Tuesday, March 31, 2009

khabar si kecil

salam 'alayk..

just coming back from a loooong pause,hehe.. a good start to begin with the baby's story i guess since everyone has a divine passion for baby..just any babies =) glad i already have one,not to mention the next yet(have to consider other important things first) =)

anyway,i know i am so behind in updating this tiny page..it's not that i'm so busy but it's just that i dont have 'that' urge to push me to write and write..yes,i love to write..love to jot down things prior to specials moments happened in my days..love to record our daily life,be it in pics,writings(means that of course i have my own diary which is merata-rata in my notebooks..kalau tersusun,ada pulak yang rajin membacanya karang,heh.) plus,i feel like i have to obey my promise in the previous entry-a pause for writing..nama pun pause kan,bukan stop, so ada masanya kena play balik =)

so,gitulah ceritanya kenapa jika ada yang menjengah blog ini,maka akan nampak video Nick Vujicic tue je.. melihatkan semangat rakan-rakan karibku mempostkan entry mereka,sungguh mengagumkan saya..mar yang dah sarat sangat..tiqah a.k.a nenda yang tak henti-henti morning sickness nya..kak aini yang juga diambang first trimester juga begitu gigih sekali menulis..ummu huraiyah yang sangat busy sebagai isteri dan student yg final exam tinggal beberapa minggu je lagi pun almost hari-hari menulis..sape lagi? ha,musfirah yang jauh dari suami dan sibuk dgn clinical pun tak kurang panjang beliau menaip..then,ummu 'azzam yang tentunya lelah dengan 2nd trimester plus doing ward rotationnya pun rajin juga update blognya..saya?? hm,kalau diibaratkan tingkap rumah ni,tentu dah berhabuk sebab jarang lap..

but anyway,better late than never kan? motto kami suami isteri jika lambat ke kelas untuk bagi sedap hati sendiri.

sebenarnya ingin merakamkan perkembangan bayi kami-si Batrisya Balqis ni tapi,mama punya excuses kenapa tak update blognya saja dah mencecah 2 perenggan..kalau buat karangan ni,mungkin rendah markahnya sebab cerita yang bersimpang siur..apapun,enjoy reading =)

ok,sepanjang beberapa minggu ini, anakanda balqis telah menunjukkan perkembangan yang agak pesat dan memberangsangkan kami..antaranya,dia dah boleh meniarap!! satu kebolehan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh kami berdua memandangkan sikecil ini sudah berupaya mengangkat kepalanya sendiri ketika diusia 3 hari..kalau sebelum ini,dia cuma bergolek2 je,sekarang,alhamdulillah dah boleh meniarap cuma sometimes masih perlu bantuan mamapapanya..maka,dengan excitednya mama pun bermesej la dengan mak n ayah a.k.a sidi dan nina serta ma @ tok ma di Malaysia mengkhabarkan perkembangan sikecil..semuanya gembira dan paling menyeronokkan apabila ayah yang amat jarang untuk mereply mesej(kerana malas menaip katanya) telah mereply mesej mama dengan begitu cepat..hehe,kasih seorang datuk kepada cucu..bila Balqis besar seksok,and u can read this,surely u'll be happy and feel warmth knowing that u have lots of love from us..and,personally,mama wants u to bear in mind that u means a world to me..same goes to ur papa..


confident


behind the scene (muka cam kena paksa =P)

then, seperti ulasan di Parents.com,bayi di usia 4bulan keatas,sudah berupaya untuk 'bermain' sendiri..seperti Balqis,dia sangat obses dengan anggota badan especially tangan..even tangan dia sendiri,dia akan tenung dengan lama..



ni orang kedah kata 'ghalit' @ khusyuk



tangan orang lain pun dia obses juga =)


sangat kelakar tapi sweet! dan semalam,dia berjaya menyentuh lututnya sendiri..satu perkara yang mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi sangat besar bagi kami berdua sebagai ibubapa yang hampir setiap minit memerhatikan perkembangannya..really proud of you dear..=) dari seketul blood clot sehingga menjadi janin,dari yang tiada roh,sehingga ditiupkan roh oleh Allah..saya mengingati dan menghargai hampir setiap tumbesarannya..betapa setiapkali antenatal check,kami begitu teruja melihat di screen scan satu persatu anggota tubuhnya yang telah membesar(umpama jari jemari,telinga yang asalnya dari bud yang kecil etc..) dan begitu dalamnya harapan dan doa setiap ibubapa agar anak yang dikandungnya dapat lahir dengan sihat sempurna..tidak termasuk dengan didikan yang mesti dicorakkan sedari awal lagi iaitu mengenal Allah dan RasulNya dan mempunyai aqidah yang sahih serta seterusnya yang pastinya adalah amanah maha BERAT..


tertidur keletihan setelah puas bergolek sana sini

waktu tidurnya juga telah berubah sekarang..sebenarnya selalu berubah2..dikala azan subuh berkumandang,masa tue barulah dia nak lelapkan mata..makanya,bagaikan nak pergi berperanglah mama dan papanya tika nak menghadiri kelas pagi..

oh ya,pengasuhnya untuk sepanjang musim exam pun hamdan lillah sudah berjaya ditemui..masuk 'mendaftar' InsyaAllah minggu depan.. terima kasih banyak ye kak..Allah sahajalah yang membalas segala budi baik itu..

ok,nampaknya saya harus berhenti disini..Balqis perlu disiapkan kerana kami ada temujanji untuk suntikan imunisasinya hari ini..hopefully,everything goes well as planned,ameen =)

~footnote~

1) ok kierah,dah apdet dah..selamat membaca ye,hehe..

2) agak kesal melihat ada antara komen2 yang mengikut perasaan di blog persatuan..dalam masa yang sama,turut rasa bersyukur melihatkan kematangan 'orang-orang atasan' meng handle isu..koreksi kami berdua semalam, BERDOALAH DAN BERUSAHALAH untuk menjernihkan hati supaya dapat sama-sama salamatussadri @ berlapang dada atas perbezaan yang ada,dan mensyukuri serta bersatu diatas persamaan yang ada..

3) peperiksaan yang semakin dekat jangan membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan..selamat membuat persediaan kepada semua sahabat di Mesir khususnya Mansurah..jangan lupa doakan sahabat2 yang lain juga(doakan kami ye =)) dan MAAT TAUFIIQ WANNAJAAH..

Wednesday, March 18, 2009

be inspired..



“Dan nikmat apapun yang kalian dapatkan adalah datang dari Allah.” (An-Nahl: 53)

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur." (Al-Baqarah: 152)

“Dan ingatlah ketika Rabb kalian memaklumkan: Jika kalian bersyukur niscaya Kami akan menambah (nikmat Kami) dan jika kalian mengkufurinya sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

~ syukur is indeed may lead to amal soleh,InsyaAllah..~

Monday, March 16, 2009

berhenti..

salam 'alayk

semoga pembaca diluar sana berada dalam keadaan yang terbaik..sentiasa bersyukur dengan rahmat dan nikmat hayat dariNya..

buat sementara waktu,dengan penuh rendah hati, i am announcing an official pause of my writing to spare time for study.. exams and final assesments are really approaching now..

do pray for us ya !! indeed, Allah's help is always there to those who choose to seek..

~adios~

Thursday, March 12, 2009

menghargai..

sekadar melakar selembar rahsia hati buat kenangan bersama tika waktu menginjak pergi..saya rasa tercetus untuk menulis sesuatu yang sangat istimewa bagi saya..

lewat suatu petang,semasa mendodoikan anakanda Balqis yang sudah sangat mengantuk,suami tersayang yang juga berada disebelah,meletakkan sebelah earphonenya ditelinga..seperti tahu yang dia mahu saya menghayati lirik lagu itu,saya pun tanpa berkata apa-apa,terus fokus pada liriknya..huhu,lagu jiwang maa.."Kita Ditakdirkan jatuh Cinta" (Spring)..saya benar-benar tersentuh apabila dinyanyikannya untuk saya part...

kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
dan tiba-tiba kita jatuh cinta
ini semua sudah suratan Ilahi
dan kita harus hadapi kenyataan
biar apa pun kan terjadi
aku harap engkau tabah
menerimaku sebagai teman barumu
semoga kita saling sayang, bahagia

usahlah engkau pergi selagi di hatiku
masih menyayangimu, oh sayangku
bila sehari tak jumpa, aku rindu

dan,malam ini..saya sepatutnya tidur sebentar sementara menunggu kepulangan papabalqis yang keluar 'mencari ilmu' untuk sesi study bersama malam ini..tapi,saya tak dapat tidur..fikiran saya melayang pada tulisan saifulislam yang saya baca tadi..dan tiba-tiba terasa betapa saya perlu belajar lagi untuk menjadi isteri terbaik kepada seorang suami yang sangat baik dihati saya..

satu persatu kenangan lama menjengah diingatan sehingga membuatkan saya benar-benar gagal melelapkan mata..aduh,hebat sekali penangan papabalqis..hingga mama penasaran kayak gini(terikut2 dengan novel habiburrahman yang baru selesai saya khatam tadi)..

mengimbau kembali bagaimana pertemuan kami yang terlalu singkat sehingga membawa kepada ikatan indah perkahwinan yang semoga kekal ke akhir hayat,membuatkan saya diselubungi rasa sebak dengan syukur yang teramat..betapa Allah benar-benar mendengar doa saya..

---tidak mahu bercinta sebelum akad----

betapa singkatnya pertemuan yang tak sampai sebulan itu bukanlah menjadi masalah besar untuk saya membuat keputusan besar yang melibatkan seluruh hidup saya iaitu menerima seorang lelaki yang akan saya sayangi dan taati sepenuh hati dan hidup bersamanya..

berbekalkan solat istikharah yang cuma sekali diikuti solat hajat, saya teruskan langkah dengan berpandukan ketenangan hati yang entah dari mana datangnya secara tiba-tiba..tiada satu perkara pun di kepala saya pada masa itu selain doa yang satu,

"Jika ini takdirMu untukku,maka,pastinya ini yang terbaik untukku..kupohon,permudahkanlah segala urusan seterusnya"

dan,sekali lagi keyakinan saya terhadap Allah Maha Mendengar itu terbukti..begitu cepat bagaikan sekelip mata urusan-urusan selepas itu berlaku,bermula dengan perkhabaran saya kepada kedua ibu bapa memohon pandangan dan restu sehinggalah tarikh sebenar pertunangan kami yang diberi ruang untuk kami memilihnya sendiri..

19 Januari 2008,3 hari selepas ulangtahun kelahiran saya,adalah tarikh dimana rombongan pihak lelaki datang kerumah saya di kedah,bertemu mata dengan keluarga disebelah saya..kami? lucu mengenangkan yang kami berdua disini sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan pertengahan tahun. usai majlis kecil itu,mak tersayang sekadar bermesej dengan saya berseloroh menyatakan cincin tunang nampaknya saya harus sarungkan sendiri dijari! dan,selorohnya jadi kenyataan apabila seminggu selepas majlis itu,kami pulang semasa cuti winter dan memang saya sarungkan sendiri cincin itu, dan seminggu kemudiannya..

8 Febuari 2008,cincin tersebut telah bertukar tempat untuk memberi laluan kepada cincin kahwin yang disarungkan oleh orang yang sepatutnya--my beloved husband..

sempatlah saya merasa menjadi tunangan orang selama seminggu,hehe..

mengenangkan kembali perkahwinan ala koboi(tapi majlis yang diusahakan keluarga tak menggambarkan koboinya,almaklumlah anak perempuan tunggal) ini juga,saya teringat begitu banyak soalan yang bermain diminda mereka yang mengenali saya yang terkejut dengan keputusan ini..tiada jawapan yang mampu terkeluar kerana saya sendiri turut rasa terkejut dengan tindakan 'berani mati' ini..

namun,satu perkara yang saya pasti dan tidak pernah berubah iaitu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana proses ini berjalan dengan penuh ketenangan hati dan selayaknya hanya padaNya sahajalah kita menyerah segala soal berkaitan jodoh dan waktu..

apabila ada yang bertanya,betulkah kena tunggu jadi matang dahulu baru boleh berkahwin??

saya senang sekali menjawab hanya Dia sahaja yang tahu bila masa yang sesuai untuk seseorang itu berkahwin .

