan blok mainan dia sekalipun..maybe she tries to express her feeling , but what i'm trying to tell her is that there are other FUN ways in expressing ur feelings..asal menjerit aje, mama pergi duduk melutut depan dia(sebab nak bagi sama tinggi heheh) and tarik nafas dalam2 sambil buat muka sedih dan cakap " come sayang, give me a biiiig hug"...then, i believe she realizes her mistake..tersengih2 kerang dia datang peluk mama..tapi, episod2 jerit lepas tu, memang mama n papa buat tak retiii aje..sampailah dia start menangis, kemudian berhenti dan datang peluk kita..and at that time, with a smile i ask her to say SORRY..because that's certainly unacceptable.

takpelah, hasilnya takkan kami dapat dalam sekelip mata..itu sudah pasti..tapi mama and papa will surely remind u if things haven't changed much.. because generally baby at this age is possibly just learning so we think you are doing the right thing by just speaking gently. With kids you are always going to have to be persistant. And, have lots and lots of SABAAAAARR..jangan cepat angkat suara lebih2 lagi tangan..apatah lagi kaki cam kes dera tu..wal'iyazubillah..

oklah, sehingga ketemu lagi.. mari berpesta ibadah terutamanya di 10 malam terakhir ini...

Fi amanillah~