Wednesday, March 11, 2009

terkini Balqis..

salam 'alayk..

semoga semua diluar sana sihat sejahtera hendaknya..entry kali ini lebih bertujuan untuk mengkhabarkan perkembangan terkini anakanda Batrisya Balqis terutamanya untuk tatapan Nina n Sidi tersayang nun jauh di Malaysia. sebab,dalam sms takleh cerita panjang,plus,setakat
ni amat jarang call..well,i know enough mak n ayah sangat2 busy kebelakangan ni..mungkin kerana berada ditahap yang menghampiri waktu pencen,jadi,banyak kerja dilambakkan..takpelah,after all,semoga saja Allah kurniakan kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan serta hati yang tenang dan ceria disepanjang jalan..LOVE U BOTH!!

anyway,Balqis sekarang hampir mencecah usia 4bulan..InsyaAllah,pada 14Mac ni genaplah dia 4bulan. tapi,dia belum pandai meniarap..setakat pusing2 badan gitu aje. ke,memang baby 3mths plus tak pandai meniarap lagi?? huhu,i dont remember at all..

lagi,ragamnya tentu saja berlainan sekarang..dah pandai mempamerkan emosinya..ada rasa tak puas hati,ada rasa happy,takut,sedih dsb..(sepemerhatian kami la)..contoh paling jelas apabila dia nak main dan mama/papa ingat dia nak tidur,maka akan keluarlah pelbagai rentak bunyi sebagai tanda tak puas hati yang sesungguhnya sangat menggelikan hati!! bila ditinggalkan tidur berseorangan dibilik ketika mama dan papa sibuk didapur,tak sampai 15min nanti akan kedengaranlah rengekan yang akan bertukar menjadi tangisan yang panjang kalau kami lambat mengangkatnya..sangat manja!!

tetapi,terhibur rasa hati tengok perkembangan dia..tak termasuk lagi dengan respon rimasnya ketika mama nak salin bajunya atau bersihkan badannya..selalu buat kami ketawa dengan keletahnya..waktu-waktu macam ni,kami berdua lazimnya akan mengimbau kenangan masa kecil sebagai anak sulung(sempat lagi tu) yang tentunya memberikan pengalaman baru kepada ibubapa kami juga..

dan,saya akan jadi sangat merindukan belaian Mak yang semasa mengandung dan melahirkan saya,beliau juga memegang tanggungjawab seorang pelajar,just like me! walaupun jurusan yang berbeza,tapi bagi saya,cabaran mak adalah lebih besar..kerana,pada waktu itu hanya beliau sahaja yang bersama saya di UKM dan ayah pula masih menuntut di USM..bayangkan betapa gigihnya mak yang agak bertubuh kecil terpaksa mengendong saya yang walaupun baru 8/9bulan,tapi lagak tubuh umpama budak yang sudah berumur 1thn lebih..gemukkan saya masa tue? dengan buku2 dan failnya dibelakang,saya didepan(she used a baby carrier/tandu), dan berjalan kaki yang adakalanya terpaksa melalui jalan berbukit untuk ke kuliahnya kerana ingin menjimatkan duit. jika ada masa dan duit,baru bertemu ayah dihujung minggu yang berada jauh di utara sana.

THANK YOU Mak n Ayah!! secebis penghargaan untuk budi ibubapa kita yang tak kan mampu terbalas,huhu.

begitu juga dengan papabalqis yang juga menjadi anak sulung kepada abah yang masih belajar pada waktu itu..dengan usia mama yang masih muda,mereka berdua membina keluarga ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur..jauh dari sanak saudara yang berada di kelantan..pada masa itu,jarak komunikasi sangat terhad dan terbatas.

betapa kami sangat terhutang budi dengan pelajaran kehidupan yang telah diajar tanpa jemu kepada kami berdua..


berbalik kepada perkembangan sikecil cucu tunggal kesayangan kedua ibubapa
kami (yelah,memandangkan adik-adik lain belum lagi berkahwin,hehe) tadi,Balqis sangat attract dgn bunyi dan sebarang pergerakan. tak perlu disuakan dengan mainan lagi buat masa ni,petikan jari kami saja sudah cukup untuk membuatkan dia tersenyum malah ketawa seolah-olah tahu yang kita sedang mengagah dia..

pun begitu,ada dua mainan yang sangat disukainya buat masa ini..Caterpillar pemberian uncle khalid sahabat papa,dan satu lagi mainan apa saya tak tahu nama,hadiah dari Emirates Airline..






1 comment:

f a i z a h 's said...

Subhanallah...
Comelnya balqis neh...cute sgt2...