Untuk berbicara soal kematangan,antara pendapat yang paling perlu diraikan adalah pandangan orang tua kita kerna merekalah yang terlebih dahulu mengenali kita(saya sangat bersetuju dengan fakta ini setelah saya menjadi seorang ibu) dan selebihnya,sekali lagi serahlah kepada Dia yang Maha Mengetahui..

disini,perlu juga memahami bahawa menyerah tidak bermakna duduk sahaja goyang kaki..usaha berjalan seiringan dengan rasa tawakkal dan pergantungan yang dipasak kemas pada Ilahi..saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini,sekadar melontarkan pandangan peribadi..

mengenangkan soal hati,mengheret saya ke perbualan semalam..

ketika saya memberitahu suami tentang hati saya yang dirasakan telah terbahagi dengan banyaknya setelah saya berkahwin..

-satu untuknya
-untuk makayah
-untuk anak
-untuk adik beradik
-untuk saudaramara
-untuk sahabat2
-untuk saudara2 semuslim

dan banyak lagi jika nak disenaraikan..tiba-tiba,dengan selambanya dibisikkan pada saya,

"em,hati abang tak terbahagi pun"

saya yang mula nak menunjukkan muncung tanda tak puas hati kerana lebih mengharapkan jawapan hatinya ada bahagian untuk saya,tiba-tiba rasa termalu dengan ayat yang seterusnya,

"sebab abang bagi semua kat sayang"

adeh!! dalamnya kata-kata yang mungkin sekadar gurauan itu meninggalkan kesan kepada saya..terasa insaf bahawa betapa mudahnya saya diralitkan dengan emosi yang menjadi mainan syaitan yang sudah semestinya cemburu dengan sebuah ikatan perkahwinan..sampai kesaat saya menulis perkataan ini,hati saya masih belum berhenti berdoa,moga Allah permudahkan jalan saya untuk menjadi seorang isteri solehah,yang tetap setia mendampinginya dalam susah mahupun senang..yang akan lebih rasional dari beremosi dan pastinya lebih memahami dan memberi dari menerima dan mengharapkan..

saya amat sedar bahawa tulisan kali ini agak berunsur peribadi hinggakan saya sendiri rasa termalu apabila dibaca semula..tetapi,kadang-kadang perlu juga diraikan rasa kasih dan sayang itu secara terangan kerana ia mampu menjadi asbab yang positif..lagi pula,tulisan yang sarat dengan penghargaan ini ingin sekali saya abadikan selain untuk suami tersayang,juga untuk kedua ibubapa kami yang tanpa restu dan redha mereka,tidak terjadi apa yang kami kecapi pada hari ini..semoga kami berdua menjadi ibubapa yang memahami kepada Balqis dan adik-adiknya..ya,kami sangat bercita-cita tinggi supaya Balqis juga bertemu jodoh awal seperti mamapapanya,seperti atukneneknya demi kebaikan dunia akhiratnya dan generasi akan datang,InsyaAllah..

saya tinggalkan dulu dengan lagu jiwang yang khas ditujukan untuk sidia yang berkenaan,hehe..


Rahasia Hati - Element

Wednesday, March 11, 2009

terkini Balqis..

salam 'alayk..

semoga semua diluar sana sihat sejahtera hendaknya..entry kali ini lebih bertujuan untuk mengkhabarkan perkembangan terkini anakanda Batrisya Balqis terutamanya untuk tatapan Nina n Sidi tersayang nun jauh di Malaysia. sebab,dalam sms takleh cerita panjang,plus,setakat
ni amat jarang call..well,i know enough mak n ayah sangat2 busy kebelakangan ni..mungkin kerana berada ditahap yang menghampiri waktu pencen,jadi,banyak kerja dilambakkan..takpelah,after all,semoga saja Allah kurniakan kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan serta hati yang tenang dan ceria disepanjang jalan..LOVE U BOTH!!

anyway,Balqis sekarang hampir mencecah usia 4bulan..InsyaAllah,pada 14Mac ni genaplah dia 4bulan. tapi,dia belum pandai meniarap..setakat pusing2 badan gitu aje. ke,memang baby 3mths plus tak pandai meniarap lagi?? huhu,i dont remember at all..

lagi,ragamnya tentu saja berlainan sekarang..dah pandai mempamerkan emosinya..ada rasa tak puas hati,ada rasa happy,takut,sedih dsb..(sepemerhatian kami la)..contoh paling jelas apabila dia nak main dan mama/papa ingat dia nak tidur,maka akan keluarlah pelbagai rentak bunyi sebagai tanda tak puas hati yang sesungguhnya sangat menggelikan hati!! bila ditinggalkan tidur berseorangan dibilik ketika mama dan papa sibuk didapur,tak sampai 15min nanti akan kedengaranlah rengekan yang akan bertukar menjadi tangisan yang panjang kalau kami lambat mengangkatnya..sangat manja!!

tetapi,terhibur rasa hati tengok perkembangan dia..tak termasuk lagi dengan respon rimasnya ketika mama nak salin bajunya atau bersihkan badannya..selalu buat kami ketawa dengan keletahnya..waktu-waktu macam ni,kami berdua lazimnya akan mengimbau kenangan masa kecil sebagai anak sulung(sempat lagi tu) yang tentunya memberikan pengalaman baru kepada ibubapa kami juga..

dan,saya akan jadi sangat merindukan belaian Mak yang semasa mengandung dan melahirkan saya,beliau juga memegang tanggungjawab seorang pelajar,just like me! walaupun jurusan yang berbeza,tapi bagi saya,cabaran mak adalah lebih besar..kerana,pada waktu itu hanya beliau sahaja yang bersama saya di UKM dan ayah pula masih menuntut di USM..bayangkan betapa gigihnya mak yang agak bertubuh kecil terpaksa mengendong saya yang walaupun baru 8/9bulan,tapi lagak tubuh umpama budak yang sudah berumur 1thn lebih..gemukkan saya masa tue? dengan buku2 dan failnya dibelakang,saya didepan(she used a baby carrier/tandu), dan berjalan kaki yang adakalanya terpaksa melalui jalan berbukit untuk ke kuliahnya kerana ingin menjimatkan duit. jika ada masa dan duit,baru bertemu ayah dihujung minggu yang berada jauh di utara sana.

THANK YOU Mak n Ayah!! secebis penghargaan untuk budi ibubapa kita yang tak kan mampu terbalas,huhu.

begitu juga dengan papabalqis yang juga menjadi anak sulung kepada abah yang masih belajar pada waktu itu..dengan usia mama yang masih muda,mereka berdua membina keluarga ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur..jauh dari sanak saudara yang berada di kelantan..pada masa itu,jarak komunikasi sangat terhad dan terbatas.

betapa kami sangat terhutang budi dengan pelajaran kehidupan yang telah diajar tanpa jemu kepada kami berdua..


berbalik kepada perkembangan sikecil cucu tunggal kesayangan kedua ibubapa
kami (yelah,memandangkan adik-adik lain belum lagi berkahwin,hehe) tadi,Balqis sangat attract dgn bunyi dan sebarang pergerakan. tak perlu disuakan dengan mainan lagi buat masa ni,petikan jari kami saja sudah cukup untuk membuatkan dia tersenyum malah ketawa seolah-olah tahu yang kita sedang mengagah dia..

pun begitu,ada dua mainan yang sangat disukainya buat masa ini..Caterpillar pemberian uncle khalid sahabat papa,dan satu lagi mainan apa saya tak tahu nama,hadiah dari Emirates Airline..






Tuesday, March 10, 2009

comments replied

salam 'alayk..

entry kali ini ala-ala entry mar,hehe..disebabkan malas nak menaip dalam shoutbox saya yg agak bermasalah itu,maka saya memutuskan untuk mengikut cara sahabat baikkku,marhamah ketika membalas komen2 pembaca di blognya..


9 Mar 09, 14:03
k.pah ank mak tam: mana resepi capati kembung nyer..?nak try test buat skali sblm besalin ni..nnt xdapat mkn enak2 dah bila berpantan..cute nye balqis...:)

mamabalqis : tokleh nak royak la kak pah sbb mak x jwb lagi hok shida tanya hari tue..busy sgt kot..kena tanye mak resepi tue..aik,mcmmana blh terjumpa blog ni?

7 Mar 09, 17:52
hood: salam ziarah mama balqis.. moga allah redha dgnmu selalu

mamabalqis : thanks huda..moga Allah redha dengan kita selalu..hari tue x sempat nak kasi bilis huda,huhu..kemsalam husna ye.

5 Mar 09, 14:49
nabilah: SubhanaLLah.. she is very adorable, mcm mama dia..^-^

mamabalqis: iye ke? hehe ^-^

5 Mar 09, 14:48
nabilah: salam. kak shida, it's me nabilah. mesti akak tak ingat kan, dulu matric uia n adik maahad dgn k.tikah hussien.. panjangnya explain,wuhu.. point utama= bleh tak nak grab gmbq balqis yang comel ni=)

mamabalqis : hehe,akak ingatlah awak..=) ye2,boleh je..grab lah nak grab ape pun,hehe..

5 Mar 09, 09:28
klong husna: shida..ingat klong lg x..senior n tua sthn masa kt smkab dulu..klong mngjar kt smk siong skali ngan mama shida..dia yg bg almt blog ni..hehe..tahniah la dah ada baby..cute sgt..

mamabalqis : ingat..oh,dh jd cikgu dh kak long? bestnye..thanks anyway! kak long bile pulak? ^-^
4 Mar 09, 12:46
kak Aini: Shida,sebenarnya skop perkembangan terbaru,terkini dan hangat tu sangat meluas tau :cool: apa kata shida kembang2kan?hehehe :biggrin:

mamabalqis : adeh akak ni..pandai betul ye menyerkap saya,hehe..nway,takde ape yg kembang,kak (not like u think,hehe)..InsyaAllah,masih bertiga lagi setakat ni =)

4 Mar 09, 09:04
Jubah Lovers: Salam ziarah dari jubah lovers! jom ke e-shop kami~ Hadiah buat ibu ,kakak, adik perempuan pun boleh :)

mamabalqis : syukran! tp saya xde kakak n adik perempuan..cane tue? gurau je..=)

3 Mar 09, 21:46
schakeyra: org pon dok tgu syida update ni..heheheh sbuk tu takdala sgt..tatau nk post entri apa..ni tgah berusaha ehehehe..jgn lupa update, juz love to hear u, as a wife n a mum.. sgt menarik!! :glad:

mamabalqis : apelah yg menarik tue kirah..btw,thanks selalu dtg sini..hah,sile hapdet blog anda ye..=)

3 Mar 09, 18:41
kak Aini: Salam,Shida n family sht?Dh lma xdgr kabr:)eem ada apa2 perkembangan terbaru yg terkini dan hangat2?jgn lupa bgtau akk yea:) i'm waiting

mamabalqis : alhamdulillah,kami sekeluarga sihat slps papabalqis diserang demam selama sminggu hr tue..hehe,nakal ye akak ni..nak koreklah tue..xde papela,Allah tahu kami blm ready lagi for the next one..=)

3 Mar 09, 02:40
mahfuz: kak nanti letak gambaq alang plak, bla lagi nak capub

mamabalqis : yeah,kakak dah letak dah =P selamat mencapub,hihi.

3 Mar 09, 02:39
mahfuz: kak ble nak blik?? dah blik nanti jangan lupa masak taw

mamabalqis : lambat lg la alang..okeh,sure! balik nanti,kita kenjah dapur mak,hehe..

27 Feb 09, 22:34
kembara: salam ziarah...

mamabalqis : salam kembali..

26 Feb 09, 20:14
angah: salam,kak syida.angah nie.dik along nazirah..how r u??hope,kak syida n family sihat slalu..

mamabalqis : oh angah,apakhbr? akak sihat,alhmdulillah..thanks ye dtg sini..

