Assalamualaikum.Saya terpanggil untuk mencoret secebis pengalaman dalam alam perkahwinan yg setahun jagung umurnya bagi tatapan dan perkongsian para pembaca yg dihormati.Mungkin pada tika ini , ada org yg resah khususnya ibubapa yg mempunyai anak tapi masalah seperti sakit menimpa.Tidak dinafikan, pelbagai masalah manis dan keajaiban mendatang sebagai ujian kpd kami sekeluarga dgn kecetekan ilmu dlm pengurusan bayi.Ingatlah,sekira terdapat masalah , kembali kpdNYA , mohon padaNYA dgn tekun dan ikhlas dan penawar akan dtg kemudian,insyaAllah…
Pengalaman pertama dahulu,semasa isteri saya disahkan “pregnant”.Alahan teruk terpaksa dilaluinya seperti tidak mempunyai selera makan dan “vomiting” . 4@5 bulan tanpa selera , tanpa tenaga sehinggakan terpaksa mengambil “drip” sebagai penguat diri.Macam mana anak dlm kandungan ini ingin membesar dgn sihat sedangkan ibunya apabila makan,akan vomiting.Persoalan itu timbul dan membuatkan saya resah dengan keadaan isteri dan anak pada masa itu.Pertama,saya mencari punca bg persoalan ini dan Allah lah tempat berserah.Mungkin ujian yg diturunkan ini utk menguatkan kami sebelum menimang cahaya mata.Jadi,penyelesaian emas timbul.Apabila isteri saya tidak mempunyai selera makan , kata saya padanya “makanlah dgn berzikir dan minumlah dgn berselawat”.Allah maha besar.Alhamdulillah,semasa anak saya dilahirkan,segala-galanya selamat bahkan keadaan dia sama seperti orang yg mengambil supplement semasa pregnant.Saya yakin pelbagai zat dan khasiat terkandung dlm quran,zikir dan selawat.Kpd ibu yg sedang pregnant,perbanyakkanlah bacaan quran,zikir,selawat etc krn merekalah supplement yg paling penting dlm proses pembesaran bayi dlm kandungan.Ameen.
Keajaiban kedua semasa anak kami diserang jaundice teruk.Ketidak serasian darah menjadi punca kepada jaundice ini.Lebih kurang 2 minggu anak saya berada dalam wad ICU .3@4 jam sekali darahnya diambil untuk menyemak bacaan jaundice.Semasa berada dlm hospital,bacaan anak saya pernah mencecah 400++.Hal ini menyebabkan anak saya terpaksa menjalani proses pertukaran darah.Kami sebagai pelajar medic sgt berat utk menanda tangani dokumen pelepasan kerana risikonya sgt besar.Tapi apakan daya,keselamatan anak lebih utama.Solat hajat dan bacaan yasin dibuat sekeluarga.Alhamdulillah,Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaanNYA yg tiada tandingan.Anak saya terselamat drpd menjalani proses pertukaran darah.Darahnya mulai menurun selepas mencatat bacaan 400++.Kalau tak silap,turun kepada 390++.Walaupun penurunan yg sedikit tp kami sgt bersyukur.Alhamdulillah,390++ itulah pencetus penurunan mendadak walaupun beberapa kali rebound selepas itu.Terima kasih ya Allah,besarnya kuasaMU.
Peristiwa seterusnya sewaktu anak saya disyaki mempunyai “heart murmurs” @ jantung berlubang semasa dilahirkan.Ibubapa mana yg tidak sedih dgn keadaan anak detik itu.Walau apapun penyakit,saya tetap yakin ada penawar dan penawar itu hanya ada pada Allah.Saya sgt yakin Allah sahaja yg mempunyai kuasa utk menyembuhkan anak saya.Hanya Allah tempat berserah dan mengadu.Sblm berangkat balik ke mesir,saya membuat “medical checkup” dan Alhamdulillah,heart murmur itu sudah hilang.Subhaanallah…Sungguh hebat kuasaMU ya Allah.
Bagi para pembaca sekalian,tidak kira apapun masalah,anggaplah sebagai ujian dan berserahlah padaNYA . Tabah dan sabarlah mengharunginya.Yakinlah,segala penawar hanya ada padaNYA.Usahalah mencari penawar itu dalam keredhaanNYA.Wassalam..
No comments:
Post a Comment