salam..
apakhbr smua? smg msg2 dikurniakan kesihatan,sihat hatinya untuk terus berkehendak kepada Islam,sihat akalnya untuk terus berfikir bagaimana mendapatkan Mardhatillah,sihat tubuhnya untuk terus melaksanakan apa yang difikirkannya..demi sebuah kebahagiaan disana,tanpa mencicirkan bahagia yang disini..syafakallah untuk suami tersayang yg masih lg kurang daya tahannya melawan penyakit,smlm dapat lg satu complication,habis bengkak2/bintik2 merah satu badan mcm kena gigit ulat bulu..smg Allah terus kurniakan sabar buat abang agar tetap mampu tersenyum pada alam =) ujian nie terlalu kecil kan jika nak dibandingkan dengan nikmatNya yang kita terima setiap saat..hatta,walau satu nikmat hembusan nafas pun sudah tak terbayar dek kita..
berbalik pada tajuk diatas..sampai kesaat ini saya masih tiada kata untuk tajuk yg dah saya tulis dari awal td.cuma,memikirkan yg saya tak mahu meninggalkan mereka yg menjengah kesini dgn entry terakhir sblm ini yg agak berbaur peribadi (yang apabila diamati balik,rasanya takde bahan pengajaran pun yg boleh diambil disitu),i hope this will be a good try..
TENANG?? (epilog dari hati kepada hati)
mendengar lirik lagu kdg2 boleh menenangkan,tp sampai bila ia bertahan??
-why not turn it to listening to Quranic recitation yang mana 'lirik'nya bukan omongan kosong,bukan teori2 motivasi yg baru tetapi satu 'kata-kata'/firman dari Tuhan yang sudah lama terbukti kebenarannya,yang banyak membentangkan bukan satu atau dua,tetapi beribu-ribu siri motivasi tiada tandingan kepada kita..cubalah! takde apa2 yang rugi disini kerana pahala anda sedang dicatit dari sekarang oleh Malaikat kiri kanan..
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (surah Al-Zalzalah)
cuba dulu dgn 5min mendengar(jgn kurang,lebih boleh),boleh pilih mana-mana imam besar yang kita minati gaya bacaannya(tiba2 teringat my hb yg kipas-susah-mati/big fan bacaan Syeikh Jibreel),then let it grow itself within us..saya tak dapat buktikan kesannya,kerana ia adalah satu pengalaman yg akan diperoleh oleh orang yang mencubanya sahaja.
tips :- untuk mendapat kesan yg lebih maksimum,jangan dengar sambil fikir benda lain ; oh,tak masak lagi,syllabus yang tak cover lagi,buku tak baca lagi,tak tepon mak lagi,oh,ada meeting pasni,ada tuisyen pasni,etc..u name it..hanya perlu berikan SEDIKIT masa sahaja untuk telinga kita pusatkan seluruh pendengarannya pada apa yg kita dengar tue..
sebelum tue,pahatkan niat dihati,
Bismillah..YaAllah,tenangkanlah hati ini..berilah petunjuk atas segala yang berlaku ini..
nak dengar surah apa? ayat apa?
-oh,terpulang.. =) setiap surah ada kisahnya sendiri..setiap ayat membawa ibrahnya yang tak terbeli.. yang pasti,dengarkan ia untuk 5min permulaan..
Imam Hassan Al-Banna dalam Majmuaturrasail,
Hendaklah Anda memiliki wirid harian membaca al-Qur'an minimal satu juz setiap hari,
mcmmana nak dengar??
-sekarang trend mendengar mp3,mp4,ipod nano,ipod touch dan segala mcm teknologi lagi yang tak tersebut semakin mendapat tempat dihati anak muda.. jadi,masukkanlah sekurang-kurangnya satu surah untuk dimainkan ditelinga 5min dalam sehari..
saya juga pernah 'maniac' once ago dgn trend ni..lps satu,satu alat pemain muzik dibeli..lps satu,satu earphone dibeli utk kualiti bunyi yang upgrade..tapi smnjak berkahwin dan ada anak,kegilaan itu hilang secara tiba2 tak tahu kenapa..bukan tiada masa,ada..tapi,dah tak de minat..saya dah tak lagi kehulu hilir dengan earphone terlekap ditelinga mahupun wayarnya berseribai kat baju(rock,ha?)..sehingga satu ketika sebelum ulangtahun kelahiran saya yg ke-23 thn ini,suami menawarkan Ipod Touch sebagai hadiah birthday saya tahun ini,pantas saya gelengkan kepala tanda tak setuju..ditawarkan pula nak beli piano buat main dgn anak2 nanti katanya,lagi tak setuju saya kerana harganya sahaja sudah cecah ribuan ringgit walaupun saya sangat3x mengimpikan untuk memetik piano sendiri..at last,i got a big pinky and furry teddy bear yang rasanya lebih layak untuk dihadiahkan kepada Balqis,hehe..
teddy ni namanya lulu sbb byk bulu
in fact,hp yang br berganti krn yg lama dah mental-retarded pun hanya terisi beberapa irama piano dan satu surah kegemaran saja. kemanakah hilangnya passionate saya satu waktu dulu..atau mungkinkah kerana title yang dah tidak lagi menjadi 'anak muda'?? huhu..
~sekadar perkongsian~
ok,berbalik kpd tajuk,i bet,zaman sekarang susah nak cari orang yang hidupnya bahagia setiap masa..masing-masing punyai duka tersendiri..jadi,kembalilah pada fitrah kita,fitrah sejak azali lagi yang suka kepada kebaikan..
"Fastabiqul khairaat.." (Al-Baqarah)
aktiviti diatas juga boleh dibuat penambah baikan kepada membaca Al-Quran seterusnya mentadabbur,memahami dan mengamalkannya..InsyaAllah..
~yang sedang memohon 'tunjuk jalan' dari Allah ini..atau,mata ini yg buta masih tak nampak apa didepan mata..isk~
3 comments:
Wahai hati... tenanglah... Shida, mohon diselitkan dalam setiap doa enti.. agar ana sentiasa tenang dalam apa jua yang ana lakukan... InsyaAllah, will try my best to follow what you suggested in this very recent post... i admit, sometimes, the lips read.. but the heart doesn't... it's hard to tadabbur... yet, there's a way where there's a will.. Thanx Shida... btw, may your hubby get well soon... N u too, keep being patient... Verily, Allah is always with those who are patient...INsyaAllah.. (Anis Shaari)
thanks dear for d response..insyaAllah,kita sama2 doakan moga Allah kurniakan kita hati yang redup dengan ketenteraman berpanjangan,ameen..ana pernah terbaca ; fitrah manusia-hati akan tenang pada kebaikan dan resah pada kejahatan/keburukan..ni dah boleh jd salah satu indikator yg baik pd kerjabuat kita hari2..
selamat meneruskan hari2 disana..moga segala amal diterimaNya..
salam sayang!!
Salam,.. Rindunya pada antum sume.. Dalam diam, hati selalu kacau.. Kembali kepada fitrah, tidak semudah yang tercetus di minda.. Mahu tapi malu.. Mahu tapi...dan berbagai tapi lagi.. Syukran for the tips Shida.. =) Doakan ana jugak.. agar sentiasa tenang dalam kehidupan..
Post a Comment