26 Feb 09, 10:45
Husz: salam ziarah...

mamabalqis : salam kembali..

26 Feb 09, 07:40
nahdia: sulasi tu DPT laa

mamabalqis : oh,yeke..em,kalau vaksin untuk 4bulan,dye kena ape ye?

26 Feb 09, 07:40
nahdia: suladi tu DPT laa..hehe

mamabalqis : thanks dear..=)

25 Feb 09, 16:29
kEyNAh: salam.. akak ex-smkab ke?? sy ada dgr crita psl akak dri ummi.. salam ziarah dri sya...

mamabalqis : wslm..ye,akak ex-smkab..batch 1999-2001. syukran ziarah..btw,awak pun ade kat sini gak kan? take care there..ade masa,jemputlah kerumah =)

Monday, March 9, 2009

sudahkah kita berusaha mencintainya??

salam 'alayk..

12 Rabi'ul awal-tarikh keramat dimana junjungan besar kekasih Allah telah dilahirkan oleh bondanya Siti Aminah..itulah dia,baginda Rasulullah S.A.W. Tak terungkap betapa dalamnya cinta baginda kepada umat..hayati saja ketabahan dan kesabaran baginda ketika mana berdepan dengan penduduk Taif..masih mampu lagi menahan malaikat Jibreel yang datang menanyakan keizinan baginda untuk membalas perbuatan penduduk Taif, malah diangkat pula kedua tangannya untuk berdoa akan hidayahNya pada mereka..

subhanallah..takkan pernah kita jumpa manusia mulia sebegini..berselawatlah kepadanya..

pernah disuatu ketika, baginda Rasulullah solat tahajjud dengan lama sekali..solat yang panjang ini dipenuhi dengan doa dan tangisan penuh haru,khuatir dan kasih yang tak terhingga dari baginda untuk kita,umatnya..solat itu diisi dengan satu ayat doa yang terus baginda ulang sepanjang malam.

Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Maidah: 118).

lihatlah betapa khuatir dan bimbang Rasulullah pada nasib kita..tetapi,sedikit sekali dari kita yang merasa bimbang akan menyakiti hati Rasulullah..

dan,diakhir hayat baginda,terdapat sesuatu untuk kita renungi..kisah kasih luar biasa sepanjang sejarah manusia..betapa sucinya cinta Rasulullah pada umatnya hinggakan disaat-saat genting sakaratulmaut,masih basah bibirnya dengan "ummati..,ummati..,ummati..."..jauh lebih agung dari kisah cinta antara Shah Jahan dengan Mumtaz yang terhasilnya Taj Mahal..lebih hebat lagi dari kisah cinta Romeo dan Juliet yang dibanggakan..malah,lebih mengagumkan dari kisah cinta Shakespeare yang dipuisikan dan dibukukan serta menjadi satu teks wajib bagi para pelajar tingkatan 4 satu ketika dulu!!

insaflah..ambil sesaat dua,renungi dimana kedudukan kita dalam pandanganNya..sudahkah kita berusaha mencintai Rasul kesayangan Allah ini sepertimana baginda begitu tulus mencintai kita?? perhatikan saja betapa ada dari kita yang tegar mengingkari ajarannya..

solat yang tak terjaga..ataupun,

solat didirikan dengan ingatan yang menerawang jauh akan hal-hal dunia..sedangkan Nabi sudah mengumpamakan, "dunia itu umpama bangkai kambing"..jadi,mahukah kita mengheret "bangkai" itu kedalam solat kita yang sepatutnya "bersih"?? fikirkan..

aurat yang tak tertutup dengan sempurna..masih lagi diantara kita dengan bangganya memperlihatkan rambut yang lepas mengurai yang sewajibnya ditutup kemas-kemas(bukan dengan mudahnya terselak) dari pandangan ajnabi..

siapa kita untuk mempersoalkan hukum hakamNya yang terang termaktub dalam kitab suci Al-Quran..

