Saturday, February 20, 2010

rindunya rumah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, tepat jam 10 pagi td, kami selamat sampai ke rumah..setelah seminggu di Alexandria dan juga Kaherah (seminar perubatan kali ke3).. sepatutnya balik semalam lagi, tapi mengenangkan balqis yang berkemungkinan besar letih, maka papa extend sehari lagi bermalam di rumah tamu Arma. kebetulan pula, papa dah jumpa his 'new passion' kat Cairo, jadi satu advantage lah apabila dapat bermalam lagi sehari.. =)

indeed, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengatur dan memperkenankan rancangan cuti ini berjalan sebegini rupa..sangat-sangat bersyukur diberi peluang untuk menimba ilmu dan perkongsian pengalaman serta membina jalinan persahabatan yang baru di seminar di Cairo setelah 3hari dapat berkumpul sepupu sepapat,mengeratkan ukhuwwah di Alex..sebelum tu, dapat memperbaharui semangat dan jiwa suami isteri selama percutian di UK..perjalanan yang memberi ruang kepada diri bermuhasabah tentang erti kesabaran, kematangan dan kesetiaan dalam berumahtangga..semoga kasih sayang dan cinta yang ada dirahmatiNya sehingga kita kembali pada Dia yang Maha Pencipta. sesungguhnya,ada kebenaran pada pepatah, " jauh perjalanan, luas pengalaman"..

masih dalam urusan mengemas dan unpack barang-barang, serta persediaan untuk kekuliah yang baru bermula, ada masa lapaaaang nanti,insyaAllah akan saya update cerita diari kembara kecil-kecilan kami..

setakat ini, saya masih dalam mood rindukan rumah,hehe..rindu dapur sendiri,letih dah perut asyik makan makanan yang dibeli..

ok,till here, saya uploadkan video kegemaran balqis dan maknya..=)


No comments: