Thursday, March 12, 2009

menghargai..

sekadar melakar selembar rahsia hati buat kenangan bersama tika waktu menginjak pergi..saya rasa tercetus untuk menulis sesuatu yang sangat istimewa bagi saya..

lewat suatu petang,semasa mendodoikan anakanda Balqis yang sudah sangat mengantuk,suami tersayang yang juga berada disebelah,meletakkan sebelah earphonenya ditelinga..seperti tahu yang dia mahu saya menghayati lirik lagu itu,saya pun tanpa berkata apa-apa,terus fokus pada liriknya..huhu,lagu jiwang maa.."Kita Ditakdirkan jatuh Cinta" (Spring)..saya benar-benar tersentuh apabila dinyanyikannya untuk saya part...

kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
dan tiba-tiba kita jatuh cinta
ini semua sudah suratan Ilahi
dan kita harus hadapi kenyataan
biar apa pun kan terjadi
aku harap engkau tabah
menerimaku sebagai teman barumu
semoga kita saling sayang, bahagia

usahlah engkau pergi selagi di hatiku
masih menyayangimu, oh sayangku
bila sehari tak jumpa, aku rindu

dan,malam ini..saya sepatutnya tidur sebentar sementara menunggu kepulangan papabalqis yang keluar 'mencari ilmu' untuk sesi study bersama malam ini..tapi,saya tak dapat tidur..fikiran saya melayang pada tulisan saifulislam yang saya baca tadi..dan tiba-tiba terasa betapa saya perlu belajar lagi untuk menjadi isteri terbaik kepada seorang suami yang sangat baik dihati saya..

satu persatu kenangan lama menjengah diingatan sehingga membuatkan saya benar-benar gagal melelapkan mata..aduh,hebat sekali penangan papabalqis..hingga mama penasaran kayak gini(terikut2 dengan novel habiburrahman yang baru selesai saya khatam tadi)..

mengimbau kembali bagaimana pertemuan kami yang terlalu singkat sehingga membawa kepada ikatan indah perkahwinan yang semoga kekal ke akhir hayat,membuatkan saya diselubungi rasa sebak dengan syukur yang teramat..betapa Allah benar-benar mendengar doa saya..

---tidak mahu bercinta sebelum akad----

betapa singkatnya pertemuan yang tak sampai sebulan itu bukanlah menjadi masalah besar untuk saya membuat keputusan besar yang melibatkan seluruh hidup saya iaitu menerima seorang lelaki yang akan saya sayangi dan taati sepenuh hati dan hidup bersamanya..

berbekalkan solat istikharah yang cuma sekali diikuti solat hajat, saya teruskan langkah dengan berpandukan ketenangan hati yang entah dari mana datangnya secara tiba-tiba..tiada satu perkara pun di kepala saya pada masa itu selain doa yang satu,

"Jika ini takdirMu untukku,maka,pastinya ini yang terbaik untukku..kupohon,permudahkanlah segala urusan seterusnya"

dan,sekali lagi keyakinan saya terhadap Allah Maha Mendengar itu terbukti..begitu cepat bagaikan sekelip mata urusan-urusan selepas itu berlaku,bermula dengan perkhabaran saya kepada kedua ibu bapa memohon pandangan dan restu sehinggalah tarikh sebenar pertunangan kami yang diberi ruang untuk kami memilihnya sendiri..

19 Januari 2008,3 hari selepas ulangtahun kelahiran saya,adalah tarikh dimana rombongan pihak lelaki datang kerumah saya di kedah,bertemu mata dengan keluarga disebelah saya..kami? lucu mengenangkan yang kami berdua disini sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan pertengahan tahun. usai majlis kecil itu,mak tersayang sekadar bermesej dengan saya berseloroh menyatakan cincin tunang nampaknya saya harus sarungkan sendiri dijari! dan,selorohnya jadi kenyataan apabila seminggu selepas majlis itu,kami pulang semasa cuti winter dan memang saya sarungkan sendiri cincin itu, dan seminggu kemudiannya..

8 Febuari 2008,cincin tersebut telah bertukar tempat untuk memberi laluan kepada cincin kahwin yang disarungkan oleh orang yang sepatutnya--my beloved husband..

sempatlah saya merasa menjadi tunangan orang selama seminggu,hehe..

mengenangkan kembali perkahwinan ala koboi(tapi majlis yang diusahakan keluarga tak menggambarkan koboinya,almaklumlah anak perempuan tunggal) ini juga,saya teringat begitu banyak soalan yang bermain diminda mereka yang mengenali saya yang terkejut dengan keputusan ini..tiada jawapan yang mampu terkeluar kerana saya sendiri turut rasa terkejut dengan tindakan 'berani mati' ini..

namun,satu perkara yang saya pasti dan tidak pernah berubah iaitu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana proses ini berjalan dengan penuh ketenangan hati dan selayaknya hanya padaNya sahajalah kita menyerah segala soal berkaitan jodoh dan waktu..

apabila ada yang bertanya,betulkah kena tunggu jadi matang dahulu baru boleh berkahwin??

saya senang sekali menjawab hanya Dia sahaja yang tahu bila masa yang sesuai untuk seseorang itu berkahwin .

Untuk berbicara soal kematangan,antara pendapat yang paling perlu diraikan adalah pandangan orang tua kita kerna merekalah yang terlebih dahulu mengenali kita(saya sangat bersetuju dengan fakta ini setelah saya menjadi seorang ibu) dan selebihnya,sekali lagi serahlah kepada Dia yang Maha Mengetahui..

disini,perlu juga memahami bahawa menyerah tidak bermakna duduk sahaja goyang kaki..usaha berjalan seiringan dengan rasa tawakkal dan pergantungan yang dipasak kemas pada Ilahi..saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini,sekadar melontarkan pandangan peribadi..

mengenangkan soal hati,mengheret saya ke perbualan semalam..

ketika saya memberitahu suami tentang hati saya yang dirasakan telah terbahagi dengan banyaknya setelah saya berkahwin..

-satu untuknya
-untuk makayah
-untuk anak
-untuk adik beradik
-untuk saudaramara
-untuk sahabat2
-untuk saudara2 semuslim

dan banyak lagi jika nak disenaraikan..tiba-tiba,dengan selambanya dibisikkan pada saya,

"em,hati abang tak terbahagi pun"

saya yang mula nak menunjukkan muncung tanda tak puas hati kerana lebih mengharapkan jawapan hatinya ada bahagian untuk saya,tiba-tiba rasa termalu dengan ayat yang seterusnya,

"sebab abang bagi semua kat sayang"

adeh!! dalamnya kata-kata yang mungkin sekadar gurauan itu meninggalkan kesan kepada saya..terasa insaf bahawa betapa mudahnya saya diralitkan dengan emosi yang menjadi mainan syaitan yang sudah semestinya cemburu dengan sebuah ikatan perkahwinan..sampai kesaat saya menulis perkataan ini,hati saya masih belum berhenti berdoa,moga Allah permudahkan jalan saya untuk menjadi seorang isteri solehah,yang tetap setia mendampinginya dalam susah mahupun senang..yang akan lebih rasional dari beremosi dan pastinya lebih memahami dan memberi dari menerima dan mengharapkan..

saya amat sedar bahawa tulisan kali ini agak berunsur peribadi hinggakan saya sendiri rasa termalu apabila dibaca semula..tetapi,kadang-kadang perlu juga diraikan rasa kasih dan sayang itu secara terangan kerana ia mampu menjadi asbab yang positif..lagi pula,tulisan yang sarat dengan penghargaan ini ingin sekali saya abadikan selain untuk suami tersayang,juga untuk kedua ibubapa kami yang tanpa restu dan redha mereka,tidak terjadi apa yang kami kecapi pada hari ini..semoga kami berdua menjadi ibubapa yang memahami kepada Balqis dan adik-adiknya..ya,kami sangat bercita-cita tinggi supaya Balqis juga bertemu jodoh awal seperti mamapapanya,seperti atukneneknya demi kebaikan dunia akhiratnya dan generasi akan datang,InsyaAllah..

saya tinggalkan dulu dengan lagu jiwang yang khas ditujukan untuk sidia yang berkenaan,hehe..