begitu yakinkah kita dapat hidup 100 tahun lagi untuk bertaubat?? kenapa tidak saja disegerakan taubat kita padaNya semasa pintu taubat masih lagi terbuka??

sedangkan Nabi S.A.W kecintaan Allah pun istighfar taubatnya saja sudah lebih dari 70 kali dalam sehari..

jika berpuasa,puasa yang masih terisi dengan umpat keji akan hal-hal saudara sedaging

ataupun,

amalan sunat yang dilakukan kerana ingin mencari tumpuan manusia..bukan pandangan Allah yang diutamakan..

malah,ramai manusia yang kebimbangannya terhadap urusan dunia melebihi kepedulian terhadap nasib di akhirat..

~sedikit muhasabah buat diri sendiri terutamanya yang sering alpa~

buat yang terakhirnya,saya petik sedikit kisah dari saat-saat pemergian Rasulullah S.A.W buat teladan kita bersama..

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”. “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii,ummatii,ummatiii” - “Umatku, umatku, umatku”



dan,berakhirlah hayat seorang Nabi kebanggaan kita semua,Nabi Muhammad S.A.W tetapi sunnahnya tetap hidup subur sepanjang zaman..

marilah perbanyakkan selawat kepada baginda..

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

“Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Rasulullah menjawab: “Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul.” “Wahai Rasu-lullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?” tanya sahabat. Beliau menjawab: “Bagai-manakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?” “Tentu saja wahai Rasulullah!” jawab mereka. “Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu’. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!” jawab beliau.” (HR. Muslim)



untukmu-rasulullah-rabiul-awwal - Nada Murni

Wednesday, March 4, 2009

mulakan saja..=)

salam 'alayk..

feel like years since my last post,heh..it's not that i dont have any idea or time,but all that i want to jot it down here just flew away like that..because of my craziness(wujudkah perkataan ini??) over something these days..hehe,i must admit that i've been spending almost half of my time other than family matters and study,by following every single series of HEROES..and now,alhamdulillah(what a big syukur) i've finished up 23series of season one,not 23
chapters/topics from any medical books(huhu)..how silly i am to let that not-so-important-to-be-involved messed up my time..

before that,i fell for Sepi(Kabir Bhatia) but,we ; my hb and I think that this movie offers a quite low morale story when it comes to a love part between a somebody's wife and another man..eventhough it happens to be quite familiar in Malaysia especially among Malays,but dont you think it's wrong? it's just wrong,prohibited.that's it..nauzubillahi min zaalik..btw,this is just a personal opinion,no offence!

back to the Heroes,telling ya,i dont think i am that regret(masih membela diri) because i am for sure learned some values from that. for example,what late Charles said to Peter Petrelli about having a heart that filled with unconditional love..and,how loyal his brother,Nathan Petrelli to give up his big day as a newly elected American congressman to save Peter from explode..how strong Niki's will to fight her so-called multiple disorder personality a.k.a Jessica for the sake of her husband D.L and her son,Micah.Also,how cool for Hiro Nakamura to teleport himself to wherever he wants..and,know what,i've been dreaming last night about travelling time between past and future like Hiro and Ando..oh,such a fantasy but it did a job by really dragging me into it..like my hb always said to me,"mudah terpengaruh dengan movie"..yeah,i couldnt agree more..

but,anyway,i've made an innocent promise to dear myself that i wont start to watch the season 2 series eventhough this morning,i've realized that my hb has moved that big file from his hard disk to the computer desktop,meaning,i can just click it if i want to see it..huhu,what a teaser..so,to dear abang,please make sure that i wont join you or in other words,dont pengaruh me ya to
watch that again,hehe =P

so,a new dawn means a refresh to start a new day..i dont know what to write this morning but,seriously i feel like writing..thanks to kak aini and syakirah who have unintentionally motivated me to write something..em,so where to start ya?

......................................................................................................................................................................

OMG,really blank right now..nevermind,this could be a good initial one..will continue
soon,InsyaAllah..ok,i leave u with this..


garangnya anak dara mama ni



mcm ada persamaan je kan (i mean the RED CHEEKS) =)



small 28days Balqis with big Pak Lang


greeny Balqis says,S M I L E!!