Rahasia Hati - Element

17 comments:

ANIEMZ said...

Salam akak.. cepat je proses akak dalam mendirikan rumah tangga.. dari segi penulisan akak, tak baca cabaran akak untuk mendirikan masjid ALLAH ni.. saya memang betul2 banyak dugaannya sehingga hampir berputus asa.. setiap hari doa dengan linangan air mata.. istikharah mintak jalan yang ingin dilalui ini adalah benar kerana ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. solat hajat setiap hari mintak ALLAH permudahkan segalanya.. sehingga mak saya berpesan :

" tak apa laa banyak dugaan sebelum kawen ni.. mak doakan ALLAH gantikan keberkatan dan kebahagiaan untuk adik nak melayari alam perkahwinan nanti.."

itu laa doa seorang ibu.. dugaannya sebelah lelaki.. akak faham2 la kan, medic kan lame.. so, susah maknya dalam menerima kahwin sambil belajar.. kat situ laa klimaks pada dugaan kami sehingga la si ayah lelaki itu memujuk mak nya..

dan sekarang tinggal beberapa bulan je lagi untuk majlis kahwin saya ^_^.. alhamdulillah, panjat kesyukuran pada-NYA kerana usaha kami solat hajat setiap hari itu akhirnya termakbul doa kami..

berkahwin muda untuk menjaga hati apatah lagi bakal suami yang seorang hafiz.. susah untuk memelihara kesucian ayat al-Quran dalam hatinya..

Semoga akak dipermudahkan segalanya.. balqis tu cumil..

Khazinatul_Asrar said...

mashaAllah.Sungguh Allah permudahkan urusan akak~ berkatnya kahwin muda ni kan? seminggu je jd tunangan org,mashaAllah! suka na mcm tu =)

apa jawapan akak bila org ckp..tak takut ke kahwin muda? nak blaja lagi, nak jaga suami lagi, anak lagi...pastu,sape nak tanggung makan minum sume?...itulah soalan2 pedas yang selalu difikir2kan oleh kbykn pelajar bilamana ada kwn yg nak kawen awal/muda.

by the way, suka sgt baca penulisan2 di sini dan di blog2 fmly muda. lagi2 yg mengikut syariat, xde cinta b4 kawen :)

do'akan saya yea ^_^ . semoga keluarga akak dilimpahi sakinah,mawaddah wa rahmah~

dealova said...

ye..
saya pun nk cinta sebelum kawin...
mampukah?

mmk said...
This comment has been removed by the author.
mmk said...

to aniemz..

1st n foremost,tahniah dari kami sekeluarga untuk majlis akad yang bakal tiba.semoga dipermudahkan segalanya dan diberkati..

ye,mmg sgt cepat proses kami dan takde ucapan lain melainkan Alhamdulillah yang selayaknya..

cabaran tue tetap ada dimana2..ttp,alhamdulillah ia tak menyinggah pada urusan perkahwinan akak bermula dari proses dilamar,memberitahu makayah(sekadar telefon shj sbb jarak yg sgt jauh) sekaligus memohon keizinan dan pandangan sehinggalah termeterainya sebuah akad.

cuma,ketika sebelum bernikah,rasa terduga ada pada usaha memelihara hati untuk mencintai dan menerima cinta yang selayaknya..bukan mudah mendidik nafsu yang sifatnya lebih memilih kebatilan dari kejernihan..

slps bernikah juga ada cabarannya,bergantung kepada keadaan masing2..

cumanya,alhamdulillah sekali lagi Allah tak uji akak dengan dugaan sehebat aniemz dan mungkin ramai lagi sahabat diluar sana yang berdepan dgn masalah serupa..

semoga kalian berdua terus sabar dan yakinlah pasti ada sinar bahagia menanti dihadapan..ameen. InsyaAllah.

p/s: akak terdelete komen sendiri kat atas tue,huhu..so,kna buat smula..=)

mmk said...

to khazinatul asrar..

InsyaAllah,ada berkatnya..=)

em,kalau akak,maybe akak tak jwb kot soalan2 'pedas' tue..sbb,lain org,lain caranya..kecualilah yg bertanya tue,betul2 nak belajar caranya atau dlm ertikata lain,betul2 ikhlas nak tahu..

but,technically,soal2 kewangan dan pengurusan masa ni adalah antara benda penting yang perlu kepada perbincangan pasangan itu..

tp,back to my story,kami x sempat2 pun nak bincang soal kewangan apatah lagi soal masa bcoz both are still students. cuma sehelai draf kasar kewangan yg diterangkan tak sampai 30min oleh papabalqis setelah selamat ibubapa kami bertemu mata diMalaysia..

selebihnya,TAWAKKAL..akak lebih prefer bincang after kahwin dari bincang byk2 b4 kahwin,huhu..

apapun,masih ramai lagi contoh terbaik diluar sana..cuma,jika ada manfaatnya,jengahlah lagi kesini ye..

and,thanks 4 the comment! =)

mmk said...

to dealova..

cinta sebelum kahwin?

cinta selepas kahwin lagi best,dear..

InsyaAllah,semua orang mampu,berdoalah..=)

ummuabdullahsyaakir said...

Dan dengan keikhlasan kalian menjaga cinta sebelun kahwin,kebahagiaannya jelas didepan mata,Allah 'hadiahakn' Batrisya Balqis sebagai penyeri hidup.Indah,kan Shida?

wardatulhumaira said...

salam murshhhhhh....rinddduuuuuu sgtttt kt awkkkkk...da lame tau kte cari awk...kat frenster and kat blog2 orang..seyesss rinduuu..kte igt tym borak2 kat luar tu before awk quit...alhamdulillah jugak sbb dpt jumpe awk balik (even kt alam maya :P)

moga tak terlambat nk ucapkan tahniah kt awk..congratttsss sbb da jadi isteri and ibu pd balqis..nk jadi auntie kpd balqis leh??? hehehe ;D

awk cane skarang? bape lame lagi nk abes?? kte da nk grad 23 july ni..20 july iA kte keje dgn Lloydspharmacy kt uk ni..2 thn contract kte..tp sblum tu kte balik cuti 40 hari end of may smpi early july...nak sgtttt jumpe awk murshhhh..i miss youuu soo much!! slalu la update kte eh? take care mursh.. ^_^

rihlatulwujud said...

sweetnye cite syida ni..seronok baca..^_^..

mmk said...

to kak aini..

InsyaAllah..semuanya dari Allah,terasa insaf pula betapa sikit sgt ucapan tanda syukur yg terbit..smg kita semua bahagia dunia akhirat,ye kak? yosh!!

mmk said...

to wardatulhumaira..

huhu,kte pon nak sgt jumpe awk!! sgt rindu saat2 dlm 508 n 406 di Kisas dulu..slalu borak dgn awk,kan? dh lama x jumpa..

em,kte lmbt lagi nak hbis..skg br thn 2..lmbt lgla nak keje..heh

nway,cuti eh? em,end of may sampai early july tue mmg fully occupied dgn exams la jwbnya..skg pun tgh dok pikir sapa la nak tlg jaga si tecit nie waktu kitorg bz exam..

terutamanya bila time oral..biasalah,berurusan dgn egyptian ni,masanya tak menentu..klu tertulis start pukul 9,jwbnya pukul 11 la dia dtg,huhu..dahla baby mmg tak minum botol..rasa cam nak kendong je baby bwk masuk oral,huhu..tak pun,import neneknya di Malaysia =P

haii,termengadu disini plak..see,walaupun dh lama tak jumpa,tp kemesraaan hati tue ttp ada..terasa dkt sgt..

k,take care ya!! ada masa n rezeki,mana tau kalau2 kitorg sampai ke sana..blhla bwk pusing2 satu UK tue ye,hehe..

mmk said...

to rihlatulwujud..

hihi,cam comel je mus ckp camtu..nway,cte mus lg sweet..dari sekolah rendah lagi..how cute..=)

nway,malu kat mus n mar kalau cite2 camni..sbb cabaran korg berdua lebih besar..tanpa suami disisi..but,Allah knows u re strong enough,thats why he gives u that..

smg terus tabah di medan juang diIndia sana..

p/s : baru2 ni masa tgk cte slumdog,kte teringat sgt kat awk,hehe..sbb kte mmg takde kwn lain dah kat india sana except than u =)

rihlatulwujud said...

Isk,nak malu apa..ktorg ni,namanye pernah tahu dari kecik, kenalnye tak..bila ungkit balik kisah-kisah lama, memang boleh buat tergelak. Masa zaman skolah rendah dulu..=)

tgk slumdog?..hehe..parents kite dok ulang cite tu 3-4kali. Cite tu mmg shows the real India. Macam tulah kehidupan kami di India ni..mehla singgah2 sini ngn balkis dan suami nnt..kami dah sampai mesir dah..^_^..cepat, sementara kite masih di India, nanti dah balik, xbes dah nak datang India, sebab org yg bes dah xde..hehe..kidding!..

Take care ye mamabalkis. All the best!

ANIEMZ said...

em.. ye la akak.. dugaan dari Allah memang sentiasa ada untuk menguji kite sebagai hamba-NYA.. baik sebelum dan selepas kawen, dugaan memang akan ada.. so, atas rasional kite untuk handle nye.. betul tak??

betul kak.. susah untuk nk jage hati.. teramat la susah dan sememangnya susah..

p/s : tak sabo nak kawen.. ^_~

snasz said...

assalamu'alaikum..akk, ramai plak yg komen post akk kali ni.sy nk tumpang sekaki blh?:)

mula2 skali, nk tnye pndapat akk..mcmna kite nk bhgikan antara cinta Allah & RasulNya kpd cinta kite pd seorang suami?soalan ni sy pernah tanye kpd ayahanda sy.bila sy adukan msalah kt die, dn kate mcmna nk bt klu kite suddently fall in love with somebody?

jawapan ayah sy: kite kena katakan pda hati(nafsu), bhawa cintaku hanya untuk Allah dan RasulNya.unt manusia hnyalah sayang.walau apepun, cinta Allah dan RasulNya adlh yg plg utama..

unt msa ni, sy selalu ingatkan diri supaya tidak meletakkan sape2 pun dlm hati ni.sy cume akn bersedia menerima kehadiran insan itu ketika telah ada ikatan yg sah.yg selebihnya, sy serahkan kpdNya unt menentukan siapa, bila,dll..

alhmdulillah, ujian2 yg diberi bnyak mengajar sy bgaimna unt menghadapi situasi2 begini.biarlah kita sunyi dari cinta kpd seorg manusia drpd kita sunyi dr cinta kpd yg Esa.semoga cinta kpd Yg Esa itu berkekalan hingga kita menemuiNya,iAllah..semoga dgn cinta itu juga yg dpt memelihara kita unt terus berkasih sayang krnNya.

wallahu'alam.

SCHAKEYRA said...

isk..isk...jelesnya..